“Aku tak suka kau sibuk pasal orang lain" jelas Ken tiba- tiba. Hanis masih beriak sahaja, tidak terkejut mahupun pelik. Dia hanya mengulumkan senyumannya sahaja.
“Kenapa?"
“Sebab aku suka kau"
“Haha... Then?"
“Aku suka kau Hanis. Takkan kau tak faham. Aku nak kau jadi isteri aku, ibu kepada anak- anak aku, nenek kepada cucu- cucu aku, moyang kepada cicit- cicit aku dan seterusnya" Hanis tergelak lagi. Ken tidak faham kenapa Hanis harus tertawa saat dia sedang serius bercakap. Adakah Hanis fikir ini hanya sekadar gurauan sahaja? Tidakkah dia tahu bahawa sekeping milik hatinya sudah terukir nama Hanis sahaja. Hanya Hanis.
“Mana boleh, dah mati nanti aku Ken. Haha" guraunya lagi.
“Aku serius Hanis. Tak main- main" Hanis tersentak. Lantas dia cuba untuk bereaksi biasa sahaja. Bibirnya dia cuba untuk mengukirkan senyuman yang ikhlas. Tetapi malangnya dia tidak mampu. Hatinya sebak saat mendengar luahan Ken itu sebenarnya, tetapi dia tidak mampu menerima. Dia tidak mampu untuk menyerahkan hatinya kepada sesiapa.
“Maaf Ken..." ucapnya dengan lemah lalu dia pergi meninggalkan Ken sendirian di situ. Ken jatuh terduduk.Adakah ini maknanya lamarannya di tolak? Air mata lelakinya menitis membasahi pipi. Kenapa Hanis buat dia sebegini? Tidak sayangkah Hanis pada dia? ***
“Hanis kau makanlah sikit. Sejak akhir- akhir ni kau asyik tak nak makan je" pujuk Syamira. Tubuh kawannya yang terbaring di atas katil dia pandang dengan sayu. Kasihan rasanya apabila melihat tubuh Hanis yang selalu sihat sudah tidak bermaya. Hanis mengukirkan senyuman buat si teman lalu dia menggelengkan kepalanya. Dia tidak mahu makan. Dia tiada selera. Sesekali tangan di bawa menutup mulut akibat batuk.Air mata Syamira sudah seperti mahu menitis apabila melihat kedegilan si teman.
“Hanis. Tolonglah dengar cakap aku. Makanlah sikit..." pujuk dia lagi. Sudu disuakan ke mulut Hanis supaya makan.Akhirnya Hanis akur. Dia makan bubur masakan Syamira itu dengan payah. Selepas sudu yang kali ketiga akhirnya dia tolak. Dia sudah tidak larat lagi mahu makan. Cukuplah itu sekadar untuk memujuk hati sahabatnya itu. Kepala di gelangkan tanda tidak mahu.
“Hanis.. Makanlah lagi... Sikit sangat ni" Hanis sudah tergelak.
“Tadi kau suruh aku makan sikit. Ni aku dah makan kira okey dah tu"
“Time kau sakit ni pun boleh lagi buat perangai. Oklah. Aku surrender. Kau rehatkan diri okay? Kalau ada apa- apa bagi tahu aku" ujar Syamira lalu dia pergi beredar dari bilik Hanis itu. Hanis hanya mengangguk sahaja. Mata memandang keluar jendela. Kelihatan pada pagi ini sungguh indah. Tenang jiwanya saat memandang ke langit. Burung- burung berterbangan bebas di angkasa. Angin bertiup sepoi- sepoi bahasa. Sungguh indah nikmat yang diberikan oleh Allah. Hanya kita menghargainya ataupun tidak sahaja. Deringan telefon mematikan lamunannya, lantas telefon di swipe ke tepi bagi menjawab panggilan yang tidak di ketahui olehnya itu.
“Assalamualaikum" ucap Hanis. Senyap. Hanis jadi pelik. Tidak dengar ke dia akan salamnya itu?
“Hello? Dengar tak ni?" soal Hanis dengan pelik. Dia dapat dengan desahan nafas si pemanggil itu. Tetapi kenapa orang itu senyap sahaja?
“Waalaikumussalam Hanis. Ni aku, Ken" Hanis terkejut. Sudah lama jejaka itu tidak menefonnya sejak kejadian kemarin.
“Kau sihat?" soal Ken.
“Risau juga kau dekat aku ye? Haha, Alhamdulillah sihat. Kau?"
“Pun sama. Cuma dalam hati aku ni tak"
“Kenapa?"
“Cinta aku kena tolak" Dan saat itu Hanis tersentak. Air matanya mula menitis satu persatu.
Share this novel