BAB 7

Family Completed 6948

DUA TAHUN YANG LALU

“Adam, bukan kak Siti tak nak bagitahu Adam tapi itu permintaan Sara. Kak Siti kena hormat permintaan dia.” pujuk kak Siti.

“Dua tahun kak Siti. Dua tahun Adam rindu dengan kak Sara. Adam datang sini dengan harapan boleh jumpa kak Sara tapi…ini yang kak Siti bagitahu?” rajuk Adam. Wajahnya masam.

“Sabarlah, tiga tahun je lagi.” ujar kak Siti, cuba memujuk Adam lagi.

“Tiga tahun kak Siti? Adam dah tak sanggup nak tunggu kak Siti. Hah, apa kata kak Siti bagitahu alamat kak Sara?” nada suara Adam berubah.

“Ehh, kamu nak buat apa dengan alamat tu? Adam, kamu jangan nak buat kerja gila nak pergi sana!” kak Siti sedikit menjerit terkejut.

“Ala kak Siti ni, bagi je la! Bagilah cepat!” gesa Adam. Dia menggoncang-goncang manja lengan kak Siti.

Kak Siti merenung wajah Adam yang begitu berharap. Rasa bersalah muncul dalam hatinya. Rasa bersalah kerana tidak memberitahu akan hal itu kepada Adam sebelum Adam diambil oleh keluarga angkatnya. Akhirnya dia mengalah. Dia mengangguk. Adam tersenyum gembira melihat kak Siti bersetuju dengan permintaannya.

“Adam ada kertas dengan pen?” tanya kak Siti. Pantas Adam mengangguk lalu mengeluarkan sebuah buku kecil dan pen dari begnya.

Dia menghulurkan buku dan pen itu kepada kak Siti. Kak Siti mula menulis alamat Sara. Adam berasa amat gembira dan saat kak Siti menghulurkan buku itu dia menggigit bibirnya, cuba menahan perasaan teruja dalam hatinya. Segera dia memasukkan buku itu ke dalam begnya dan menyalam kak Siti. Kak Siti terpinga-pinga dengan kelakuan Adam.

“Adam sayang kak Siti! Terima kasih kak Siti! Adam balik dulu!” ucap Adam lalu segera berlari meninggalkan kak Siti yang masih terkedu.

*************************************

Adam tersenyum mengenangkan saat itu. Mulai dari saat dia mendapat alamat Sara dia mengatur pelbagai rancangan dalam mindanya. Baginya, hanya insan bernama Sara yang mampu membuatkan dia menjadi begitu.

Bukan dia tidak tahu, di kolejnya ramai pelajar perempuan yang meminatinya dan pada hari jadinya dia mesti menerima banyak hadiah. Yang paling dia tidak suka adalah apabila ada pelajar yang memberinya coklat pada Hari Valentine. Dia tidak suka dengan cara pelajar-pelajar itu untuk menarik perhatiannya, dia rimas.

“Adam.” panggil Haikal lalu duduk di tepi adiknya itu.

“Abang!” balas Adam lalu tersenyum.

“Hmm, bila Adam nak tunjuk perempuan yang Adam suka tu?” tanya Haikal. Entah untuk ke berapa kali dia bertanya begitu.

Adam tersenyum.

“Sekarang tak boleh lagi! Tunggulah, setahun dua lagi.” ujar Adam gembira.

“Wah, sampai hati Adam kan, lamanya abang kena tunggu.” rajuk Haikal.

“Alah abang ni, sabarlah! Hah, abang pula, apa cerita dengan bekas girlfriend abang tu? Takkan abang masih tak berbaik dengan dia?” Adam cuba mengubah topik.

“Hmm, kitorang stay sebagai kawan je Adam. Macam dulu-dulu, lagipun abang rasa keputusan kamu untuk ada hubungan dulu tu sebagai keputusan yang tak matang.” jelas Haikal.

“Eleh, takkan abang takde perasaan kut dekat dia?” tanya Adam, mengusik.

“Ada, tapi cukup sekadar kawan je, tak lebih, tak kurang.” jawab Haikal.

“Susahkan nak berkawan dengan perempuan? Mesti kita akan keliru dengan perasaan kita.” ujar Adam tiba-tiba yang mengundang tawaan dari Haikal.

“Aih, apesal pula tetiba Adam cakap macam tu? Tapi, memang betul pun. Contohnya abang dengan kawan abang tu.” ujar Haikal.

“Tak…Adam ada kawan yang dalam situasi macam tu.” ujar Adam.

“Fitri?” tanya Haikal.

“Bukanlah, ada kawan lain.” jawab Adam.

Haikal mengangguk.

“Jadi dress yang kamu beli hari tu untuk dialah?” tanya Haikal.

“Of courselah!” jawab Adam.

“Abang ingatkan Adam belikan untuk mama!” usik Haikal.

Adam ketawa kuat mendengar kata-kata Haikal. Haikal turut tersengih.

“Mama nak pakai dress tu? Pengsan papa nanti!” Adam berkata.

“Ohh, kutuk mama ekk? Kalau mama tahu!” ujar Haikal walaupun dia berasa lucu dengan kata-katanya.

“Janganlah bagitau! Kita-kita je!” ujar Adam lalu mengenyitkan matanya.

Haikal tersenyum lalu menganguk. Dia terpaksa menahan tawanya saat melihat mamanya yang menghampiri mereka dengan dulang di tangannya.

“Hah Haikal, Adam. Ni mama ada buat puding ni. Makanlah.” ujar Datin Dahliah.

“Wow, sedapnya!” ujar Adam saat terpandang puding itu.

“Sedap apanya, makan pun belum!” usik Datin Dahliah. Adam tersengih.

“Papa mana ma?” tanya Haikal.

“Hmm, papa kamu tu pergi memancing dengan pak man.” jawab Datin Dahliah.

“Bestnya, kenapa tak ajak kami?” tanya Haikal. Dia sudah lama tidak pergi memancing.

“Papa kamu nak kamu rehat.” pendek jawapan Datin Dahliah.

“Alah, memancing pun boleh rehatkan minda Haikal.” ujar Haikal.

“Eyala, nanti papa kamu balik kamu cakap dekat dia. Mama ni ikut je cakap papa kamu.” ujar Datin Dahliah.

“Abang, masalah dekat ladang tu dah selesai ke?” tanya Adam lalu menyuap puding ke dalam mulutnya.

“Hmm, dah. Kamu ni, tak payah tanyalah masalah dekat ladang tu. Concentrate study kamu dulu. Lepas tu baru ambil tahu pasal syarikat.” ujar Haikal.

“Yela, yela.” ujar Adam.

“Hah, Adam. Bila kawan kamu tu nak balik dari luar negara?” tanya Datin Dahliah.

“Tahun depan ma.” jawab Haikal.

“Bila kamu nak kenalkan dekat mama? Selama kamu berkawan dulu, sekali pun kamu tak pernah kenalkan dekat mama.” ujar Datin Dahliah.

“Ma, kan Haikal dah bagitahu yang kami dah takde apa-apa hubungan dah. Kami kawan je.” ujar Haikal. Adam ketawa kecil mendengar kata-kata Haikal.

“Yela, mama tahu. Mama cuma nak kenal-kenal je. Dia kan ahli perniagaan jugak.” ujar Datin Dahliah.

“Hm, nantilah ma. Haikal janji bila dia balik sini, Haikal bawa dia jumpa mama.” Haikal mengalah.

“Ohhhh….” usik Adam.

Haikal menampar lembut bahu Adam sebelum ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience