BAB 8

Humor Series 28108

” Zul..”

” Ada apa kau nak jumpa aku ni?” Soal Zulaika.

” Amboi, garangnya!”

Zulaika kembali melabuhkan duduknya dibangku yang menghadap tasik itu. Suasana air tasik sangat tenang dirasakan pada petang itu. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Sesekali Zulaika membetulkan topinya yang kelihatan senget. Ikhwan turut sama melabuhkan duduknya disebelah Zulaika. Barulah Ikhwan perasan sikap Zulaika tidak seperti sebelum ini. ‘Mood’ Zulaika juga kelihatan ‘kurang baik’ pada pandangan matanya.

” Aku nak bagitahu kau sesuatu”

” Apa dia?”

” Hmm…Sebenarnya..” Ikhwan teragak-agak untuk meluahkan perasaan yang sudah sekian lama dipendam selama ini. Tapi dia mesti meluahkan perasaannya. Dia tidak mahu Zulaika terlepas ke tangan orang lain.

” Apa?”

” Lain kali jelah aku bagi tahu kau.” Jawab Ikhwan. Rasanya sekarang ini bukanlah masa yang sesuai untuk bercakap dengan gadis itu tentang hati dan perasaan.

” Wan kau ni main-mainlah.”

” Zul kau okey ke?”

” Okeylah…Apasal kau tanya aku macam tu?” Soal Zulaika kembali.

” Hari tu aku datang rumah kau.” Beritahu Ikhwan.

” Bila? Kenapa tak jumpa aku?” Soal Zulaika lagi.

” Masa tu ayah kau ada. Aku dah dengar segala-galanya.” Zulaika terkejut mendengar kata-kata Ikhwan. Dia terus memandang Ikhwan.

” Oh…”

” Boleh aku tanya sikit? ” Dilihat Zulaika mengangguk. Ikhwan lega.

” Kau jadi macam ni sebab ayah kau ke?” Pertanyaan Ikhwan membuatkna sekali lagi Zulaika menoleh kearahnya.

” Dahlah Wan, malas aku nak fikir pasal tu lagi. Sekarang baik kau beritahu aku apasal kau nak jumpa aku.” Balas Zulaika. Rasanya dia masih tidak bersedia lagi untuk bercerita dengan Ikhwan.

Ikhwan terdiam.Haruskah dia meluahkan perasaannya itu sekarang. Nanti bagaimana pula penerimaan Zulaika terhadapnya.

” Wan…” Panggil Zulaika.

Ikhwan terus menghadap memandang Zulaika. Zulaika jadi agak pelik melihat kelakuan Ikhwan yang dirasakan agak ganjil kali ini. Mata Ikhwan merenung tepat ke anak matanya. Saat itu hati Zulaika rasa berdebar-debar. ‘Hisyhh…Kenapa dengan aku ni’. Detik hatinya.

” Kau ni kenaa…pa?” Soal Zulaika dalam debar masih merenung tepat ke anak mata Ikhwan

” I think…” Ikhwan menarik nafas perlahan sebelum menyambung kembali kata-katanya.

” I’ think I’m in love with you.” Ucap Ikhwan amat jelas dipendengaran telinga Zulaika.

Zulaika terkesima seketika merenung kewajah Ikhwan. Apakah dia yang tersalah dengar kata-kata yang baru diucapkan oleh lelaki di hadapannya itu sebentar tadi. Zulaika tiba-tiba tersedar dan spontan terus bangun dari duduknya. Sebenarnya dia amat terkejut dengan kenyataan Ikhwan sebentar tadi. Mana mungkin lelaki yang ‘perfect’ seperti itu suka padanya. ‘Ah…tak mungkin’. Getus hati Zulaika.

” Kau ni sihat ke tak Wan?” Soal Zulaika bingung. Seketika dia ketawa. ‘biar betul mamat ni’.

” Ika, Wan dah lama sukakan Ika. Sejak bila perasaan itu datang Wan sendiri pun tak tau.” Kata ganti namanya kini sudah berubah. Zulaika kembali memandang wajah Ikhwan yang kelihatan serius ketika.

” Merepeklah. Takkan kau suka aku pula. Kau jangan nak buat lawak kat sini” Ucap Zulaika tidak percaya. Dia ketawa kecil.

” Ika ingat Wan main-main?”

Zulaika memandang Ikhwan kembali apabila mendengar nada suara Ikhwan yang sudah bertukar.

” Wan cintakan Ika.” Ucap Ikhwan lagi.

” Kau ni dah buta agaknya. Kau tu boleh dapat perempuan yang lebih baik dan sempurna dari aku tau. Aku hanya anggap kau kawan dan tak lebih dari tu. Lagi satu aku nak ingatkan yang aku ni Zul okey! Aku balik dulu.” Tegas Zulaika. Selepas berkata-kata Zulaika terus melangkah pergi meninggalkan Ikhwan.

” Wan tetap akan tunggu Ika.” Luah Ikhwan membuatkan langkah Zulaika terhenti. Begitu jelas suara itu di pendengaran telinganya. Tetapi Zulaika tetap melangkah pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience