BAB 5

Horror & Thriller Completed 9360

"Kekecewaan Mak Long semakin bertambah semenjak dua bulan selepas itu apabila ada perempuan Siam datang ke rumahnya dan mengadu sebagai perempuan simpanan Pak Zainal.”

“Perempuan mana la yang sanggup tahan. Dah la dipukul , disepak dan diterajang, alih-alih ditipu dengan perempuan lain. Panas pula hati saya dengar kisah ni Mak Lang.” Sampuk Ina lagi.

“Orang dulu-dulu. Isteri tu akan setia dengan suami walau macam mana buruk pun perangai. Tapi kali ni memang habis terus. Perempuan Siam tu tunjukkan gambar-gambar Pak Zainal yang ada dalam simpanannya.”

“ Mesti hancur-luluh hati Mak Long Mimah melihat kelakuan tak senonoh suaminya itu. Kesiannya nasib Mak Long Mimah.”

“Kan. Dah lah cantik, ingatkan bersuami boleh bahagia tapi begitu pula jadinya.” Tambah adik sedara Ina.

“Itulah, ini semua terjadi sebab cemburu la. Tak tahu hujung pangkal terus serang isteri, padahal Mak Long Mimah tak buat apa pun. Tak buat salah.” Balas Ina pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience