BAB 5

Family Completed 6948

“Adam, masuklah. Ini rumah kita!” ujar Datin Dahliah mesra.

Adam mengangguk dan saat dia masuk ke dalam rumah itu, mulutnya hampir ternganga. Rumah sebegitu hanya pernah dilihatnya melalui kaca televisyen semasa di rumah anak yatim. Melihat rumah mewah itu dan membayangkan dia bakal tinggal disitu umpama mimpi!

“Erm…kalau boleh Adam panggillah kami mama, papa. Janganlah panggil pak cik dan mak cik lagi. Tapi, kami tak paksa Adam. Mesti susah bagi Adam untuk panggil kami macam so take your time.” ujar Datin Dahliah.

Adam yang mendengar berasa bersyukur kerana keluarga angkatnya itu kelihatan cukup memahami dan baik. Dia berharap agar semua itu kekal lama.

“Ma, pa.” tegur Haikal yang baru keluar dari dapur. Dia berjalan menghampiri mama dan papanya.

Melihat Haikal, Adam terkejut.

“Ha, Haikal, kenalkan. Adam.” ujar papanya.

“A-A-Adam?” Haikal menunjukkan reaksi terkejut melihat Adam. Adam juga mempunyai reaksi yang sama dengannya. Namun begitu, menyedari semuanya dia terus tersenyum.

“Abang Haikal??” Adam terperanjat.

“Ehh, kejap, kejap. Kamu…?? You know each other?” tanya Datin Dahliah.

“A’ah, Adam ni satu sekolah dengan Haikal dulu.” jawab Haikal tersenyum lalu mengusap kepala Adam.

“See pa?? Jodoh, jodoh yang Allah tetapkan.” ujar Datin Dahliah teruja.

“Baguslah kalau kamu dah kenal, Haikal, pergilah bawa Adam masuk bilik dia.” ujar Dato’ Firdaus.

“Jom Adam!” ajak Haikal lalu menarik Adam.

Dato’ Firdaus dan Datin Dahliah berpandangan sebelum menarik nafas lega.

****************************************

EMPAT TAHUN KEMUDIAN

“Adam! Adam!” jerit Fitri.

Dengan wajah yang kelat, Adam berpaling. Dia mendengus rimas saat melihat beberapa kotak kecil yang dibawa oleh Fitri.

“Adam, kau ni! Fuhh, penat aku kejar kau tau!” marah Fitri yang tercungap-cungap.

“Kalau kau kejar aku sebab benda-benda kat tangan kau tu, lebih baik tak payah!” marah Adam kerimasan.

“Woii, aku cuma sampaikan kiriman dorang je la, tak payah marah aku!” rajuk Fitri.

“Kau tau kan aku tak suka!” tambah Adam lagi.

“Habis tu nak buat macamana?? Dorang dah letak awal-awal dekat meja aku! Tak sampai hati pulak aku tinggalkan je kat sana!” bebel Fitri geram. Tak pasal-pasal dia kena marah lagi!

“Dorang ni pun satu! Aku dah cakap tak payah bagi, dorang bagi jugak!” marah Adam. Kotak-kotak kecil itu dirampasnya kasar dari tangan Fitri lalu dia berjalan menuju ke tong sampah dan mencampakkan kotak-kotak kecil itu dengan kasar ke dalam tong sampah itu. Fitri menghampri Adam dengan sengihan.

“Wahh, kau ni betul-betullah! Kau langsung tak nak buka hadiah dorang kan!” ujar Fitri.

“Takde masa aku! Dahlah, jom! Abang Haikal dah tunggu kat kafe dah tu!” ujar Adam lalu menarik Fitri menuju ke kereta.

Setengah jam kemudian, mereka tiba di kafe. Kelihatan Haikal sedang bercakap dengan seseorang di handphonenya. Tanpa membuang masa, mereka menghampiri Haikal.

“Sara, dorang dah sampailah. I’ll talk to you later!” ujar Haikal lalu memutuskan panggilan.

“Abang!” tegur Adam sebelum duduk. Fitri tersenyum pada Haikal.

“Hah, birthday boy dah sampai! Guess apa yang abang nak bagi??” tanya Haikal gembira.

Adam tersengih. Hilang terus wajah masamnya tadi.

“Kasut? Baju? Dompet?” jawab Adam berkali-kali apabila menerima gelengan dari Haikal.

“No! Adam mesti excited bila abang bagi ni. Tapi, sebelum tu, Adam kena janji dengan abang dulu!” ujar Haikal.

“Janji? Janji apa??” Adam berpandangan dengan Fitri yang turut tertanya-tanya.

“Jangan guna untuk benda-benda yang mengarut! Boleh?” ujarr Haikal dengan sengihan.

“Maksud abang? Oh, ok, ok!” ujar Adam pantas bila direnung oleh Haikal.

Haikal tersenyum lalu membuka dompetnya dan mengeluarkan satu kad kredit. Wajah Adam berubah saat melihat kad kredit itu, matanya bersinar-sinar.

“Nah!” Haikal menghulurkan kad kredit itu pada Adam. Pantas Adam mengambil kad kredit itu dengan wajah yang masih tidak percaya. Fitri juga turut teruja.

“Ingat tau janji Adam!” ujar Haikal lalu menghirup air kopinya sebelum berdiri.

“Ehh, abang nak pergi mana??” tanya Adam.

“Abang ada hal nak buat dekat ladang. Nanti kita jumpa dekat rumah.” jawab Haikal.

“Thanks abang! You’re the best!” ucap Adam lalu berdiri dan memeluk Haikal. Fitri hanya tersengiih melihat Adam dan Haikal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience