BAB 2

Humor Completed 10496

“kenapa dengan Fadil?” Emak menghubungiku di talian. Sudah beberapa kali emak menelefonku, tapi malangnya aku tidak dengar. Disebabkan silent mode. Sibuk dengan kerja di bahagian admin sehingga aku lupa dengan telefonku sendiri. Masa lauch hour pun aku abaikan telefonku sendiri. Parah aku ni. Kesian emak. Aku berisgtifar dalam hati.

“Kenapa dengan dia?” soalku balik. Hatiku semakin tidak tenteram. Sudahlah beberapa minggu aku tidak mendengar suaranya inikan pula hanya bertentang mata. Sudah puas aku mencarinya di tempat kerja dia. Hasilnya hanmpa. Jawapannya hanya ‘Outstation’

“Kenapa kamu kata? Apa dah jadi dengan kamu dengan Fadil sebenarnya?” aku pelik dengan soalan emak. Aku rasa tiada apa-apa yang terjadi antara aku dengan Fadil. Cuma yang dia tak buka hanfone tu jelah yang masalahnya sekarang ini.

“Tak ada apa-apa mak. Kenapa ni mak?” Soalku tidak puas hati. Hatiku membuak ingin tahu.

“Kalau tidak, kenapa dia nak batalkan perkahwinan ni dan putuskan pertunangan kamu dengan dia.” Aku tergamam. Terdiam sejenak. Cuba menerima setiap patah perkataan yang emak sampaikan. Benarkah? Tapi kenapa? Kenapa baru sekarang hatiku mula memberikan sepenuh kepercayaan dan cinta, dia mula menolaknya? Sebenarnya apa yang berlaku terhadap diri Fadil sendiri.

“Laura… Laura. Kamu dengar tak?” aku tersedar. Kali ini aku tidak bermimpi lagi. Tanpa disedari air mataku mengalir.

“Emak kenapa dia sanggup buat macam ni dekat Laura mak? Apa salah Laura pada dia?” Barulah aku tahu, selama ini dia hanya mempermainkan aku. Dia tidak cintakan aku. selama ini akulah hamba cinta dia.

“Entahlah laura. Mak pun tak faham dengan Fadil tu. Angin apa emak pun tak tahu. Abah lagi tak tahu nak kata apa. Dia datang tadi. Dia ada bagi kamu surat. Emak dengan abah takberani nak buka. Tunggu kamu balik baru kamu baca. Sabar yea nak. Apa-apa pun semua yang terjadi ni ada hikmahnya. Kita saja yang tak tahu.”

“Baiklah mak.” Talian dimatikan. Berat rasanya mahu menangung segala bebanan ni. selama ini sia-sia saja aku berdiet semua. Kumpul duit walaupun tak minta satu sen pun duit dia. Selama ini aku bersabar dengan perangai dia. Selama ini aku setia dengan dia. Selama ini aku sentiasa berprangsangka baik dengan dia. Selama ini aku terlalu bagi harapan kepada diriku untuk dia. Namun apa yang aku buat selama ini, semuanya tidak bererti bagi dia. Malahan selama aku berhabis masa dan duit untuk dia, dia hanya diam dan memberikan kata-kata yang aku tidak suka dengar.

“Laura kenapa ni, macam ada yang tak kena je?” Soal Tania, merangkap admin juga. Takkan masalah ini pun nak kena cerita pada Tania yang baru aku kenal? Walaupun pahit, aku terima. Aku cuba hadapi. Hanya kerana Fadil sendiri yang melakukan kesilapan, aku tidak boleh terus membiarkan hidup aku terumbang-ambing. Dia patut bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience