BAB 14

Short Story Completed 93520

Arjuna masuk pejabat awal harini.Badannya masih sakit-sakit lagi.Dia duduk dengan perlahan menahan sakit badannya.Nasib kepalanya hanya luka kecil.

Matanya terpandang surat yang dihantar Eugene semalam.Dia melihat satu persatu surat yang ada ditangannya.Dan matanya tertangkap surat yang mengoncang tangkai hatinya.

Dia meraup wajahnya.Surat dari pejabat agama itu dibuka dengan pantas.Isi surat itu dibaca sehingga habis.

Surat tuntutan penceraian yang dimohon oleh Ratna Zinnirah Binti Baharin.Tangannya mengigil membaca surat tersebut.

"Ya Allah Kenapa berat sangat ujian kau beri ni?"ucap Arjuna meletakkan kembali surat itu diatas meja.

Dia cuba menenangkan hatinya.Dia memejamkan matanya rapat.

"Tuan....dah okay tak nak buat sidang media ni? Kalau tak saya batalkan saja"soal Eugene yang melihat muka pucat Arjuna.

"Teruskan aje. Saya keluar lagi lima minit"kata Arjuna pada Eugene.

******

"Akak Abang Juna tengah buat sidang media sekarang"kata Indah sambil menunjukkan telefon pintarnya pada Ratna.

Ratna tidak menghiraukan.Indah sengaja menguatkan suara telefonnya.

"Asalamualaikum....saya minta maaf sebab menyusahkan semua untuk datang pada sidang media saya harini.Ini kerana saya ingin menjelaskan tentang tersebarnya berita saya bakal berkahwin dengan pereka baju terkenal Qaila Afrina.Saya ingin bagitahu yang saya takkan pernah berkahwin dengan dia.Itu saja yang saya nak bagitahu dan saya...saya sedang tunggu seseorang yang saya rasa memang layak untuk saya walau berapa lama sekalipun"ucap Arjuna pada semua wartawan yang hadir.

"Kak Kenapa dengan dahi Abang Juna bertampal? Muka dia pun pucat?"soal Indah sambil menunjukkan telefon pada Ratna .Betul kata Indah, Kenapa dengan Arjuna? Eiyad tak cerita apa-apa pada dia?.

"Itu saja saya minta diri dulu"ujar Arjuna sebelum bangkit meninggalkan ruang sidang media.Dia memegang perutnya yang bengkak.

*******

Sampai dirumahnya Arjuna merebahkan badannya diatas katil.Dia gagahkan diri untuk memandu balik dari pejabatnya.

Kancing bajunya dibuka sedikit.Dia memejamkan matanya rapat kerana kepenatan harini.

Kepalanya bagai mahu pecah memikirkan tentang Ratna.Pemberitahuan tentang tuntutan penceraian itu lagi menambah sakitnya.

"Saya rindukan awak Ratna, Saya rindukan pelukan awak, saya rindukan haruman awak, saya rindukan semua tentang awak"kata Arjuna meletakkan tangan dikepalanya dan memejamkan matanya.Ada manik-manik yang jatuh dihujung matanya.

********

"Hai Ratna awak sihat?"soal Eiyad yang datang ke rumah keluarga Ratna bersama Diya.

Ratna tersenyum manis.

"Sihat orang mengandung macam nilah"kata Ratna sambil matanya mencari-cari kelibat seseorang.

"Korang berdua aje ke?"soal Ratna pada Diya.

"Yelah kitaorang berdua ajelah.Sapa nak ikut kami lagi.Kau kan halang Arjuna jumpa kau.Jadi bukan kami nak bawa dia"balas Diya.

"Ni kandungan awak ni makin hari makin besar.Tapi tulah kesian dia jarang dia dapat dengar suara Ayah dia"kat Eiyad merujuk kepada Arjuna.

"Takpe biar dia belajar berdikari tanpa Ayah dia"kata Ratna masih dengan egonya.

Diya memandang Eiyad dengan pandangan yang sukar untuk diungkapkan.

"Aku dengar kau ajukan tuntutan penceraian pada Arjuna betul ke?"soal Diya.

Ratna mengangguk kepala tanda betul.

Diya mengeluh berat dengan keputusan Ratna yang baginya tergesa-gesa.

Eiyad memandang tempat lain.Kalau Ratna tahu Arjuna bagai nak gila dekat KL tu tanpa dia.

Indah muncul menghilangkan air kepada tetamu yang hadir ke rumah."Jemput minum Abang Eiyad dan Kak Diya"kata Indah.

"Abang Eiyad ahh Abang Juna sihat tak?"soal Indah tiba-tiba.

Eiyad memandang wajah Ratna yang menunduk."Ermmmm.... beberapa hari lepas okay aje"balas Eiyad.

Telefon pintar Eiyad berbunyi tertera nama Andika diskrin.Jarang Andika menghubunginya.

Dia menjawab saja panggilan dihadapan mereka."Asalamualaikum...Along.Kenapa telefon ni"tanya Eiyad.

"Walaikumusalam...Eiyad.Juna ada dengan kamu tak?"soal Andika pada Eiyad.

"Juna? Kenapa dengan dia?"soal Eiyad sambil semua mata memandang wajah Eiyad termasuk Ratna.

"Tak adalah Along cuba telefon dia tapi tak angkat.Kot-kot dia ada dengan kamu"kata Andika yang risau dengan adiknya.

"Tak ada Along.Eiyad dekat luar bandar ni.Kejap Eiyad cuba telefon dia"kata Eiyad sebelum menamatkan panggilan telefon Andika.

"Kenapa dengan Arjuna?"soal Diya.Eiyad memberi isyarat sebentar.Dia mencari nombor Arjuna dan menghubungi nombor kawannya itu.

Tapi tak ada yang menjawab.Dia cuba sekali lagi, tetap sama masih masuk peti suara.

"Tak dapatlah.Mana dia pergi ni?"soal Eiyad sambil terus menerus menghubunginya.

Ratna mula menunjukkan riak muka risau."Angkat Juna...Angkat"bisik Eiyad perlahan.

"Dapat tak?"soal Indah.

Eiyad menggelengkan kepalanya laju.

*******

Andika membuka pintu rumah Arjuna.Kedua-dua kereta milik adiknya ada dilaman.

Maya melangkah masuk ke dalam rumah adik iparnya itu."Gelapnya rumah ni"kata Maya.

Mereka melangkah ke tingkat atas dengan penuh hati-hati."Kenapalah bersepah rumah Arjuna ni?"kata Andika sambil membuka setiap pintu bilik.
Dan matanya terpandang bilik utama.Dia lantas membuka pintu bilik yang tidak berkunci.

Maya yang hanya mengikut langkah suaminya turut masuk ke dalam bilik.Andika memandang bilik yang hanya disinari cahaya luar tingkap.

"Abang!!!"jerit Maya melihat tubuh Arjuna yang terbaring didepan bilik air.Andika laju mendapatkan adiknya.

"Juna...Juna..."panggil Andika dengan cemas.Dia melihat badan Arjuna lebam-lebam dan badannya juga panas.

Maya disisi suaminya terkejut dengan keadaan Arjuna.Dia cepat menghubungi ambulan.

"Juna apa jadi dekat kau ni?"kata Andika meletakkan kepala Andika di ribanya.

**********

"Ya Allah okay Along Eiyad kesana sekarang"kata Eiyad menamatkan panggilan yang baru saja diterima oleh Andika.

Dia serba salah sama ada mahu beritahu atau tidak.Dia mendekati Diya.

"Diya aku kena balik KL? Kau nak stay sini ke?"soal Eiyad pada Diya.

Diya memandang wajah cemas Eiyad."Kau asal macam baru lepas nampak hantu? Benda apa yang kau risau ni?"soal Diya semula.

"Juna masuk hospital"ujar Eiyad pada Diya.Terlopong Diya mendengar perkabaran daripada Eiyad.

"Kenapa dia masuk hospital?"soal Diya laju."Aku tak tahu tapi Along Juna jumpa Juna tak sedarkan diri dekat rumah"kata Eiyad.

"Siapa yang tak sedarkan diri?"soal Ratna dari belakang.

Mereka memandang wajah Ratna yang muncul dibelakang mereka.

Eiyad sudah tidak keruan.Dia jadi serba salah mahu terus terang dengan Ratna.

"Saya tanya ni siapa yang tak sedarkan diri? Eiyad? Diya?"soal Ratna pada mereka berdua.

Eiyad dan Diya memandang sesama sendiri.

******

Andika dan Maya menanti diluar bilik kecemasan.Dia masih tak tahu punca macamana Arjuna boleh pengsan? Pastu badannya ada lebam? Dari mana lebam tu datang? Semua persoalan itu hanya ada pada Arjuna sekarang?.

"Abang macamana saya risaulah tengok dia tadi"kata Maya pada suaminya.

Andika memeluk tubuh Maya untuk menenangkan isterinya yang masih terkejut dengan apa yang jadi di rumah Arjuna tadi.

Datin Habsah dan Datuk Arif kebetulan tiada di Malaysia kerana mengikuti Datuk Arif ke Istanbul.

Seorang doktor keluar daripada bilik kecemasan."Encik anggota keluarga pesakit?"soal Doktor Haq.

"Ya saya Abang kepada pesakit.Macamana dengan adik saya?"soal Andika yang cemas.

Doktor Haq menarik nafas dahulu.

"Boleh saya tahu pesakit ada kemalangan atau bergaduh ke sebelum ni?"soal Doktor Haq.

"Itu saya tak pasti Doktor tapi Kenapa ya?"soal Andika semula.

"Encik Arjuna ada ruptured spleen atau kita panggil limpa pecah.Keadaan ini selalu berlaku kerana pukulan seperti kemalangan, bersukan atau pergaduhan.Kesan trauma ringan boleh menyebabkan limpa pecah dan lambat menerima rawatan kecemasan boleh menyebabkan pendarahan dalaman berlaku dan boleh membawa maut"jelas Doktor Haq pada Andika dan Maya.

"Astagfirullah Al Azim....Jadi doktor apa yang patut sekarang ni? Rawatan apa ke?"soal Andika.

"Kita akan buat CT scan dulu ke atas Encik Arjuna dan nanti saya akan maklumkan sekiranya perlu menjalankan pembedahan atau ada kaedah rawatan lain.Apa-apa saya akan maklumkan nanti"kata Doktor Haq sebelum masuk semula ke dalam wad kecemasan.

Andika rasa longgar lututnya.Maya disebelah memegang tangan suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience