Bab 66 - 'Kebahagian yg satu'

Romance Completed 53836

Setahun kemudian...

'kring..kring..kring..'

Kedengaran bunyi jam loceng meja memenuhi ruang bilik itu. Panjang sahaja tangan Azhar menutup kembali jam yg telah di set itu. Mulut Azhar menguap beaar sambil tangannya mengosok matanya. Azhar mengecilkan matanya sambil melihat sudah masuk pukul berapa sekarang. Jam menunjukkan pukul 5.30 a.m.

Hmm..awal lagilah..Huaaa mengantuknya..Cakap Azhar sendiri lalu kembali membaringkan badannya di atas katil semula. Tangan Azhar mula merangkul tubuh Munirah di sebelahnya. Di cium rambut Munirah lalu memejamkan semula matanya itu. Munirah mengeliat sedikit apabila rasa pelukan tangan Azhar di pinggangnya.

Abang..bangun..jangan sambung tido..nanti lewat pegi keje..Bersuara Munirah tetapi matanya masih lagi tidak dibuka. Malas sahaja Munirah rasa mahu bangun awal hari ini. Munirah menepuk perlahan pipi Azhar lalu tangannya mula jatuh ke bawah semula. Munirah kembali sambung tidurnya. Begitu juga dengan Azhar. Mereka berdua terus dibuai mimpi tanpa sedar.

'Uwerkk...Uwerkk...'

Kedengaran tangisan Adam dan Aidan di bilik sebelah. Mereka berdua sudah terjaga dari tidurnya. Munirah mula mengeliat kasar di atas katil. Mahu tidak mahu dia perlu gagahkan diri untuk bangun juga. Anak kembarnya itu pasti sedang dahagakan susu sekarang. Nasib sahaja mereka berdua sudah belajar minum susu botol. Tidak usahlah Munirah pamkan susu badan untuk mereka lagi. Munirah memusingkan badannya ke kiri dan ke kanan sedikit. Tangannya sibuk sahaja mengikat rambut ikal mayangnya itu. Sejak menjaga kembar ini, Munirah tidak sempat uruskan dirinya sendiri. Munirah melihat Azhar masih nyenyak tidur di sebelahnya. Tersenyum Munirah sendiri melihat wajah comel Azhar semasa tidur. Satu kucupan pagi terus di lepaskan ke pipi Azhar. Munirah kembali bangun untuk pergi melihat keadaan Adam dan Aidan.

Ehh kejap..pukul berapa sekarang..dah kenapa abang tak bangun lagi..Terpikir Munirah sejenak di situ. Lalu dia kembali memandang ke arah jam di dinding biliknya.

Ya Allah...Sudah terlambatlah!!! Abang bangun..bangun abang!!! Sudah pukul 7.15 a.m!!! Jerit Munirah kuatnya sambil mengejutkan Azhar bangun dahulu. Digoncang kuat badan Azhar itu.

Arrrr..apa...napa sayang..Tanya Azhar masih lagi dalam keadaan mamai. Hanya kepalanya sahaja diangkat untuk melihat Munirah.

Abang!! Bangunlahh...pegi keje. Dah lewat tahu tak??!! Aduhh..camnelah boleh tak terjaga ni..Bangun tau. Jangan tido lagi. Irah nak pegi tengok si kembar tu kejap. Pakaian apa semua Irah sudah sediakan semalam. Cepatlah pegi mandi..Berleter Munirah panjang lebarnya terus bergegas pergi dari situ. Tangisan Adam dan Aidan semakin kuat di dalam bilik sebelah. Azhar mula bangun dan mencapai kain tualanya. Terhuyung-hayang badannya berjalan menuju ke arah tandas.

Alalala anak-anak mama sudah bangun yee..Sorry sayang, mama lambat sikit..Pujuk Munirah lembutnya sambil mendukung Adam dahulu. Kelihatan Aidan masih lagi seronok bermain dengan permainannya itu. Usai selesai sahaja memberi susu kepada Adam. Kini giliran Aidan pula. Bergilir-gilir Munirah melayan mereka berdua setiap hari. Sudah menjadi rutin hariannya sekarang. Adam sahaja kerap meragam berbanding dengan Aidan. Miskipun Adam adalah abang tetapi kerenahnya tidak ubah seperti Munirah sahaja. Aidan pula adik yg selalu diam dan ceria seperti Azhar. Masing-masing mewarisi perangai mereka berdua.

Sayang..pegilah solat dan bersiap dulu..biar Abang jagakan mereka berdua. Lagi pun abang dah beritahu masuk pukul 8.00 a.m hari ini. Bersuara Azhar setelah sampai di dalam bilik itu. Azhar membetulkan sedikit tali leher di koler bajunya. Hanya mengambil masa 15 minit sahaja dia sudah selesai bersiap. Biasalah orang lelaki tidak perlu bersiap lama berbanding dengan perempuan.

Oklah kalau camtu..Tolong susukan Aidan yee..Irah akan sediakan sarapan sekali. Abang nak kopi or milo? Tanya Munirah sambil memberi Aidan kepada Azhar. Rasa lega sebentar Azhar boleh jagakan mereka berdua. Sediakan roti bakar dan bancuhan air panas sudah cukup untuk sarapan lewat pada waktu begini.

Ermm..kopilah. less sugar ok? 'Manis' itu untuk sayang jee. Alololo..mama busukkan Adam..Aidan. Tak mandi lagi. Nyakat Azhar seronoknya tidak mempedulikan muka marah Munirah di situ. Segera dia duduk untuk menyusukan Aidan. Manakala sebelah tangannya lagi sibuk bermain dengan Adam. Tersenyum Munirah sendiri di situ. Sempat lagi suaminya ini memikat hatinya.

Sayang..sayang betul-betul nak bawa Adam dan Aidan ke tempat keje ni? Tak nak hantar ke rumah umi dulu? Tanya Azhar tergopohnya sambil memakai kasut berkulitnya itu. Asyik sangat berbual semasa sarapan tadi sampai terlupa mereka berdua sudah lewat untuk ke tempat kerja masing-masing.

Yelah..sudah lewat ni..saya lupa..harini walid tak ada. Sayalah kena uruskan jadual meeting untuk hari ini. Pasal Adam dan Aidan..inshallah..saya mintalah pekerja yg tak terlibat tengokkan sebentar. Jawab Munirah termegahnya kerana sedang mendukung Adam dan Aidan pada masa yg sama. Jika hendak dibandingkan dengan tubuh kecilnya, tangan Munirah kuat saja mendukung mereka berdua. Terpegun Azhar melihat keadaan isterinya ini menguruskan anak kembar mereka berdua. Dia memang tabik spring dekat Munirah. Munirah tidak pernah mengeluh sepanjang menjaga mereka berdua. Cukup saja kasih sayang untuk Adam dan Aidan.

Okeylah..mari saya tolong letak mereka di carseat dulu. Ujar Azhar lalu mengambil Adam di dalam dukungan Munirah. Dia menolong Munirah menguruskan mereka berdua dahulu barulah dia bergerak pergi ke sekolah. Inilah rutin harian mereka setiap hari. Selalunya Azhar atau Munirah yg akan menghantar si kembar ini ke rumah Puan Ruziah sahaja. Mereka berdua tidak suka menghantar ke taska kerana tidak percaya kepada sesetengah pekerja muda pada zaman sekarang. Kali ini, Munirah pula yg akan membawa Adam dan Aidan ke Pusat rawatan itu memandangkan mereka berdua sudah benar-benar lewat kali ini. Munirah sudah kembali bekerja bersama walid kerana pekerjaan itulah yg membuatkan dirinya rasa selesa. Munirah tidak mahu mencuba nasib di luar keselesaan dirinya lagi. Biarlah Adam dan Aidan tumbuh panjang dahulu barulah selepas itu dia merancang kembali.

Hari jumaat sudah menjadi rutin harian mereka berempat duduk menonton televisyen sahaja. Azhar sedang berbaring di atas sofa manakala Munirah duduk di bawah bersama Adam dan Aidin. Melayan mereka berdua bermain permainan. Umur si kembar ni sudah masuk setahun 8 bulan. Akal mereka sedang bertumbuh panjang. Geligat sahaja fikiran mereka berdua mahu tahu sesuatu benda. Aidan lebih kerap bercakap lagi berbanding dengan Adam. Percakapan bahasa kanak-kanak seusianya sahaja. Adam lebih suka bermain sendiri. Permainan yg dia suka banyak tentang teka-teki sahaja. Tingkah laku Adam tidak ubah seperti Munirah semasa kecil. Walaupun kembar, mereka berdua tetap ada kelainannya. Munirah akan cuba sedaya upayanya memahami apa yg mereka berdua sukakan.

Sayang..tak rasa bosan ke duduk rumah? Tanya Azhar sambil tangannya sedang bermain helaian rambut Munirah. Geram saja dia melihat rambut panjang Munirah di atas tangannya.

Ermm tak. Napa nak rasa bosan. Adam dan Aidan kan ada? Jawab Munirah lalu menatap wajah Azhar. Mahu mencari kebosanan di riak wajah suaminya itu. Sebelum ada anak, sibuk nak ada anak. Sudah ada anak, sibuk kata bosan lagi. Satu pandangan tajam terus diberikan kepada Azhar.

Alah sayang ni...bukan macam tulah..I mean..Nak tak kita pergi bercuti. Sudah lamakan kita tak bercuti. Kali ini, ada Adam dan Aidan sekali. Mesti seronokkan. Cadang Azhar lalu bangun dari pembaringannya itu. Tangan Azhar mula menjalar di leher Munirah. Diletakkan kepalanya itu pada bahu Munirah. Memujuk isterinya ini untuk pergi bercuti juga. Munirah memikirkan sesuatu dulu sambil matanya melihat ke arah Adam dan Aidan. Sejak mereka berdua ada, mereka tidak pernah pergi bercuti lagi. Tangan Munirah terus memegang pipi Azhar.

Okey..tapi ke mana? Tanya Munirah sudah terima cadangan Azhar ini. Sekali-sekala mereka meluangkan masa bersama Adam dan Aidan. Bukan selalu nak rasa tenang bercuti bersama keluarga.

"Pulau Redang..."

Adam Saifwan..Aidan Safwan..cepat datang dekat mama!!! Kata Munirah sambil menepuk tangannya untuk menarik perhatian Adam dan Aidan yg sedang duduk 1 meter dari mereka berdua. Azhar yg mencadangkan untuk mereka berdua menarik perhatian antara Adam dan Aidan. Siapakah yg mereka berdua akan memilih nanti.

Adam..Aidan..tengok papa..Taraaa!!! Papa ada mainan!! Cepat mari ke arah papa.. Acah Azhar pula mula menarik perhatian mereka berdua daripada merangkak ke arah Munirah. Perlahan-lahan Aidan memulakan langkahnya dulu ke arah Azhar. Selepas itu, diikuti Adam pula merangkak ke arah Azhar. Mereka berdua lebih tertarik pada permainan yg dipegang oleh Azhar.

Abang!!! Tak acilahh...Marah Munirah mula geram selepas melihat Azhar menggunakan teknik kotor untuk menarik perhatian Adam dan Aidan. Sudah tentulah mereka berdua akan pergi ke arah Azhar.

Aci di india..Cepat!! anak-anak papa..alalala comel..ke sini. Balas Azhar tidak mempedulikan muka bengang Munirah di sebelahnya itu. Selepas Adam dan Aidan sampai, Azhar terus memberikan mainan itu kepada mereka berdua. Bagus anak-anak jantannya ini. Mudah terpengaruh dengan mainan berbanding dengan usikan manja isterinya itu. Panas saja Munirah melihat Azhar mula mengejek ke arahnya.

Ooo...tak pe..tak lama lagi..saya dapat baby girl..Saya dah ada geng tau!! Bersuara Munirah sambil mengcekak pinggangnya itu. Sedikit pun dia tidak rasa kecewa dengan semua ini. Bibir Munirah terus mengukirkan senyuman ke arah mereka bertiga di hadapannya. Terpinga-pinga Azhar cuba memahami apa yg Munirah sedang ujarkan ini. Dia mula melihat perut Munirah yg seakan membuncit sedikit. Selama ini memang perut Munirah kembang sedikit selepas bersalin secara bedah. Sukar untuknya mengawal pemakanan selepas itu. Perut sahajalah buncit tetapi berat badannya masih sama seperti dahulu. Teka Azhar sendiri.

Apa maksud sayang?? Kita nak ada anak lagi ke? Tanya Azhar dengan soalan bodohnya itu. Selalunya, mereka berdua akan rancang dahulu semua ini. Azhar mula mengaru kepalanya yg tidak terasa gatal itu. Di lihat wajah Adam dan Aidan di sebelahnya lalu pandangan mula ditumpukan ke arah Munirah kembali. Mereka bertiga masih duduk di atas pasir. Masih menanti jawapan apa yg akan Munirah berikan.

Abang!! Hmm..ingatkan dah faham..Tunjuk perut pun still tak faham lagi..Ni haa, Irah ingatkan nak beritahu minggu lepas..terlupa pula sebab terlalu excited nak bagitau..Kata Munirah lalu mengeluarkan sesuatu daripada beg tangannya itu. Lalu ditunjukkan 'pregnancy test' itu kepada Azhar. Terbutang mata Azhar selepas melihat pregnancy test yg berada di tanda Munirah itu menunjukkan 'Double line'. Segera dia bangun dan pergi mengambil pregnancy test itu di tanda Munirah. Dipandang lama benda itu lalu pandangannya mula beralih ke arah Munirah pula.

Sayang...betul ke ni?? Saya tak tipu abangkan?? Tanya Azhar mahu tidak mahu sahaja senyum ke arah Munirah. Dia masih menanti satu jawapan tepat dari Munirah dahulu. Jantungnya mula berdegup kencang sekali. Sudah lama dia tidak rasa degupan seperti ini sejak menunggu kelahiran Adam dan Aidan.

Sayang tak guraulah..kita tak rancangkan semua ini..Irah tak tahu pula waktu itu Irah tengah subur. Napa..awak tak ready nak ada satu lagi cahaya mata ke?? Tanya Munirah kembali kepada Azhar. Riak wajahnya juga berubah selepas melihat Azhar berkata begini. Dia ingatkan Azhar akan rasa gembira bila dapat tahu mereka akan dapat seorang lagi cahaya mata. Kaki Munirah mula menguis pasir. Pandangannya dialihkan kepada Adam dan Aidan yg sedang bermain di depannya.

Ya Allah...terima kasih sayang..kenapa abang tak ready pula..inikan rezeki tuhan beri kepada kita. Ya Allah...abang tak tahu nak kata apa lagi...terima kasih sayang..Wuhoooo...dapat sorang lagi anak!! Ujar Azhar lalu mendukung Munirah. Satu perasaan gembira yg dia sendiri tidak dapat ujarkan ketika ini. Di pusing badan Munirah banyak kali ketika itu. Ketawa Munirah selepas melihat reaksi Azhar seperti ini. Dia ingatkan Azhar tidak suka dengan kejutan seperti ini. Rezeki tuhan beri tidak pernah salah alamat.

Mereka berempat terus memeluk antara satu sama lain. Azhar tidak henti daripada terus mengucup dahi Munirah. Perasaan sayang ini tidak akan pernah pudar. Setiap hari hidupnya rasa sempurna sahaja bila bersama Munirah dan kedua anak kembarnya ini. Azhar sudah dinaikkan pangkat menjadi panitia hal ewal pelajar di sekolahnya manakala Munirah pula menjadi penolong Walid menguruskan Pusat Rawatan itu. Rezeki keluarga mereka sudah melimpah ruah sejak lahirnya Adam dan Aidan. Kini, menanti seorang lagi cahaya mata, keluarga mereka akan menjadi besar dan berkongsi satu kebahagian bersama selamanya.

"Allah swt tahu kita penat"
*Allah swt tahu kita kecewa"

"Tetapi, percayalah,"

"Allah swt tidak akan letakkan kita pada sesuatu keadaan yg kita sendiri tidak boleh hadapinya"

"Sentiasa berdoa dan sabar kunci utama menanti satu kebahagian yg paling indah"

- Tamat -

berakhir sudah Kisah "Sang Pujaan Hati".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience