BAB 7

Humor Completed 16697

Asyiqin melangkah kecil ke dalam pejabatnya. Tak boleh buka kangkang besar, kain kurung ni labuh, karang ada yang tersadung, kemek pula hidung ni.

“Morning guys!”

Asyiqin menegur manusia-manusia yang ada di ruangan kerja itu. Hampir semua orang ternganga, iyalah, Asyiqin datang awal dari biasa satu, dia siap tutup atas bawah lagi satu. Drastik. Datang awal sebab hari ni entah mengapa jalan tak jammed, dia keluar rumah pun dekat pukul lapan tadi, itulah agaknya, Allah kasi rezeki kut.

“Babe, kau sihat tak? Sawan ke demam ni? Drastik kut. Baju kurung, tudung bagai, pergh, calon menantu betul ni. Muslimah kut. Makin cantik engkau.”

Cik suka jaga tepi kain orang yang bernama Zeta itu sudah menyemak di cubicle Asyiqin. Asyiqin tarik senyum.

“ Eh beb.Kau kata aku drastik, Ammi aku lagi drastik. Kau tahu tak, aku bangun pagi ni, dengan rambut aku yang kena potong macam tempurung kelapa, dan satu almari aku kena ganti dengan baju baru. Aku pun terkejut, mengamuk pepagi buta tadi.Tapi nak buat macam mana, nak tak nak, kena pakai la dah itu saja yang aku ada.”

Zeta menempekkan punggungnya di tepi meja Asyiqin. Tangannya diletakkan pada pinggang. Macam bos dah nampak gaya mak cik tu.

“Haha, Ammi kau tu memang super cool lah. Dah engkau tu keras kepala sangat, Ammi kau tu pun dah banyak kali dah kan suruh jangan pakai sendat-sendat sangat. Itu ha, kan Ammi kau dah buat OPS sikap tersendiri tu. Tabik la.”

Zeta menyakat Asyiqin. Asyiqin tarik muka selamba dia. Tangan mencapai tupperware dari dalam paperbag dan membuka. Wah, marah dekat Ammi pun boleh hilang bila bau masakan Ammi. Hari ni, Ammi buat capati dengan ayam rempah. Heavy breakfast ni. Jam pun belum pukul 9.00, sempat lagi nak membedal makanan ni. Lapar pula tetiba.

Asyiqin mencubit capati dan dicicah ke dalam kuah rempah itu. Nyum!

“Eh, lupa pula. Nak rasa Zeta?”

Zeta, yang memang terliur itu terus ambil share dia. Ammi Syiqin ni memang hebat bab masak-memasak ni. Hari-hari Asyiqin bawa bekal. Tapikan, si Syiqin ni pandai ke masak ni? Kalau pandai, untung betul siapa jadi bakal suami dia nanti.

“Erm! Sedapnya beb. Ammi kau pandai masak, kau reti idak?”

Zeta bertanya dengan mulut yang penuh. Minah ni, sungguh tak senonoh.

“Bolehlah, cincai-cincai.”

Asyiqin menjawab selamba. Dia bersandar pada kerusi, kenyang. Tupperware yang masih ada isi itu ditolak ke arah Zeta. Makin bahagia Zeta. Pelahap betul.

“Aku pergi cuci tangan kejap.”

Dan Asyiqin berlalu. Beberapa minit kemudian dia kembali ke tempatnya.

“Eh beb, Ammi kau letak apa... Oh.My.God!”

Asyiqin hairan apabila Zeta yang tadi memandangnya itu terus memaku pandangannya ke arah lain. Dahlah ayat tergantung Zeta ni. Tangannya dipetik di hadapan Zeta yang sudah terpaku itu.Mulut pun ternganga, buruk bebenor.

“Weyh, kau nak tanya apa ni? Duduk OMG segala tu kenapa?”

Asyiqin bertanya geram. Nak tanya buat cara nak tanya, pergi lari kut lain tu kenapa?

“Aku lupa dah nak tanya apa. Weyh beb, pandang belakang cepat. Encik Shahid hari ni extra handsome kut!”

Asyiqin mencebik. Tak ada maknanya dia nak pandang lelaki tu. Buang karan sahaja. Baik pandang laptop dia, lagi bagus.

“Wey, pandang la.”

Zeta tak habis-habis memaksanya. Asyiqin menjeling ke arah Zeta.

“Malas aku. Dah, pergi basuh tupperware ni.”

Senang saja Asyiqin menjawab.Zeta terdiam. Dia bangkit dari tempat Asyiqin itu.

“Eh, dia datang sini lah.”

Zeta berkata sebelum berlalu. Asyiqin tarik muka poyo dia. Datang sini ya? Siap engkau Encik Misai.

“Amazing. Awal hari ni. Cantik baju kurung tu, jaan (sayang).” Asyiqin masih lagi menalakan pandangannya ke laptop. Buat tuli telinga boleh tak? Malas nak layan si Misai ni.

“Encik nak apa? Saya datang awal pun salah, lewat pun salah. Itu salah, ini salah.”

Asyiqin menggerutu. Dia dapat dengar yang Shahid tergelak.

“Jaan, pagi-pagi dah bad mood? Ni, cuba pandang saya, tentu bad mood pun hilang.”

Amboi, kau tu punca bad mood aku, pandang engkau yang bermisai itu lagi teruk mood aku tahu. Asyiqin masih lagi berkeras hati dan kepala. Benci sama mamat itu.

“Encik tu reason saya badmood. Encik hasut Ammi saya semalam kan? Suruh tukar wardrobe saya bagai. Siap suruh potong rambut saya lagi, kan?”

Asyiqin bertanya, masa masih degil untuk tidak memandang jejaka itu. Shahid mengeluh lembut.

“Masuk bilik saya.”

Sepatah dia memberi arahan, lalu berlalu ke biliknya. Asyiqin nak tak nak ikut dengan langkah yang malas. Ish, asyik masuk bilik dia saja. Tak ada kerja lain. Sah dah lepas ni gosip melayang satu pejabat ni. Tapikan, betul apa, Ammi dia memang dah suruh dia kahwin dengan Shahid tu, Cuma dia saja yang masih tak nak setuju. Kalau tak dah lama kat jari manis tu ada cincin tunang.

“Saya dah masuk ni, now tell me the reasons why you did what you did!”

Asyiqin bertanya geram. Pintu bilik Shahid di tolak dengan kuat sehingga tertutup. Bergema bunyinya. Shahid pula masih membelakanginya.

“Sebabnya mudah saja. Awak tu, bakal isteri saya, awak nak pakai seksi semua, boleh, tapi tunggu kita kahwin. Just in front of me, saya bagi awak pakai seksi. Boleh?”

Dengan itu Shahid memandang Asyiqin. Asyiqin pula rasa rahangnya sudah jatuh ke lantai. Memang dia tahu sudah mengapa Zeta ber ‘Oh My God’ tadi. Shahid Shahran ke Shahid Kapoor depan dia ni? Aiyo, kenapa dalam gambra hari tu muka dia tak macam Shahid Kapoor? Kenapa hari ni macam pelakon kegemaran tu pula? Macam mana nak gaduh ni, kalau kembar Shahid Kapoor ada kat depan.

“Huh?”

Asyiqin rasa dirinya sangat bodoh. Woi, hanyut nampak. Get a grip, woman! Jangan nak bernafsu sangat dengan Encik Misai ni. I mean, ex- Encik Misai. Misai dah tak ada, makin ganteng!

“Nasrin, dengar tak alasan saya tu?”

Shahid melangkah menghampiri Asyiqin yang bagai terpaku itu. Hurm, betul tindakan dia untuk shave misai tu. Calon isteri dia sudah star-strucked! Dah masuk jerat. Harap-harap lepas ni dia sudilah nak kahwin dengan dia ni.

“Mana...mana misai encik?”

Bodoh tak bodoh soalan Asyiqin itu. Shahid ketawa. Ah, girangnya hati apabila cik Asyiqin Nasrin ni tiba-tiba tak ada helah nak menjawab balik dengan dia.

“Awak cakap buruk, saya cukur lah. Saya nak isteri saya nanti suka saya.”

Jauh di dasar hati Asyiqin sudah ada bunga-bunga yang mekar. Itu ha, Shahid ni take serious pula. Tapikan, dulu dia bermisai pun, Asyiqin rasa handsome saja, sebab tak sukakan Shahid, dia kutuk kaw-kaw.Eh, Syiqin, apa dah kena dengan kau ni. Kau tak nak kahwin dengan Encik misai ni, ex misai. Tapi tadi kau kata kalau dia shave kau nak kasi chance. Mana satu ni? Asyiqin pun sudah confius.

Shahid pula dapat rasakan peluang dia untuk mendekati Asyiqin ni makin cerah. Kena push sikit saja lagi, baru boleh masuk meminang. Dia tak nak Asyiqin refer perkahwinan mereka nanti sebagai kahwin paksa atau arranged marriage. Walaupun pada awalnya memang pilihan keluarga, tapi Shahid nak Asyiqin sukakan dia sepenuh hati. Seikhlas mungkin.

“Nasrin, nanti kita lunch sama, okay?”

Cadang Shahid. Asyiqin mengangguk, sebelum tersedar akan tindakannya untuk bersetuju itu. Sudah terlewat untuk tarik balik anggukan. Nak tak nak, pergi sajalah lunch. Bukan si Shahid ni nak bunuh dia pun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience