BAB 4

Horror & Thriller Completed 9981

-Khamis, 26 Mac 2019-

"Inspektor Hazaki, kami masih tidak jumpa sebarang jejak atau bukti. Macam kes di villa hari tu," terang Carrol.

Inspektor Hazaki semakin buntu. Nampaknya penjenayah ini juga licik. Tapi, adakah ini penjenayah yang sama?

"Periksa latar belakang dua mayat ni," arah Hazaki.

Seorang lelaki dan seorang wanita dibunuh. Si wanita ditikam di perut manakala si lelaki ditikam di dahi. Seakan-akan sama dengan kes pembunuhan yang berlaku kelmarin.

Pembunuh ini juga licik. Berdasarkan tikaman ini, mesti dia mahir menggunakan pisau....Mahir gunakan pisau, ya itu klu kedua.

"Joan come here," panggil Hazaki.

"Apa?" jawab Joan acuh tak acuh.

"Aku rasa pembunuh ni reti guna pisau." Hazaki membuat andaian.

"Mak-mak kat dapur pun reti guna pisau," sindir Joan.

"Huuu hambar hambar," Hazaki mengejek.

"Macam ni, aku syak pembunuh ni pandai baling pisau...Something like that," hujah Hazaki lagi.

Joan hanya mendengar dengan teliti. Tak taulah tekaan Hazaki kali ini betul atau tidak.

"Kalau reti baling pisau pun apa kena mengena ngan mangsa semua ni? Dua-dua orang ni ditikam dengan cara pisau tersebut dibaling?" kritik Joan.

Hazaki mencebik. Joan hanya tau nak membangkang je. Bagi idea tak nak pula.

"Ada kemungkinan juga. Kalau mangsa ditikam, dia pasti akan memegang tangan pembunuh tersebut,"

"Kalau dia pegang apa jadi? Kahwin?"

"Buu hambar. Macam ni, kau tengok kedua-dua tapak tangannya, kau check. Ada tak kesan pergelutan atau something like that. Kalau memang takde, aku syak pisau tu dilontar sahaja," terang Hazaki lagi.

Ada masuk akal juga. Fikir Joan. Joan kemudian mengarahkan sepasukan polis yang lain untuk dibawa ke hospital bagi bedah siasat. Adakah telahan Hazaki kali ini memang benar sebagai bekas pembunuh terdahulu?

Sesekali Joan agak sukar untuk mempercayai Hazaki berada di pihak mereka. Ini kerana sikap Hazaki yang suka bermain-main.

*****

Tsukiko mengemas bilik hotel dengan laju. Tidak dapat dinafikan dia dinobatkan sebagai pekerja terbaik bulanan setiap bulan. Mana taknya, dalam masa satu jam saja Tsukiko berjaya mengemas 10 bilik. Sugoi sugoi.

"Balik dah ke Tsukiko? Tak nak OT?" tanya Sumar.

"Baliklah Sumar. Laju-laju pun saya juga ada penatnya," jawab Tsukiko ringkas.

"Ouh okok...Baliklah," kata Sumar.

Tsukiko berjalan pulang ke rumahnya. Hotel Indah dan rumahnya agak jauh. Memerlukan kira-kira 25 hingga 30 minit sebelum sampai ke rumah. Tsukiko suka berjalan kaki, alasannya tidak perlu mengeluarkan kos pengangkutan.

Tsukiko membuka handphone jenama Huawei miliknya. Dia membaca berita secara online di situ.

Ada satu artikel yang menarik perhatian Tsukiko di mana kes pembunuhan berlaku disebabkan mangsa ditikam oleh pembunuh menggunakan sebilah pisau.

Tsukiko membaca isi berita itu. Nampaknya adiknya sudah bertindak liar!

"Haaih, sampai bilalah kau nak jadi camni Yukiko," bisik Tsukiko dalam hati.

-Bersambung-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience