1

Romance Completed 38233

Lutfi melangkah masuk ke pejabatnya dengan azam yang baru. Melabuhkan punggungnya ke kerusi yang sudah sebulan di tinggalkan. Lutfi merenung setiap sudut dan ruang biliknya yang penuh dengan gurau senda gelak ketawa bersama Rina suatu ketika dahulu. Hatinya benar-benar sakit bila terbayang kenangan itu. Lutfi lihat gambar di meja, terus capai dan dicampak ke bakul sampah. Kenangan dia bersama Rina harus di buang sejauh yang mungkin. Mejanya di kemas semula mengikut susun atur yang baru. Semua barang pemberian Rina di buang ke bakul sampah. Satu kenangan pun dia tidak mahu ada dalam ruang pejabatnya. Siap sahaja mengemas, Lutfi terus keluar melangkah ke meja pekerjanya merangkap rakan gaduh dan bergurau.

"Ya Encik Lutfi boleh saya tolong. Terlebih dahulu ucapan selamat datang untuk Encik Lutfi", bangun dan sedikit tunduk ke Lutfi tanda hormat.

"Aku punya setiausaha mana?, mati dah?".

"Hoi, mulut hang cabul noh...agak-agak ar sumpah staf sendiqi. Dia kan berenti masa hang dok holiday sebulan tu. Lupa dah ka Encik Lutfi yang bagi.", mukanya tidak puas hati dengan rakannya.

"Maaf aku lupa. Carikan yang baru untuk aku, secepat yang boleh. Buat masa ni kau ganti meja yang kosong tu. Aku tak nak tahu hal kau, selagi kau tak dapat kau sorang sahaja penghuni meja tu", terus masuk ke biliknya semula tanpa berpaling.

"Tudia aih, habih kerja aku sapa nak cover. Hang takpa lah, anak bos, aku ni kuli ja. Jahanam la ada bos lagu nih".

Baru sahaja Lutfi duduk, pintu biliknya di ketuk seseorang dan terus masuk menghampirinya. Lutfi diam tanpa suara sebaik lelaki itu memandangnya dengan ekor mata tanpa suara.

"Saya nak Lutfi baca laporan ni, siang nanti kita ada mesyuarat dengan syarikat dari Kuala Lumpur. Pastikan Lutfi masuk. Sudah-sudah dengan drama sedih sebulan tu. Saya tak nak dengar alasan. Saya tahu jika saya gunakan setiausaha saya awak banyak alasan nanti".

"Tapi ... Ramy kan ada?".

"Ramy bahagian apa, Lutfi bahagian apa. 11pagi masuk mesyuarat. Ramy ada mesyuarat luar. Ingat sini tak lulus jangan harap saya nak lepaskan awak jaga syarikat di KL", menepuk meja sedikit kuat buat Lutfi tersentak terdiam akhirnya Tengku Mikael pergi begitu sahaja meninggalkan Lutfi.

"Argh.. nasib baik bapak aku. Orang lain tadi lama dah kena kena maki", rungutnya.

Laju tangannya menyelak satu persatu kertas yang ada dalam fail dan cuba hadamkan sebaik mungkin sebelum masuk mesyuarat sebentar lagi. Lutfi merupakan satu-satunya harapan Tengku Mikael untuk mengantikannya suatu hari nanti. Tengku Mikael sangat tegas dengan anak-anaknya dalam kerja. Baginya bila masing-masing menyarungkan baju kerja, tiada lagi istilah anak dan abah bila berada di pejabat.

Semua yang berada di tingkat 12 paling dekat dengan Tengku Mikael, dan tidak semua boleh berada di kawasan pejabat paling hujung iaitu pejabat Tengku Mikael kecuali dua orang anaknya dan setiausahanya sahaja.

**

Selesai sahaja mesyuarat, Tengku Mikael mengajak Encik Aaron dan semua yang ada makan tengahari bersama di dewan makan kecil mereka yang berada di aras2. Lutfi bangun dan dia tidak menyangka Aaron menunggunya di luar bilik mesyuarat.

"Encik Lutfi baru balik holiday ya, maaflah jika mesyuarat saya menyebabkan Encik Lutfi terpaksa masuk kerja hari ni", sapa lelaki itu terasa segan dengan Lutfi.

"Memang patut masuk pun semalam, jangan bimbang. Harap nanti berpanjangan ke generasi kita pula ya Aaron. Sampaikan salam kepada papa Aaron. Lama tak jenguk dia", mengukir senyuman tidak ikhlasnya ke lelaki itu.

"Sudah berbual Aaron Lutfi, jom kita turun makan", Tengku Mikael memegang kedua bahu anak muda itu agar keluar dari bilik mesyuarat.

Lutfi hanya diam mengikut tidak membantah. Dia sengaja biarkan abahnya turun bersama Aaron dan yang lain agar dia boleh mengelak dari berbual panjang. Ketika berada di dalam lif, beberapa pekerja perempuan yang sama mesyuarat dengannya menegur Lutfi untuk bersembang seperti selalu, namun Lutfi memilih untuk diam membisu menyebabkan pekerja-pekerja perempuan itu sedikit merungut dengan sikap baru Lutfi. Tiba sahaja aras2, Lutfi melangkah sendirian mencari meja abah dan Encik Aaron duduk. Pada masa sama pekerja-pekerjanya mula membawang hal Lutfi ketika menjamu selera di dewan itu.

“Apa kena dengan Encik Lutfi tu, Sejak putus dengan Rina. Cemuih la tak sama dengan Encik Lutfi yang dulu”, menyiku rakan di sebelahnya.

“Entahlah, tapi kesian Encik Lutfi pasti terasa sunyi. Masa ada Rina bukan main ramah lagi dia dengan semua. Sampaikan orang tak tahu pun dia anak Tengku Mikael dengan cara dia yang mudah bergaul dengan pekerja lain. Tak sama langsung dengan Encik Ramy. La ni sama saja dua beradik tu dingin”.

“Loqlaq la si Rina”.

"Awat la ai Rina takmau Encik Lutfi tu, dah la segak, muka manih melecaih, hidung pun mancung , mulut meqah lagi. Rugi oiii.... urghh… “, diakhiri ketawa beramai-ramai.

"Saya jadi Rina tu nak tau buat apa?, duduk rumah layan makan minum laki sebelum dan balik kerja. Rapikan diri untuk laki. Baru betul. Tak usah gaduh la bab harta tu ada saja jika kau layan baik laki tu", dengan penuh emosi sambil menceduk makanan.

“Hangpa single boleh cuba Encik Lutfi, mujurlah akak dah kahwin”.

“Amboih aih, hang mai sini nak mengumpat ka nak kedaqah? Mau aku habaq kat Encik Lutfi satgi baru hampa ada akai. Mau makan tak habih..”.

Mereka semua ketawa dan beredar sebaik Khairul tegur. Mata Khairul terhenti pada pembantu am berada di sudut belakang sedang mengemas. Entah kenapa dia lihat pembantu itu berbeza dari pembantu am yang lain. Walaupun dia tidak dapat melihat wajah gadis itu, dari gerak geri gadis itu sedang kusyuk berbual mencuit hatinya.

“Aku rasa lain saja ni bila aku tengok …”, sambil tersenyum.

"Apa Encik Khairul?", soal pekerjanya.

"Aku kata asal lauk hari ni lain", terus membawa makanan ke meja.

Sebaik Tengku Mikael dan Encik Aaron selesai makan mereka terus beredar dari dewan meninggalkan Lutfi yang sengaja melambat-lambatkan makan. Lutfi menguis makanan di dalam pinggan dan akhirnya dia berhenti makan dan terus meneguk air hingga habis sendirian di meja itu. Sungguh susah untuk dia jadi seorang yang pendiam di tempat yang selalu buat dia gembira dengan semua yang ada di sekelilingnya. Lutfi bangun dan berjalan menuju ke bahagian belakang. Langsung dia tidak endahkan papan kuning yang di letakkan di depan pintu tandas itu, terus melangkah masuk tanpa rasa bersalah walaupun Lutfi perasan ada perempuan sedang mencuci tandas sebelah.

Selesai sahaja urusan kecilnya dia keluar dan perempuan itu masih leka mencuci sambil menyanyi. Lutfi memandang dari cermin melihat gelagat pembantu itu dan sedikit menggeleng tidak puas hati cara gedik perempuan itu. Lutfi terus menarik tisu mengelap tangan dan melangkah keluar dari tandas terus menuju ke pintu dewan makan untuk pergi dari situ. Airien siap selesai cuci tandas keluar dan sedikit terkejut melihat tisu berterabur di lantai. Mencarut juga dia ketika itu kerana dia sudah bersihkan kawasan luar rasanya sebelum cuci dua tandas ini.

“Siapa la hati busuk sangat, buta ke apa?, nampakkan aku sebesar alam ni tengah cuci tandas. Nak kata tak letak papan kat luar aku dah letak. Tak payah la buang merata tisu ni, tong sampah buat apa duduk situ. Hiasan?”, terbongkok-bongkok mengutip tisu itu.

“Kau pun satu tong sampah, asal tak marah mamat tu buang sampah merata-rata".

"Sound sikit sekali bagi dia terkejut sikit yang kau pun reti bercakap. Baru padan muka demam seminggu dengar tong sampah bercakap”, senyum sendirian dan berakhir dengan ketawa sendirian.

Airien mencuci tangan dan sempat menghadiahkan senyuman ikhlas pada dirinya agar tenang kerja di sini.

“Nasib kau Airien, kau siapa, dia siapa. Bila dah kerja macamni baru aku tau perasaan makcik-makcik cleaner pejabat papa dan tempat lain. Penat diorang langsung tak hargai”, terus keluar menarik papan kuning itu dan menuju ke trolinya dan mengemaskan barang-barangnya sebelum beredar.

“Kakak yang manis, Airien naik dulu. Balik ke tempat asal, nanti kang orang cop lupa diri pula”, sambil tersenyum.

“Ya Airien, terima kasih tau gantikan Lisa. Sebab ada bos turun tu minta Airien cover, Selalunya sini sunyi saja”.

“Saya boleh saja kak. Gerak dulu”, terus menolak troli keluar dari dewan menuju ke lif dengan senang hati.

Laju tangannya menekan butang lif dan sementara menanti pintu lif terbuka. Airien mencapai kuih dalam beg plastik di trolinya yang di berikan pekerja di dalam dewan itu tadi. Airien terus sumbat seketul kuih seri muka dalam mulutnya penuh. Pintu lif terbuka, menolak masuk troli dan pusing menekan nombor lif. Airien terkejut pintu lif di hadang seseorang menggunakan kaki. Dia merenung lelaki yang masuk ke dalam lif itu bersamanya memakai kemeja berwarna merah hati dan berblazer hitam. Nak di tegur mulutnya penuh dengan makanan dengan pipinya kembung. Terasa segan, terus menekup mulutnya menggunakan kedua-dua tangannya. Laju dia mengunyah sebelum menegur lelaki itu. Khairul tersenyum melihat Airien dengan mulut penuh tidak mampu berkata-kata. Dia tidak menyangka ada juga perempuan makan macam tu.

“Encik salah lif rasanya, ni lif untuk cleaner dan yang lain-lain selain pekerja di sini”.

“Cemuih dah sana”.

Muka Airien terus berubah bila dengar Khairul bercakap. Dia terus senyum dan sedikit mengangguk. Pandangannya dialih ke dinding lif menahan ketawa sebab langsung tak faham apa lelaki itu bercakap. Airien memang lemah bila pekerja di situ menggunakan loghat bila berbual dengannya. Mujurlah dia sampai dulu aras 7. Airien terus keluar namun sempat memberi senyuman dan tunduk ke arah Khairul tanda hormat. Dia tahu lelaki itu bukan sebarangan orang dari butang lif sahaja dia sudah tahu nombor 12 buatkan Airien memilih untuk diam.

“Ce.. muh.. ce..muih.. apa ke benda tu.. kuih muih ke?. Apa kait mengait kuih dengan lif dan staff... ah..rosak otak aku“, rungutnya terus masuk ke dalam pejabat menuju ke belakang untuk berehat.

"Akhirnya dapat juga rehat.. penatnya ..", keluh Airien pada masa sama mengambil kepingan kotak di buat kipas tangan.

Walaupun bilik itu ada penghawa dingin, tetap terasa berpeluh teruk. Mungkin cara kerjanya yang banyak gunakan tenaga buat badannya terasa rimas dan tidak selesa.

**

Petang itu, Airien sudah bersiap untuk pulang setelah selesai tugasnya di sini untuk hari ini. Airien dan yang lain turun bersama-sama ke lobi dengan berbual sesama mereka. Airien hanya senyum mendengar cerita mereka. Kebanyakkan rakan sekerjanya semua tua darinya, dia perlu jaga adab bila berbual dengan mereka risau tersinggung dia juga yang susah nak kerja. Airien terus melambai dan meninggalkan kumpulan itu sebaik di luar.

"Airien, esok gaji. Jangan lupa janji kita dating ramai-ramai", jerit salah sorang dari mereka.

"Okay kak, Saya boleh saja anytime, anywhere".

Airien memandang cuaca yang panas merelip buat Airien termenung seketika. Dia memandang cermin kereta hitam di petak letak kereta.Seperti kebiasaan, Airien merapatkan muka di depan cermin untuk membetulkan penampilannya. Mulutnya di herotkan ke kiri ke kanan dan mengangkat kening. Rambut di lepaskan dan menyisir menggunakan jari jemarinya sambil tersenyum. Tshirt yang badannya di betulkan dan diakhiri dengan mengejek mukanya sendiri di cermin untuk menaikkan semangatnya berjalan balik ke hotel.

Ketika Airien bermain mimik muka di cermin kereta dengan rupa mengemekkan hidungnya yang tak berapa mancung dari adiknya buat dia tergamam sebaik cermin itu turun dan ada orang di dalamnya tersenyum memandangnya. Spontan muka Airien berubah gaya yang amat sangat, pipinya merah dalam senyuman kelat dan diakhiri ketapan bibir menahan malu. Entah kenapa dia tidak terfikir ada orang dalam kereta itu.

"Cantik betul muka awak tadi. Kenapa berhenti, terhibur tengok gelagat awak", usik Ramy mengukir senyuman ke Airien.

Airien terus bulatkan matanya dan mengukirkan senyuman iklan ubat gigi menampakkan barisan gigi putih Airien. Dia tunduk, terus berlari pergi meninggalkan lelaki yang berada dalam kereta itu.

"Aduh mak aihhh..... kenapa aku tak perasan ada orang dalam kereta tadi. Hoii.... rasa nak sembamkan muka bawah kereta... argh.. jangan jumpa dia lagi sudah Airien oii...", rungutnya sepanjang jalan menahan malu.

Manakala Ramy hanya mampu menggeleng teringat gelagat gadis tadi sebelum dia buka cermin dan selepas dia buka cermin. Sepanjang dia menuju ke pejabatnya wajah Airien bermain di fikirannya.

"Siapa dia, cantik.. penuh yakin, lucu, kerenyeh sebelum pergi buat geram saja", bisik hati kecil Ramy sepertinya wajah Airien telah mencuri hatinya.

Gelagat Airien menemani Ramy sepanjang langkahnya dari kereta hingga ke atas.

"Bos happy nampak?", usik setiausahanya melihat bosnya dari masuk tersenyum sendirian.

"Terhibur tengok drama tadi", balasnya terus masuk ke dalam.

Sebaik melabuhkan punggungnya ke tempat duduknya, Ramy terpandang nota di mejanya dari abang Lutfi. Ramy terus bangun, keluar menuju ke pejabat abangnya dan sempat mengetuk meja setiausahanya agar maklumkan jika Tengku Mikael mencarinya.

"Ya Encik Lutfi, ada apa?", mengusik dan terus menutup pintu bilik. Langsir di tarik menutup dari dilihat dari luar bimbang abah perasan dia melepak dengan abangnya.

"Lamanya naik, rasa tadi kau kata dah ada kat bawah?".

Lutfi bangun beralih ke kerusi panjang membawa fail di tangan. Ramy duduk di depan Lutfi dengan senyuman meleret bahagia.

"Memang dalam kereta tadi, lepas call dengan abang sempat tengok drama lucu", terus tersenyum lebar bila terbayang wajah gadis tadi.

"Bukan-bukan saja kau. Ni abang nak tanya hal bulan lepas".

Lutfi dan Ramy selalu berkerjasama dalam menguruskan syarikat milik abahnya. Jika salah seorang dari mereka tidak faham pasti dia akan berbincang bersama. Lutfi perasan adiknya tidak fokus ketika mereka berbual.

"Hello Ramy, Abang bercakap dengan kau. Apa masalah kau ni dari masuk tadi lain saja. Sengih-sengih sorang-sorang?".

"Bang, nak tanya boleh?".

"Hmm, apa?".

"Staff syarikat ni yang balik masa-masa ni staff mana ya?".

Lutfi merenung tajam adiknya, entah kenapa dia dapat rasakan adiknya tengah jauh berangan.

"Abang pula tanya kau. Kau kerja sini berapa tahun?".

" Dua tahun bang".

"Takkan tak tahu lagi jadual kerja semua pekerja sini?", duduk dan meletakkan botol air depan adiknya.

"Cleaner?. Cafe?".

"Tahu pun".

"Takkan dia....?", terhenti ayatnya sebaik bayangkan perempuan secantik itu pembantu am di syarikatnya.

"Takkan apa dik?".

"Takda apalah bang. Lupakan".

"Ada-ada saja kau ni Ramy" mengeluh panjang.

**

Malam itu Lutfi selesai makan malam dia terus mengemas biliknya.Apa yang abahnya bebel di meja makan ada benarnya. Demi teruskan hidup dia perlu buang semuanya yang berkait dengan Rina. Semua barang milik isterinya di masukkan ke dalam kotak. Dia perlu kosongkan biliknya sama seperti pejabatnya. Puan Nancy naik melihat anak sulungnya di bilik.

"Bagus sangatlah abang sudah berubah, lupakan kenangan lama tu ya nak. Mak suka bila abang bangun semula".

"Mak betul kata abah, sampai bila nak kenangkan perempuan seperti Rina. Baik abang fikiran hidup abang dari fikirkan dia yang memang takkan balik ke sini".

"Abang jangan cakap kat mak yang abang selama ni harapkan dia balik?", terkejut melihat anaknya.

Lutfi mengangguk buatkan Puan Nancy bangun dan memukul bahu anaknya sedikit kuat kesal dengan anaknya.

"Abang..abang... sudahlah mak masuk bilik dulu. Ingat dapatkan balik hak abang tu".

Lutfi hanya mengangguk dan melihat mak menutup pintu biliknya selepas keluar. Puan Nancy masuk ke biliknya di mana Tengku Mikael sedang duduk membaca buku agama.

"Kenapa masuk muka macam tu, salah makan ke?, atau nak minta izin keluar esok?".

"Bukan, saya dari bilik anak abang. Dia tengah kemas nak buang barang-barang Rina".

"Elok sangatlah tu, biar dia buang semuanya, biar dia belajar hidup tanpa Rina. Awak jangan risau, nanti saya carikan penganti dalam hidup dia. Siapa suruh dia gatal sangat dulu beria nak kawin dengan si Rina tu. Dulu abang cakap taknak dengar, kata abang saja fitnah sebab tak restu hubungan mereka lah..".

"Tapi saya tengok Lutfi tak seperti dulu bang, dia banyak diam dan menyendiri".

"Esok lusa eloklah tu. Harini hari pertama dia baru masuk kerja semula kan. Bila dia sudah sibuk kerja dia lupa kekosongan tu".

"Tapi abang.... saya nak Lutfi yang dulu, suka bergurau, senyum, ketawa", menarik selimut sebaik duduk di sisi suaminya di atas katil.

"Awak ni risaukan Lutfi ke risau takda menantu?".

Puan Nancy senyum dan menarik buku di tangan suaminya.

"Ya abang faham. Nantilah abang risik-risik anak siapa yang boleh ganti kekosongan hati Lutfi tu".

"Terima kasih abang sebab memahami".

Malam yang sama di bilik hotel, Airien sudah siap membersihkan diri dan mencuci baju yang di pakainya siang tadi. Dia menyidai di tingkap bilik luar, baru sahaja kakinya nak melangkah masuk pekerja hotel itu menegurnya.

"Kak, nak bilik bawah tak?, ada kosong?".

"Bawah mana pula dik?", memandang lelaki di depannya sedang memegang cadar kotor dari bilik sebelah.

"Bawah la, kan akak perasan belakang kaunter tu ada lorong. Lorong tu untuk orang yang duduk lama macam akak".

Airien terdiam, tapi baginya tawaran itu menarik kerana dia tak perlu naik turun berkali-kali.

"Sama ke harga?".

"Lain sikit, lagipun bilik tu selesa dan besar sikit untuk akak. Boleh la, selamat pun selamat dari atas ni macam-macam orang keluar masuk".

"Hmm, boleh juga".

"Jom ikut saya turun, nanti saya tunjukkan bilik dan bagi akak kunci. Akak boleh alihkan barang akak ke bawah".

"Set.. kau turun dulu, nanti akak turun".

Semoga terhibur dengan kisah si janda dan si duda yang weng2 ni dalam Tawar Kosong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience