“Encik Haidid Nori ….Encik Haidid pernah nak buat tak senonoh kat aku.” “WHATTTT? Kau biar betul Carmen ? Apa yang dia dah buat kat kau?” tanya aku bersungguh-sungguh.
“Waktu tu aku keluar temankan dia beli hadiah untuk harijadi anak saudaranya lepas tu dia kata nak pi pantai kejap nak release tension. Aku ikut je, tak ingat apa-apa. Dia pandu kereta sampai ke pantai, tempat tu sunyi Nori . Aku tanya dia apasal dia berhenti kat situ. Dia hanya tersenyum, dia kata inilah tempat untuk release tension.
”Aku cakap aku takut pasal tempat tu terlalu sunyi, dia kata tak payah takut, dia kan ada. Lepas tu dia mula kata yang dia lonely, dia tak ada teman istimewa untuk luahkan isi hatinya, hari-hari dia asyik kerja jer. Aku cakaplah dengan dia, orang macam dia takkan belum ada teman istimewa lagi. Dia kata dulu ada tapi dah split pasal mak bapa perempuan tu tak suka. Lepas dia cakap gitu je tiba-tiba dia pegang tangan aku. Aku terperanjat lalu terus tarik tangan. Dia terus tarik aku dan cium pipi aku. Aku menolaknya tapi dia terus menarik dan mencekup leher. Aku menjerit dan meronta. Nasib baik pintu kereta tak berkunci. Aku buka pintu dan lari keluar. Dia terus kejar aku dan meminta maaf bertalu-talu, dia kata dia tak tahu apa dah jadi, dia tak sengaja. Tak sengaja kepala hotak dia aku cakap dalam hati, kebetulan ada teksi lalu, aku tahan dan terus cabut,” jelas Carmen .
“Mak ai! Dia tu dah gila ke? Habis kau tak report?” cepat je aku mencelah.
“Aku terlalu terkejut masa tu, sampai rumah terus aku nangis kerana tak sangka dia boleh buat sampai macam gitu. Aku sangka dia lelaki yang baik dan bertanggungjawab, rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. Sekarang ni aku tak tahu nak buat apa. Aku rasa dia naikkan pangkat aku pasal nak cover apa yang dia dah lakukan,” sambung Carmen lagi.
“Kurang ajar! Kita tak boleh diamkan perkara ni Carmen , aku rasa baik kita pi report polis sekarang juga.”
“Dahlah tu Nori , tak payahlah, lagipun dia tak sempat nak lakukan apa-apa kat aku. Lagipun, aku nak berhenti kerjalah. Lagi lama aku kat situ lagi macam-macam nanti jadinya.” Keputusan Carmen amat baik sekali. Aku rasa ada baiknya kalau dia berhenti kerja.
Share this novel