Apek menjadi tidak keruan apabila Tuan Muda Danish duduk bersama dengannya di dalam pondok depan pagar. Katanya hendak menunggu Fauzi pulang. Tapi kenapa bawa selimut sekali. Dia hendak membuat round sekeliling vila pun tak di benarkan kerana Tuan Muda mahu di teman sampai Fauzi pulang.
“Tuan Muda lebih baik tunggu dalam vila. Sini sejuk. Tak payah berselimut… “ cadang Apek.
“Nope… kalau masuk vila pun bukan saya boleh tidur. Baik saya tunggu luar… “ Danish tetap dengan keputusan dia.
-----------------------------------------------------
Fauzi menarik nafas dalam apabila melihat Vila di hadapan matanya. Semua lampu sudah gelap. Dia menghampiri pagar yang gah memepertahankan Vila ini. Perlahan dia ke merebahkan punggungnya di atas jalan, badan Di sandarkan pada pagar besi. Malas hendak ke pondok jaga. Dia menarik tarik nafas. Sejak dia berjalan kaki tanpa henti. Briefcase di tangan juga dilepaskan. Dia melihat kakinya yang kepenatan. Tanpa sedar dia menanggalkan kedua-dua belah kasut. Kaki dilunjur kehadapan. Dia mengeluh lagi sambil mendongak melihat langit malam. Gelap. Tiada apa-apa. Di biarkan mindanya kosong. Hmmm.. mengeluh lagi.
“Hei… “ satu suara menegur dari tepi. Fauzi mengalihkan kepalanya.
“Tuan Muda?” pelik Fauzi apabila melihat kehadiran Danish pada waktu yang tak terduga dalam keadaan berbalut selimut. Belum pernah ada orang menunggu dia pulang dipagar rumah
“Cepat… sejuk ni!… “ arah Danish lagi apabila dia betul-betul berdiri bersebelahan dengan Fauzi. Fauzi sedikit mengerut. Tapi cepat-cepat dia padamkan apa yang bermain difikirannya.
“Kejap… opsss!...” Fauzi cuba bangun, tapi malang kakinya kebas dek kerana berjalan jauh menyebabkan dia kehabisan tenaga pada otot kakinya. Dia terjatuh tapi sempat memegang pagar. Danish yang melihat dibiarkan sahaja, hendak tolong nanti selimut jatuh kebawah, kotor pula. Cukuplah dia sekadar risau. Huh.
“Ok tak ni… nak kerusi roda ke?” soal Danish seakan memerli.
“Ok… kejap… kebas… “
“Cepat lah… aku nak tidur ni… sini aku papah engkau “ gesa Danish sekali lagi sambil menghulurkan tangannya.
“Sorry… “ Fauzi seakan serba salah… tapi dia menyambut juga tangan Danish.
“Nah pegang selimut engkau ni… “
-----------------------------------------------------
Fauzi mengikut sahaja kemana Danish memapahnya. Mereka seakan menuju ke Vila Besar. Fauzi tidak keruan. Dia berhenti sebentar tanpa memberitahu Danish.
“Engkau dah kenapa berhenti?” Danish mula menyoal.
“Vila aku kat sana… “ beritahu Fauzi sambil menunjuk sebuah Vila kecil yang gelap gelita.
“Tidur sini malam ni… selimut kau kat tangan… apalagi engkau nak? “
“Err… “ Fauzi teragak. Baginya soalan itu seperti salah ditanya.
“Bilik engkau di Vila besar… depan bilik aku pun ada lagi… kenapa lah engkau duduk Vila Kecil tu… barang-barang engkau tak terusik pun… “ beritahu Danish. Memang Fauzi ada satu bilik di Vila Besar. Betul-betul dihadapan bilik Danish. Sebenarnya, sudah empat tahun dia tak menggunakan bilik itu sejak Danish pergi sambung belajar di Britain. Dia pindah ke Vila Kecil pun atas izin Tuan Danial dan Puan Demi sebab dia tidak berapa tahan dengan gosip-gosip yang selalu tak betul di bualkan oleh maid-maid lain.
“Aku… er… barang-barang kerja semua di Vila Kecil… “ Fauzi memberi alasan.
“Esok Sunday… kerja apa?... dah engkau jangan nak berhelah… cepat jalan… aku dah mengantuk ni… “ arah Danish.
Akhirnya Fauzi menurut sahaja kehendak Tuan Mudanya. Hendak melawan mesti dipatahkan segala. Selagi tak dapat apa yang di mahukan selagi tu lah dipaksa-paksa.
“Tuan Danish… aku rasa dah boleh jalan sendiri… “
“Bagus… kebas pula tangan aku ni… dah pergi jalan sendiri… kejap… selimut bagi sini… “
“Ini selimut aku?... “ pelik Fauzi.
“Aku nak… sini… “ arah Danish tanpa reason yang masuk akal. Fauzi menghulurkan selimut miliknya kepada Danish.
------------------------------------------------------
Fauzi keluar dari bilik air setelah membersihkan diri daripada peluh berjalan kaki dari office. Dibuka almari baju. Hmm… betul… memang barang-barangnya tidak terusik, tapi bilik masih dijaga rapi. Tiada habuk tiada selerak. Sedang mencari baju tidur, perutnya berbunyi diminta diisi. Of course lah kelaparan, hanya roti sahaja dia makan hari ini. Fauzi cadang ke dapur mencari sisa makanan. Belum sempat dia membuka daun pintu, seseorang sudah menolak dari luar.
“Tuan Muda… “ Fauzi bersuara. Dia tak faham dengan perangai Tuan Mudanya hari ini. Sekejap ini sekejap itu, sekejap tak masuk akal, sekejap baik. Ni berdiri tegak sambil berselimut selimut aku ni kenapa?.
“Engkau nak pergi mana?...” tanya Danish
“Dapur… “
“Lapar ke?”
“Haah… “
“Jom aku teman… “
“Tak perlu… Tuan Muda pergi lah tidur… dah pukul 3 pagi ni… “
“Aku tak boleh tidur… aku nak ikut engkau pergi dapur… “
“Err… tak perlu… aku pergi minum air ja… “
“Hmm… cepat naik semula… “ Danish memberi arahan sambil dia melemparkan dirinya diatas katil milik Fauzi tanpa meminta izin Fauzi. Fauzi yang melihat keadaan itu dibiarkan sahaja. Dia sudah tahu. Malam ni sofalah tempat dia tidur. Dikerling jam di dinding. Tepat 3 pagi.
------------------------------------------------------
Setelah selesai minum air coklat susu panas, Fauzi ke ruang tamu. Mencari sofa yang sesuai dibuat pembaringan untuk tidur. Sebelum itu dia memastikan terlebih dahulu semua orang di dalam vila ini sudah tidur. Dia menghampiri sofa yang terletak betul-betul di depan pintu masuk vila. Di tepuk-tepuk untuk merasa kekerasan sofa… lembut… boleh tidur sini. Sebaik sahaja dia melentokkan kepalanya lampu ruang tamu menyala. Terbuka luas biji mata Fauzi. Apa hal ni?.
“Fauzi!... get up now… aku tunggu punya lama kat bilik engkau sedap-sedap tidur sini… “ marah Danish.
“Tuan Muda… “ terkejut Fauzi.
“Aku nak tidur dengan engkau… cepat lah”
“Tuan Muda… itu zaman kanak-kanak… “
“Tak kira… cepat naik… kalau tak aku tidur dengan kau satu sofa“ arah Danish.
Gulp… Fauzi menelan air liur…satu sofa..
“Hmmm… “ Fauzi sedikit mengeluh. Perlahan dia melangkah memanjat tangga menuju ke biliknya. Danish mengekorinya dari belakang seperti guard.
------------------------------------------------------
Fauzi duduk dihujung katil menunggu tindakkan Danish seterus. Hendak baring ke tidak, Fauzi menjadi ragu. Semalam, entah macamana dia boleh tertidur katil sekali dengan Danish. Seingat dia, dia tidur di sofa.
Danish tidak baring disebelah sebaliknya duduk bersila dihadapannya sambil berselimut lalu ditarik kaki kanan Fauzi dan dibelek. Kaget Fauzi.
“Err… Tuan Muda… “ hendak bertanya tetapi… nak tanya apa… Fauzi blank.
“Engkau kaki jaga lah sikit. Tengok ni dah naik blister. Merah. “ omel Danish.
“Err… nanti aku letak cream… “
“Tak payah nanti… aku sapu sekarang… “ tegas Danish sambil mengeluarkan ubat cream dari poket seluar tidurnya.
“Aku tahu… kau balik jalan kaki kan?... mana ada bas time malam-malam buta… tapi … its punishment… “ omel Danish lagi.
“Punishment?... aku buat salah apa?”
“Engkau buat salah… sedarlah sendiri… “ geram Danish tiba-tiba. Tapi tangannya tetap menyapu cream pada kaki Fauzi. Selesai sebelah kaki dia beralih ke sebelah lagi.
“Ouch… aku tak tahu“ Fauzi mengaduh.
“Engkau kan… memang salah sendiri pun tak sedar…” omel Danish.
“i want talk with you… bout something” tambah Danish. Tiba-tiba suasana menjadi serious.
“Apa?” Soal Fauzi.
“ janji dengan aku… “ beritahu Danish.
Janji… janji apa?
“Janji dengan aku jangan ada girlfriend… “ luah Danish. Fauzi yang mendengar terkejut dengan kenyataan Danish. Fauzi masih tidak bersuara.
“Eh tak…hmmm… engkau boleh ada… kalau kau ada girlfriend beritahu aku…Eh tak… macamni kalau kau ada girlfriend… jangan beritahu aku… buat benda semua belakang aku… jangan bagi aku tahu langsung… kalau nak kawin pun jangan beritahu aku… “ terang Danish.
“Err… Danish… waras tak ni?” Soal Fauzi meminta kepastian. Tapi soalan itu tidak dibalas sebaliknya dia mendapat satu cubitan dikaki. Ouch!
“Okay...Err?... ke… kenapa?... perlu berahsia? “ pelik Fauzi.
“Aku… tak suka… only this… only on this… you can cheat on me… “ tambah Danish lagi.
“Tuan Muda… “ lembut sahaja Fauzi memanggil Danish. Dia mahu menerangian sesuatu tapi pantas sahaja memotong ayatnya.
“Nope… janji dengan aku… engkau boleh bersama dengan mana-mana perempuan pun… tapi… tapi jangan sampai aku tahu… aku tak nak rasa perasaan ini lagi… “ beritahu Danish. Tangannya masih menyapu cream pada kaki Fauzi
“What feeling?” tanya Fauzi. Tapi tidak berbalas. Sebaliknya Danish bangun dari duduk. Kemudian ke tandas membasuh tangan.
------------------------------------------------------
Mereka berdua baring sebelahan. Fauzi kiri katil, Danish kanan katil. Hanya lampu tidur yang menyala. Fauzi membelakangkan kerana dia hendak memikirkan sesuatu. Insiden tadi aneh baginya. Danish masih boleh tidur nyenyak.
‘Perasaan?... apa?’
Fauzi melihat jam di tepi katil. Huh… nak pukul 5 pagi dah. Kalau ikut perkiraan, dia hanya ada 3 jam lagi untuk berehat. Memanglah hari ahad dia tidak bekerja di office. Tetapi dia perlu attend private class yang disusun oleh Tuan Danial. Hanya Tuan Danial sahaja yang tahu kelas apa… martial art class.
Fauzi berusaha melelapkan mata. Dia biarkan pertanyaannya sebentar tadi hilang tanpa sebarang jawapan. Akhirnya Fauzi tertidur setelah banyak cubaan. Lagipun badannya sangat keletihan, makan pun apa sahaja, malah berjalan kaki pun sejam. Manalah badannya tahan.
----------------------
Danish bangun dari lenanya apabila merasakan panas matahari membakar mukanya. Selimut di tarik menutup mukanya, niatnya hendak berlindung dari cahaya matahari. Tapi terbantut apabila dia melihat Fauzi tidak berada sebelahnya. Dia mengeliat. Melihat jam didinding. 12.30 tengah hari…
Danish turun dari katil menuju ke beranda. Dilihat langit… ah… panas… dia melihat kebawah… kelihatan maid dan tukang kebun sedang mengemas pokok-pokok sekeliling rumah. Dari jauh dia ternampak Fauzi berbaju sukan sedang bermain dengan anak kucing dibalik pokok bunga.
“kucing?... siapa punya?” pelik Danish.
“Amoi!... “ jerit Danish apabila melihat Amoi keluar dari pintu dapur. Amoi yang terdengar namanya di panggil dari atas segera mendongak.
“Ya Tuan Muda…? “ tanya Amoi seakan menjerit. Tapi dia tidak pelik jika Danish tiba-tiba berada di beranda bilik Fauzi.
“Kucing siapa tu?” tanya Danish sambil menjuih mulutnya ke arah Fauzi.
“Kucing?... mana ada kucing di rumah ni Tuan Muda. Bukan Tuan Muda tak benarkan bela pet?... “ beritahu Amoi. Setahu dia, sejak Tuan Muda kecil lagi tak benarkan bela pet alasan pet tidak boleh se hidup se mati dengannya… tak macam manusia.
“Then… whats that?... “ tanya Danish lagi, apabila melihat Fauzi mendukung ibu kucing.
Amoi memandang kearah Fauzi. Memang dia tidak tahu ada kucing di vila. Samaada vila besar atau vila kecil. Ini kali pertama dia melihat ada kucing di dalam rumah.
“nanti saya tanya Fauzi… “ Amoi memberi cadangan.
“Tak perlu… aku tanya sendiri… “ balas Danish. Danish kembali duduk diatas katil. Dia malas hendak ke biliknya… tapi lapar… dia terus turun ke bawah, lalu terus ke dapur.
------------------------------------------------------
Fauzi pulang ke vila kecil sambil mendukung ibu kucing, anak kucing turut ikut sekali. Dia tergelak seorang diri melihat gelagat anak kucing yang saling berkejaran. Ini kali pertama dia melihat kucing di vila. Kucing sesat fikirnya.
Sebaik sahaja dia sampai di vila kecil dia melepaskan ibu kucing. Ibu dan anak mula bersatu. Dia pantas masuk ke dalam vila, mencari sesuatu yang boleh di beri makanan.
Sesampai sahaja didapur. Dia berdiri tegak tiba-tiba… aku rasa dapur aku tak ada makanan… handphone ditangan diletak diatas meja.
Dia mula selongkar semua kabinet dapur. Tiada. Apa-apa pun tiada. Haha… memanglah tak ada apa-apa, sedangkan penghuni vila kecil ini pun tak cukup makan. Dia tergelak seorang diri. Fauzi membuka peti ais. Dia ternampak kotak susu. Segera diambil kemudian dituang ke dalam bekas. Kemudian dia keluar semula mendapatkan kucing-kucing sesat itu.
“nah… minum ni… aww… so cute… “ omel Fauzi. Dia mencangkung di hadapan kucing sambil memerhatikan tiga ekor kucing itu menjilat-jilat susu yang di beri.
“Fauzi!.... “ kedengangaran satu suara memanggil namanya.
“Ah… Amoi.. kenapa?” tanya Fauzi setelah mengetahui siapa yang memanggilnya.
“Tuan Danial panggil… “ beritahu Amoi.
“Err… sekarang ke?... busuk la… baru balik kelas… “
“Haah… sekarang lah kot… dah minta Amoi cari Fauzi cepat. Ini kucing mana?”
“kucing sesat rasanya… “
“Amoi… memang tak boleh ea nak bela pets?”
“Setahu aku… tak boleh… “
“kenapa?... “
“sebab Danish dah ada Fauzi… siapa nak jaga pets lain “ beritahu Amoi.
“Opss lupa pula… i am a pet… Amoi jagakan lah kucing-kucing ni… Fauzi supply semua keperluan… serius...“
“kamu mahu datang rumah aku ke tiap-tiap hari jumpa kucing ni?... tak mau la tambah kerja aku… engkau hantar ke kedai sudah”
------------------------------------------------------
Tuan Danial menunggu kedatangan Fauzi. Dia duduk di ruang tamu sambil membaca surat khabar. Puan Demi pula sibuk menuangkan air kopi ke dalam cawan. Kehadiran Danish dengan segelas air kosong di sambut dengan senyuman.
“morning!... “ tegur Danish.
“it’s noon… “ balas Puan Demi seakan memerli.
“Hmm… mummy salah Fauzi dulu… sebab dia tak kejutkan Danish… so overslept…panjang umur budak tu… Fauzi dah sampai… “ Danish memberi alasan sambil menjuih mulut kearah Fauzi yang sedang berjalan menuju ke arah mereka sekeluarga.
“Tuan panggil saya?” tanya Fauzi. Dia berdiri tegak dihadapan Tuan Danial dan Puan Demi. memang dia tidak berani untuk duduk kecuali di suruh. Walaupun sudah bertahun dia hidup bersama mereka, dia tidak pernah hilang rasa hormat kepada dua orang tua ini.
“Yup… “ jawab Tuan Danial
“How the wedding plan?” tanya Tuan Danial tanpa berlapik.
“Errr… “ Fauzi gagap. Dia mengerling ke arah Danish yang mula duduk diatas sofa bersebelahan dengan Puan Demi.
“What wedding?” sampuk Danish.
“Your wedding… “ balas Puan Demi sambil menepuk peha anak lelakinya.
“Saya tak discuss lagi dengan Tuan Muda… “ jujur Fauzi.
“How the relationship… with Zett… ?” soal Puan Demi pula.
“good… very good… stable… “ balas Fauzi.
“Wait!... sekejap… mom dad… I’m here... better asking me right?” sampuk Danish.
“Bila tanya awaklah kami tak dapat jawapan… “ perli Puan Demi.
“Ish… “ Danish menarik muka.
“Son, better you start thinking now… “ beritahu Tuan Danial.
“Whatever… dah Fauzi… jom ...jangan layan mom dengan dad ni… “ Danish bangun dari duduk lalu di tarik tangan Fauzi naik ke tingkat dua. Gelas dibiarkan di atas meja.
“hai budak berdua tu… nanti bergaduh lah tu… nasib baik budak tu Fauzi… ” omel Puan Demi. Puan Demi tahu, Fauzi boleh meredakan segalanya.
--------------------------------------
Danish menutup pintu biliknya rapat-rapat, tangan Fauzi dilepaskan. Fauzi yang mengikut dari belakang mengeluh sedikit. Dia keletihan, niatnya hendak tidur setelah jumpa dengan Tuan Danial. Tapi… alahai kena layan Tuan Muda Danish punya angin dulu. Danish memandang Fauzi dengan muka penuh tanda tanya, seperti meminta penjelasan.
“Fauzi?... tell me…” Danish mulakan perbualan dengan pertanyaan.
“Apa?” balas Fauzi.
“Apa?... Fauzi… wedding?... what to discuss?” Danish masih tidak mengalihkan pandangan dari Fauzi, dia sempat duduk di sudut katil. Dibiarkan Fauzi berdiri tegak di hadapannya.
“Tuan minta aku diskus dengan kau pasal perkahwinan engkau dengan Zett. Tapi aku tak sempat, sibuk kerja… “ jelas Fauzi akan keadaannya.
“Nope… lain?... aku bukan nak jawapan ni…” balas Danish.
“Yang mana?” soal Fauzi semula. Sejak akhir-akhir ini dia tak dapat meneka apa yang ada dalam kepala otak Danish.
“Apa engkau rasa?” soal Danish.
“Sekarang… aku rasa nak tidur… mandi… “ jujur Fauzi sejujurnya. Memang dia keletihan.
“Fauzi… don’t play around… apa engkau rasa bila dengar aku dan Zett akan berkahwin… “ soal Danish.
“Hmm… congratulation to you… “ balas Fauzi.
“Thats all?... “ soal Danish seakan terkejut.
“Then?... engkau nak aku rasa apa?” soal Fauzi semula. Kepala pening hendak memikirkan kehendak Danish.
“Kenapa engkau tak fikir future?... “
“Example?... what should i think when you get married… and what you think once you get married?... “ soal Fauzi seperti meminta hint untuk menjawab soalan Danish yang susah faham itu.
“Fauzi… you are my life… inside my life… takkan itu pun engkau tak boleh fikirkan?... what happen when someone else take your job”
“Oooo… jobs… taking care of you?... Danish. Zett will be good, will be better then me… “ or being your pet?.
“Nope Fauzi… engkau tak tahu apa yang aku fikirkan once aku kawin nanti… “
“Then tell me… I will tell Zett… in advance“
“Aku risau aku tak cukup rehat. Aku risau aku tak cukup tidur. Aku risau aku tak cukup gembira. Aku risau tak ada orang akan percaya aku. Aku risau tak ada orang akan ikut aku. Aku risau engkau jauh dari aku… “ luah Danish.
“Danish… dengar sini… kita pernah berjauhan selama 4 tahun. Aku rasa engkau boleh handle untuk bertahun lama lagi… kalau aku tak ada pun engkau masih perlu teruskan hidup“ balas Fauzi.
“Nope… Fauzi… four years in Britain is hell… “ mengaku Danish.
“Tidur tanpa engkau disisi. Makan bukan masakkan engkau. Berjalan seorang diri, tiada teman. Aku sakit tiada yang peduli. Aku sesat tiada siapa betulkan. Aku salah tiada siapa tegur. Apa aku nak tiada siapa tolong carikan. Hendak percaya seseorang pun aku takut… Fauzi… itu baru 4 tahun. Apatah lagi bertahun. “ luah Danish lagi.
“Danish… terus terang aku beritahu engkau. Itu zaman kita kanak-kanak, itu zaman bujang kita. Once engkau dah kawin, she’s will be your everything. Kita semakin dewasa, waktu berubah. Sekeliling kita berubah. Engkau berubah. Aku pun akan berubah. Once engkau kawin nanti, engkau akan berubah dan akan dapat adapt segalanya. That’s life. Endure it until you catch it…”
“Fauzi… engkau rasa aku dengan Zett boleh ke?”
“Haha… kenapa lah minta permission aku… kita tak ada apa-apa hubungan yang boleh menghalang apa-apa hubungan.” balas Fauzi sedikit gelak.
“Buts your are my life… “
“Until your wedding day… after that lets pray… “ balas Fauzi.
“Aku percaya dengan apa yang engkau cakap Fauzi… “
“Fauzi… aku lapar… masak… “
“Errr… Amoi dah masak tengahari dah… “ balas Fauzi
“Ish… cepat aja Amoi ni… malam ni engkau masak… “
“instant noodle 2 minit ja… “
“Boleh saja… “
------------------------------------
Fauzi pulang ke vila kecil setelah perbualan dia dengan Danish tamat. Dilihat kucing tadi masih di halaman vila kecilnya. Si anak kucing sedang bermain berkejaran, si ibu pula berteduh di bawah pokok. Dia masuk ke dalam, terus menuju ke tandas untuk membersihkan diri yang berbau peluh. Melekit rasanya. Selesai mandi dia berbaring di atas katil. Remote air-cond dicapai… fuh baru rasa sejuk sikit. Dia mula memejamkan matanya.
Alarm jam berbunyi. Fauzi terjaga dari tidur, tapi dia bangun bukan kerana alarm berbunyi tetapi seperti ada orang lain di dalam biliknya. Dia membuka mata. Danish?... alahai apa lagi Tuan Muda ni.
“Err… Tuan Muda… buat apa dalam bilik aku?!!!!” tegur Fauzi apabila dia ternampak Danish membuka pintu almari bajunya. Antara semua almari, almari bajulah dia paling takut orang lain usik.
“Eh… engkau dah bangun… baru ingat nak sorong kau pergi vila besar…”
“Tuan Muda… apa ni?... kenapa ade travel beg?”
“Oh… aku nak kemas baju kau… hari ni pindah ke vila besar… “ beritahu Danish tanpa memberi sebarang notis. Matanya mula memilih beberapa baju hendak dikemas. Padahal dia tahu Fauzi sudah ada baju Di Vila besar.
“Kenapa?... aku lagi selesa vila kecil… “ Tanya Fauzi sambil cepat dia bangun dari katil. Menghadapi Danish menyelak-nyelak almari bajunya.
“Fauzi… apa aku nak… engkau follow… tepi sikit… aku nak kemas baju kau “ balas Danish. Sempat lagi dia menolak Faizu ketepi.
“Stop!... biar aku kemas sendiri. Nanti malam aku datang vila besar. “ jeritan Fauzi membantut kerja Danish.
“Good… bagus… tak perlu aku heret engkau pindah… “
“Hehe… err… “ Fauzi menarik nafas lega. Seperti baru terlepas dari bencana alam. Baju wanita miliknya tidak disembunyikan. Takut Danish nampak, habislah rahsia dia terbongkar.
-----------------------------------------------------
Fauzi mengekor Danish dari belakang. Menuruni anak tangga. Digaru kepala yang tidak gatal kerana dia masih memikirkan punca… ‘kenapa dia perlu pindah ke vila besar?'... hendak tanya semula… tapi Danish mesti membisu sahaja.
“Kucing siapa kat luar tu?” soal Danish tiba-tiba ingin tahu
“kucing sesat… jumpa pagi tadi… “
“pastu… engkau nak bela ke?... “ tanya Danish. Mimik mukanya mula berubah, dia memang tidak suka pet.
“boleh ke?” soal Fauzi pula.
“Tak… “ pendek jawapan Danish.
“Hmmm… “ Fauzi tiada kata untuk membalas.
Danish tidak terus ke pintu keluar sebaliknya membelok ke dapur.
“Mana instant noodle?... Aku nak” Soal Danish tiba-tiba.
“Eh… sekarang ke?” Soal Fauzi terkejut.
“Dah tu engkau ingat esok?” Perlu Danish.
“Kejap… kejap… “ gelabah Fauzi tiba-tiba sambil tersepaklah meja makan. Tak semena-mena handphonenya elok diatas meje makan terjatuh.
“Fauzi! Slowly! Aku tak pergi mana-mana pon…” tegur Danish sambil membongkok mengambil phone yang terjatuh tadi.
“Owh… kejap… aku cari dulu… “
----------------------------------------------
Masa yang sama Handphone milik Fauzi berbunyi. Pantas tangan Danish menerima panggil.
“Hello… “ Danish bersuara.
“Jiya!... kembar ajak keluar!” jerit satu suara kegirangan di hujung talian.
“Jiya?... siapa?... salah nombor ni… “ balas Danish.
Fauzi yang terdengar nama perempuannya di sebut sedikit terkejut. Riak mukanya cepat di kawal apabila Danish memandang mukanya seperti menanyakan sesuatu. Pantas sahaja di menghinjutkan bahu sebagai tanda dia tidak mengenali siapa ‘Jiya’. Danish mematikan handphone, dilihat skrin tertera nama ‘Razak’.
“Siapa Razak?”
“Err…” Fauzi termati kata lagi.
“hmm… macam pernah dengar nama ni… kawan kolej dulu ke?” soal Danish.
“Dia doktor aku… “ balas Fauzi teragak-agak.
“apa?... engkau sakit ke?... “
“tak… tak… aku sihat ja… dulu… dia pernah rawat aku… “
“okey… ingat Fauzi… engkau jangan nak tipu aku eh… engkau sakit ke engkau susah ke engkau ada masalah ke jangan sekali menipu… kecuali… bila engkau nak ada girlfriend… “
“ha… ha… ha… aku ingat… kalau aku nak girlfriend aku boleh menipu… “ gelak Fauzi tidak ikhlas… ha.. ha.. ha
Share this novel