Dua bulan kemudian....
KESIAN Attar sejak Iris mengandung,dia yang mengalami alahan teruk.Makan sikit keluar balik.Sampai terpaksa ambil cuti bekerja sebulan.
"Mak, tengok Iris okay saja.Yang kamu teruk sangat pasal apa."kata Mak cik Hawa sambil ketawa kecil.Dulu arwah suaminya juga begitu.Sampai tak boleh buat apa.Asal makan keluar balik.
Attar tersandar keletihan.Baru selesai keluar dari bilik air memuntahkan segala isi perut.Lebih kurang macam tu lah hampir setiap hari.
Iris gelak kecil.Kesian juga tengok muka Attar.Nampak keletihan dan tak bermaya.Sepatutnya Iris yang alami alahan mengandung ini terbalik pula.Nasib encik suami lah.Sama-sama tanggung.
"Tu yang Iris pelik mak.Iris okay saja.Tak ada rasa pening ker muntah pun.Abang ni kesian Iris tengok.Makan sikit keluar balik.Sampai lembik dah."kata Iris sambil menyapu sedikit minyak angin cap Kapak ke kepala Attar.
"Dulu arwah ayah pun sama.Sampai lembik.Tapi lepas sebulan ok lah tu."tokok Mak cik Hawa.
"Sayang, tolong picit kepala abang ni.Rasa macam duduk atas feri saja.."tangan Iris ditarik ke sebelah kanan.Rasa bergoyang semacam.Teruk sungguh alahan dia.Sampai rakan sepenjawat siap mengusik.Penangan sayang bini lebih macam tu lah gurau mereka.
Iris beralih ke sebelah kanan kepala Attar.Kesian juga Iris tengok Attar begitu.Tapi bagi Attar,dia rela mengharungi ini semua demi Iris dan bakal anak mereka.Apa lah nak dibandingkan dengan kesudian Iris mengandungkan anak mereka.Bukan sekejap,sembilan bulan sepuluh hari tu lama.Alahan dia mungkin tak sampai berbulan.Sampai masa nanti hilang lah.Attar lagi rela dia yang rasa sakit daripada isteri tercinta nya yang sakit.
Bukan senang nak bawa anak dalam kandungan sembilan bulan lama nya.Tu belum lagi saat melahirkan.Azab sakit yang teramat sangat semata melahirkan zuriat ke dunia.Sebab tu Islam telah menaikkan martabat kaum wanita dan di pandang mulia di sisi Allah.
Bila dapat tahu Iris mengandung,Attar lah yang paling gembira.Tak sabar nak jadi seorang bapa.Apa Iris nak makan semua dia akan sediakan.Masa mula dapat tahu Iris mengandung bila Iris selalu mengadu sakit kepala.Pergi klinik buat pemeriksaan rupanya kandungan Iris dah mengandung dua bulan.Patut lah Iris kerap sangat merajuk akhir lalu.Pantang kena usik asyik nak muncung memanjang.
"Nah,makan mempelam muda ni.Nanti hilang sikit loya tu,"hulur Mak cik Hawa pada Attar.
Terus kecur liur Attar.Terus dicapai dan digigit sedikit.Rasa masam-masam.Nikmat sungguh.
"Iris makan lah..."pelawa ibu mertuanya.
"Nampak macam masam saja mak.Iris rasa ngilu gigi."Iris menolak.
Tengok Attar kunyah selamba saja macam makan keropok.Iris pula tak berapa berminat dengan makanan masam.
"Kalau sayang tak nak,bagi abang.Mak tolong bungkus,nak bawak balik.Boleh makan dalam kereta."siap minta bungkuskan lagi tu.Atar...Attar...
"Ada banyak lagi.Mak dah bungkus dah.Nanti tolong kirim dekat ibu kamu sama.Dia nak buat jeruk."
"Jeruk..Wah!sedapnya.Nanti boleh suruh ibu buatkan untuk abang."kata Attar girang.Dia dah telan liur dengar jeruk mangga.
Mak cik Hawa ketawa geli hati sambil menggeleng kepala.Lucu dengan telatah Attar.Gembira dia tengok Attar dan Iris bahagia.Begitu juga dengan keluarga besannya.Mereka sangat bersyukur kerana Attar dan Iris memang sepadan dan serasi.Mereka tidak lagi risau akan Iris.
"Seronok Dia tengok kak Iris sekarang ni, ibu."ucap Mardia.
"Ibu pun rasa gembira sangat.Kak Iris kamu bahagia bersama dengan abang Attar. kamu."sambung Puan Jamilah pula.
"Dia,rasa kak Iris memang sesuai sangat dengan abang Attar.Secocok sangat.Kan bagus kalau dari dulu kak Iris kahwin dengan abang Attar."telah Mardia yang sedang memotong buah mangga.
"Itu lah yang di katakan jodoh.Kita hanya mampu merancang tapi sebaik perancang hanya Allah."
"Tak sangka kan ibu.Abang Attar memang dah lama suka kan kak Iris."
Puan Jamilah tersenyum.Dia pun tak tahu.Tapi memang dulu dia perasan Attar asyik pandang Iris.Cuma masa tu Iris masih remaja,jadi Puan Jamilah hanya anggap itu pandangan biasa.Bila Iris dan bercerai,Attar muncul kembali.Pada Encik Malik,Attar melamar Iris tanpa pengetahuan dari Iris.
"Pak cik,saya nak berterus terang pada pak cik dan mak cik..."
Puan Jamilah dan Encik Malik saling berpandangan.Muka Attar kelihatan serius.Selama ini Attar hanya menegur sapa sahaja mereka tapi kali ini Attar kelihatan serius.
"Cakaplah..Ada apa yang boleh pak cik bantu?"gesa Encik Malik.Tertanya juga akan kedatangan Attar ke rumah mereka.
"Saya serius nak ambil Iris sebagai isteri saya."ujarnya senafas tanpa gugup.
Sekali lagi Encik Malik dan Puan Jamilah berpandangan sesama sendiri.
"Kamu serius ker Attar?"tanya Puan Jamilah macam tidak percaya.Tetiba Attar mahu melamar Iris.
"Saya serius mak cik,pak cik.Saya dah lama suka kan Iris.Saya ikhlas nak memperisterikan dia."ucapnya sekali lagi sambil mata memandang keduanya silih berganti.
"Pak cik tak tahu nak cakap apa.Kamu tahu kan Iris baru saja....."tak sempat nak cakap,Attar sambung dahulu.
"Ya saya tahu pak cik."ujar Attar bersungguh.Dia tahu Iris baru saja bercerai.
"Iris dah tahu ker?"tanya Puan Jamilah.Tak ada angin tak ada ribut Attar datang bawa hajat besar.
"Dia tak tahu pun.Saya tak pernah bercakap dengan dia pun pasal hal ni."
Encik Malik memandang Attar ragu-ragu.
"Saya dah lama simpan hajat ni pak cik.Dari Iris sekolah lagi saya dah suka kan dia.Tapi masa tu mungkin kami tak ada jodoh.Selepas dapat tahu keadaan Iris sekarang,saya beranikan diri untuk berdepan dengan pak cik dan mak cik."ujarnya bersungguh.
"Saya nak minta pak cik dan mak cik tolong sampaikan hajat saya ni."Attar senyum dalam keseriusan.Bila Encik Malik mengangguk setuju,Puan Jamilah ikut setuju.Mereka juga nak tengok anak mereka bahagia macam orang lain.
"Ibu..ibu..berangan apa pula tu."panggil Mardia apabila Puan Jamilah diam tidak berkutik
"Eh..ibu terberangan pula.Dah siap potong rupanya mangga.Ambilkan kicap,cili melaka,gula dan belacan."arah Puan Jamilah pada Mardia.
"Ada ni semua."Mardia tunjukkan mangkuk yang telah diisi bahan sambal kicap.
"Picit cili tu baru rasa pedas."
Mardia ambil sepotong mangga dan cicahkan dengan sambal kicap.Berkerut wajahnya menahan masam.
"Masam lah ibu.Tapi sedap.."katanya sambil capai sepotong mangga lagi.
"Abang Attar kamu makan macam tu saja.."
"Abang Attar ni tak rasa masam agaknya.Kak Iris tak makan pun."gumam Mardia.
"Itu lah penangan isteri mengandung,suami yang mengindam.Kesian juga ibu tengok abang Attar kamu asyik muntah saja."
"Abang Attar cakap biar dia sakit jangan kak Iris yang sakit."
"Sayang betul Attar dengan kakak Iris kamu.Ibu tumpang bahagia tengok kak Iris bahagia.Tak lama lagi keluarga kita bertambahlah.."Puan Jamilah tersenyum.
"Tak sabar nak sambut baby.Seronok kan ada ahli keluarga baru.Makin bertambah..."kata Mardia gembira sambil membayangkan hari-hari mendatang.
Share this novel