Bab 18

Crime Series 28566

Aku memasuki ruang dapur semula. Setelah dapat menenangkan diri.

Qarl masih di situ. Diam tak berkutik tapi memerhatikan aku.

Aku mengambil beberapa biji pinggan dan menghidangkan di meja makan ruang tamu.

"Saya da hidangkan makanan. Awak pergilah makan, Qarl."

"Aku taknak makan kat depan. Kau temankan aku makan. Dekat sini."

Aku mengangguk.

Lantas, laju tangan menyendukkan nasi dan memberi kepadanya.

Dia masih memerhatikan aku tajam.

"Tell me. Kenapa ni?"

"Nothing."

"It's not nothing. There's something inside your head."

Not now. Aku tengah nak jamu selera ni. Jangan matikan mood aku.

"Awak makanlah dulu. Nanti jela cakap."

Aku tahu. Selagi aku tak berterus terang, Qarl takkan berpuas hati.

Dia memeluk tubuh.

"Anna Adriana."

Aku membuat muka tak tahu. Lapar.

Baru saja jari mahu menyuapkan nasi ke mulut, dia memegang lengan aku.

Aduh.

"Saya nak makan ni. Awak boleh bagi saya kenyang dulu tak?"

Aku memandang lauk ayam masak merah di pinggan.

Aku da masakkan bihun sup utara untuk dia. Apa dia nak lagi?

"Cakap. Apa yang kau tak puas hati dengan aku?"

"Mana ada tak puas hati."

Aku mendengus.

"Apa jadi pagi tadi? Aku tak ingat apa-apa."

Memanglah kau tengah tidur. Apa yang kau ingat?

"Awak cakap semalam nak kahwin dengan saya. Harini awak mimpikan May."

That's the point.

Ini semua gara-gara May. Sejak nama dia meniti di bibir Qarl, aku jadi tak keruan.

Kepingin mahu lihat wajah May. Mesti cantik ala persis Elizabeth Tan.

Hmm. Padanlah. Chinese looking.

Tak macam aku. Anna Adriana yang rupanya biasa sahaja. Dan tak layak nak berdiri di sebelah Qarl Lee.

"Itu je? Sebab aku termimpikan May? Aku sebut nama May dalam tidur?"

Yela. Tu jela.

Aku mengangguk laju.

Qarl ketawa berdekah. Sambil menekan perut.

Kurang ajar. Dia permainkan aku. Ingat lawak ke?

"Aku suka kau macam ni. Bolehlah aku sebut nama May selalu."

Again. Tak lawak. Sumpah tak lawak. Hati aku tersiat, Qarl.

Aku mengetap bibir.

Karang aku ketuk kepala kau dengan senduk kuali baru kau tahu sakitnya macam mana.

"It's not funny la."

Dia sambung ketawa lagi.

"Okay... Sorry..."

"Kau rasa cemburu ke tiap kali aku sebut nama May?"

Taklah. Mana ada.

Terus mati selera aku nak makan. Melayan otak senget Qarl ni buat aku rasa nak marah.

Aku bangun menuju ke singki. Mahu membasuh tangan.

"Saya da kenyang sebelum makan. Awak makanlah sorang. Terima kasih."

Aku mahu merajuk.

Nak duduk dalam bilik gelap tu sorang-sorang la.

Aku tinggalkan dia kat meja makan tu seorang diri.

Padan muka. Makanlah kau sorang.

Qarl buat muka blur ngan perangai aku.

Entahlah. Aku tak suka dia permainkan aku begitu.

May. May. May.

Bosan aku dengar dia sebut nama May. Cantik sangat ke May tu? Special sangat agaknya.

Pergilah dekat May. Lepaskan aku.

Aku memeluk lutut.

Dah sebulan aku kat sini. Nak jugak tengok dunia luar.

Nak pergi mall. Nak tengok wayang. Nak shopping baju baru. Nak makan sedap-sedap dengan Mira.

Qarl dera jiwa aku. Dia nak buat aku gila agaknya duduk dalam rumah besar ni.

Pintu bilik terkuak.

Terpacul tubuh Qarl di balik muka pintu.

"Anna..."

Aku taknak tengok dia. Aku memejamkan mata.

"Kau kenapa? Kenapa sentap?"

Aku diam.

"Kau bosan eh duduk dengan aku?"

Aku diam.

"Aku tak pernah bosan selagi kau ada."

Aku memalingkan wajah ke tepi.

"May dengan aku... Dah takde pape. Aku da benci kat dia."

Takde kena mengena dengan aku kalau kau bencikan dia.

"Anna... Pandanglah aku."

"Kalau aku dah takde, nanti wajah ni jugak kau bakal rindukan."

Aku masih lagi tidak mahu memandang dia.

"Takpelah, Anna. Kalau kau tak sudi nak kahwin dengan aku. Dan pasal May tu, sumpah aku da lupakan dia."

Betul ke?

Kenapa aku nak over sangat pasal May eh? Bukan aku suka pun kat Qarl.

Melihatkan aku diam, Qarl mahu keluar dari bilik.

Dia nampak lain harini. Nampak macam sedih.

"Qarl Lee..."

Aku memanggil nama penuhnya. Jarang aku memanggilnya begitu.

"Nanti kalau awak hantar saya balik kampung. Awak boleh ikut sekali. Jumpa mak ayah saya."

Mata Qarl seakan bersinar.

"Wah... Betul ke ni?"

Aku mengangguk.

"Tapi bukan masa terdekat ni. Don't worry, Anna. Aku takkan kurung kau lagi."

Aku tunggu janji dia. Bawa aku pulang jumpa mak ayah aku.

Qarl, kau kena kenal dengan family aku. Kenal dengan diri aku yang sebenarnya.

"Pasal May tu, saya nak tengok muka dia boleh?"

"Tak payahlah. Nanti kau sakit hati. Nanti kau cemburu."

Aku da agak. May lagi cantik.

"Hmm okay."

"Kau nak tidur dalam bilik gelap ni ke?"

Aku memandang sekeliling bilik. Taknak.

"Aku da bagi kau bilik yang selesa. Jangan nak mengada tidur sini."

"Okay."

Qarl terus keluar dari bilik. Malas nak melayan kerenah aku agaknya.
. .
. "Nah."

Dia menyerahkan sesuatu kat tangan aku.

Oh my god. Pistol.

Menggigil tangan aku menyambutnya.

"Pistol ni untuk apa?"

"Untuk tembak kau."

Tangan aku makin menggigil. Aku takut bila teringat bunyi tembakan tu.

"Relakslah. Aku bukan nak kau mati pun."

Habistu, kenapa bagi aku pistol ni?

"Aku nak ajar kau menembak. Supaya kau tahu jaga diri bila berdepan dengan musuh."

Qarl...

Apa ni? Kenapa aku mesti terlibat sama?

"Kau takut?"

Aku mengangguk laju.

"Shh... Jangan risau. Aku ada. Kau takkan diapa-apakan."

"Sekarang ni, jom... Ikut aku pergi belakang rumah. Aku ajar kau menembak."

Qarl. Kau dah gila.

Aku taknak jadi pembunuh.

Mak. Ayah. Mira... Tolong, Anna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience