BAB 9

Humor Series 42267

“Syireen.”

“Yeap.” Pergerakan Nurul yang ingin membuka tali pinggang keledar terhenti seketika. Mereka kini berada di hadapan rumah sewa Nurul.

“Thanks sebab sudi teman I dinner.”

Nurul membuka tali pinggang keledar. “Saya kena paksa, remember?”

“You rasa terpaksa sangat ke?”

Nurul tersenyum. “Takdelah. Apabila dah kenal awak, saya rasa awak ni okay je.”

“Okay yang macam mana tu?” Reza menginginkan kepastian.

“Okay la. Boleh buat jadi kawan.” Nurul membuka pintu kereta.

Oh. Kawan. “So, I boleh ajak you keluar lagi kan lainkali?” Tolonglah boleh. Tolonglah boleh.

Nurul tersenyum. “Tengok la macam mana nanti.”

“I’ll call you later okay?” Reza membalas senyuman Nurul.

Wahai Encik Reza, tolonglah jangan senyum macam tu kerana sesungguhnya jantung saya macam dah tak berfungsi dengan betul bila tengok senyuman tu. “Hmm. Okay.” Nurul melangkah keluar dari Nissan Skyline putih tersebut.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Setelah Nissan Skyline tersebut hilang dari pandangan matanya, Nurul terus masuk ke dalam rumah.

“Seronok dating?” Tisya yang sedang menonton CSI memandang ke arah Nurul yang baru masuk ke dalam rumah.

“Banyak la kau punya dating. Aku kena paksa teman dia pergi dinner.” Nurul menghempaskan dirinya di atas sofa. Penat berjalan sehari suntuk. Mata dilelapkan seketika.

“Hoi! Pergi mandi dulu la kut ye pun.”

Dengan malas Nurul membuka matanya. “Yelah.” Dia bangun menuju ke biliknya. Hendak mandi dan solat.

Setelah selesai mandi dan solat, Nurul merebahkan badannya di atas katil. Baru sahaja dia hendak melelapkan mata, tiba-tiba terdengar suara Daehyun dan Youngjae menyanyikan chorus lagu One Shot. HTC di atas meja di tepi katil diambil dengan malas.

“Hello, assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam. Dear, you tengah buat apa?”

“Saya bukan rusa. Tak payah nak dear dear sangat lah.”

“Tak kira. I nak panggil dear jugak.”

“Suka hati awak la.”

Malas nak layan. Tapi malas nak layan pun kau suka kan, Nurul?

“Eleh. Cakap je la you suka bila I panggil you ‘dear’.”

Nurul tersentak. Adakah mamat ni keturunan Edward Cullen yang boleh baca fikiran orang tu?

“Dah la. Malas nak cakap dengan awak. Saya nak tidur ni.

“Tidur nanti mimpikan I tau, dear! Good night.”

“I hate nightmares.”

“Dear.”

Ni dah kenapa suara mengada semacam ni? “Apa lagi?”

“I love you.”

Sungguh di saat itu Nurul rasa macam nak pengsan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience