Bab : 32

Action Completed 53513

Beberapa hari kemudian.

Seperti kebiasannya suasana hospital sibuk dengan para pekerja dan pengunjung yang melawat sama ada hendak dapatkan rawatan atau menziarah ahli keluarga yang di tempatkan di situ. Di koridor, ruang legar dan kawasan lobi penuh dengan orang. Pesakit mahupun pegawai perubatan yang berkerja. Masing-masing sibuk ke hulu dan hilir melakukan sesuatu.

Di balik kesibukan itu, kelihatan Davina sedang bercakap dengan receiptionist di kaunter admin buat seketika sebelum dia mula jalan sendirian dengan papan carta di pegang pada tangan kanan. Stestokop tergantung di lehernya. Renungan dingin seperti biasanya terarah pada sekelilingnya mendekati anak tangga eskeletor untuk ke tingkat atas.

"Davina.."panggil suara tu.

Dan semasa Davina tunduk mahu memijak anak tangga eskeletor itu, dia palingkan kepala ke kirinya serta merta. Lantas dia ternampak seorang lelaki berpakain uniform tentera sedang berdiri di situ memandangnya.

"Garvien.."sambut Davina yang kemudiannya gerakkan kakinya untuk tidak memijak anak tangga di situ malahan gerak mendekati lelaki itu.

Bersama senyuman nipis di bibir Garvien pandang Davina yang mengenakan pakaian doctor di badan dan wajah letih. Mungkin penat bertugas di hospital ini. "Maaf sebab menganggu."

Mata Davina gerak mengerling sekeliling Garvien. Tapi dia tak Nampak pun orang yang dia nak jumpa. "Macam mana awak boleh tahu saya ada di sini?"tanya dia.

"Informer yang berikan maklumat dimana keberadaan kau."jawab Garvien.

"Okay..."balas Davina yang berasa kekok sebab pelik dengan kehadiran Garvien ke sini. "Apa yang buat awak sampai ke sini kalau macam tu?"

"Sesuatu telah terjadi.."beritahu Garvien dengan nada perlahan. Wajahnya jelas menunjukkan dia sedang susah hati.

Oh god!

Terpempan Davina di situ. Jantungnya mula berdegup tidak menentu. Nafasnya tertahan-tahan. Siapa?"Apa maksud awak Sesuatu telah terjadi?"tanya dia yang sedaya upaya untuk kekal tenang

"Declan berada di wad dan Eden di ICU sekarang ini...mereka cedera ketika bertugas. Declan alami kecederaan ringan iaitu patah tulang tangan kanannya ketika bertarung dengan seorang musuh di situ. Eden yang terkena tembakan semasa cuba selamatkan Declan kini kritikal. Aku rasa kau patut tahu mengenai hal ni...sebab tu aku ke sini.."beritahunya.

Davina telan air liur dengan susah payah untuk hilangkan gumpalan Udara yang berkumpul di dalam kerongkongnya ketika itu. Mereka cedera? "Mereka yang lain?"tanya dia yang cuba nak alihkan perhatiannya mengenai berita yang baru di sampaikan tadi.

"Semuanya hanya cedera ringan. Misi tu gagal sebab kami terpaksa Tarik diri awal kerana Eden dan Declan perlukan rawatan...."ujar Garvien lagi. Dia pandang Davina dengan renungan redup dan tangan di sisi.

Tidak mahu menangis di situ, Davina hanya mengangguk kepala faham. Jadi sebab itu ke dia tunggu khabar dari mereka tapi tidak kesampaian sehingga ke hari ini. Dia ada tertanya-tanya jugak sama ada Declan tak apa-apa dan segalanya berjalan lancer. Sekali tu hanya berita buruk saja yang sampai kepadanya.

"Dimana mereka ditempatkan sekarang..?"tanya Davina dengan mendatar. Takut kalau dia lontarkan suaranya dengan tinggi dia akan menangis sekarang jugak. Rasa kehilangan tu sakit sebenarnya. Tapi dia tak boleh nak kawal emosi sekiranya hal itu melibatkan orang yang dekat dengannya. Kepalanya mula berpinar-pinar.

Imej-imej trauma bermain dalam fikirannya.

Dia tak boleh handle semua ni!

Tak boleh!

Dia bukan seorang yang kuat. Dia hanya seseorang yang perasan kuat.

Garvien pandang dengan kening mencerlung. Awalnya Dritan halang dia dari maklumkan hal ni kepada Davina. Tapi dia kalau bukan kerana Declan pernah beritahu dia yang Davina tunggu Declan, nak tak nak dia terpaksa beritahu juga hal ini kepada Davina. Tidak mahu membiarkan Davina tunggu Declan atau bersangka buruk terhadap Declan.

"Di hospital tentera diraja"jawab Garvien.

Perlahan-lahan Davina gerak hendak beredar dari situ sambil memegang kepalanya, tapi langkahnya kelihatan goyah dan tidak stabil seperti mahu rebah di situ taktala segalanya mula berpusing ligat.

Sesaat itu la Davina gerak hendak jatuh terduduk di situ.

Garvien nampak. Dia pandang dengan kening terangkat terkejutnya.

"Davina!"panggil Garvien yang terus menyambut akan tubuh itu. Bantu Davina berdiri untuk seimbangkan diri di situ. "Kau tak apa-apa?"

Davina menggeleng kepala sambil pejam mata berkerut kening. Ingin menafikan apa yang dia baru dengar.

Kenapa?

Kenapa la dia kena tanggung perasaan ni lagi?

Davina tidak larat lagi untuk terus berdiri. Dia rasa lantai tempat dia berpijak mahu menelannya hidup-hidup. Agaknya hidup dia ni hanya ditakdirkan untuk Bersama dengan orang yang mahu meninggalkan dirinya atau di sakiti saja agaknya. "Saya tak boleh.."lafaznya dengan susah payah.

Garvien terpaksa ikut melutut di situ apabila Davina tidak mampu untuk berdiri lagi. Dia masih berada di sisi Davina. Hatinya diruntun perasaan serba salah. Mungkin sebab ini kenapa Dritan halang dia dari memberitahu Davina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience