bab20

Romance Series 14775

Feena keluar dari perkarangan apartment dan terhenti seketika dibawah apartment, sambil memandang disekeliling kawasan itu.

"Selamat tinggal sayang! Kau bukan sahaja dapat menculik aku! Tapi kau juga telah berjaya, mencuri hati aku". Kata Feena didalam hati, sambil memulakan memandunya untuk pulang kepangkuan keluarganya. Sepanjang pejalanan balik! Naim sentiasa bermain main diminda Feena. Melangkah pergi meninggalkan kekasih hati, itu lah saat paling sedih buat Feena. Pertama kali Feena berperasaan sebegini, terhadap seorang lelaki.

"Tak sangka, si dia mampu mencuri hati aku.Seorang lelaki yang aku tak pernah kenal siapa dia sebelum ni,
Kini berjaya menbuatkan aku jatuh cinta terhadapnya". Bisik Feena dan setia berhayakan tentang Naim.

Permergian Feena pula membuatkan Naim betul betul terasa kehilangan. Naim masuk kedalam rumah dan terus masuk kedalam biliknya. Fais dan Khairul faham perasaan Naim. Mereka membiarkan Naim bersendirian. Menanti pangilan dari Feena sesuatu yang menyiksakan hati bagi Naim.

"Harap Feena selamat sampai di rumahnya". Bisik hati Naim.

Naim, baring diatas katilnya dan terbayang bayang wajah Feena. Kenangan indah bersama Feena, sentias bermain dibenak fikiran.

"Macam mana aku boleh jatuh hati terhadapnya? Pada mulanya aku ingat dia main main meluahkan perasaannya terhadap aku. Aku sedar aku siap? Berbanding dia.Tapi akhirnyaaaa hurmm hentahlahhh ". Keluh Naim sendiri. Akhirnya Naim terlelap.

"Tok tok tokk".

"Im oii Im Feena call kau lah. Nah ambil Phone kau ni". Teriak Fais.
Lalu Fais terus masuk kedalam bilik Naim.

"Oii, Feena call lahh". Fais mengejutkan Naim, yang begitu lena tidur.

Terus terduduk Naim, bila Fais menyebut nama Feena dan mencapai handphone ditangan Fais.Terseyum Fais dan terus keluar dari bilik Naim.

"Tak sangka! Orang angau bercinta ni lain macam dia punya aura. Seram pula aku". Bebel Fais

"HAiii wak, awak dah sampai ke?Macam mana perjalanan balik?"
Tanya Naim.

"Haiii sayang, awak tidur ke?Perjalan saya ok. Saya dah sampai depan rumah. Tapi belum masuk dalam lagi. Sampai je depan gate rumah, saya terus call awak dulu.
Saya rindu awak dear".
kata Feena.

"Saya juge rindu awak. Awak jangan lupakan saya ye?"
kata Naim kepada Feena.

"Tak mungkin saya dapat melupakan awak. Hati awak, sentiasa ada bersama saya dan hati saya ada dengan awak".
kata feena.

"Sayang nanti saya call awak lagi ye... Saya nak masuk, jumpa, keluarga saya. Love u sayang".

"Ok love u too sayang".
Sambil Naim memutuskan taliannya.Terasa lega hati Naim apabila Feena menaliphonenya.

"Im, ape yang kau termenung ni. Tanya khirul yang duduk bersama sama Fais dan Naim di ruang tamu.

"Sejak Feena pergi, kau jarang nak lepak ruang tamu ni dengan kita orang. Kau asyik lepak bilik je.
kenapa Im? Aku risaulah dengan kau ni Im", Tanya Khairul lagi.

"Betul lah Im, aku pun risau. Lain macam betul kalau dah terkena penyakit cinta ni ya".
balas Fais, sambil terseyum. Fais cuba membuat Naim terseyum.

"Hurmmmmm, aku tak tau lah korang. Sudah 2 minggu aku tunggu panggilan dari Feena. Dia seperti tak pedulikan aku lagi... Aku rasa dia dah lupakan segala janji dia dekat Aku. Menyesal betul aku percaya kata kata dia kepada aku".
Kata Naim kepada kawan kawannya.

"Kenapa kau tak call dia?"
Tanya Fais..

"Hurmmmm, aku nak tengok sejauh mana dia sayangkan aku. Dia anak orang kaya bro. Aku tak nak nampak sangat aku tergila gilakan dia. Nanti dia ingat aku nak harta dia pula".
Kata Naim kepada Fais dan Khairul.

"Ahhhh sudah sudahlah tu Im, fikir benda benda yang mengarut tu! kalau kau sayang dia, kau call ajalah dia".
kata Fais.

"Macam mana aku nak call dia Is. Kalau dia pun tak ada hati nak call aku. Last dia call aku, masa dia baru sampai rumah dia. Itulah kali terakhir bro, itulah kali terakhir dia call aku. Itulah kali terakhir aku dengar suara dia".
kata Naim sambil menundukkan kepalanya memandang lantai.

"Hurmmm, mungkin dia bukan jodoh aku bro. Aku sedar, siapa aku. Seorang penculik yang mengharapkan cinta dari wanita yang pernah menjadi mangsa penculikan. Aku bukanlah lelaki bagus dimata dia bro... Aku rasa dia baru sedar, Yang aku tak layak buat dirinya. Hurmmm tak apa lahhh. Biarkan dia pergi, begitu sahaja dalam hidup aku ni".
Keluh Naim.

"Aku tak tau nak cakap apa lagi Im. Entah entah, dia tunggu pangilan dari engkau dan engkau pulak, tunggu pangilan dari dia...Kalau kau berkeras, tak nak call dia. Kau terima ajalah. Kau bukan untuk dia dan dia bukan untuk kau... Jangan pula kau nak kenangkan dia lagi. Buat menyeksa diri kau aja nanti".
kata Fais.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience