2016
SMK Tunas Bakti
Farid Husin berjalan bersama seorang rakannya ke arah kantin sekolah namun di pertengahan jalan seorang pelajar lelaki memanggilnya dari belakang
"Hmm.. kenapa?,"
Tanya Farid Husin
Pelajar lelaki itu tersengih-sengih sebelum menjawab
"Tadi aku nampak Awaisha bawa bekal pergi belakang bangunan,"
"Dia dengan siapa?,"
"Tentulah sorang, siapa lagi nak rehat dengan dia,"
Farid Husin mengosok-gosok dagunya, bibirnya tersengih, otaknya memikirkan rencana yang nakal
"Jom kita pergi kacau dia,"
Arah Farid Husin pada rakannya, Dua orang rakannya sekadar mengangguk
Farid Husin bersama dua orang rakannya tadi tersengih-sengih mengintai Awaisha Laila sedang duduk bersendirian di belakang bangunan sekolah sedang makan bekalan yang di bawa dari rumah
Bibir Farid Husin masih tersengih sinis, bola matanya terus memerhati tingkah Awaisha Laila sebelum kedua kakinya di ayun mendekati pelajar perempuan itu sambil di ekori dua orang rakannya di belakang
"Woi budak miskin, kau makan apa tu?,"
Tanya Farid Husin dengan pandangan sinis
Terkejut Awaisha Laila bila seorang menegurnya tiba-tiba
"Sa.. saya makan nasi,"
Jawab Awaisha Laila dengan wajah bimbang saat mendongak memandang farid Husin
"Makan nasi?,"
Farid Husin duduk mencangkung sambil melihat isi bekal Awaisha Laila
"Kau makan dengan ranting kayu ke?,"
Tanya Farid Husin di sambut gelak ketawa rakan-rakannya
"Tak, tak, ini ikan goreng,"
Jawab Awaisha Laila bibirnya terketar-ketar menjawab
Tanpa rasa bersalah Farid Husin mengambil ikan goreng dalam bekal sedang di pegang Awaisha Laila lalu menunjuk pada rakan-rakannya
"wei, korang tengok nie? ada nampak macam ikan goreng ke, aku tengok macam ranting kayu je?,"
Rakan-rakan Farid Husin tergelak terkekeh-kekeh sambil melihat farid Husin mengoyang-goyang ikan goreng tersebut
Awaisha Laila menunduk malu, dia tidak berani untuk meminta kembali satu-satunya lauk yang dia bawa dari rumah malah dia semakin terkejut bila ikan goreng yang di ambil farid Husin tadi di buang ke dalam longkang
Awaisha Laila bergegas bangun untuk mengutip kembali ikan goreng yang di buang farid Husin namun farid Husin secara tiba-tiba menyepak bekalan makanannya sehingga bertaburan nasi di lantai kemudian mencengkam kepalanya
"Kau nie dah kebulur sangat ke ha? sampai nak kutip balik ranting kayu yang aku buang tu?,"
Awaisha Laila menangis teresak-esak, memandang farid Husin
"Apa salah saya, saya cuma nak makan,"
"Kau ingat aku perduli ke,"
Farid Husin ketawa terbahak-bahak sambil mengoyang-goyang kepala Awaisha Laila
**
Teguh holding
Awaisha Laila masih memandang Farid Husin, wajahnya begitu pucat seperti melihat sesuatu yang menakutkan, berbeda dengan wajah Farid Husin, kelihatan tenang saat memandang Awaisha Laila
Said bohkari yang perasan dengan tingkah Awaisha Laila diam-diam menarik tangan kiri Awaisha Laila supaya sedar
kening Awaisha Laila terangkat seakan baru tersedar dari di pukau
"Duduk Farid, ayah ada hal nak cakap dengan Farid,"
Kata Dato sri Hassan kamarudin agak tegas nadanya
Farid Husin menghela nafas pelahan, kakinya melangkah ke arah Sofa, Awaisha Laila pelan-pelan melabuhkan punggungnya semula namun bola matanya masih melirik memandang Farid Husin
"Kenapa ayah? macam marah je,"
"Tentulah ayah marah farid.. Tan seri Omar nak saman kita, sebab farid dah hina anak dia,"
"Oh pasal tu ke,"
Farid Husin duduk menyandar, kaki kanan menyilang atas kaki kiri
"Dah memang layak pun anak dia tu kena hina dengan Farid Yah, pakaian pun macam pelacur,"
"Kau nie Farid, itukan hak dia, suka hati dialah nak pakai apa pun, tak perlulah hina dia, just cakap je baik-baik, tak boleh ke,"
Farid Husin berdegus perlahan
"Kalau ayah dia nak sangat saman, saman jelah, waktu dalam office, Farid dengan dia je, mana ada orang lain, dia ada bukti ke Farid hina dia,"
"Sebab ada buktilah, omar tu berani nak saman kita, anak Omar tu ada rakam semua perbualan dia dengan Farid,"
Balas Dato sri Hassan kamarudin, setelah Tan seri Omar memberitahu tentang rakaman itu ketika mereka berdua bertemu untuk berbincang
Wajah Farid Husin tetap tenang, langsung tidak merasa bimbang atau takut malah bibirnya mengukir senyuman lebar
"Itu lagi bagus,"
"Apa yang bagusnya Farid?,"
Tanya Dato sri Hassan kamarudin, hairan
"Kalau dia takde rakaman tu pun, bilik Farid ada Cctv, biar satu malaysia tengok macam mana perangai anak dia, jalang tak sedo diri,"
"Hisy kau nie Farid, tak baik cakap macam tu,"
Dato sri Hassan kamarudin mengeleng kemudian memandang Said bohkari
"Macam mana Said?,"
"Macam Farid cakap tadi, pejabat diakan ada Cctv,"
said bohkari diam sejenak, tangannya di dagu, seperti sedang memikirkan sesuatu
"Cctv pejabat Farid bersambung dengan Cctv bangunan nie ke?,"
Tanya Said bohkari
Farid Husin mengeleng
"Tidak pakcik, Cctv tu Farid yang pasang sendiri,"
"Kalau macam tu, Farid boleh monitor Cctv pejabat melalui Smartphone Faridkan?,"
Farid Husin mengangguk
"Boleh pakcik tengok rakaman tu?,"
Pinta Said bohkari
Farid Husin meraba-raba poket blazer dengan poket seluar
"Maaf pakcik, Farid tertinggal smartphone kat office,"
Said bohkari terangguk-angguk, dia menoleh memandang Awaisha Laila seketika sebelum mengalih pandangan memandang Farid Husin
"Apa kata, Awaisha ikut Farid ke pejabat, supaya dia boleh tengok rakaman Cctv tu,"
Terkejut Awaisha Laila dengan permintaan Said bohkari, dia ingin menolak namun suaranya tidak mahu keluar dari mulutnya seperti tersekat di tengah kerongkong
"Oh, lupa ayah nak kenalkan Farid,"
ibu jari Dato sri Hassan kamarudin menunjuk ke arah Awaisha Laila
"Kenalkan anak didik pakcik kau, Awaisha Laila, dia akan jadi salah seorang peguam syarikat nie,"
Farid Husin sekadar memandang sekilas ke arah Awaisha Laila kemudian dia bangun dari duduknya,
"Farid minta diri dulu ya Ayah, pakcik, ada banyak kerja farid perlu uruskan, kalau perempuan nie nak ikut Farid, ikut cepat,"
"perempuan?,"
Bisik Awaisha Laila sambil melihat Farid Husin berjalan ke arah pintu
"Awaisha, pergi ikut Farid cepat,"
Pinta Dato sri Hassan kamarudin
Awaisha Laila cepat-cepat menoleh memandang Dato sri Hassan kamarudin lalu mengangguk sebelum memandang Said bohkari
"Awaisha pergi dulu ya pakcik,"
"Yelah, nanti kalau dah selesai, naik je tingkat 24 ya,"
Awaisha Laila mengangguk kemudian bangun dari Sofa, bergegas kakinya mengayun ke arah pintu sambil di perhatikan Said bohkari dengan wajah bimbang
"Aku rasa, aku pernah dengar nama Awaisha sebelum nie, kalau tak silap akulah, arwah mak aku dulu ada sebut nama tu,"
Kata Dato sri Hassan kamarudin sambil mengusap dagunya
Said bohkari tersenyum ketika menoleh memandang Dato sri Hassan kamarudin
"Mungkin nama je sama, orangnya tak sama,"
"mungkinlah kot,"
Said bohkari mengeluh perlahan, rahsia yang sudah lama dia simpan tidak mampu dia ceritakan kepada Dato sri Hassan kamarudin atas permintaan Awaisha Laila kerana ingin merahsiakan kewujudan anak Farid Husin, kerana Farid Husin sangat benci dengan kewujudan anak itu sehingga dia terpaksa menipu farid Husin lima tahun yang lalu, Awaisha Laila telah keguguran
**
Farid Husin berdiri tegak di hadapan pintu lif Vip seperti menunggu Awaisha Laila, setelah Awaisha Laila berdiri di belakangnya, access kad di tampal di tepi Lif
"Tak sangka ya Awaisha, kau berani datang ke sini,"
Kata Farid Husin perlahan ketika pintu lif terbuka
Walaupun suara Farid Husin kedengaran perlahan namun Awaisha Laila masih boleh mendengarnya, jantungnya terus berdetak laju, tubuhnya mengigil-gigil berdiri di belakang farid Husin
Farid Husin melangkah masuk ke dalam Lif, saat dia memusingkan badan, bibirnya mengukir senyuman sinis pada Awaisha Laila
Mata Awaisha Laila terbeliak sebuah senyuman yang di lemparkan Farid Husin itu adalah senyuman yang pernah memberi kesengsaraan dalam hidupnya, dalam masa yang sama hatinya seakan memberi amaran kepadanya supaya menjauhi lelaki itu
"Masuk Awaisha,"
Pinta Farid Husin dengan nada lembut tetapi senyuman sinisnya tetap terukir
Awaisha Laila mengeleng perlahan, kedua kakinya melangkah mengundur, belum pun sempat dia memusingkan badan, baju di atas dadanya di cengkam tangan kiri Farid Husin lalu tangan itu menarik tubuhnya dengan kuat memaksanya masuk ke dalam Lif
Pintu Lif tertutup, Awaisha Laila terduduk di lantai Lif, termegah-megah nafasnya, tidak berani mendongak atau pun berdiri
"Rupa-rupanya selama nie, pakcik said yang jaga kau, lahabau betul,"
Farid Husin duduk mencangkung, atas kepala Awaisha Laila di cengkam
"Aku selalu terfikirkan kau Sha, hidup kau merempat kat luar tu, tapi sangkaan aku meleset, kau hidup senang rupanya, sial betul,"
Farid Husin mengoyang-goyang kepala Awaisha Laila
"Pakcik said.. pakcik said.., kenapalah dia boleh jaga perempuan yang dah bunuh mak long dia, bodoh punya orang tua,"
"Tolong jangan salahkan pakcik said, Sa.. saya tak pernah bunuh nek Ja, pecayalah Farid, saya tak bunuh Nek Ja,"
Ujar Awaisha Laila penuh sebak
Tiba-tiba Farid Husin melepaskan tangan dari kepala Awaisha Laila, dia segera bangun sambil memandang Awaisha Laila,
"Bangun Awaisha, semua tu dah berlalu, lupakan je,"
Pinta Farid Husin, wajahnya tampak tenang, seakan-akan sedang berpura-pura
Awaisha Laila tergamam seakan tidak pecaya kata-kata yang muntah dari mulut Farid Husin sebentar tadi, pelan-pelan dia mengankat muka namun Farid Husin sudah membongkokan ingin memegang kedua bahunya
"Bangun Sha,"
Pinta Farid Husin lagi, lembut suaranya meminta
Awaisha Laila segera bangun, bola matanya merenung wajah Farid Husin, darahnya berderau bila Farid Husin mengesat air mata yang membasahi pipinya namun tindakan Farid Husin memeluk tubuhnya, mengoncangkan jiwanya, menghentikan detak jantungnya
"Aku sangat bersyukur Sha kita dapat berjumpa semula,"
Ucap Farid Husin dengan lembut sambil memeluk erat tubuh Awaisha Laila, tetapi wajahnya yang tenang tadi tiba-tiba berkerut, giginya di getap seperti menahan amarah yang sudah lama di pendam
Air mata Awaisha Laila jatuh berderai, hatinya bekali-kali mengucapkan syukur, lantas pelukkan Farid Husin di balas dengan pelukkan erat dari kedua tangannya tanpa dia sedar akan niat sebenar Farid Husin sedang berpura-pura sudah memaafkan dirinya
Share this novel