Bab:1 Secantik Lily

Drama Completed 2220

Di sebuah sekolah bernama EForks,terdapat seorang gadis bernama Alice.Dia merupakan gadis yang paling cantik di sekolah tersebut.Berkulit cerah mulus,berambut coklat panjang hingga ke pinggang.Bermata kelabu indah dan mempunyai senyuman menawan bersama lesung pipit di bawah bibirnya.
Semua pelajar lelaki di sekolah tersebut meminati Alice.
"Selamat pagi,Alice !" "Hai Alice !" "Cantik awak hari ini,Alice !" Setiap hari,kalau Alice tak disapa,memang tak sah !
Suatu hari,seorang lelaki berambut perang,berwajah tampan bersama kulit yang pucat.Dia juga mempunyai lesung pipit di pipinya yg dalam seperti Alice.Namanya,Jasper.
Tampannya,MasyaAllah !

"Hai,saya Alice.Awak pelajar baharukah?"Soal Alice dengan ceria sambil merapati Jasper.Alice menghulurkan tangannya,namun dibiarkan sepi.
"Saya Jasper."Ujar Jasper dengan suara yang garau dan serak.
Alice ketawa teruja."Seksinya suara awak !"
Beberapa orang memandang ke arah mereka kerana ketawa Alice yang mempersona.Jasper terkelu.Indah sungguh senyuman milik Alice dengan lesung pipit di bawah bibirnya.
"Marilah ! Loceng sudah berbunyi ! Sudah tiba masanya untuk kita masuk ke kelas !"
Ujar Alice lalu menarik tangan Jasper ikut bersamanya.

"Bagusnya ! Kita berada di kelas yang sama !"Ujar Alice dengan senyuman yang manis.Jasper menelan liur.
(Sewaktu bersukan)
Seisi kelas terkelu melihat kepantasan Jasper berlari.Alice juga terkejut.
Semua orang tahu Alice lah ahli yang paling laju dan pantas dalam apa jua.
Nampaknya Alice dah ada pesaing !
(Sewaktu kelas gimnastik)
"Para pelajar sekalian,hari ini,kita akan belajar cara mempertahankan diri dengan bijak.Siapa yang sukarela menjadi mangsa?"Soal Ms.Victoria,selaku guru.
Alice lah menjadi orang pertama yang mengangkat tangannya tinggi.
Ms.Victoria tersenyum."Sila ke depan,Alice."
Ujarnya dengan senang hati.
"Sekarang,siapa yang mahu menjadi pemangsa?"Soal Ms.Victoria lagi.
Automatik kelas menjadi gamat dengan pelajar lelaki yang mengangkat tangan.
Jasper pula hanya diam tidak berkutik.
Ms.Victoria memandang Alice.
"Alice,kamu buatlah pilihan kamu sendiri."
Ujar Ms.Victoria yang bijak berkata.
Sepantas kilat mata Alice memandang Jasper.
"Saya memilih,Jasper,cikgu."Ujar Alice sambil merenung Jasper.
Pelajar lelaki mengeluh kecewa dengan pilihan Alice.
Jasper bangun.
Jasper mula menyediakan tangannya bagi menyerang.
Teman sekelas Alice berasa takut melihat tindakan Jasper.
Jasper mula menyerang.Dia cuba mencakar Alice menggunakan tangannya seperti haiwan.Seisi kelas termasuklah Ms.Victoria,terkejut melihat Alice yang berjaya mengelak dengan pantanya.Lebih hairan,Alice sedang tersenyum sinis.
Jasper merasa tercabar.Dia menyerang dan menyerang lagi ! Dan semuanya Alice berjaya elak.
Mereka semua bersorak kagum.
Jasper merasa lucu melihat senyuman Alice apabila mengelak serangannya.
Jasper menyerang lagi.Alice tetap berjaya elak.Dengan pantas,Jasper mencengkam kedua belah bahu Alice.Jasper memegang dagu Alice sambil memandang tepat je mata Alice.Senyuman Alice pudar.Hatinya berdebar debar bertentang mata dengan Jasper. 'Mengapa?' bisik hati Alice.
Jasper bertindak memeluk Alice supaya dapat mengunci pergerakan Alice,namun Alice tetap juga berjaya melepaskan diri.
Nak buat macam mana?Dua dua sama laju.
Tangan kiri Alice mencengkam bahu Jasper lalu mengucup pipi Jasper.Seisi kelas terkejut dengan tindakan Alice.
Alice kembali ke tempatnya manakala Jasper pula kaku.
Ms.Ms.Victoria pula tergamam.
KRINGGG !!!
Kelas berakhir.Jasper berlari mendapatkan
Alice. "Alice !"Panggilnya.Alice menoleh.
Spontan bibirnya terukir senyum manis.
"Ya,Jasper?"Soal Alice dengan manja.
Jasper menelan liur melihat senyuman Alice.
"Mengapa awak...Umm..."
Jasper terkelu.Alice ketawa mesra.
"Jumpa.awak esok Jasper."Ujar Alice lalu mengelipkan matanya ke arah Jasper.
Jasper tergamam lagi. 'Oh,hati ! Apa kau sudah tidak berfungsi ?!!'Soal hatinya.

(Petang itu)

"Pergi dari sini !" Alice terdengar jeritan garau milik seseorang yang memang dia kenal.Alice cuba mengekori arah suara tersebut.Dia ternampak Jasper dan beberapa pelajar sekolah yang dia cam.
Dia cuba mencuri dengar."Disebabkan kau tampan,kau rasa kau boleh usik Alice aku !"Jerkah seorang jejaka gagah.Jasper merenungnya dengan berani.
Alice tahu betapa hebatnya Jasper dengan ketangkasan yang dia ada.Tapi,dengan bilangan lawan yang ramai,tak mungkin Jasper menang !
Pertarungan bermula.Jasper mengelak dan berlawan dengan hebat,namun manusia tetap manusia,dia terleka.Seorang jejaka memukul bahu Jasper dengan kuat menggunankan kayu tebal yang terdapat di lorong tersebut.
"ARRGHHH !!!"Jasper mengerang kesakitan.Alice pantas bertindak.
Alice membelasah lelaki yang memukul Jasper tadi,yang lain lainnya pula sudah cabut melarikan diri.Lelaki itu sudah terkulai layu.Alice berbisik,"Kau,jangan berani usik Jasper aku dah,ada faham?"
Lelaki itu mengangguk ketakutan.Alice membenarkan dia pergi.
Alice segera berlari ke arah Jasper.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience