Chapter 21

Romance Series 4988

Tiga bulan telah berlalu. Iman dan Isha sudah membereskan hampir semua persiapan pernikahan mereka. Barang-barang hantaran juga telah lengkap. Hanya tinggal untuk digubah sahaja. Seminggu lagi mereka akan diijab kabulkan. Semakin hampir tarikh perkahwinannya, semakin berdebar jantungnya. Trauma. Perkataan itu cukup untuk menggambarkan keadaan dirinya yang teringat akan peristiwa lalu yang meragut kebahagiaan dirinya dalam satu hari. ‘Sejarah tu takkan berulang kan?’ Tak. Tak mungkin! Iman bukan Akmal! Dia takkan mengkhianati aku!’ Hatinya bermonolog sendiri. Lamunanya dibawa pergi bersama deringan telefon bimbitnya. “Assalamualaikum bakal makmum!” sapa Iman lembut memberi salam. Isha menyambut dengan tawa sebelum menjawab salam lelaki itu. “Waalaikummussalam. Nak apa ni?” soalnya pada Iman. “Amboi! Gangsternya tanya orang. Hahaha.” balas Iman mengusik Isha. “Yeke? Sori. Haha. Ada apa call pagi-pagi ni? Ada hal penting ke?” soalnya menduga. “Aah. I nak jumpa You. You free tak lepas zohor ni? Keluar jom!” Iman mengajak. Ada perkara yang ingin dibincangkan bersama wanita itu. “Okay! I come by myself.” kata Isha. “Okay! Bye You!” ucap Iman sebelum mematikan panggilan. “Bye!” jawabnya ringkas. ‘Ish! Call reti pulak bagi salam. Nak tutup ‘bye’ je?’ soal Isha dalam hati. Dia hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum.
Isha bergegas ke bawah setelah bersiap. Dia terus menghidupkan enjin keretanya dan keluar dari perkarangan rumahnya. Keluar sahaja dari pintu keretanya, kelihatan Iman melambainya dari restoran di tepi Tasik Teratai. Dia terus memesan minuman ketika melabuhkan punggung di kerusi. “So, ada apa?” soal Isha ringkas memulakan perbualan. Iman tersenyum memandang wanita itu. “Takda apa! Saja je ajak You keluar. Bosan!” jawabnya ringkas sambil mengacau minumannya. Isha mengerutkan dahinya. “Hish! Ingatkan apa tadi. Buat orang panik je!” rungutnya. Iman ketawa kecil. “Seminggu je lagi kan. I tak sabar nak sarung cincin kat jari manis You!” kata Iman sambil memandang tepat ke arah mata wanita itu. Isha cuba mengelak pandangan mata itu. Wajahnya bertukar merah. Dia tidak senang duduk. Segan. Ya. Perasaan itu yang menguasai dirinya sekarang. “Kenapa You macam avoid bila I pandang mata You?” soal Iman menduga. “Takda apa!” jawab Isha dan melemparkan pandangannya ke arah tasik di situ. Iman ketawa melihat gelagatnya. Dia tahu Isha malu jika matanya direnung begitu. Setelah dua jam berbual kosong, Isha meminta untuk pulang setelah mendapat panggilan dari ibunya. “Why?” soal Iman. “Ibu suruh beli barang untuk masak malam ni. So i got to go now! Bye!” balasnya dan terus berlalu pergi.
Majlis perkahwinan mereka akhirnya berlangsung pada tarikh yang dirancang dan segalanya berjalan dengan lancar. Dia dan Iman membantu apa yang patut pada malam itu. “Rajin pengantin baru kita ni. Jangan pergi mana-mana tau! Banyak lagi trail kat depan tu yang tak basuh lagi. Izza pergi ambik kejap eh!” kata Arizza setelah melihat Isha dan Iman membasuh periuk belanga di belakang rumah mereka. “Diamlah! Sumbat dalam periuk ni baru tahu!” Isha menggertak adiknya sambil merenjis air ditangannya ke muka Arizza. Adiknya lari ke dalam rumah dan meninggalkan mereka berdua di situ. Iman ketawa melihat gelagat mereka. “Penat la kalau macam ni! Takda orang ke nak tolong kita basuh semua ni?” rungut Isha sambil mencuci periuk yang besar itu. “I kan ada. Buat apa nak mintak tolong orang lain!” jawab Iman selamba. “Kalau macam tu, You basuh semua ni, I masuk dalam okay?” Isha mengusik suaminya. Iman memandangnya sambil tersenyum sinis. “Berani You nak tinggal I sorang kan!” ucapnya. Tangannya pantas mencalit buih sabun ke hidung Isha. Isha menjerit. Dia mengambil paip air dan menyemburnya ke arah Iman. Aktiviti membasuh bertukar menjadi pesta air antara mereka. Iman menyimbah air sabun di dalam besen ke arah Isha dan melarikan diri. Isha sempat mengelak dan mengejar Iman. Memandangkan lantai tersebut dipenuhi dengan air sabun, Isha tergelincir dan jatuh ke lantai. Iman terkejut dan berlari mendapatkan isterinya. “Sayang! You okay ke?” soalnya cemas sambil mengangkat Isha. Isha diam. Dia tidak menjawab soalan lelaki itu. Mukanya merah menahan sakit sambil memegang lutut sebelah kirinya. Kelihatan darah mengalir dari luka di lututnya. “Jangan bagitahu ibu ayah! Panggil abang Aizal je. Suruh dia bawakkan tuala.” Isha akhirnya bersuara. Dia tidak mahu dibebel ibu dan ayahnya setelah melihat keadaan mereka berdua di belakang rumahnya. “Okay! Tunggu tau!” kata Iman sambil menuju ke dapur. Dia mengintai dari tepi pintu dapur dan memanggil Aizal yang sedang duduk di meja makan. Mereka terus ke belakang rumah setelah Iman menjelaskan apa yang terjadi. “Korang berdua buat apa sampai jadi macam ni?” soalnya ingin tahu sambil menghulurkan tuala kepada mereka berdua. “Nantilah kitorang bagitahu! By the way thanks untuk kerjasama! Tolong habiskan basuh periuk ni tau! Kitorang dah penat!” kata Isha sambil membasuh lantai yang licin itu agar orang lain tidak menjadi mangsa sepertinya. Dia dan Iman berlalu masuk ke bilik mereka di tingkat atas. Tawa mereka akhirnya terburai setelah Isha mengunci pintu biliknya. Dia berguling di lantai kerana tidak dapat menahan gelak dek kerana insidennya jatuh di belakang rumahnya. “You cakap apa kat Abang Aizal?” soal Isha dalam ketawa yang masih bersisa. “I cerita kita basah kuyup je! I tak cerita yang You jatuh. Kalau tak, masak kita kat belakang tadi!” jawabnya sambil tersenyum menahan gelak. Dia menghampiri Isha dan melihat luka di lutut isterinya. “Teruk jugak ni! Safety aid kat mana?” soalnya sambil matanya melilau dia dalam bilik itu mencari kotak tersebut. Isha menunjuk ke arah almari di sebelah cermin meja soleknya. Iman pantas mengambil kotak tersebut dan mencuci luka tersebut. “Sorry! Sebab I You jadi macam ni.” kata Iman sambil membalut luka tersebut. “It’s okay! Benda nak jadi, nak buat macam mana kan!” kata Isha. “I mandi dulu ya!” katanya sambil berlalu masuk ke dalam bilik air. Iman hanya mengangguk. Iman mengambil tempat di sebelah Isha yang sudah lena atas katil. Dia memandang wajah isterinya sambil mengelus rambutnya. Perlahan-lahan dia mengucup pipi wanita itu. Dia tersenyum sendiri. Dia akhirnya terlena mendakap isterinya.
Isha kembali semula ke pejabatnya setelah seminggu bercuti. Dia menyambung semula kerja-kerjanya yang masih belum beres. “Ehem! Berseri pengantin baru ni!” ucap Nia setelah melangkah masuk ke bilik Isha. Isha tersenyum manis. “Kau dengan Zairi bila lagi?” soal Isha sambil membelek kertas kerjanya. Nia menyilang kakinya di sofa. “Aku tunggu orang masuk meminang je! Tak kisah bila-bila!” jawab Nia. “Jangan lama-lama sangat. Tak elok!” nasihatnya. Nia hanya mengangguk. Isha menghabiskan makan tengah harinya bersama Iman. “Kerja okay?” soal Iman. Isha mengangguk sambil menyuap makanan ke mulutnya. “Minggu depan I kena outstation ke Johor. Ada meeting.” jelas Iman. “Lama ke? I ikut boleh?” pinta Isha. “I bukan taknak bawak You. Kerja You macam mana? Kalau You suri rumah sepenuh masa takpalah!” Iman membalas. Isha memuncungkan bibirnya. Iman tersenyum dan menarik hidung isterinya. “I balik nanti kita honeymoon okay!” pujuknya. Senyuman kembali terukir di wajah wanita itu. Mereka menghabiskan makan tengah hari dan kembali ke pejabat masing-masing. Iman telah bertukar ke cawangan pejabatnya di Bangi kerana dekat dengan rumah mereka dan pejabat isterinya.
Saat yang diananti oleh mereka akhirnya tiba. Isha dan Iman bertolak ke Korea bagi destinasi berbulan madu mereka. Mereka memilih pakej pada bulan Disember kerana waktu itu adalah musim sejuk. Pasangan merpati dua sejoli itu berjalan di tepi tasik sambil berpelukan di pinggang. Isha menghirup udara sejuk itu sepuas-puasnya. Iman memberhentikan langkahnya dan menghadap Isha. Dia akhirnya menghadiahkan ciuman di bibir isterinya seperti drama di televisyen. Bagaimanapun, ciuman itu hanya bertahan untuk beberapa saat sebelum Isha menolaknya. “Hey! Behave sikit! Kita kat negara orang ni! Bukan kat rumah!” katanya sambil matanya melilau ke arah sekeliling tempat itu. Memerhatikan kalau-kalau ada yang perasan tindakan suaminya itu. Iman ketawa melihat gelagat isterinya. “Relakslah sayang! Ni bukan negara Islam pun! Diorang dah baisa benda-benda macam ni!” kata Iman sambil mencuit hidung isterinya. “You ni tengok je cerita Korea, tapi tak tahu benda simple macam ni!” tambahnya lagi dan berlalu meninggalkan isterinya di belakang. Isha mengejar dan menolaknya dari belakang sebelum melarikan diri. Iman mengejarnya kembali dan memeluknya dari belakang. Tawa mereka terburai di tepi tasik itu tanpa menghiraukan pengunjung lain yang turut berkunjung ke situ.
Mereka menghabiskan masa dengan minum petang di Chocolate Cafe yang terdapat di Pulau Nami tersebut. Mereka berbual tentang kerja masing-masing dan dan perancangan mereka. Ya. Perancangan untuk menimang cahaya mata. “Kalau boleh I nak You cepat-cepat pregnant! I tak sabar nak ada baby! So far You takda rasa apa-apa ke? Pening ke? Loya ke?” Iman menyoal penuh harap. Isha tersenyum manis. Dia mengusap lembut tangan suaminya. “Insyaallah. Kalau ada rezeki ada lah nanti. Lagipun awal lagi kan. Kita pun belum sampai dua bulan kahwin!” balasnya seakan memujuk. Dia tahu Iman meletakkan harapan untuk mempunyai anak secepat yang mungkin. Iman mengangguk dan menghirup perlahan kopi di hadapannya. “Esok kita naik basikal nak tak?” Isha menceriakan kembali suasana depi antara mereka. “Okay boleh! I pun dah lama tak cycling ni!” balas Iman yang seakan terlupa tentang topik yang dibincangkan sebentar tadi. Pasangan itu sempat bergambar berlatarbelakangkan tasik di Pulau Nami tersebut. Mereka pulang ke hotel setelah matahari melabuhkan tirainya.
Seperti yang dirancang, Isha dan Iman memulakan pagi mereka dengan aktiviti berbasikal. Mereka bangun awal pagi semata-mata ingin menyewa basikal di situ kerana menurut Isha, jika lewat, mereka mungkin tidak berpeluang untuk melakukan aktiviti itu kerana bilangan pengunjung yang datang ke situ setiap hari adalah tinggi. Isha mengenakan baju sejuk bewarna merah, selendang bewarna krim dan seluar jeans hitam. Begitu juga dengan Iman. Lelaki itu mengenakan baju sejuk bewarna merah, muffler bewarna krim dan seluar jeans hitam. Pengunjung yang datang ke situ tersenyum melihat gelagat pasangan suami isteri yang berkejaran dengan basikal yang ditunggang mereka. Isha dan Iman menghabiskan waktu makan tengah hari mereka di Rabukki, salah sebuah restoran makanan halal di pulau itu. “Kenapa nama restoran ni Rabukki? Bukan ddeokbukki?” soal Iman penuh hairan. “Sebab.. Ramyun campur dengan ddeokbukki! Tak percaya tengoklah kejap lagi! I pro bab-bab ni!” jawab Isha sambil mengangkat keningnya. Makanan yang dipesan mereka sampai setelah 10 minit menunggu. Mereka memesan rabukki, jjajangmyun, kimbap, dan kimchi. Iman agak teruja apabila Isha menyuap makanan tersebut ke mulutnya. “Emm! Sedapnya!” katanya sambil membulatkan mata apabila merasa rabukki tersebut. Isha tersenyum lebar. “Sedap kan? Kan best kalau dapat makan macam ni hari-hari!” balasnya sambil menghirup minumannya. Dia dan Iman berbual panjang sehingga masuk waktu zohor. “Jomlah! Dah zohor ni. Kita solat dulu, then kemas barang terus!” Iman mengajak. Mereka bangun dan meninggalkan restoran itu. Mereka balik ke hotel untuk menunaikan solat dan mengemas barang. Mereka mendaftar keluar dari hotel itu pada pukul tiga petang untuk bertolak ke Busan. Isha dan Iman bertolak dari pulau tersebut sedikit awal kerana tidak mahu kelam-kabut mengejar waktu penerbangan mereka pada pukul 6.30 petang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience