BAB 3

Short Story Completed 329

Adam berpaling ke belakang. Hidungnya bertembung hidung orang tua
berjubah putih itu. Adam terundur ke belakang. Orang tua itu maju
setapak. Adam melihat pergerakannya. Jantungnya mulai berdegup laju.
Takut menguar rasa. Orang tua itu maju lagi setapak. Langkahannya
semakin cepat namun tidak mendekati Adam. Adam menutup wajahnya.
Tangannya menggapai udara. Adam cuba menghalau orang tua itu pergi jauh.
Namun, selimutnya menutup wajah Adam yang membuatkan dirinya seperti
dihimpit.

"Aarghh" luah Adam lalu bangun. Adam meruap wajahnya lalu menghembuskan
nafas kelegaan. Tubuhnya dibaringkan perlahan-lahan sambil matanya
dipejamkan. Seketika itu, matanya dibuka memandang siling biliknya.
Kipas siling berpusing ligat menyejukkan lagi suasana bilik. Adam
menutup matanya semula. Biji matanya sakit. Kepalanya juga berasa
pening. Adam cuba menenteramkan diri.

Dari jauh, sayup-sayup suara orang tua gila itu kedengaran. Semakin
lama semakin hampir. Laungan merdeka itu tetap segar di bibirnya.

"Merdeka" Semangat dan lantang suaranya. Namun tidak bagi Adam yang
masih ingin dibuai keenakan tidur. Hatinya panas menggelagak. Adam turun
dari katil lalu menyubuk dari jendelanya.

"Awasss" Kata Adam bersendirian. Bibirnya diketap. Matanya memandang
seluruh biliknya. Dia teringat lastik yang baru sahaja dia buat. Adam
cuba mengingat-ingat di mana letaknya sambil menyelongkar laci-laci di
meja belajar. Setelah dapat, Adam keluar dari bilik menuju ke dapur.
Pintu dapur dikuak dengan kasar. Gelojoh gelagatnya dengan langkahan
besar-besar. Adam menundukkan diri sambil tangannya mencapai batu kecil.
Mulutnya diketap rapat-rapat. Tangannya menarik lastik dan batu disisip
pada pemegang dengan cermat mengarah mangsanya.

Tong! Bunyi batu mengena kontena sampah. Adam mengeluh kasar. Kakinya
menendang tanah. Geram bertamu. Adam mengubah posisinya. Tangannya mula
menarik lastik.

"Assalamualaikum" Suara orang tua memberi salam. Adam terkejut sehingga
terlompat. Batu yang dipegang terlepas.

"Apakah erti merdeka bagimu?" Tanyanya tiba-tiba. Adam terpinga-pinga.
Nafasnya tidak keruan. Adam merasakan seperti mengalami keadaan ini. Di
hadapannya kini berdiri seorang tua yang berjubah putih. Wajahnya tenang
dan lembut. Adam memegang kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience