Bab 3

Romance Completed 13383

Bab 3

Aliana cuba berlagak biasa tetapi didalam hatinya hanya tuhan saja yang tahu bertapa pedih dan kalau boleh mahu saja menangis sekarang untuk memberitahu pada Lim yang dia sebenarnya amat menyintai dan menyanyangi Lim tetapi mengapa Lim tidak pernah memahami perasaannya.

“Lim pun akan berbincang dengan papa dan mama malam nanti.Lagipun Lim rasa mereka tidak menghalang perhubungan kita.Liana pun tahukan yang mama amat sayang kan Liana.Dia pernah beritahu pada Lim kalau Lim ingin berkahwin dengan wanita melayu,Lianalah pilihan utama mama.Em…. Liana dah makan?Kalau belum lagi apa kata kita pergi ke restoran dihujung sana.Lagipun dah lama kita tak makan bersama di restoran tu.Lim selalu juga bawa Susanti makan disitu.Dia pun suka makan kat sana. Makanannya sedap.”Lim begitu ghairah menceritakan suasana ketika dia makan bersama Susanti.Tanpa dia sedari,Aliana makan hati dengan mendengar cerita dari Lim. Kenapa dia tidak sudah-sudah menyebut nama perempuan itu?Tidak tahukah yang hati aku amat pedih mendengar nama itu keluar dari mulutnya.Bagaimana nasib aku nanti apabila kami sudah berkahwin?Betahkah aku mendengar nama perempuan lain yang keluar dari mulut suami ku sendiri.Getus didalam hatinya.Lamunannya terhenti apabila dikejutkan oleh Lim.

“La ….. kita sedang seronok bercerita,dia boleh mengelamun pula.Ni kenapa?Liana tak suka Lim bercerita pasal Susanti ke?”Aliana hanya menggelengkan kepala sahaja.Kenapa le kau boleh tanya soalan yang begitu bodoh dipendengaran aku.Tentu sekali aku tidak suka.Lelaki yang aku akan kahwin asyik bercerita pasal perempuan lain.Oh tuhan kau tabahkanlah hati hambamu ini untuk menghadapi hari-hari yang mendatang yang akan mencabar kesabaran aku.Aliana merungut didalam hati.

“Kalau tak ada apa-apa yang nak diperbincangkan,Liana nak minta diri dulu.Selepas ini Liana ada urusan lain pula.Oh….ya sebelum Liana terlupa.Bila Lim nak pergi Pejabat Agama Islam untuk mendaftar.?” Lim tercangak-cangak dan tidak tahu bila tarikh yang sesuai.Dia harus meminta pandangan dari Aliana.

“Entah.Lim pun tak tahu lagi.Lagipun nama yang sesuai pun Lim belum cari lagi.Boleh tak Liana tolong pilih nama yang sesuai untu Lim?”Tanpa banyak bicara ,Aliana bersetuju mencari nama yang sesuai dan berjanji akan memberitahu tak lama lagi dan meneman Lim pergi ke Pejabat Agama Islam.Aliana terus berlalu meninggalkan Lim seorang diri.Lim hanya mampu melihat Aliana berlalu pergi sehingga hilang dari penglihatannya.Maafkan aku Liana.Aku terpaksa lakukan semua ini kerana aku terlalu mencintai Susanti.Aku tahu kau adalah pilihan terbaik untuk aku tapi kau jangan risau aku akan pastikan hidup kau tidak sia-sia.Walau apa pun yang terjadi,Hidup kau akan terjamin.Lim berkata didalam hatinya.Tiba-tiba lamunannya terhenti dikejutkan dengan deringan telefon.Dia melihat di skrin tertera nama Susanti.Hatinya kembali berbunga.Hilang sudah rasa bersalahnya pada Aliana.Dia menjawab panggilan itu dan terus berlalu dari situ.Tanpa dia sedari segala gerak-gerinya sedang di perhati oleh seseorang.Aliana yang berada didalam keretanya hanya memerhati Lim dari jauh. Dia dapat melihat wajah Lim yang begitu ceria sedang berbual-bual dengan seseorang melalui telefon.Dia tahu panggilan itu pasti dari Susanti,perempuan yang tergila-gila oleh Lim.Hatinya bertambah perit dan sedih.Dia menangis semahu-mahunya didalam kereta sambil dia membuka radio.Ketika itu juruhebah sedang memutarkan sebuah lagu dari kumpulan Spring yang bertajuk “Kita diTakdir Jatuh Cinta”.Setelah hati dan perasaannya terasa lapang,dia memandu kereta untuk pulang kerumah.

Tiba saja dirumah,dia terus mengurung dirinya didalam bilik. Hafizah yang melihat Aliana ,terus saja dia mendapatkan kawannya untuk mengetahui cerita disebalik pertemuan itu.Dia terus mengetuk pintu bilik kawannya itu.Aliana yang mendengar panggilan dan ketukkan pintu cuma mendiamkan diri.Kalau boleh dia tidak mahu diganggu buat masa itu tetapi akhirnya dia mengalah jua dengan pujukkan dari Hafizah.

“Kenapa dengan kau ni?Lim masih sakitkan hati kau lagi ke?Cuba kau cerita pada aku,macam mana pertemuan kau dengan Lim.Bila majlis korang diadakan? Mak dan ayah kau dah tahu ke? Cerita le cepat.” Aliana tersenyum melihat ketidak sabaran kawannya itu.

“Eh….mana satu aku perlu jawab ni ?Macam peluru berpandu sampai aku tak boleh nak tepis.’’Mereka ketawa bersama-sama.Hafizah berasa malu dengan perangainya yang tidak sabar ingin mengetahui cerita itu.

‘’Macam ni.Tadi masa Liana jumpa Lim,Liana bagitahu apa yang patut dia buat dan Liana dah beritahu yang Liana terima lamaran dia.Malam ni Liana akan beritahu mak dan ayah dan Lim pun akan beritahu mama dan papanya.Lepas tu aku akan cari nama baru untuk dia dan teman dia ke Pejabat Agama Islam.Kau ada cadangan untuk nama yang sesuai untuk dia ?’ Aliana menerangkan satu – persatu pada Hafizah supaya kawannya itu faham tetapi Hafizah seperti tidak berpuas hati dengan keputusan yang Aliana putuskan.

“Kau tak letak syarat untuk dia ke ?Kau kena fikirkan masa depan kau juga.Jangan terlalu pentingkan kepentingan orang lain sehingga perasaan kau sendiri terguris.Kau yakin akan hidup bahagia dengan cara macam ni?Aku tak berapa yakin yang kau akan bahagia.”Aliana merenung Hafizah begitu lama.Dia tahu kawannya itu terlalu mengambil berat tentang dirinya.Tapi dia sudah membuat keputusan dan apa-apa yang terjadi dimasa depan akan dia tempuhi dengan sabar dan tabah.Bagi menjawab persoalan kawannya itu,dia cuma menganggukkan kepala sahaja.Hafizah hanya menggelengkan kepala.Dia tidak menyangka yang Aliana sanggup mengambil risiko asalkan dia dapat membahagiakan lelaki yang dicintai walaupun hatinya akan terluka.

‘’ Untuk nama yang sesuai tu,aku rasa kau patut bagi nama Taufiq Hidayat. Semoga dia dapat hidayah dan tak akan menduakan kau,menyakitkan kau dan dapat menyanyangi kau sehingga akhir hayat.Aku sebagai kawan baik kau akan sentiasa mendoakan kebahagiaan.’’ Aliana berasa terharu akan sikap ambil berat kawannya itu.Dia tidak akan melupakan Hafizah sepanjang hidupnya.Mereka berpelukkan dan Aliana mengucapkan ribuan terima kasih kerana Hafizah sanggup mengambil berat tentang dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience