Bab 19

Romance Series 114022

Selepas sahaja aku ceritakan semuanya pada mama malam tadi, mama terus masuk bilik. Aku tak pasti samada mama marah atau apa. Pakcik hanya menepuk bahu aku dan kemudian turut bangun dan beredar dari ruang tamu mengikut mama masuk ke bilik.

Pagi ni aku harap ada perkhabaran yang baik dari mama. Kalau mama tak setuju macam mana? Memanglah aku boleh saja teruskan pernikahan tu tapi pasti mama terluka.

Hm.. Jam dah pukul dua pagi, mata tak menunjukkan mahu tidur. Agaknya macam mana dengan kaki Afya, dah sembuh ke? Sebab kalau ikutkan Amy, dia dan Afya dah selesai hadir kursus kahwin hari tu.

Mengingatkan telatah Afya membuatkan Aniq senyum seorang diri. Mana la datang idea kunyit dia tu. Tergeleng Aniq jadinya. Itulah banyak sangat join group bawang jadi macam tu la. Afya.. Afya..

Tenenet tenenet tenenet..
Bunyi alarm telefon

Dah pagi rupanya. Aniq sendiri tidak sedar jam berapa matanya terlelap. Aniq bangun mengambil tuala dan ke bilik air untuk membersihkan diri. Setelah itu baju melayu dan kain pelekat dipakai. Sebaik keluar dari bilik, Aniq lihat Pakcik dan Syam sudah berada di ruang tamu menunggunya untuk ke masjid. Semalam lagi Aniq ada maklumkan mahu solat subuh di masjid pada Pakcik. Begitulah kebiasaannya jika Aniq pulang ke kampung. Salah satu cara untuk beramah mesra dengan penduduk kampung.

Masjid dekat sahaja dari rumah, berjalan kaki dalam 10 minit dah boleh sampai. Aniq diam sahaja sepanjang perjalan ke masjid hanya Syam berbual bersama Pakcik.

"Hai Qib, senyap je.. Masih fikir pasal malam tadi ke?" soal Pakcik sambil menoleh aku yang berjalan disebelah kanannya manakala Syam disebelah kirinya.

Aku hanya tersenyum pada Pakcik.

"Tak payah la fikir sangat. Solat nanti minta pada Allah supaya mama dapat terima keputusan Qib dengan hati yang terbuka. In sha Allah.. Qib nak buat perkara yang baik." ucap Pakcik lalu menggosok perlahan bahu anak tirinya itu.

Aniq hanya menggangguk dan dia juga berharap apa yang dikatakan Pakcik menjadi kenyataan.

Lama juga berbual dengan orang kampung di masjid tadi sehingga tidak sedar jam sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Setelah minta diri, aku bersama Pakcik dan Syam pulang ke rumah.

Apabila masuk ke dalam rumah bau harum nasi lemak memenuhi ruang makan. Mama masak nasi lemak, favorate aku ni. Hm.. Macam ada tanda-tanda perkara baik je. Harap-haraplah hendaknya. Uih.. Sambal sotong pun ada.

Songkok diletakkan di atas meja kabinet dan aku menuju ke sinki untuk membasuh tangan. Pakcik dan Syam sudah bersedia di meja makan. Aku kemudian menarik kerusi dan duduk sambil menghidu bau wangi nasi lemak yang dimasak dengan daun pandan. Tak tahan ni.

"Makanlah, tunggu apa lagi. Sejuk tak sedap nanti" ucap mama sambil membawa teko air kopi dan lansung duduk di sebelah kanan Pakcik. Doa makan dibaca dan tanpa menunggu, nasi lemak disuap. Sedapnya lahai.. Itulah untungnya tinggal di kampung macam ni, semuanya segar. Nak santan, kelapa tepi rumah, daun pandan, daun kari, serai, daun kunyit. Erk kunyit.. Cit!

"Qib, nanti lepas makan teman mama ke bandar" ucap mama sambil menyuap nasi lemak.

"Mama nak beli apa?" soal aku pelik. Barang basah biasanya mama akan ke pasar lepas subuh dan barang kering pula memang tiap-tiap bulan akan dihantar dari pasaraya dekat rumah ni.

"Beli cincin" selamba mama jawab. Pakcik di sebelah mama dah tersenyum-senyum yang Syam pulak tunjuk tumb up. Dah kenapa diaorang ni.

"Adoi.. La anak oi. Mama nak beli cincin untuk bakal isteri Qib la, takkan cincin untuk mama pulak. Dah tua-tua ni tak payah nak pakai banyak-banyak cincin. Yang dah ada pun tak cukup jari nak pakai". Apa yang lambat sangat anak aku ni..

"Ooh.." ucap Aniq, terus merah padam wajahnya.

"Boleh, lepas makan kita pergi bandar." nasib baik ada bawa cincin milik Afya. Awal-awal lagi dah minta dari Amy. Harap-harap la Afya tak perasan cincinya hilang.

"Suka la tu. Tahniah bro" ucap Syam.

Fuh! Lega. Selesai satu masalah.

"Tapi Qib, mama nak juga buat kenduri sikit kat rumah kita ni, nanti apa pulak orang kampung cakap kahwin tak ada kenduri. Makan-makan pun tak apa janji orang kampung tau" ucap mama penuh berharap.

"In sha Allah mama. Nanti kita buat" balas Aniq sambil tersenyum.

Selepas makan, aku dan mama pergi ke bandar mencari cincin manakala Syam pula mengikut Pakcik ke kebun. Nak ambil kepala muda untuk dibawa balik. Macam tu lah tiap kali balik kampung. Mesti ada sahaja bekalan yang diberi. Belum masuk buah-buah kampung lagi. Kadang-kadang tu naik penuh kereta dengan buah kampung, sayur dan ulam-ulaman. Yang suka anggota team la dapat merasa buah, ulam dan sayuran segar dari kampung.

****

Huh.. Lenguh kaki ikut orang perempuan shopping. Lebih rela keluar operasi sehari suntuk dari ikut kaum ni shopping. Mulanya nak beli cincin sahaja tapi dah jadi beli barang hantaran sekali. Kata mama aku ni bukan tentu masa dapat balik. Jadi alang-alang dah keluar bandar, beli terus. Nasib kau la labu.. Tersandar aku pada kerusi rotan di beranda rumah. Angin sepoi-sepoi bahasa pulak, silap hari bulan boleh lena kat sini nanti.

"Aniq ooo.. Aniq, nak air kelapa tak" panggil Syam dari bawah.

Air kelapa, sesuai sangat cuaca panas-panas macam ni.

"Boleh jugak, jap aku turun" ucap Aniq lalu turun ke laman rumah. Ada parkin Pakcik buatkan di bawah pokok mangga di tepi rumah. Selalu petang-petang kat situ la tempat minum petang. Bestnya duduk kat kampung ni. Tak nak balik jap lagi boleh tak.

"Nah, sedap minum waktu camni. Eh, banyak aku tengok paper bag dengan plastik bag. Kau shopping apa, bukan pagi tadi kata nak beli cincin je ke?" soal Syam sambil membelah kelapa untuk mengambil isi kelapa muda.

"Itu lah.. Mula-mula memang nak beli cincin je tapi last-last beli sekali barang hantaran. Layan je la.. Aku pun susah nak balik selalu lagi pun masa dah suntuk. Lega juga aku mama setuju." ucap Aniq sambil menyedup air kelapa.

"Petang ni lepas asar kita geraklah. Lambat-lambat nanti gelap pulak" tambah Aniq.

"Semua barang dah ambil. Ada yang tinggal tak. Nak patah balik jauh ni." tanya mama pada aku dan Syam yang sedang menyimpan barang dalam kereta.

"Rasanya tak ada apa yang tinggal. Kita orang balik dulu mama, Pakcik" ucap aku lalu bersalam dengan mama. Badanku dipeluk dan belakang aku diusap perlahan. Kemudian aku beralih pada Pakcik.

"Balik dulu. Assalamualaikum" ucap aku serentak dengan Syam. Semoga selamat sampai ke destinasi dengan selamat.

Disebabkan sampai rumah lewat, Syam tumpang bermalam di rumah aku. Esoknya aku bersama Syam pergi ke pejabat dan bawa bersama buah tangan dari kampung. Apa lagi suka la budak-budak pejabat tu. Ada rambutan, manggis dengan langsat.

Petang tu aku singgah ke rumah arwah Uncle Syed, aku serah buah tangan pada Amy dan juga pulangkan kembali cincin Afya. Dah aku beritahu bahawa keluarga dari pihak aku tak ada masalah dan in sha Allah semuanya baik.

"Afya mana?" soal Aniq.

"Ada kat bilik. Abang Aniq tak nak masuk dulu ke?" soal Amy.

"Eh, tak apa lah dah lewat petang ni. Abang balik dulu. Nanti bagitau kakak ye esok abang datang jam 11.00 pagi, nak bawa pergi butik untuk fitting baju. Mak Long dah banyak kali call abang bagitau. Dia takut lupa" terang aku.

"Oh boleh. Nanti Amy bagitau"

"Kalau macam tu abang balik dulu, assalamualaikum"

Sedang Amy menutup dan mengunci pintu. Yus datang dari arah belakang.

"Sapa tu" soal Yus.

"Abang Aniq, ni dia bagi buah tangan. Abang Aniq balik kampung sabtu dengan ahad hari tu. Macam best je ni, ada rambutan gading. Sedap ni" ucap Amy sambil menunjukkan isi kandungan plastik pada Yus lalu berjalan ke dapur.

"Lupa pulak lagi satu. Esok abang Aniq datang pukul 11.00 pagi nak bawa akak pergi butik, fitting baju. Mak Long dah banyak kali ingatkan takut lupa." pesan Amy.

"Ye lah. Tu nak bawa plastik buah gi mana?" soal Yus.

"Lah.. Ingat tak nak. Kalau tak nak, orang nak simpan la" Amy tidak jadi menyimpannya di rak dapur sebaliknya kembali pada Yus dengan membawa mangkuk plastik untuk letak kulit.

"Kak, kau okey ke. Tak sampai dua minggu kau nak kahwin. Tapi orang rasa apa yang arwah abah buat memang sesuai." ucap Amy lalu duduk di kerusi berhadapan dengan Yus.

"Kenapa kau cakap macam tu pulak" soal Yus pelik.

"Orang rasa akak mesti tak tau pasal arwah abah dapat ugutan bunuhkan? Dalam surat ugutan tu pulak ada gambar kau sekali kak. Perkara ni hanya orang, arwah abah dan arwah along je tau" terang Amy.

"Kau biar betul. Kenapa akak tak tau pasal ni?"

"Bukan tak nak bagitau tapi bimbang akak takut. Orang rasa arwah abah dah boleh rasa umur dia tak panjang, tu sebab dia wasiatkan kau kahwin dengan abang Aniq." ucap Amy.

Baru aku tahu ini sebab Aniq setuju kahwin dengan aku.

"Maknanya kalau penjahat tu dah dapat tangkap, akak akan diceraikan ke?" walaupun belum menjadi isteri pada Aniq, sakit dan senak rasa hati bila tau bakal diceraikan. Hilang selera nak makan buah ni.

"Yang tu orang tak tau la kak. Kau nak ke cerai dengan abang Aniq?" soal Amy pulak.

"Akak tak tau la Amy. Kalau dah penjahat tu ditangkap, buat apa Aniq nak teruskan perkahwinan ni. Alasan utama dia kahwin dengan akak hanya untuk pastikan keselamatan akak kan." sayu pulak rasa hati.

"Kak, kau suka abang Aniq?" soal Amy

Merah muka Yus dengan soalan Amy.

"Kalau akak suka pun tak de makna. Dia hanya jalankan tanggungjawab dia pada akak. Itu saja." balas aku sambil menunduk memandang buah di tangan.

"Kau pasti ke abang Aniq kahwin sebab wasiat arwah abah je?" soal Amy lagi.

"Maksud Amy? Tak faham la"

"Kak, orang lelaki dan abang Aniq pun lelaki.."

"Kau jangan cakap kau suka kat Aniq pulak!" potong Yus.

"Choi! Apa kau ni kak. Ingat orang kunyit? Bukan la. Maksud orang, orang tau abang Aniq pun sukakan akak, ada rasa pada akak. Dari pandangan dia pun orang tau" terang Amy.

Pandangan? Haah ye lah. Pandangan ye. Pandangan yang tak de rasa. Muka ketat, keras macam tu apa yang dia tau rasa. Tak faham aku la.

"Kak. Kalau kau sayang dia dan tak nak rumahtangga korang putus tengah jalan. Kenapa kau tak buat supaya abang Aniq jatuh cinta kat akak. Akak cantik apa, body pun lawa, kulit putih mulus cuma tang mulut tu la kena pasang filter lebih" kih kih kih Amy ketawa.

'Pap' aku tepuk dahi Amy. Ambil kau. Main-main kan. Sesedap rasa mengata aku.

"Sakit la kak. Kau ni. Kalau macam ni, tangan pun kena pasang filter." marah Amy

"Ni orang serius. Dah kahwin nanti akak cuba la buat abang Aniq jatuh cinta. Ala.. Dah kahwin nanti pandai-pandai la. Tak kan abang Aniq dah tolak akak. Untung sebenarnya kau ni kak. Abang Aniq dah berpengalaman." ucap Amy dan dengan pantas dia lari meninggalkan aku di dapur.

Berpengalaman? Pengalaman apa? Huh..! Otak kuning punya adik. Tau la Aniq tu duda. Kurang asam keping betul.

Tapi aku suka Aniq ke? Aku letak tangan pada dada sambil sebut namanya dan bayangkan mukanya, dagunya yang terbelah, dadanya yang bidang.. Oit! Apa yang kau merapu ni. Yus yus.. Layan lagi otak tak betul si Amy lagikan. Dengan kau-kau pun jadi bengong cam dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience