Burung merpati membawa kertas kecil di celah kaki, hinggap di bahagian bahu Felisa. Felisa mengambil surat itu, membacanya dengan berhati-hati;
“Aku Susanna. Inilah aku.. telah datang, membawa khabar buruk, bencana akan terjadi,”baca Felisa, menyedari bidadari itu telah turun ke bumi.
Felisa menghembus nafas. Lalu meminta Roland menyediakan pistol berisi peluru bertimbun di perut pistol, serta stok peluru dalam poket seluar. Roses tidak tahu apa-apa menggunakan sebarang senjata, hanya berbekalkan ilmu pertahanan diri semasa di sekolah rendah. Ronaldon pula memang pernah mengikuti ujian senapang ketika umurnya 15 tahun, oleh itu Felisa yakin mereka boleh mengalahkan kumpulan manusia yang mencuri tongkat itu.
Setibanya di suatu ruangan hutan tebal, Felisa membawa mereka bertiga bersembunyi di semak samun, dengan dua lelaki memberitahu teman mereka yang ada penceroboh di dalam gua. Itu bermaksud mereka tahu Felisa sudah selamat.
Namun tiba-tiba, awan hitam muncul kembali dan seorang lelaki kecil badannya memegang tongkat bercahaya terang berdiri di tengah keramaian orang-orang itu, lalu suatu susuk tubuh yang seperti roh seseorang diangkat ke dalam pusaran awan hitam.
“Dia mengambil jiwa manusia!”kata Felisa, lalu roh Roland, Ronaldon dan Roses diambil dan mereka bertiga rebah ke lantai.
Felisa panik dan mengharapkan cincin emasnya berbuat sesuatu. Jiwa yang diambil akan dikuasai dan disimpan dalam tongkat itu, memberi kekuatan kepada pemilik tongkat yang mengucap jampi.
Kemudian, ada sesuatu berlaku pada cincin emas Felisa. Seperti ada salji berdebu pada cincin itu dan Felisa mendapati sayapnya muncul di belakangnya dan dia menerbangkan diri masuk ke dalam pusaran awan itu. Segalanya berlaku begitu cepat, awan itu meletup!
Felisa terasa seperti berada di angan-angan. Tubuhnya menjadi debu, tetapi bercantum kembali, dengan cincin emasnya menjadi pilihan terakhir menyelamatkan jiwa manusia lainnya. Cincin itu memperlihatkan suatu bidadari kecil mengelilingi semua roh manusia yang dibawa oleh tongkat itu dan Felisa hampir pitam,, lalu jatuh ke dalam laut dalam.
Segalanya gelap dan tiada sesiapa tahu mengenai nasib Felisa.
………..
Apabila mata Felisa dibuka, dia melihat langit biru, tanpa awan hitam lagi. Segalanya cerah dan dia menoleh ke sekelilingnya. Dia jelas sekali berada di sebuah sampan dikendalikan oleh seorang lelaki tampan, iaitu seorang nelayan kampungan.
“Saya..di mana?”Kata Felisa.
“Kamu selamat, saya nampak kamu tidak sedarkan diri memasuki laut pagi tadi,”Kata lelaki bernama Jerico itu.
“Ohh,”kata Felisa melihat belakangnya. Sayapnya sudah tiada dan cincin emas pun sudah tiada di jemarinya. Tak mungkin! Bentak Felisa.
“Saya… hilang kuasakah?”Kata Felisa mengejutkan Jerico.
“Hei dengar ni.. saya tak tahu kamu siapa. Tapi kamu selamat, seperti kamu baru saja terjatuh dari helikopter.. ada orang jahatkah yang menghumban kamu ke laut?”
“Hmm ..yaa..”Felisa terpaksa berbohong begitu agar tidak membuatkan Jerico tidak selesa dengannya memandangkan dia seorang bidadari yang sesat!
“Mari ke rumah keluarga saya,”Kata Jerico tersenyum sambil melihat besen berisi ikan dan udang serta ketam untuk dijualnya di pasar malam. Bolehlah sekadar mengaut pendapatan sederhana.
Sesampainya di tepi pantai, Felisa cuba menumpukan perhatian ke arah badannya, dia tidak terasa berkuasa lagi. Jiwanya pecah seperti cermin retak dan aura bidadari seperti sayapnya telah hilang!
“Wahai raja kayangan, apakah telah berlaku?”Kata Felisa, lalu Jerico, mendekati Felisa.
“Apapun..saya Jerico Gonzales, kamu?”
“Hmm.. Felisa,”
“Mari ikut saya,”Jerico membawa Felisa pergi ke sebuah rumah kayu kecil dan hidup keluarga bahagia di sana, iaitu adik dan ibu Jerico.
“Hai abang,”Kata Mimie, adik Jerico.
“Wow teman wanita kamukah?”Kata Mimie lagi, mengejutkan Jerico.
“Hei tak.. saya jumpa Felisa hampir lemas di dalam laut,”Kata Jerico, membawa Felisa masuk ke dalam ruang tamu.
Datanglah Liana, ibu Jerico dan Mimie, mengalu-alukan kedatangan Felisa.
“Ini teman wanita kamu?”Kata Liana, membuatkan Jerico ketawa lagi
“Hei tak mungkin saya baru melawat laut dan dapat teman wanita dengan senangnya,”Kata Jerico bergurau menyebabkan Liana dan Mimie ketawa kecil.
“Hai saya Felisa,”Felisa tersenyum dan Mimie mengambil gaunnya untuk dipinjamkan kepada Felisa kerana pakaian Felisa sudah basah dan kotor kerana melekat rumpai laut di hujung lengan gaun.
“Kamu nak tinggal sini sementara waktu? Kamu dari mana?”Kata Liana.
“Hmm saya dari Shooting Star,”
“Ehh jauh tu,”Kata Liana.
“Kamu dah kahwinkah?”kata ibu Jerico lagi membuatkan Jerico berpipi merah.
“Kahwin tu apa?”Kata Felisa masih belajar mengenai kehidupan manusia.
“Hmmm penyatuan antara dua manusia yang saling mencintai antara satu sama lain,”Kata Liana mengusik Jerico yang bermuka merah.
“Apa-apalah ibu ni, biar Felisa rehat dulu.. biarkan dia di sini buat beberapa hari,”Kata Jerico, mengeluh sedikit.
“Okey,”Kata Liana, lalu Felisa dibawa Mimie masuk ke bilik bagi menukar gaunnya.
Setelah menukar pakaian gaun, Felisa keluar dari bilik, mempesonakan Jerico. Bagai melihat seorang puteri paling cantik di bumi itu, namun Felisa tahu ada sesuatu terjadi bagi dia jatuh cinta dengan lelaki seperti Jerico, ditambah lagi dia harus pulang ke kayangan!
………..
Felisa tinggal di rumah Jerico buat dua hari dan Felisa merasakan dia kehilangan hala tuju. Tanpa cincin emasnya, tiada kuasa mampu membawanya kembali. Itu ialah senjata penting dalam hidup bidadari, betulkah begitu? Apa yang pasti Felisa ketakutan dan bingung bagaimana hendak kembali ke kayangan dan memikirkan caranya untuk menemui Susanna yang tentu menantinya di bumi itu.
Masa untuk Susanna ada seminggu di bumi bagi mendapatkan tongkat itu dan Felisa tahu, ada sesuatu terjadi sebelum ini.
Ketika dia berada di langit semasa awan mendung berputar dulu, tongkat berkenaan sudah tewas dan menjadi debu. Dia dapat rasakan misinya telah lesap ditelan kuasa cincin emasnya sendiri. Betulkah begitu?
Tiba-tiba, Felisa memerhatikan seekor burung merpati hinggap di taman halaman rumah dan dia keluar mendapatkan burung yang jinak itu.
Ada sekeping surat di sana, lalu merpati itu menjadi seseorang yang Felisa amat kenali.
“Susanna!”kata Felisa.
“Shuuu! Saya tak akan lama di sini,”Kata Susanna, setelah menjelmakan dirinya.
“Tongkat tu sudah musnah,”Kata Susanna dan Felisa tahu kenapa hal itu terjadi.
“Saya minta maaf, ini salah saya,”Kata Felisa.
“Mana cincin kamu?”kata Susanna memerhatikan jemari Felisa yang kosong dan sepatutnya, bidadari dapat melihat sayap halimunan bidadari lain, tetapi bagi Susanna, tiada sayap ditemui olehnya apabila melihat belakang Felisa!
“Kamu akan kekal di sini, kamu kehilangan cincin itu semasa menghentikan rencana jahat manusia,”Kata Susanna.
Mulailah Felisa menangis teresak-esak dan Susanna memberikan Felisa akan seutas rantai.
“Ini adalah sebagai perlindungan kamu. Guna ketika kecemasan,”Kata Susanna meletakkan rantai itu di tangan kanan Felisa. Lalu, Susanna menjadi burung lagi dan hilang dari pandangan Felisa di langit biru.
Felisa masuk ke dalam rumah itu dan mendapati Jerico mengintai dari jendela.
“Apaa…..berlaku? saya nampak ada seorang wanita muncul dari bentuk burung!”kata Jerico terkejut besar. Felisa ragu-ragu memberitahu hal sebenar tetapi dia harus berterus terang apalagi Jerico dan dia sudah mulai membina jalinan persahabatan.
“Saya..bidadari yang sesat,”
Share this novel