Bab24:Culik

Romance Completed 204114

Selesai urusannya di dalam tandas,Hazel mencuci tangannya di singki.Terasa sedikit sunyi suasana di dalam tandas kerana cleaner sedang melakukan pembersihan jadi mereka tidak membenarkan pengguna untuk masuk.Hatinya terjentik rasa aneh bila pakaian cleaner sama dengan warna pakaiannya head to toe kecuali mereka memakai mask.Namun dia hanya mengendahkannya sahaja.

Langkahnya dibawa perlahan risau terpijak lantai yang masih basah.Tiba-tiba tangannya di tarik kuat ke belakang dan tubuhnya dipeluk oleh seorang yang berhoodie juga memakai mask.Hazel panik dan mula mahu menjerit namun tangan gagah itu laju menutup bahagian mulut dan hidungnya dengan kain.Bau chemical yang kuat menyesakkan nafasnya,lama kelamaan rontaannya juga terasa lemah dan kakinya melembik. Hazel sudah tidak tahu apa yang terjadi padanya lagi.

Wajah Hazel disarungkan topeng getah yang menyerupai seorang wanita tua..Jika sekali imbas sememangnya orang tidak tahu itu satu penyamaran.Tiba-tiba datang satu team perubatan bersama dengan kerusi roda untuk membawa nenek yang pengsan di dalam tandas.

Anak buah Que yang berlegar-legar di beberapa kawasan bergegas ke kawasan tandas untuk memeriksa keadaan yang sedikit kecoh.Yakin tidak melibatkan Puan Mudanya mereka segera beredar untuk berkawal di point masing-masing.

*******************

"What the fuckkkkkkk !"

Tengku Que Iskandar menghempas kuat tangannya bila melihat paparan CCTV di keseluruhan shopping mall Pavilion.Kemarahannya bagaikan bom jangka yang mahu meletus.Mata kehijauannya memerah kerana amarah.Anak-anak buahnya yang bertanggungjawab menjaga pergerakan isterinya sudah bergelimpangan dengan pelbagai jenis kecederaan.Entah masih bernyawa atau sudah tertewas .

"Alex hubungi Noah untuk mengesan lokasi Puan Muda secepatnya sebelum musuh dapat mengesan cip pengesan!"

Nasibnya baik dia sempat mengarahkan Eric memasukkan cip pengesan semasa Hazel cedera di kakinya dulu.Dia tahu dengan jelas siapa pelakunya dan tak sangka lelaki itu tertindak secepat ini.Que mengetap kuat rahangnya bila memikirkan keadaan Hazel yang sedang mengandung dan keselamatan mereka.Matanya terpejam rapat memohon keselamatan isterinya dan little one hazelnut.

"Alex sediakan senjata dan pengikut seramai yang mungkin..Kita akan menyerang sebelum mereka bersedia untuk menangkis serangan".

Tengku Que Iskandar mula bergerak ke ruang peribadinya dan mencapai 3 pucuk pistol Glock 17 dan disematkan ke celah suit kalis pelurunya sebelum turun ke ruang lobi syarikat bila pengikut-pengikutnya sudah berkumpul di bawah.Bagaikan ada perarakan kematian non-muslim bila mereka bergerak dengan kereta serba hitam yang memenuhi jalan dengan pecutan kelajuan yang melebihi had menuju ke arah sasaran yang sudah berjaya di kesan Noah.

*****************

Hazel terpisat-pisat membuka matanya yang silau dengan simbahan cahaya yang sangat terang.Tapak kakinya yang terasa pedih dibelek-belek melihat kesan torehan kecil yang sudah bertampal.Tangannya naik memegang perutnya bila menyedari apa yang terjadi kepadanya.Matanya tajam melihat ke sekeliling.

"Klackk"....

Bunyi pintu menyebabkan Hazel panik dan terus berdiri di ceruk penjuru.Matanya tertunak memandang figura yang berdiri di hadapannya yang seperti pernah dia lihat.Lelaki yang berdiri di luar rumah agam yang di sangkakan suaminya Tengku Que Iskandar.

"Siapa kau hah?....Kenapa culik aku?"..Hazel menjerit kuat bila lelaki itu mula melangkah ke arah nya.

"Calm down sayang!...Abang Carl lah!"...Carl Zafran membuka mask di mukanya.

"Dengggg"....

Suara dan wajah yang dia sangat kenali terpampang didepannya menyebabkan Hazel kelu tak bersuara.Dia sangat terkejut.Wajah lelaki itu sudah bebas dengan mask.Lelaki itu semakin mendekat bila Hazel kaku berdiri melihat ke arahnya.Mata cantik Hazel sudah penuh dengan airmata,air jernih laju gugur ke pipinya

"Ke...kena...kenapa Abang Carl?"....Bergetar bibir Hazel.

Sentuhan di pipinya ditepis kasar namun lelaki itu tidak berputus asa,masih ingin menyentuh wajah kesayangannya.Hazel menepis dan menolak setiap sentuhannya menyebabkan Carl Zafran bengang dan menarik Hazel ke dalam pelukannya.Lelaki itu naik gila ingin mencumbu wajah Hazel namun tangan Hazel kuat melawannya sehingga Hazel kelelahan.Tekaknya terasa kering dan Hazel batuk tiba-tiba sehingga dia terasa mual.

Carl Zafran masih ingin mencumbu wajah Hazel tanpa mempedulikan keadaan Hazel yang sedang menahan muntah.Hazel yang sudah terasa sesak nafas terus memalingkan wajahnya ke sisi melepaskan muntah untuk melegakan mual di ditekaknya.

"Uwekkkkk.....uwekkkkk.."

Hazel termengah-mengah muntah dalam keadaan masih terbaring kerana Carl Zafran menindih badannya.Tak sanggup melihat Hazel kelemasan Carl Zafran bangun dan menarik badan Hazel sehingga wanita itu terduduk menghabiskan sisa muntahnya.Pakaian dan rambut Hazel semuanya terkena muntah.Carl Zafran bergerak keluar dari bilik yang menempatkan Hazel dan kembali dengan pakaian dan tuala.

"Pergi bersihkan badan dulu nanti abang suruh orang hantaran makanan"...Carl Zafran meninggalkan Hazel seketika untuk memberi ruang wanita itu membersihkan diri.

Hazel membersihkan diri sepantas yang mungkin.Matanya melilau mencari jalan keluar namun semuanya sudah tertutup rapat.Dia mengambil keputusan untuk berada di dalam toilet sahaja kerana dia rasa lebih selamat kerana pintu yang berkunci.

"Tok...Tok...Tok.."

"Hazel buka pintu!"...Ketukan kuat bertalu-talu di pintu sebelum di sertai beberapa rempuhan hingga pintu terbuka semula.Hazel diam tak terkutik bila wajah kemerahan Carl Zafran menyapa matanya.Rambut Hazel ditarik dan didorong keluar dari bilik kecil itu.Hazel pantas memeluk perutnya takut sesuatu terjadi pada kandungannya.Hazel ditolak ke atas katil dan tubuhnya di tindih lagi.Hazel meronta kuat menolak wajah Carl yang semakin merapat ke wajahnya.

"Ish....Ish...Ish"...

"Tengok lah merpati dua sejoli ni"...

"Sabar Carl tak lari gunung yang dikejar..Bagi papa kenalkan diri dekat bakal menantu papa dulu!"...Lelaki separuh abad itu melangkah masuk tanpa segan melihat kerakusan anaknya yang berniat mahu merogol isteri orang.

"Well....Well....Well....!"

"Finally,we can meet each other!"

"Nice to meet you Hazel Haufa,anak Henry Lee dengan Tengku Zarith Laila"...

"I'm your uncle...Your mother's step brother!"

"Aku yang bunuh mak bapak kau dulu!....Opah kau pun aku yang upah orang bunuh..!"

"Nak bunuh kau....tapi tak sempat!"

"Papa!"...Suara Carl Zafran naik melengking.

"Jangan nak apa-apakan Hazel!"...Mereka dua beranak saling berlawan pandangan.

"Hahahahaha"...

Lelaki tua itu tiba-tiba ketawa kuat dan dengan laju menembak ke bahu Carl Zafran.Hazel yang terkejut,menjerit sambil menutup telinganya.

"Arghhhhhhhh!".....Carl Zafran sudah luruh ke lantai menahan kesakitan.

"Anak tak guna!"...Lelaki tua itu memekik kuat dan menendang tubuh Carl Zafran.

"Papa!..Jangan apa-apakan Hazel!"....Carl Zafran merayu.

"Aaaaaaaaaaaaa......."

Hazel menjerit bila lelaki tua itu melangkah ke arahnya.Tangan lelaki itu naik mencengkam kuat pipi Hazel hingga Hazel merintih kesakitan.

"Dengar sini,kalau kau nak selamat,ikut anak aku pergi jauh dari sini dan jangan kembali lagi,faham!"...Bahu Thalia tersentak dengan jerkahan itu,badannya mengeletar hebat kerana lelaki itu sedang mengacukan pistol di dahinya.

"Bangun sekarang!...Kau akan berangkat sekarang jugak!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience