Rate

Part 5- Kereta

Romance Completed 740650

"ACU... Tengah buat apa tu? Bising semacam je." Suara dari dalam telifon yang Laila kepit dengan bahu supaya melekap pada telinga. Sementara tangannya sedang beradu menggodek telur di dalam mangkuk sebelum di curah kedalam kuali.

Tasya pula yang turut berada di sebelahnya mula memasuk kan hirisan carrot, kacang panjang, serta kobis bunga kedalam periuk. Sesekala dia menoleh pada Laila yang sedang menghidupkan api sambil asyik berbual dalam talian.

"Acu tengah masak ni Mak. Nak makan tomyam!"
Balasnya sambil menunggu kualinya panas.

"Aik, dah pukul 9 malam baru nk masak? Pukul berapa nak makannye nanti?"
Sahutan di hujung talian.

"OT harini Mak, tu yang balik lambat tu."

"Emm. Yelah! Masak la dulu. Esok jelah Mak talipon balik."

"Ok Mak. Bye!"

Talian di tamatkan. Smartphone di letakkan diatas meja. Tangannya pula mula bergiat kembali menyambung kerja. Telur dadar garing sebagai pelengkap hidangan tomyam bagi menambah rasa. On progress!

Hidangan sederhana, sup tomyam seafood bersama telur dadar serta nasi putih yang di masak cukup-cukup untuk mereka nikmati berdua telah siap di hidangkan.

Tanpa membuang masa, kedua gadis itu mula menjamu diri sendiri dengan hidangan masakan mereka sendiri. Puas hati dapat makan masakan sendiri. Bersih pun bersih. Lena lah tidur malam ini.

Krohhhhhhhh!

***

"Lela.."
Sapaan pendek oleh seorang rakan memanggil Laila.

Laila yang sedang fokus pada skrin kompiuter dihadapan hanya memperdengarkan desisan dari mulut untuk menjawap.

"Pinjam stepler kau kejap."
Haryati menjengahkan kepala. Kedudukan mereka yang terhalang oleh partiton itu memaksa dirinya berbuat begitu.

"Nah!"
Laila menghulur apa yang di minta tanpa menoleh lantaran matanya perlu di tumpu pada skrin kompiuter di hadapan.

"Thanks! Nyah, kau dah bekfes ke?"

Banyak pulak soal si Yati ni. Orang tengah sibuk lah.

"Dah la. Dah pukul 10 kot."
Jawap Laila datar saja tanpa mengubah pandangan dari skrin kompiuternya.

"Aku tak bekfes lagi weh. Lapar doh."

"Yang kau tak bekfes dah kenapa?"

Lancar saja mereka berbual memandangkan meja mereka adalah bersebelahan.

"Tak sempat. Aku bangun lewat tadi."

Laila membiarkan perbualan itu mati apabila tiada balasan dari mulutnya. Kerja banyak la woi. Burak pulak dia.

"Weh aku nak gi pantry jap."
Bisik Yati lagi.

"Pergi lah. Tapi bukan ada apa sangat pun kat situ."

"Ala, dapat rembat maggi satu cup jadik lah. Hihi."
Terkikih Yati menghabiskan ayatnya. Selanjutnya, wanita yang berusia sebaya dengan Laila itu telah beredar dengan terbongkok-bongkok menuju pantry.

Laila menghela nafas sambil tangan kanannya menekan mouse menyimak fail-fail kerjanya hari ini. Yati yang telah berlalu dibiarkan tanpa ditoleh.

Telifon bimbitnya tiba-tiba berdering di dalam beg kecil yang di letakkan diatas mejanya.
Dan ianya telah mengundang rungutan dari mulut Laila.

"Siapa pulak la call time time ni?"
Tanpa mengubah pandangan pada skrin dekstop, tangannya telah mencapai beg untuk mengeluarkan telifon.

'Syurgaku' nama yang terpapar pada skrin telifon didalam genggamannya.

"Assalamualaikum, ye Mak?"
Sapanya setelah melekapkan telifon ketelinga.

"Acu sibuk ke?"
Jawapan dari hujung talian.

"Sibuk la jugak mak. Tapi mak cakap je."
Laila melayan ibunya bersembang dalam talian tanpa memberhentikan tangannya membuat kerja.

"Oh. Takde, Mak cuma nak tanya, bila Acu boleh balik?"

"Balik? Bulan ni macam tak dapat je mak, nak balik. Jadwal penuh ni haa."

"Ooh yeke?"

"Emir mana mak?"

"Emir sekolah la. Acu, mak ada benda nak cakap sebenarnya ni."

Laila pun mendengari dengan cermat setiap bait bicara ibunya. Sementara tangan terus giat dengan kerja, tidak sekali dia memberhentikannya.

***

   "Oii,, menung ape haa?"

Tak pasal-pasal terperanjat Laila yang sedang menongkah dagu itu akibat disergah oleh Tasya. Rakannya itu tiba di pantry bersama Haryati dan Syafika.

Sambil meletak bungkusan plastik yang mereka bawa di atas meja, ketiganya lalu menarik kerusi untuk kedudukan masing-masing. Selanjutnya, tangan-tangan mereka mula menyelongkar bungkusan plastik tersebut.

"Emm. Mana ada temenung!"
Jawap Laila sedikit lesu. Sebungkus makanan turut di ambil olehnya.

Mereka berempat memilih untuk membeli makanan bungkus sahaja untuk makan tengah hari, dan menikmatinya bersama sama di pantry. Malas katanya hendak keluar. Nanti terkejar-kejar nak masuk semula. Lainlah hari jumaat, waktu rehat tengah hari sedikit panjang dari biasa. Dapat lah mereka bersiar-siar barang sekejap.

Laila mengunyah makanan begitu perlahan. Sesekali matanya memandang kosong pada permukaan meja yang terbuat dari marmar itu. Lidahnya serasa kebas untuk merasai kelazatan makanan yang di kunyahnya. Perbualan dalam telifon bersama ibunya pagi tadi telah mengambil hampir seluruh perhatiannya.

"Babe. Kau ok ke?"
Tasya sedikit risau melihat rakan serumahnya itu, asyik termenung saja sedari tadi.

"Emm, ok je!"
Dengan senyum kelat Laila menoleh apabila Tasya menyentuh bahunya.

"Aku tengok kau termenung je dari tadi. Makanan pun kau kuis-kuis. Kitorang dah habis makan pun ni haa. Fika dengan Yati pun dah blah."

Laila kemudian meluruskan belakang yang sedikit terbongkok sedari tadi. Sudu di letakkan di atas makanan. Matanya pula menjenguk ke sekeliling.

Betul saja, lagi dua orang rakannya itu sudah tidak lagi disitu. Teruknya dia punya melamun sampai tak sedar orang dah cabut.

"Kau ada masalah ke?"
Tasya masih berusaha menimba jawapan dari mulut Laila.

"Tak de pun. Cuma...."
Tanpa riak wajah, mulutnya lalu bergumam.

"Cuma apa, babe?"

Laila menghela nafas seketika sebelum meneruskan kata katanya.
"Aku.... Aku nak beli kereta!"

Rasa nak tumbangkan diri si Tasya mendengar jawapan dari Laila itu. Punyalah dia risau takut kenapa-napa. Nak beli kereta je rupanya!

"Aduhh. Kau ni! Aku ingat ape lah. Buat orang risau je kau ni."

Hanya senyum hambar Laila lemparkan.
Sebelum wajahnya kembali mendatar.

"Kereta apa kau nak beli sampai termenung macam ni?" Tasya kembali bertanya.

"Kereta Pak Lang aku kat kampung."
Laila mula terbuka mengutarakan.

"Aha? Jadi?"

"Mak aku la tanya tadi. Nak tak beli kereta Pak Lang ni? Anak dia punya. Dia tak pakai dah sebab anak dia dah ikut laki dia duduk Sabah. Lepas tu kereta tu dia nak tolak la murah-murah."

Tasya mendengar luahan Laila dengan cermat. Dengan sabar dia menunggu cerita selanjutnya.
"Oo. Lepas tu?"

"Kereta tu Paklang aku nak tolak 20k je. Elok keretanya. Boleh dikatakan baru jugaklah. Tapi masalahnya...."
Kata-kata Laila terhenti, hajatnya untuk memiliki kereta yang di maksud seperti menemui jalan buntu.

Tasya masih menunggu bicara Laila berikutnya dengan kening hampir bercantum.

"...Duit aku tak cukup!"
Sambung ujar Laila. Wajahnya kembali ditekur pada meja. Desah halus keluar dari mulut melepaskan nafas yang terasa berat.

"Lah yeke? Itu masalahnya?"
Soal Tasya.
"Banyak ke tak cukupnya?" Tambahnya lagi.

"Ada tu memang ada la duit simpanan. Tapi kena keluarkan semua lah. Itu pun belum cukup lagi. Aku cakap kat mak aku, lagi dua kali dapat gaji, cukup la kot. Tapi itu pun aku kena ikat perut habis-habisan dah tuh."

Tasya menarik nafas seketika. Di pandang sahabatanya itu sebelum di ukir sebuah senyuman.
"Macam ni la beb. Aku nak tolong kau banyak tak dapat. Kau simpan la dulu duit gaji kau bulan ni. Jangan usik! Kumpul untuk beli kereta tu. Sewa rumah, takpe aku bayar dulu untuk bahgian kau. Dah selesai semua nanti, kau bayar balik kat aku. Macam mana?"

Sedikit masa Laila perlukan untuk mencerna kata-kata Tasya itu. Di pandangnya sahabatnya itu dengan riak tidak percaya.

"Babe. Betul ke apa kau cakap ni?"

Tasya tidak menjawap dengan kata-kata. Dia hanya mengangguk bersama senyum yang dikuntum ikhlas.

Laila lalu meraup wajah dengan kedua tangan. Tidak tahu harus bersyukur atau bagaimana ketika ini.
"Ya Allah. Babe. Terimakasih banyak tau. Aku tak tahu nak cakap macam mana nak berterimakasih pada kau ni. Aku janji, dah selesai semua, aku bayar balik duit kau."

"Sama sama beb. Takde hal lah! Itu je aku mampu tolong kau pun."
Balas Tasya sambil menepuk bahu Laila.

Gembira tak terhingga Laila mendengar pelawaan Tasya. Dia tidak menyangka sahabatnya itu sudi meringankan masalahnya hingga begitu sekali.

Sekembalinya mereka dari pantry...

"Lela, Lela! Tunggu jap."
Tasya tergesa-gesa mengejar Laila apabila dia tercicir beberapa langkah selepas menerima mesej di telifon bimbitnya tadi.

Dia lalu mengeluarkan kunci rumah yang tersangkut sekali pada kunci keretanya. Kunci itu lalu di serah pada Laila.

"Nah, kau pegang ni!"

Teragak Laila hendak menerima. Dengan kening hampir bertemu dia tadahkan tangan juga akhirnya.
"Kenapa kau bagi kunci rumah ni?"

"Balik nanti, kau balik rumah sorang-sorang dulu eh. Deli ajak aku keluar. Aku bawak kereta aku. Bagi kunci rumah kat kau siap-siap ni bukan apa, takut aku terlupa."

"Ooh yeke? Amboi, nak dating ya! Untong la ada boipren!"
Seloroh Laila sambil melangkah bersama-sama menuju pejabat.

Senyum malu-malu dibibir Tasya diantara rona wajahnya yang memerah, segan bila Laila usiknya begitu.

"Ala, kekuar makan je. Kau tu pulak, taknak ke ada boipren?"

"Heh! Tak kuasa aku. Lagipun siapa jugak yang nak dengan mak janda macam aku ni?"

Tawa kecil dihambur bersama-sama. Sambil meneruskan langkah, mereka saling menyoal sesama sendiri.

***

SUDAH pukul 6 petang. Bermakna sudah setengah jam Laila duduk di pondok bas menunggu kendaraan selepas habis kerja pukul 5:30 tadi.

Tasya telah memberi tahunya yang dia mungkin akan pulang lewat hari ini. Tengah hangat bercinta la katankan!

Laila menarik nafas perlahan, dan membuangnya laju. Sambil memerhatikan titik-titik hujan yang mencurah dari atap pondok bas itu sebelum jatuh ketanah, matanya melilau kekiri kekanan melihat rakan-rakannya yang lain sudah mula berangsur surut meninggalkan pondok bas berkenaan.

Ada yang di jemput kereta, ada yang dijemput dengan motor. Ada yang naik bas. Tapi.... Bas menuju kerumahnya tak ada pula lalu.
Makin runsing fikirnya bila melihat jarum jam dilengan semakin turun.

Lewat sudah ni. Hujan pula bertambah lebat.
Rumahnya juga agak jauh. Mahu menggunakan apikasi grab, dia tak pandai. Dia kan jenis antisocial. Hmmm, apala nasib?

Tak apalah, bersabar dulu. Kalau ada taksi kejap lagi, naik ajalah. Walaupun terpaksa harus kehilangan beberapa puluh ringgit yang baginya begitu berharga itu. Nak buat macam mana? Dari tak balik rumah langsung. Tak kan nak tidur situ pulak kan?

PIN PIN.!

"Opocot mak kau!"
Termelatah pulak dia apabila suara hon mengejutkan lelap seketikanya.

Penat, mengantuk, sejuk pula. Sandar kepala pada tiang pondok bas pun bole menyebabkan dia hampir lena.

Laila lalu mengecilkan mata untuk melihat objek yang menghalang pandangannya ditengah-tengah hujan itu.

Ianya sebuah, Kereta?
Ya, kereta, bukan lori!

Sebuah BMW X6 berwarna putih telah diparking hadapan pondok bas tersebut dan menghadiahkannya dengan bunyi hon yang membuat lenanya terbatal tadi.

Kelihatan pintu pemandunya dibuka. Bersama payung untuk melindungi diri dari tujahan air hujan, dia menghampiri tempat Laila dengan berlari anak.

Siapa?

Akalnya tertanya-tanya. Matanya dikecilkan untuk melihat seseorang yang kian mara kearahnya itu.

Adakah dia kemari untuk menghulur bantuan? Ataupun.....

BERSAMBUNG!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience