Bab 3

Drama Series 6860

Salmi masih meneliti rekod pesakit-pesakitnya. Faari di hadapannya di pandang curiga. Pelik dengan tingkah Faari yang macam kucing hilang anak.

"Aku tengok kau ni lain macam jer.... Don't tell me that you are in love with....."

Faari menggaru kepala.

"I don't know. "

"Oh my God... Finally... Aku ingat kau gay...", gelak Salmi.

"Hish... Kau ni... Aku lurus lah...", cebik Faari.

"Manalah tahu kan..."

"Sal, boleh tak beri no phone Rainah?"

"Tak adalah. Cuma ada alamat jer..."

"Okey...."

******

Selepas Rainah di benarkan keluar wad. Rainah ingin ke rumah ibunya kembali. Dia berdoa agar ibunya lembut hati. Dia sangat rindu untuk menatap wajah anaknya.

Rainah dan Johanna sudah berdiri di hadapan rumah ibu Rainah.

"Assalamualaikum...."

"Waalaikumussalam....."

Sebaik ibunya menoleh, wajahnya cemberut apabila melihat Rainah berdiri di luar pagar.

"Mak....", panggil Rainah sayu.

"Hah nak apa? Kau nak ambil anak kau tu, nak bagi kat jantan dayus tu....", jerkah Zakirah.

"Tak mak.. Rai yang nak anak Rai balik. Rai nak jaga anak Rai....", rayu Rainah.

Johanna hanya mampu melihat.

"Tak payah. Aku boleh bagi makan lagi cucu aku. Kau tu dah la tak de kerja. Kalau kau kerja pun..., sape yang boleh jaga cucu aku....", herdik Zakirah.

Rainah menunduk mendengar bicara ibunya. Johanna menggosok belakang Rainah supaya bertenang. Rainah mendongak melihat ibunya.

"Mak.... berilah Rai tengok anak Rai...," pinta Rainah.

Zakirah diam sebentar. Akhinya dia mengangguk.

"Terima kasih mak....", airmata Rainah menitis.

"Kamu boleh tengok jer. Tak boleh ambil dia.... Faham..???"

Selepas kunci pagar di buka. Rainah meluru masuk ke dalam rumah. Johanna hanya menanti di luar. Sakit hati Johanna mendengar percakapan ibu Rainah.

Rainah segera masuk ke bilik ibunya. Melihat anaknya yang nyenyak tidur dalam buaian membuatkan dia menangis dengan senyap. Tangannya mengusap pipi bayinya. Di kucup lama pipinya. Rindunya sedikit terubat. Sesekali bayinya mengeliat kecil.

"Rai....", suara garau di satu sudut mengejutkan Rainah.

Rainah menoleh. Terkesima melihat ayahnya yang terbaring di katil. Dia lupa akan kehadiran ayahnya di situ. Rainah meluru ke arah ayahnya. Tangannya mencapai jemari ayahnya sambil mencium. Airmatanya mengalir.

"Ayah minta maaf, Rai...."

"Ayah tak salah.... Rai yang degil... Rai minta maaf dengan ayah....", Rainah memeluk erat ayahnya.

"Sebab Rai... Ayah lumpuh... Sebab Rai , abang meninggal.... Semua salah Rai ....",

"Tak sayang.... Semuanya takdir Allah... Jangan salahkan takdir....", tangannya mengusap kepala anak keduanya.

"Cucu ayah bernama Hakim Arief. Ayah yang letakkan nama tu. Rai pernah cakapkan pada ayah dulu, nak letak nama baby ,Hakim...."

Rainah mendongak melihat ayahnya. Lantas memeluk erat.

"Terima kasih ayah...."

Kedengaran rengekan dari buaian. Rainah bangun mendapatkan bayinya. Dia mendukung sambil mendodoi. Rahman yang melihat anaknya yang sedang mendodoi cucunya mengalirkan airmata.

'Sabarlah sayang. Ayah tak mampu berbuat apa-apa untukmu. Maafkan ayah....'

Apabila anaknya kembali nyenyak, Rainah meletakkan kembali ke dalam buaian.

'Ibu akan cari kerja. Nanti ibu datang ambil Hakim...'

Rainah mengucup lembut dahi anaknya.

"Dah... Kau boleh balik....", kelibat ibunya yang berdiri di pintu bilik di pandang.

"Za...", tegur Rahman.

Rahman kecewa dengan isterinya yang sering kali menyalahkan Rainah sejak peristiwa hitam 5tahun lepas. Peristiwa yang membuatkan Zakirah berubah 360 darjah.

Zakirah mencebik. Rainah menghampiri ayahnya.

"Ayah , Rai minta ampun... "

"Ayah dah ampunkan semuanya. Sudahlah..."

Rainah menoleh ke arah ibunya.

"Mak.... Ampunkan Rai....", tangannya memegang kedua-dua tangan ibunya.

Zakirah menepis. Lantas masuk ke bilik menuju buaian cucunya. Rainah memandang sayu.

'Tak apalah. Asalkan mak benarkan Rai tengok Hakim....'

"Ayah, mak, Rai balik dulu...."

Zakirah hanya menjeling meluat melihat Rainah. Segera Rainah keluar dari rumah.

Rainah mendapatkan Johanna yang sedang bersandar pada pintu kereta.

******

Wajah Rainah sugul. Johanna hanya memandu tanpa berkata apa-apa. Dia tak ingin menambahkan kekusutan pada Rainah.

"Kak...", Rainah memecahkan kesunyian.

"Yer Rai...", Johanna menoleh seketika sebelum memandang ke hadapan.

"Rai nak kerja..."

"Okey... Rai kerja dengan akak yer....", pinta Johanna.

Rainah menggeleng.

"Rai tak nak susahkan akak. Kalau Rai kerja dengan akak, nanti apa kata pekerja-pekerja yang lain..."

"Siapa yang berani memgata... Siaplah..."

"Tu yang Rai tak nak...."

"Okey, Rai kerja dengan kawan akak yer... Kalau tak nak, Rai kena kerja dengan akak jugak...."

Rainah berfikir sejenak.

"Baiklah kak..."

*******

Rainah meneliti bilik di apartment Johanna. Sudah hampir 4 bulan dia menghuni bilik itu. Kenangan pahit menerpa, menyesakkan jiwanya. Seolah-olah semuanya berlaku pada hari semalam. Terbayang-bayang di ruang matanya.

" Mak nak kau pilih, mak atau isteri kau?"

"Mak, tolonglah. Zarief cintakan Rainah...."

"Masa kau khawin dengan betina ni, kau dah janji dengan mak kan... yang kau akan ikut semua apa yang mak suruh...."

"Tapi mak, Zarief tak nak ceraikan Rai... "

"Baik... mak takkan halalkan semuanya. Kamu nak derhaka pada mak kan. Jadi kamu pergilah...", Kamisah memegang dadanya seolah-olah terasa sakit.

"Mak jangan buat Zarief macam ni. Saya sayangkan mak......", Zarief sudah tersedu-sedu menangis.

Rainah terkedu. Tangannya mengusap perutnya yang besar dan sudah menginjak masuk tujuh bulan. Perit hatinya. Dia tak nak Zarief jadi anak derhaka.

"Mak tak kesiankan anak Zarief...", ujar Zarief hiba.

"Mak dah tak suka, anak dalam perut tu pun, mak tak suka...."

Rainah memandang hiba ke arah Zarief yang sudah terduduk sambil menangis.

"Abang..... Rai redha jika abang pilih mak abang. Syurga abang di tapak kaki mak...."

"Rai.....", Zarief memeluk kaki Rainah yang berdiri di sebelahnya.

"Rai tak apa-apa... ", Rainah cuba menahan diri daripada menangis.

Zarief menunduk. Dia buntu, antara ibu dengan isteri yang dicintai.

"Rainah binti Rahman, aku ceraikan kau dengan talak satu...."

Kamisah, ibu Zarief sudah tersenyum menang.

"Sekarang, kau berambus...."

Kamisah menghalau Rainah. Zarief sudah tidak mampu berbuat apa-apa. Dia hanya mampu menangis. Perit hatinya apabila terpaksa memilih.

Rainah dengan berat hati masuk ke bilik, mengemaskan sedikit pakaiannya. Airmata menitis jua. Namun cepat-cepat dia menyeka. Dia tidak ingin lemah di hadapan mertuanya.

Dengan longlai, Rainah melangkah keluar.

"Abang minta maaf, Rai....Abang cintakan Rai...."

"Syuhh... Abang tak salah dengan Rai. Rai juga cintakan abang. Mungkin jodoh kita hanya setakat ini. Ini cinta kita,Rai akan jaga sebaiknya.... Abang jangan risaukan Rai. Abang jagalah mak abang baik-baik.... Rai minta ampun jika ada salah silap selama hidup dengan abang....", Rainah memegang perut yang memboyot.

"Rai....

Tok. Tok. Tok.
Ketukan pada pintu bilik Rainah menerbangkan segala lamunannya.

"Yer kak..."

Pintu terkuak.

"Akak ingat Rai dah tidur."

"Belum kak... Rai belum solat isyak lagi."

"Lepas ni tidur yer. Esok akak bawa Rai shopping skit. Nanti nak kerja kan.."

"Baik kak....."

Johanna mengucup dahi Rainah.

"Akak keluar dulu."

Rainah mengangguk. Sebaik Johanna hilang di balik pintu, Rainah segera bangun menuju ke bilik air.

'Ya Allah , ampunkanlah aku yang alpa selama ini. Aku lupa untuk sujud kepadaMu. Sehinggakan ujian sekecil ini, aku sudah penasaran. Ampunilah hamba kerdil Mu.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience