“Ya Allah Cha” erat pelukan Sakinah saat itu.
“Kau pergi mana Hana Aishah?” esakan Hana Aishah membalas pertanyaan Sakinah di kala itu.
Fakhrul dapat merasakan sesak di dadanya kembali. Air mata Hana Aishah bukan sesuatu yang dia suka lihat. Semenjak awal pertemuan mereka , setiap kali air mata Hana Aishah gugur hatinya menjadi tidak keruan. Tetapi hakikat pahit yang dia perlu akui adalah semenjak pertemuan pertama mereka , air mata Hana Aishah sentiasa gugur kerana dia.
“Sorry. I`m sorry” suara sayu isterinya kedengaran di selangi esakan Hana Aishah. Sakinah merenggangkan pelukannya. Wajah Hana Aishah yang menunduk itu ditenung sahabat baik isterinya.
“Aku rindu sangat dekat kau. Sangat – sangat” jelas kerinduan di sebalik suara sebak Sakinah. Hana Aishah menyembamkan wajahnya di dada Sakinah.
“I miss you too. So much Kina” Fakhrul dapat melihat erat pelukan Sakinah saat isterinya membalas. Mata Sakinah tajam menusuk ke dalam mata Fakhrul.
“You make me lose my best friend. You made her leave me. Kau ingat ni Tengku Fakhrul , kalau Hana Aishah balik satu hari nanti you will never get her back” janji Sakinah tiga tahun lepas bermain di ingatannya.
Fakhrul akui halangan dia kali ini bukan dari segi penerimaan Hana Aishah sahaja, dia perlu membuktikan kepada ramai lagi insan bahawa dia adalah jodoh Hana Aishah sehingga ke syurga. Tetapi dia tidak akan mengalah. Hana Aishah dan Adam adalah peluang kedua yang Tuhan berikan kepadanya.
“Don’t go again. Its so hard without you” esakan Hana Aishah semakin lebat saat mendengar kejujuran kata – kata Sakinah.
“Mimimi. Nonono” wajah Fakhrul yang berkerut terus tersenyum saat mendengar suara Adam yang semakin dekat itu. Seperti sangkaannya Adam sudah merangkak selaju mungkin menuju kea rah Hana Aishah. Wajah yang penuh keazaman itu melintasi selipar dan kasut.
“Adam. Its dirty baby” Fakhrul menegur lembut dengan senyuman lebar terukir.
“No. Mimi” Fakhrul tertawa girang apabila suara panik Adam kedengaran saat dia merangkul anak lelakinya itu.
“Tengok sayang babah ni. Kotor dah baju” Fakhrul menepuk seluar anaknya yang sudah berdaki kerana merangkak di laman rumah mertuanya itu.
“Go mimi. Mimi” tubuh Adam sudah meliuk – liuk di dalam dukungan Fakhrul mahukan ibunya yang masih di dalam pelukan Sakinah.
Sakinah merenung adegan di hadapannya. Lidah Sakinah kelu saat itu. Melihat jelmaan arwah Adam anak sulung Hana Aishah. Semakin erat pelukan dia saat itu kerana dia sudah jumpa punca Hana Aishah pergi.
“Kenapa kau tak bagi tahu Cha? Ya Allah” genggaman Hana Aishah di pinggang Sakinah terasa kuat saat mendengar pertanyaan Sakinah. Jawapan apa yang harus Hana Aishah beri pun dia tidak tahu.
“I can’t… after … after everything. Kau dah banyak sangat tolong aku. I need to … to do this. On my own. Kau faham kan? Kau … kau tak marah aku kan?” tersekat – sekat suara Hana Aishah menahan sebak.
“Look at me” suara tegas Sakinah kedengaran. Sakinah merenung wajah Hana Aishah yang sudah lecun dengan air mata itu. Bibir nipis Hana Aishah sedang digigit gigi tuan empunya badan. Tabiat Hana Aishah sekiranya dia keresahan.
“Kalau aku marah pun berapa lama sangat. Paling – paling kau kena cari ayam golek favourite aku” kedengaran tawa isterinya saat Sakinah tersenyum mengusik.
“Penat aku bagi kawan baik kau ni makan Cha. Please do take turn. Poket aku dah kering dah ni asyik pujuk baby dino ni” Zarik yang semenjak tadi berdiri di pagar rumah bersuara.
“Aek!” suara Hana Aishah naik satu oktaf seiring dengan suara Sakinah.
“You!” wajah kedua – dua sahabat baik itu berkerut memandang kearah Zarik.
“Haaa ni baru betul. Lama nau menangis. Panas tau duduk bawah panas mentari ni” Zarik melangkah menuju ke arah Hana Aishah yang masih memeluk Sakinah erat.
“Nasib baik mood I baik kalau tak memang tidur luar you malam ni” mendengar kata – kata Sakinah , Hana Aishah terdiam.
“Adik. Ajak Sakinah dengan Zarik masuk” niat Hana Aishah mahu bertanya tentang status Sakinah dan Zarik dikuburkan sebegitu sahaja saat. Hana Aishah tersenyum lebar memandang Sakinah. Tangan kanannya naik mengelus pipi gebu itu. Macam pegang pipi Adam pun ye.
“Rindu sangat. Banyak sangat nak cerita” tonanya kedengaran ditahan cuba menyembunyikan kesakitan di hati.
“So jom masuk” Hana Aishah melepaskan satu keluhan berat saat mendengar ayat Sakinah. Berat kerana disaluti kerinduan yang menggunung. Berat kerana terlalu banyak rahsia yang disimpan dan untuk tika itu dia sudah menjumpai tempat untuk dia meluahkan rasa. Insan yang semenjak dahulu tidak pernah menghakimi dia biar pun dia melakukan sesuatu yang buruk.
“Jom” Hana Aishah menarik tangan Sakinah dan lengan sahabat baiknya itu dipeluk erat.
Fakhrul sedang berdiri mendukung Adam di tangan kirinya di laman hadapan rumah Kapten Azam. Kedua – dua lelaki yang sudah seperti kembar itu memandang kearah Hana Aishah. Pelbagai emosi tetapi yang sama saat itu adalah kedua – duanya jelas mahukan dia. Keresahan dua lelaki itu jelas terpancar. Yang seorang dia mahu hilangkan tetapi yang lagi seorang sejujurnya dia tidak mampu lagi bertahan.
“So….” Sepatah Hana Aishah berkata saat mereka berdiri di hadapan Fakhrul. Adam merenung tajam tangan Sakinah yang sedang dipeluk ibunya. Wajah yang tadi dicebekkan sekarang bertukar masam. Jelingan tajam dicampurkan dengan bibir mugil yang sudah tersusun sebaris jelas menunjukkan ketidak puasan hati Adam.
“So….” Sakinah menyambung tetapi suaranya kedengaran sebak.
“This …. Ermmm… this is my son. Adam. Muhammad Adam” sebak yang tidak lagi cuba disembunyikan Hana Aishah dikala itu.
“Mi Am. No no” suara Adam mencelah. Badannya yang montel itu dijatuhkan kehadapan ke arah Hana Aishah tidak semena – mena.
“Astaghfirullahalazim. Adam” Fakhrul yang ikut terkejut dengan tindakan drastik Adam itu nasib baik sempat menahan anaknya daripada jatuh.
“Uish garangnya baby ibu ni” Sakinah tertawa melihat gelagat Adam yang cemburu.
“Mi. Go mi. Am … Mi .. Go” kelam kabut suara anaknya kedengaran sambil cuba melompat ke dalam pelukan Hana Aishah.
“Ya Allah. Adam that’s ibu la” Hana Aishah ikut tertawa sambil menghulurkan tangan mahu mengangkat Adam.
“Mimi. Mimi” suara sayu Adam kedengaran sebelum leher ibunya dirangkul erat.
“Yes baby. Umi is here. No one is taking me” Hana Aishah membalas sambil tersenyum lebar. Adam dengan sikap posesif memang tidak dapat dipisahkan. Ikut perangai siapa lah tu kan. Sempat dia mengutuk di hujung bisikan hati.
“Cha” suara Sakinah yang sarat dengan berbagai rasa memanggil sebelum ditarik Adam dan Hana Aishah ke dalam pelukannya.
“Jangan pergi dah please” air mata yang tadi mengering kembali mengalir deras di pipi Hana Aishah.
“Tak pergi. Aku tak tinggal kau dah lepas ni. Aku janji” Hana Aishah tersenyum penuh keyakinan saat kata – kata itu diungkapnya.
Mungkin dia tidak akan berada lama di Malaysia tetapi selepas ini dia berjanji tidak akan lari lagi. Sekurang – kurangnya mereka tahu keberadaannya. Hatinya dilukai beribu kali ganda saat melihat mereka yang dia sayangi lebih terluka dengan pemergiannya. Niat dia pergi hanya kerana tidak mahu mereka terluka dengan adanya di di tanah airnya tetapi rupa – rupanya pemergiannya lebih melukai mereka.
Renungan Hana Aishah bertaut dengan Zarik. Sekarang dia faham kenapa Zarik pergi. Sekarang dia tahu Zarik jua faham akan sebab dia terpaksa pergi. Kerana itu tiada marah , tiada kelukaan yang dia lihat di sebalik anak mata coklat itu. Hanya satu kefahaman dan kerinduan.
“Thank you for coming back” Hana Aishah menelan gumpalan yang menyekat tekaknya saat mendengar bisikan Zarik. Seperti dia dapat merasai kesakitan yang perlu dilalui Zarik melihat Sakinah yang dia pasti menantinya tanpa penat. Sakinah sahabat dunia akhiratnya yang tak pernah berpisah jauh dan selama itu dengannya.
******************************************
Puan Sri Maria yang sedang terbaring di dalam bilik yang gelap itu merenung kea rah tingkap bilik itu. Cahaya mentari yang cuba menerobosi melalui langsir itu menerangkan bilik yang gelap saat itu. Seperti mana bahagia yang cuba mencuri masuk ke dalam hatinya tengah hari itu.
Semenjak dia ke rumah besannya lagi Puan Sri Maria terperap di dalam bilik tamu itu. Tadi dia keluar sebentar bertemu dengan Teacher Basirah sebelum dia kembali ke dalam bilik itu. Alasan penat yang digunakan masih dipercayai ahli keluarga Kapten Azam dan untuk itu dia bersyukur.
Kata – kata Felisha terlalu pedih untuk dia hadapi. Segala kasih sayang yang dicurahkan kepada dia hanya penipuan semata – mata. Jadi apa yang benar? Semuanya tipu? Melihat anak – anak besannya hatinya seperti dihiris sembilu. Betapa tiada satu saat pun dia dapat melihat ketidah ikhlasan anak – anak Teacher Basirah.
Daripada anak lelaki sampai ke perempuan. Dari saat Teacher Basirah melangkah masuk ke dalam rumah tiada satu pun Wanita itu lakukan. Daripada makan sehinggalah saat Teacher Basirah dibaringkan ke tilam yang telah disediakan di ruang keluarga rumah itu , segalanya diuruskan anak – anak besannya.
Mengingatkan saat dia bergelut untuk meneruskan hidup selepas diserang strok hatinya dipangguk rasa cemburu. Cemburu kerana dikala dia keseorangan dibantu oleh orang asing untuk menjalani kehidupan harian , Teacher Basirah diuruskan anak – anaknya. Makan pakai , mandinya semua diuruskan tanpa ada rasa jijik.
“Eeee apa mama ni. Busuklah. Mak Zah! Cepat tukar lampin ni” mengingatkan pengalaman lepas sewaktu dia telantar sakit sampai memerlukan lampin dan bagaimana jijiknya Felisha dengan dia , Puan Sri Maria tertawa sinis.
“Balasan untuk kau Maria. Ingat balik apa kau buat dengan Ma dengan Bapak” suara – suara yang satu masa dahulu hadir mengejeknya sewaktu dia terlantar bersendiri tanpa anak – anaknya kembali lagi tengah hari itu.
Mata Puan Sri Maria dipejam rapat. Cuba mematikan suara – suara itu daripada mindanya. Suara – suara yang sama hadir selepas dia melahirkan Fakhrul. Suara yang membuatkan dia menjadi gila sehingga anaknya perlu dipisahkan dari dia.
“Engkau tak layak hidup Maria. Kau hidup hanya menyakitkan hati semua orang. Mula – mula Bapak. Lepas tu Abang Muaz. Lepas tu Angah. Sekarang Felisha. Along tu tunggu masa je. Laki kau pun dah tak nak dekat kau” dada Puan Sri Maria terasa sesak medengar suara – suara yang semakin kuat mengejeknya.
“Kau tak nak dengar cakap aku tak apa. Kau tengok bini baru suami kesayangan kau pun cukup. Dulu Fadhil cakap dia cintakan kau tapi sekarang tengok kau pun dia tak selera” air mata Puan Sri Maria semakin deras mengalir.
Hatinya yang sememangnya tengah terluka bertambah parah saat itu. Segala hakikat lain masih mampu dia tanggung tetapi apabila reality tentang suaminya yang sudah berkahwin baru dilemparkan ke dalam periuk yang sedang dipenuhi api luka itu , dia mahu menamatkan segalanya.
Tan Sri Fadhil. Cinta pertama dan terakhirnya. Satu – satunya perkara konstan dalam hidupnya sudah dimiliki orang lain. Hakikat yang dia perlu berkongsi yang cuba dia lenyapkan sedang di mainkan di dalam mindanya. Suara – suara itu terus menerus mengejek. Puan Sri Maria cuba menggenggam sekuatnya bantal di sisinya.
“Tengok tangan kau. Nak genggam bantal pun tak boleh. Memang patutlah anak dengan laki kau pun nak lari dari kau” akhirnya esakan Puan Sri Maria terlepas. Esakan yang cuba dia tahan itu terlepas jua.
“Ya Allah. Mama. Mama kenapa ni?” suara panik menantunya kedengaran tetapi Puan Sri Maria telah telalu jauh hanyut dibawa emosi.
“Mama sakit dekat mana? Mama don’t cry” Hana Aishah menarik tubuh Puan Sri Maria untuk didudukkan dengan segala kudrat yang dia ada.
“Ma… Ya Allah.. Allahu Akhbar” saat dia berjaya menduduk Puan Sri Maria , Hana Aishah terus menarik Puan Sri Maria yang sedang menangis teresak – esak itu ke dalam pelukannya.
“Mama kenapa ni? Hana ada buat salah ke Ma? Please don’t cry like this. Ya Allah mama” erat pelukan Hana Aishah sambil tangannya mengusap – usap belakang badan ibu mertuanya.
“Istighfar mama. Mama ingat Allah ye” terkumat – kamit mulut Hana Aishah berzikir dan berisghfar.
“Mama jahat. Mama jahat. No one wants me” kata – kata yang suara – suara di dalam mindanya berkata itu diulanginya berkali – kali. Mindanya sudah terlalu jauh masuk ke dalam kegelapan emosi. Untuk kali keberapa dia pun tidak tahu , dia kembali ke dalam kancah gelap itu. Kancah yang sama membuatkan dia menjadi tidak siuman sehingga tidak mampu menjadi seorang ibu kepada anak yang baru dia lahirkan.
**********************************************
Hana Aishah merenung ke arah Tan Sri Fadhil yang muncul dan berdiri di pintu bilik tamu itu. Mata mereka bertaut dan kesakitan yang dilihat disebalik anak mata hitam itu mengugurkan secebis kekuatan yang masih dia pegang. Puan Sri Maria masih menangis di dalam pelukannya.
“Papa. What happen? Kenapa mama macam ni?” air mata yang Hana Aishah tahan gugur saat itu.
Adam yang sudah semakin mesra dengan Sakinah dan Zarik ditinggalkan sebentar. Hatinya yang semenjak pagi tadi risau akan ibu mertuanya membuatkan dia melangkah mencari gerangan Puan Sri Maria yang semenjak tadi terperuk di dalam bilik tidur tamu dia bahagian belakang rumah Kapten Azam itu.
Hatinya gelisah lagi pula apabila melihat Puan Sri Maria yang tiada selera sewaktu mereka makan tengah hari tadi. Mulut yang selalunya ramah berborak dengan Teacher Basirah lebih banyak berdiam diri. Niatnya mahu memujuk ibu mertuanya tetapi saat dia sampai di hadapan pintu bilik dan mendengar esakan Puan Sri Maria , segalanya sangkaannya benar.
“Ria. Sayang” Tan Sri Fadhil melangkah masuk sebelum suara yang sarat dengan kerisauan itu memanggil lembut. Tan Sri Fadhil duduk di belakang badan isterinya. Sepasang tangan Tan Sri Fadhil mengusap lembut rambut isterinya.
“Ria jahat. Ria jahat. Rai tahu. I know” Hana Aishah masih bingung dengan keadaan itu tetapi melihat kelukaan di sebalik suara ibu mertuanya dan wajah bapa mertuanya dia perlu bersuara.
“Hana sayang mama. Mama sayang Hana macam anak mama sendiri since the first day you saw me. Hana untung sangat dapat mother in law macam mana. Macam papa” tangan kiri Hana Aishah memaut lengan Tan Sri Fadhil.
“Hana tak pernah dan tak boleh nak marah mama papa. Because I love both of you so much” suaranya menyambung sebak.
“So… jangan cakap mama jahat cause you are not” Hana Aishah menghelakan nafas berat dikala itu.
“Mama don’t cry like this please. Everything will work out. Mama share dengan Hana, mana tahu Hana boleh tolong mama kan” Hana Aishah memujuk lagi sambil mengusap belakang badan ibu mertuanya.
Entah berapa lama Hana Aishah tidak tahu tetapi esakan ibu mertuanya semakin perlahan. Wajah Tan Sri Fadhil yang kerisauan itu menjadi semakin jelas. Lelaki itu setia di situ menanti isterinya. Tiada kata – kata yang Tan Sri Fadhil keluarkan , hanya tangan yang setia memaut lengan Puan Sri Maria.
Hana Aishah dapat merasakan pelukan Puan Sri Maria menjadi semakin longgar. Wajah ibu mertuanya merenung ke riba. Lansung tidak memandang wajahnya. Hati Hana Aishah terusik melihat kebekuan Puan Sri Maria saat itu.
“I want to sleep” serak suara itu memaklumkan.
“I teman you ok” gelengan kepala Puan Sri Maria mematikan terus kelegaan yang baru mahu kedengaran di sebalik suara bapa mertuanya.
Hana Aishah melihat tubuh ibu mertuanya yang menjauhi mereka yang sedang duduk di birai katil itu. Perlahan – lahan tubuh itu diesot ke hujung sebelah sana katil bersaiz King itu. Puan Sri Maria membelakangi Hana Aishah yang masih terpinga – pinga cuba memahami kejadian yang sedang berlaku.
“Ma..” kata – kata Hana Aishah terputus saat dia dapat merasa genggaman Tan Sri Fadhil di tangan yang sedang digenggam kuat dia atas ribanya tanpa Hana Aishah sedari.
“Hana pergi tengok Adam. Papa macam dengar bunyi dia menangis” Hana Aishah dapat merasakan gumpalan di tekaknya saat mendengar kata – kata Tan Sri Fadhil.
Kalau Adam menangis , dia manusia pertama yang akan tahu. Keresahan Adam akan terus sampai ke hatinya tidak kira di mana dia berada saat itu. Kerana itu dia tahu Tan Sri Fadhil sedang menyembunyikan sesuatu dan mahu bersendiri dengan Puan Sri Maria saat itu.
Mata Hana Aishah merenung ke dalam anak mata hitam milik bapa mertuanya. Beku. Sama seperti Fakhrul. Fakhrul yang dulu. Fakhrul yang tidak reti dan tidak mahu berkongsi perasaan dengannya tetapi meletakkan syarat untuk dia memberitahu segalanya kepada lelaki itu.
Air mata Hana Aishah akan gugur pada bila – bila masa saat melihat wajah Tan Sri Fadhil. Terus dia larikan matanya merenung ke lantai. Risau , kecewa dan sedih. Semua bercampur menjadi satu taufan di dalam hatinya.
“Hana keluar dulu. Anything papa panggil Hana” sepantas itu dia ungkap dan sepantas itu kakinya melangkah keluar daripada bilik tidur tamu itu kerana pengalaman lepas mengajarnya untuk mengetahu bila dia tidak diperlukan di situ.
Saat pintu bilik itu ditutup air mata Hana Aishah gugur. Selaju – lajunya tetapi esakannya di tahan. Salah apa pula dia buat kali ini? Kerana susah sangat bahagia untuk kekal di dalam hidupnya. Apa pula fitnah yang dilemparkan sehinggakan Tan Sri Fadhil turut berubah cara layanan.
Suasana riuh di ruangan hadapan rumah dua tingkat itu terasa amat berbeza dengan suasana yang sedang menyelubungi ruangan belakang rumah keluarga Hana Aishah. Dia sudah perasan dari semenjak Puan Sri Maria datang pagi tadi lagi. Ibu mertuanya yang banyak mendiamkan diri. Adam pun tidak diangkat.
“Sayang” dan seperti selalu , lelaki itu akan datang untuk mengkucar – kacirkan keadaan yang sedia bergolak ini.
Terus wajahnya dipalingkan kea rah dinding. Air matanya cepat – cepat dia kesat. Lengan blaus sifon itu lansung tidak membantunya mengeringkan air matanya di wajahnya.
“Yang. Abang cari lotion Adam tak jumpa lah. He pooped so I washed him already, Cuma tak jumpa his lotion” suara Fakhrul yang semakin mendekat itu membuatkan Hana Aishah semakin kelam kabut mahu menyembunyikan air matanya.
“Ada dekat side table. I letak pagi tadi. I`ll go get it” cepat – cepat Hana Aishah menjawab sambil cuba menyembunyikan sebak suaranya. Kakinya melangkah laju mahu melintasi Fakhrul.
“Your voice doesn’t sound right” Fakhrul meraut lengan Hana Aishah sebelum suara lelaki itu berubah.
“I`m fine. Let my hand go” Hana Aishah menjawab keras dengan wajahnya yang masih tidak mahu memandang kea rah Fakhrul.
“Look at me” arahan Fakhrul membuatkan Hana Aishah menjadi marah.
“Jangan nak arah – arah I ye. Lepaslah” tangannya sudah dipusing – pusing mahu melepaskan diri daripada Fakhrul.
Dengan sekali tarikan tubuh Hana Aishah berpusing sebelum wajah sembapnya dipaksa bertentang dengan Fakhrul. Renungan tajam Fakhrul menusuk ke dalam mata Hana Aishah. Semenjak mereka berjumpa kembali , renungan itu tidak pernah hadir. Renungan yang menggerunkan Hana Aishah. Mengingatkan dia kepada Fakhrul yang sebenar.
“Let go” suara Hana Aishah sudah bergetar. Menahan sebak dan dalam masa yang sama melawan rasa takut yang mula menyelubungi dirinya. Genggaman Fakhrul masih kejap di tangannya.
“What happen?” tegas dan tenang kata – kata itu menutur di bibir Fakhrul.
“Lepaskan I. I tak… no… I…” mulut Hana Aishah tergagap – gapap bimbang kata – kata apa yang perlu di balas untuk melarikan diri daripada situasi itu. Peluh sudah mulai keluar di saat itu. Pengalaman lepas kembali menghantui minda Hana Aishah. Setiap kesakitan yang dia lalui seperti baru semalam berlaku.
“I`m sorry. Please let me go” terketar – ketar suara Hana Aishah apabila renungan Fakhrul masih sama. Ketenangan suara dan raut wajah lelaki itu hanya menandakan sakit yang bakal hadir untuk dia. Tidak sampai dua tahun dia hidup dengan Fakhrul , tetapi tempoh masa yang kedengaran pendek itu cukup untuk dia kenal Tengku Fakhrul.
“Sayang” tidak sampai sesaat Fakhrul memeluk tubuh Hana Aishah yang sudah mengigil ketakutan itu.
“I`m sorry. Sorry. Dont hurt me. Aishah… Aishah…” tergagap – gagap dia menyusun bicara. Tubuh Hana Aishah mengeras di dalam pelukan Fakhrul. Ketenangan yang menemaninya beberapa hari ini digantikan dengan rasa sebenar apabila melihat reaksi Fakhrul sebentar tadi.
“I`m sorry sayang. I didn’t mean to scare you. Sorry” suara yang tadi tenang bertukar lembut memujuk Hana Aishah. Tetapi lagi kuat pelukan Fakhrul , lagi sesak nafas Hana Aishah terasa. Hendak menolak tubuh itu Hana Aishah takut kerana dia tahu kemampuan Fakhrul. Kemampuan yang telah meninggalkan banyak parut di tubuh dia.
“Please let me go. Its going to hurt. Please. Aishah sakit. Lepas please” Hana Aishah merayu dalam sebaknya. Saat itu realiti bukan tempat dia sedang berdiri. Sekali lagi tubuhnya dibawa ke tiga tahun lepas.
“Ya Allah. Sayang. I`m not going to hurt you. Abang janji. I promise you. I`m sorry. Please.. please…” Fakhrul merenung wajah pucat Hana Aishah yang sedang berpeluk tubuh merenung ke lantai. Tubir matanya terasa hangat. Bibir nipis isterinya yang sedang mengigil itu sedang digigit empunya badan.
“I`m sorry. Sorry. Don’t be like this. Astaghfirullahal azim” suara Fakhrul bertukar sebak melihat ketakutan Hana Aishah kepadanya. Realiti pahit sedang menampar dirinya berkali – kali.
“Don’t… don’t do this to me. Why are you … Ya Allah. Just please jangan takut dengan abang macam ni. I wont hurt you. Sumpah sayang, abang tak buat dah…” tersekat – sekat suara sebelum menarik Hana Aishah yang masih mengeraskan badan itu ke dalam pelukannya.
“I`m sorry” air mata Fakhrul gugur saat memeluk tubuh yang sudah terlalu banyak dia sakiti itu. Penyesalan yang berbakul – bakul dia bawa tiada erti saat itu.
**********************************************************
“Fakhrul. Mama Fakhrul mana? Kenapa tak join dinner?” pertanyaan Teacher Basirah yang sedang duduk di meja makan itu mengejutkan Fakhrul yang sedang merenung Hana Aishah.
Semenjak pertembungan mereka tadi, Hana Aishah terus berkurung di dalam bilik mertuanya. Menyibukkan diri melayan Teacher Basirah. Kejadian tadi menyedarkan Fakhrul tentang realiti rumah tangganya. Melihat isterinya yang takut dengannya merobek kembali luka yang sedang cuba diubati.
“Fakhrul. Menung apa tu?” teguran kedua Teacher Basirah menyedarkan kembali Fakhrul yang sekali lagi hanyut.
“Nothing mak. Mak tanya apa tadi?” senyuman seikhlas mungkin dia hadiahkan untuk menutup luka di hati.
“Mama kamu. Kenapa duduk dalam bilik je. Mama Fakhrul tak sihat ke?” Fakhrul menghelakan nafas panjang. Itu lagi satu masalah yang cuba dia rungkaikan. Ini semua bermula dari selepas Hana Aishah keluar dari bilik tetamu yang menempatkan kedua ibu bapanya.
“Mama penat sikit mak. Semalam shopping mainan untuk Adam” Hana Aishah yang semenjak tadi diam menyuap pasta kepada Adam mencelah. Wajah itu sudah tidak sembap tetapi kedukaan di dalam anak mata coklat itu Fakhrul dapat baca.
“Nanti habis makan mak pergi jenguk sekejap. Tak kan tak nak makan lansung Maria” Teacher Basirah membebel sendiri sambil makan disuap Hana Aqilah.
“Tak apa mak. After I`m done with Adam adik memang nak bawak nasi pergi dekat mama. Mak pergi rehat terus lepas makan. You`ve been busy the whole day” Hana Aishah laju menolak cadangan ibunya.
“Ala sekejap je mak pergi tengok Maria. Dah lama tak borak. Dulu sebulan sekali mesti mak calling – calling” Hana Aishah menjadi serba salah medengar keazaman ibunya. Kejadian petang tadi membuatkan dia bimbang sekiranya ibunya bertemu dengan ibu mertuanya. Dia dapat merasakan Puan Sri Maria mahu bersendirian.
“Esok je lah Basirah. Dah tidur agaknya Maria tu. Fadhil pun tak keluar dari tadi. Awak ni baru discharge tak sampai 24 jam dah macam – macam nak buat. I saw you cut the fruits earlier” Kapten Azam yang dapat membaca raut wajah Hana Aishah itu terus menegah sekaligus membebel menegur isterinya yang sudah lincah beraksi di rumah.
“Potong buah je pun” seperti selalu bibir tua itu dicebekkan.
“Dada awak tu baru kena operate. At least wait until your wound dry first” Hana Aishah tersenyum simpul melihat gelagat ibu bapanya.
“Ye lah , ye lah. Tapi esok pagi – pagi saya nak duduk dekat taman lepas subuh. Lemas duduk terperuk dalam bilik hospital tu” Kapten Azam mengiakan sahaja. Hana Aishah sempat merenung kearah Kapten Azam sebelum tersenyum pahit tanda terima kasih kerana menyelamatkan keadaan.
“Ni habis makan ni dulu mak. Bagi sihat semua luka kat badan” Hana Aqilah pula membebel.
Fakhrul hanya diam memerhati. Jelas tampak bahagia di setiap wajah anak beranak Kapten Azam. Mereka semua sudah di bawah satu bumbung seperti yang Teacher Basirah mahukan. Bahagia. Dia gembira kerana berjaya memenuhi permintaan ibu mertuanya. Tetapi rasa sedih dan takut itu hadir kerana dia tidak tahu berapa lama dia diizinkan untuk berada di situ.
Adam sedang tersenyum melihatnya sambil menelan suapan – suapan daripada ibunya. Saat itu rasa takut itu berganda. Takut kehilangan anak isterinya. Takut kesalahan lepas yang dia tahu tidak akan pergi walau seribu kemaafan dia pohon.
“Kau ingat ye Fakhrul. Aku akan pastikan Hana Aishah tak balik dekat engkau” suara selamba Sakinah memesan sewaktu sahabat baik Hana Aishah itu pulang, kembali mengejeknya.
Walau seribu manusia datang menghalang pun dia tidak akan mengalah tetapi saat melihat ketakutan di mata Hana Aishah dan bagaimana tubuh itu menggigil ketakutan , sakitnya tidak mampu dia bayangkan. Luka itu , parut itu , bagaimana mahu dia ubati. Mampukah mereka kembali hidup normal seperti dahulu.
“Fakhrul. Kenapa tak makan? Tak sedap ke si achik masak?” Kapten Azam menegur setelah lama dia melihat Fakhrul menguis makanan di pinggannya.
“Ehh. Tak bah. Teringat pasal kerja” senyuman pendek di hadiahkan kepada Kapten Azam sebelum dia menyambung jamahannya. Sesekali matanya lari merenung ke arah Adam yang sedang menguyah penuh selera di kerusi makanan bayi itu. Melihat interaksi Hana Aishah dan Adam, lukanya sedikit terubat.
“Eleh abah. Kalau Kak Wa masak tak complain. Achik masak je mesti banyak comment” Kapten Azam tertawa mendengar rajukan anak perempuan bongsunya.
“Lain kali rajin masak macam Kak Wa. Baru sedap , abah tak complaint” Kapten Azam sedang menjamah buah sambil terus terusan mengusik Hana Aqilah.
“Mak. Tengok abah ni. Abah kata Achik masak tak sedap” Hana Aqilah membaringkan kepalanya ke bahu ibunya sambil bibirnya dicebekkan.
“Well , out of you three girls memang Achik second place bab masak ni” Teacher Basirah mengucup pipi Hana Aqilah yang semakin masam mendengar kata – kata jujurnya walaupun dalam nada mengusik.
“Seriously mak. Kenapa adik last?” Hana Aishah pula merajuk kali itu.
“Adik. Bukan adik selalu cakap ke dulu. I want to hire a maid to do this womanly thingy. My work is everything” Kapten Azam mengingatkan Hana Aishah tentang kelantangan anak perempuannya satu masa dahulu.
“Eeee tu dululah. Sekarang adik dah terer masak okay. Look at how plum Adam is” Fakhrul tersenyum lebar mendengar hujah isterinya saat itu.
“Itu sebab asyik nak nenen je. Mana kira?” Hana Azuwa membidas.
“Fine then. Esok adik masak for everyone. Judge for yourself” Hana Aishah membalas yakin.
“No need to proof yourself. You and mama at the number one place always. Sayang masak sedap sama macam mama” Fakhrul menjawab ikhlas. Hana Aishah yang tadi tersenyum terus terdiam.
“Alaaa. That doesn’t count. That’s a bias review. Husband kena selalu bagi good review kalau tak nak kebulur” Hana Aqilah membalas.
“Nope. Not me. I only give honest review. Your Kak Dik always cook the best dishes. The best cook and the best wife. But then I do really love her so ada lah bias sikit” Fakhrul merenung Hana Aishah sambil bibir itu tersenyum bahagia menutur pujian ikhlas.
“Allah nak romantic please jauh sikit. Dah la Lat lama lagi nak balik. Rindunya” wajah Hana Aqilah bertukar keruh dalam sekelip mata.
“Achik nak balik sana mak tak kisah. Kesian Lat sorang dekat sana. Your responsibilities towards Lat bukan mak” Teacher Basirah mengusap lembut kepala Hana Aqilah yang sedang dibaringkan manja di bahunya.
“No. Its been so long since all of us are here. Achik nak stay lama sikit dekat sini plus Achik ada surprise nak bagi tahu actually” Hana Aqilah tersenyum simpul saat itu.
“Awak pregnant” Hana Azuwa membalas selamba. Terdiam seisi meja saat itu.
“Apa Kak Wa ni. Not fair ok. Achik nak surprise kan everyone” Hana Aqilah sudah bergenang air mata melihat kakak sulungnya yang selamba menjamah buah anggur itu.
“Alhamdulillah. Betul ke Achik” Teacher Basirah menarik Hana Aqilah ke dalam pelukannya sebelum mengaduh kesakitan.
“Mak. Ya Allah” Hana Aishah sudah berdiri menuju ke arah ibunya yang sedang berkerut menahan sakit.
“Yang mak pergi peluk Achik macam tu kenapa. Eee mak ni. Kan dah sakit” Hana Aishah terus melihat kea rah luka di dada ibunya. Baju ibunya diselak sedikit.
“Tak ada apa dik. Mak lupa sebab excited sangat. Sakit sikit je” tangan Teacher Basirah laju menepis tangan Hana Aishah yang mahu memeriksa.
“Mak sorry. Achik tak sengaja” air mata yang tadi bertakung terus mengalir turun dari mata Hana Aqilah.
“Ya Allah. Adik. Tak ada apa lah. Achik jangan nangis. Mak ok” Teacher Basirah menarik kedua – dua anak perempuannya ke dalam pelukannya. Tetapi kali ini dengan berhati – hati.
“Alhamdulillah. Ya Allah. Anak – anak mak semua dah ada bawah satu bumbung. Mak nak dapat cucu lagi sorang pulak tu. Alhamdulillah Ya Allah” Hana Aishah mengeluh berat mendengar suara sebak Teacher Basirah. Belakang tubuh ibunya diusap perlahan.
“Take care please. The operation is too recent” kerisauan jelas di sebalik suara Hana Aishah sewaktu dia merenggangkan pelukannya. Wajah ibunya yang sedang tersenyum bahagia dia tenung.
“Mak ok. Adik jangan risau dekat mak dah. You`re home” dahi Hana Aishah dikucup lama. Air mata Hana Aishah bertakung saat merasai berat rindu yang ditanggung ibunya.
“Ya Allah achik” giliran Hana Aqilah pula dikucup dahi. Pipi anak perempuannya diusap penuh bahagia.
“When did you know?” Hana Aqilah tersengih dengan sisa lelehan air mata.
“Baby dah nak masuk tiga bulan dah” tersengih – sengih wajah Hana Aqilah waktu itu.
“Budak bertuah ni. Kenapa tak bagi tahu awal – awal. Achik ni pun , awal – awal ni kena jaga la” Kapten Azam membebel sebelum dia bangun berdiri menuju ke arah Hana Aqilah.
“Mak tengah tak sihat so I wasn’t really focusing on the baby pun” Hana Aqilah memeluk pinggang bapanya manja.
“Dengan teman mak dekat hospital , buat kerja rumah ni… Sabar jelah abah dengan mak budak ni” Hana Aqilah tersengih mendengar bebelan bapanya. Kapten Azam mengusap kepala perempuannya.
“Alhamdulillah” Hana Aqilah tersenyum bahagia mendengar kata – kata bapanya saat itu.
“Achik balik hari tu sebab memang dah plan nak pindah balik area KL. With the new baby and Beeqa`s appointment it doesn’t seems feasible for us to stay in JB anymore. Pastu mak sakit , so yeah….” Senyuman pahit mengakhiri kata – kata Hana Aqilah. Kenangan yang menakutkan melihat Teacher Basirah tidak sedarkan diri sebulan lepas masih terlalu baru untuk dia mainkan semula di mindanya.
“Jangan risau dekat mak sampai Achik abai kesihatan Achik. You are with a baby. Lepas ni jangan buat macam tu dah” Teacher Basirah mencubit lembut pipi Hana Aqilah yang kelihatan sebak itu.
“I just want you to get better. Achik takut sangat. Takut mak tak dapat tengok Beeqa grow up. Takut mak tak dapat bebel kat Achik for being childish. Takut mak tak dapat tengok adik Beeqa” air mata Hana Aqilah mengalir lagi buat kesekian kalinya.
“But mak is ok now. Kitorang semua ada nak jaga mak. Achik focus dekat your baby ok?” Hana Aishah memeluk erat adik perempuannya. Wajah Hana Aqilah disembamkan ke perut Hana Aishah. Hana Aishah mengusap kepala adiknya lembut. Penyesalannya kembali.
“I`m scared” perlahan kata – kata itu Hana Aqilah bisikkan tetapi sampai ke telinga mereka semua.
“You`re a mom now. You got to be strong” Hana Aishah tersenyum pahit kerana itulah kata – kata yang dia nasihatkan untuk dirinya sewaktu berseorang di negara asing.
“Beeqa is like that. I don’t know what to expect anymore with the new baby” Hana Aishah mengeluh berat. Nasib baik anak – anak saudaranya sedang menonton tv saat itu.
“Achik tak baik cakap macam tu. Tak ada kurang apa Beeqa tu” Hana Azuwa menegur tegas adiknya. Dia dapat merasakan genggaman Wazir di pahanya. Hana Azuwa kalau dengan Hana Aqilah tegasnya lain macam tetapi saat itu mungkin ketegasan bukan jawapannya.
“Kak Chik mak Beeqa. You`re not suppose to see her flaws as a disadvantage. You should be proud of her” Alif Haziq yang semenjak tadi hanya diam tanpa suara menasihati kakaknya.
“Achik look at me” Teacher Basirah bersuara dan wajah Hana Aqilah merenung wajah ibunya.
“Nothing will happen to Beeqa and the baby. You want to know why?” Teacher Basirah tersenyum dengan genangan air mata saat dia merenung mata Hana Aqilah yang sedang menanggung beban yang berat itu.
“Because everyone know how perfect Beeqa is. And mak tahu, you out of all people know that fact” keluhan berat dihelakan Hana Aqilah. Bibirnya terketar menahan sebak saat itu.
“Dah boleh buat sinetron pukul 2 petang dah ni” Kapten Azam mengusik untuk meredakan suasana yang bertukar suram itu.
Fakhrul semenjak tadi diam memerhati. Sepanjang masa itu wajah Hana Aishah tidak lansung menunjukkan bahagia. Yang ada hanyalah kelukaan demi kelukaan. Saat itu dia benar – benar dapat merasai hakikat kegagalannya sebagai seorang suami.
****************************************
Hana Aishah mengetuk beberapa kali pintu bilik tidur tamu itu sebelum dia membuka. Dia dapat melihat Puan Sri Maria yang sedang duduk di birai katil. Ibu mertuanya yang bertelekung itu sedang merenung ke arah dinding di hadapannya.
“Assalamualaikum mama” perlahan suara Hana Aishah memberi salam sebelum dia melangkah masuk.
Dadanya berdegup kencang memikirkan reaksi yang bakal dia terima daripada Puan Sri Maria malam itu. Mulutnya tidak berhenti berzikir supaya hati ibu mertuanya lembut kembali. Baru sekejap dia dapat merasai kembali kemesraan Puan Sri Maria, tak akan sebegitu cepat dia perlu menghadapi kehilangan ibu mertuanya.
Kerusi di meja mekap itu ditarik sebelum diletakkan di hadapan Puan Sri Maria. Hana Aishah duduk berhati – hati dengan dulang yang mengandungi nasi dan sup ayam yang dimasaknya sebentar tadi.
“Hana masakkan mama sup ayam. Nanti mama dapat kuatkan sikit badan makan sup ni insyaAllah” suaranya diceriakan. Gementar di suaranya disembunyikan sebaik mungkin. Wajah ibu mertuanya tidak dipandangnya. Hana Aishah takut. Takut sekiranya wajah itu akan kembali membenci. Tidak sanggup dia menghadapi pengalaman lepas.
“Hana suap mama ye” Hana Aishah masih merenung ke arah nasi yang sedang digaulkan dengan sup itu. Yang kedengaran saat itu adalah bunyi sudu berlaga dengan pinggan kaca itu. Tangannya mengigil tetapi berjaya disembunyikan.
“Hana” suara ibu mertuanya akhirnya memanggil selepas beberapa minit berlalu. Air mata Hana Aishah yang tadi bertakung terus mengalir laju. Wajahnya masih tidak mahu merenung kea rah Puan Sri Maria.
“Hana mintak maaf. Kalau… if …. If I hurt you. Hana tak ada niat nak sakitkan hati mama” esakan Hana Aishah kedengaran. Tangannya menggenggam pinggan kaca itu kuat. Suasana kembali sunyi beberapa ketika. Semakin lama detik berlalu dalam kesunyian itu semakin hati Hana Aishah gundah gulana. Kenapa tiada jawapan mahupun balasan dari mulut ibu mertuanya.
“Hana tak nak pandang muka mama ke?” suara sebak Puan Sri Maria bertanya. Terus wajahnya disembamkan ke dada Puan Sri Maria. Air matanya mengalir laju saat itu. Esakan Hana Aishah menjadi kuat.
“Hana tak nak mama benci Hana. Hana tak nak tengok muka mama kalau mama nak tengok Hana macam mama tengok Hana dulu. After … after the … the ….” Hana Aishah tidak mampu menyambung bicaranya. Bahagian hidupnya yang itu adalah terlalu sakit untuk dia ungkapkan. Babak yang menyakitkan di mana dia terpaksa bersendiri seperti anak yatim piatu.
“Mama tak marah Hana. Mama mintak maaf. I`m sorry” suara sebak Puan Sri Maria membalas sebelum belakang tubuh Hana Aishah diusap perlahan.
“Hana menantu yang baik sangat. Hana tak ada salah apa dengan mama. Yang berdosa dengan Hana … mama ni… mama yang berdosa. Besar sangat dosa mama sampai … sampai tak habis – habis Allah balas” Hana Aishah terus merenggangkan pelukannya saat mendengar luahan hati Puan Sri Maria. Wajah ibu mertuanya yang menanggung kesakitan yang tidak mampu dia bayangkan saat itu dipandang dengan rasa terkejut.
“Kenapa ni mama? What happen? Kenapa mama macam ni? Please tell me” Hana Aishah memujuk lembut. Dulang makanan diletakkan di meja kecil di sisi meja. Tangannya menggenggam erat kedua – dua belah tangan ibu mertuanya yang sejuk seperti ais itu.
“Sejuknya tangan mama. Ya Allah. Mama tak sihat ke? Mama sakit dekat mana? Jangan buat Hana risau macam ni. Mama bagi tahu Hana please” berjujuran air mata Hana Aishah meluahkan kerisauannya. Senyuman pahit menghiasi wajah Puan Sri Maria. Tangan kanannya diangkat sebelum dia mengelap air mata menantunya.
“Ya Allah. Kau bagi aku ubat melalui menantu sebaik ini. Allahu Akbar” terketar – ketar bibir Puan Sri Maria saat kata – kata itu dituturnya. Matanya merenung ke dalam anak mata coklat menantu yang penuh kerisauan.
“I`ve never seen this much of worries in my children’s eye. Ya Allah.. Ya Allah” hatinya merintih sebelum dirapatkan wajah Hana Aishah dan bibirnya mengucup dahi menantunya lama.
Hatinya masih sakit. Sakit mengenangkan tiga orang zuriat yang dia lahirkan yang lagi banyak memberi derita daripada bahagia. Tetapi Tuhan itu Maha Adil. Dia tetap hadirkan seorang menantu sebaik ini. Menantu yang tidak sekali pernah berkasar dengannya. Menantu yang sentiasa risau akannya seperti mereka sedarah.
“Ma…” Hana Aishah memanggil lembut. Tangannya menggenggam erat lengan ibu mertuanya.
“Don’t cry like this. Hana ada dengan mama. Hana tak pergi tinggal mama dah. Hana janji” bibir Puan Sri Maria tersenyum bahagia. Semenjak pagi tadi sehinggalah sekarang , baru saat dia dia mampu tersenyum sebahagia itu. Kedua – dua belah pipi menantunya dikucup. Wajah yang masih sembap itu merenung kea rah dia masih dengan kerisauan yang menggunung.
“Untung mak abah Hana dapat anak macam Hana. Untung mama papa dapat menantu macam Hana” ikhlas kata – kata itu dituturkan.
“Kenapa ni ma?” Hana Aishah bertanya lagi. Tetapi hanya renungan yang selalu Puan Sri Maria berikan kepadanya diberi sebagai balasan. Sekurang – kurangnya kebencian yang dia takuti tiada kan. Untuk itu dia perlu bersyukur.
“Mama dah lapar. Hana suap mama boleh?” Hana Aishah mengangguk kepalanya laju.
“Tulah mama. Dari siang tak makan. Nanti mama gastritis kan susah. Mama makan ubat pulak tu” Hana Aishah membebel sambil tangannya laju mengambil dulang tadi. Air matanya yang tadi mengalir sudah mengering.
“Mama makan nasi dulu , nanti Hana bagi makan angin ok” Puan Sri Maria hanya menganggukkan kepalanya. Bibirnya dibuka saat sudu besi disuakan ke mulutnya.
“Sedap Hana masak” dia memuji sambil menjamah suapan menantunya. Dadanya lapang sedikit malam itu. Untuk seketika dia lari. Lari dari reality sebenar masalah yang sedang menimpa keluarganya. Lari dari hakikat pahit yang anak – anaknya sendiri tidak mampu menjaganya sebaik menantunya yang seorang ini.
“Adam cari Tok Ma dia nanti. He wants to say thank you to you” Hana Aishah memberitahu ceria. Hatinya lega melihat Puan Sri Maria yang menjamah suapannya.
“He likes the toys I suppose” Puan Sri Maria bertanya sambil tersenyum gembira apabila membayangkan kegembiraan cucu lelaki tunggalnya itu.
“Likes is an understatement. He loves it. Mama beli banyak sangat. Don’t spoilt him too much ok” Hana Aishah sempat memesan. Adam tadi seperti berada di dalam syurga mainan. Puas anak – anak saudaranya dan Adam bermain.
“Tapi tu lah. Along tak dapat datang. Rindu Mary” Hana Aishah membalas suram.
“Mary misses you the most. She even refuse to talk to her favourite Pak Ngah for a almost 6 month cause she said Pak Ngah send Mak Ngah to boarding school” pecah tawa Hana Aishah membayangkan kerenah anak Fakhih itu.
“Hana nak jumpa Mary. Rindu sangat. Ni mak dah discharge insyaAllah everything is more settle” Hana Aishah menyuap suapan terakhir sambil mengeluh berat mengenangkan anak gadis Fakhih itu.
“Come back to our house. I miss having you in the house. I miss hearing you reciting Quran during the dawn” Hana Aishah terdiam sejenak. Pinggan yang sudah licin itu ditenungnya. Hatinya berbolak balik. Kenangan lepas masih menghantui tetapi permintaan ibu mertuanya bagaimana mahu ditolak.
“Please Hana. Kalau Hana dah maafkan mama, you will come right?” suara ibu mertuanya bergetar bertanya.
“Hana tak marah mama. I couldn’t. I love you too much” Hana Aishah tersenyum pahit kerana itulah hakikatnya. Dia tidak mampu marah dengan kedua ibu bapa Fakhrul sepertimana dia tidak mampu marah Kapten Azam dan Teacher Basirah. Bukan salah mereka. Sesiapan pun tidak salah. Salahnya hanya seorang.
“InsyaAllah. Nanti Hana bawak Adam” Hana Aishah berjanji walaupun dia masih tidak yakin dengan relaiti manis yang sedang di hadapi sekarang.
Usai membersihkan segala pinggan mangkuk kotor , Hana Aishah kembali ke kamar tamu itu. Dia memastikan Puan Sri Maria menelan segala pil – pil yang sepatutnya sebelum dia mengurut kaki ibu mertuanya. Apabila dia pasti Puan Sri Maria sudah terlelap barulah dia melangkah keluar. Hatinya sudah lapang. Puan Sri Maria sudah lebih stabil sekarang.
Saat dia menutup pintu bilik tamu itu, bapa mertuanya muncul.
“Pa” Hana Aishah menegur lembut. Wajah yang berkedut itu masih kelihatan risau.
“Mama dah makan? Did she finish her dinner?” Hana Aishah tersenyum sendiri mendengar kerisauan bapa mertuanya. Kakinya melangkah menuju kea rah Tan Sri Fadhil yang dia tahu sedang menanti penuh sabar di dapur yang masih terang tetapi sudah sunyi itu.
“Habis satu plate. Ubat pun Hana dah bagi. Mama dah tidur pun. Hana urut – urut kaki mama tup – tup terus terlelap” Hana Aishah menyakinkan bapa mertuanya.
“Thank you Hana. Thank you” Hana Aishah terdiam sejenak apabila Tan Sri Fadhil memeluk tubuhnya erat. Suara yang tadi kerisauan bertukar sebak.
“Hana don’t know what happen but you don’t have to thank me. Both of you are my responsibilities too. So no need to thank me for doing my job” Hana Aishah mengusap belakang badan bapa mertuanya. Tiada balasan hanya pelukan yang semakin erat. Jujurnya dia bimbang tetapi sekarang bukan masanya untuk dia mengorek.
“Papa go and rest ok. Mama is doing so well earlier. Hana nak papa sihat. Cannot sedih – sedih like this. You gotta be strong for mama” Hana Aishah merenggang pelukan sebelum menutur kata – kata nasihatnya.
Hatinya bimbang. Bimbang memikirkan mertuanya. Mata Tan Sri Fadhil merah dan dia berharap bukan kerana menahan air mata. Cukup – cukuplah air mata yang dia lihat mengalir daripada mata ahli keluarganya hari ini. Untuk hari ini , dia mahu kesakitan yang dia tanggung hanya sampai di situ.
“Papa pergi tidur ok. Everything will be alright. Hana ada dengan mama and papa” Hana Aishah memujuk lembut. Renungan Tan Sri Fadhil dilarikan sebelum kepala itu dianggukkan. Hana Aishah menahan bibirnya dari bertanya.
“Goodnight Hana” kepalanya diusap lembut sebelum bapa mertuanya melangkah menuju ke bilik tamu itu. Lama Hana Aishah berdiri melihat pintu yang sudah tertutup itu. Terlalu banyak persoalan yang tidak berjawab. Hana Aishah pasti ada sesuatu yang berlaku sehinggakan mertuanya sebegitu.
“Ya Allah. Protect them from sadness, worry and pain. Panjangkan umur mereka , bagi peluang untuk mereka merasai bahagia di dunia dan akhirat” malam itu dikala rumahnya sudah sunyi , dia memanjatkan doa. Doa yang dia benar – benar berharap akan dimakbulkan.
**********************************************
Rengekan Adam mengejutkan Fakhrul yang sedang nyenyak tidur. Tangannya terus meraba – raba mencari anaknya. Tetapi saat tangannya meraba – raba kawasan katil yang seperti kosong itu, mamainya terus hilang. Sekelip mata tubuhnya didudukkan sebelum lampu tidur dinyalakan.
“Adam” suara dia kedengaran panik apabila melihat Adam yang sedang merangkak menuju ke birai katil.
“Babah is here Adam. Come here sayang” pujukan Fakhrul berjaya menghentikan Adam yang sedang merangkak itu. Mata merah anaknya merenung ke arahnya sejenak sebelum arah anaknya merangkak beralih.
“Babah. Babah” suara Adam memanggilnya sayu. Hatinya terus keresahan mendengar rengekan Adam itu.
“Did you get scared baby?” tangannya merangkul Adam ke dalam pelukannya.
“Babah. Mimi… mimi’ Adam melentokkan kepalanya ke dada Fakhrul yang tidak berbaju itu. Tangan anaknya laju menghisap ibu jari sambil mata kuyu anaknya merenung ke dalam matanya.
“You got scared. Adam couldn’t find babah and umi is it?” ubun – ubun anaknya dikucup lembut. Mata Adam berkelip – kelip memandang bapanya. Ibu jarinya dihisap kuat.
“Babah is here. I wont leave you ever ok. Baby babah sleep now ok” Fakhrul memujuk anaknya lembut sebelum dia mendodoi Adam di dalam pelukannya. Tidak sampai sepuluh minit , Adam sudah terlelap nyenyak kembali. Fakhrul tersenyum sendiri mendengar dengkuran anaknya.
Dalam dia asyik melihat wajah polos Adam yang sedang tertidur itu, dia terdengar bunyi yang datang daripada dalam bilik air. Sewaktu itu barulah dia benar – benar sedar katil mereka kosong tanpa penghuni. Kerana terlalu khusyuk menidurkan anaknya , dia lansung tidak perasan ketidak wujudan Hana Aishah di dalam kamar tidur mereka. Perasaan paniknya kembali. Semenjak Hana Aishah pulang, hatinya tidak akan tenang selagi tidak melihat dengan mata kepalanya wajah Hana Aishah.
Semalam apabila dia perlu hadir ke hospital kerana kes pembedahannya yang tidak dapat dia tunda, dia resah sepanjang masa dia berada di hospital. Kerana itu sejurus habis pembedahan dia terus menuju ke hospital untuk melihat anak isterinya.
Bunyi yang tadi kedengaran tidak berulang tetapi melihat cahaya yang keluar celah pintu bilik air dia yakin Hana Aishah berada di dalam bilik air itu. Dengan berhati – hati Adam dibaringkan di dalam kot bayi. Nasib baik Adam sudah tidur nyenyak oleh itu anaknya tidak merengek apabila dibaringkan di dalam kot itu.
Kakinya melangkah menuju ke pintu bilik air. Dia berdiri sejenak di hadapan pintu bilik air. Dia menanti penuh sabar sebelum sekali lagi bunyi tadi kedengaran. Tangan kanannya laju cuba membuka pintu bilik air tetapi berkunci.
“Sayang. Open the door” Fakhrul menahan suara supaya tidak tinggi kerana tidak mahu mengejutkan anak lelaki.
Beberapa minit berlalu dan Hana Aishah terus senyap di dalam bilik air. Fakhrul semakin resah kerana dia pasti Hana Aishah sedang Adam kesakitan. Tangannya masih cuba memuntal tombol pintu yang berkunci.
“Sayang, open the door. Abang tahu you`re not ok inside there. Open” suaranya ditinggikan sedikit sambil matanya sesekali memandang kea rah Adam yang masih berdengkur halus itu.
“Go Fakhrul. I ok je la” balasan isterinya yang ikut berbisik itu lansung tidak menenangkan dia. Suara serak Hana Aishah itu membuatkan dia semakin yakin dengan firasat hatinya.
“Open the door Hana Aishah” kali ini suaranya betul – betul meninggi sambil tangannya memuntal – muntal tombok pintu itu kuat. Tidak sampai beberapa saat pintu bilik air itu dibuka sedikit.
“You ni kenapa nak cari pasal pagi – pagi buta ni? You nak kejutkan Adam ke with your attidue ni” wajah cemberut Hana Aishah kelihatan daripada celah pintu bilik air yang dibuka sedikit. Fakhrul pula dengan selamba menolak pintu bilik air itu sehingga Hana Aishah tertolak ke belakang.
“Ahhh” Hana Aishah menjerit kuat sebelum tangannya mengapai lengan Fakhrul untuk mengelakkan daripada jatuh terlentang kebelakang.
“I got you” suara tenang Fakhrul membalas apabila pinggang Hana Aishah dirangkulnya. Pandangan mereka bertaut dan saat itu segala tembok tebal yang dibina Hana Aishah runtuh. Nafasnya terasa sesak , tubir matanya kembali hangat.
“Sayang kenapa ni?” Fakhrul menarik Hana Aishah ke dalam pelukannya erat sambil bertanya lembut. Yang kedengaran hanyalah esakan Hana Aishah. Nafas berat dihelakan.
Matanya meliar melihat sekeliling bilik air itu sebelum dia menjumpai punca kenapa Hana Aishah berkurung di dalam bilik air sudah entah berapa lama. Apabila esakan isterinya semakin reda barulah Fakhrul menarik isterinya menuju ke bilik tidur mereka semula. Didudukkan isterinya di birai katil sebelum kakinya laju melangkah mencari semua barang – barang yang diperlukan. Hana Aishah masih duduk dengan wajah yang ditundukkan di merenung ke lantai.
Apabila semua barangan sudah dijumpai barulah dia menarik kerusi meja mekap yang kecil itu dan diletakkan bertentangan dengan isterinya. Hana Aishah yang masih enggan memandang ke arahnya itu ditenung. Hana Aishah yang memakai skirt berwarna hitam yang dipadannkan dengan blaus berwarna coklat itu kelihatan kusam. Fakhrul mengeluh berat sebelum dia mendudukkan dirinya bertentangan dengan Hana Aishah.
“You buat apa ni?” suara serak Hana Aishah meninggi sebelum tangan Fakhrul yang sedang cuba menurunkan zip blausnya di tepis kasar.
“You`re in pain. Let me help you sayang” Fakhrul memujuk lembut. Wajah yang tadi tidak mahu memandangnya sedang merenung marah ke arah dia.
“You jangan nak menyibuk ye. I pandai uruskan hidup I” Hana Aishah membalas kasar sambil menyilangkan tangannya ke dadanya.
“Sayang. Sayang tengah sakit. Let me help you. Abang nak tolong sayang je” suara Fakhrul masih dikawal lagi saat itu.
“Tiga tahun I hidup sendiri Fakhrul. Three damn fine year so I don’t need your help” Fakhrul melihat bibir isterinya yang sedang digigit menahan marah saat itu.
“Remove your hand” suara Fakhrul sudah bertukar nada saat itu tetapi Hana Aishah masih berkeras.
“Puan Hana Aishah. Take your hand off your chest now” nada suara Fakhrul naik satu oktaf tetapi Hana Aishah masih diam membalas renungan Fakhrul. Sepasang anak mata coklat yang terlalu dia rindu sedang merenungnya. Bukan dengan cinta seperti selalu tetapi dengan api kemarahan.
Fakhrul tahu Hana Aishah akan terus berkeras kerana itu sebelum sempat Hana Aishah melawan, tangannya laju menarik tangan isterinya dan zip blaus itu dilurutkan.
“Lepaslah. Let go. Don’t touch me la you jerk” Hana Aishah menepis tangan Fakhrul tetapi lelaki itu dengan arifnya melegakan kesakitan di dadanya.
“Aaah. Aahhhh!” air mata yang tadi berhenti kembali mengalir apabila susunya yang bengkak dituam and diurut perlahan tangan lelaki itu.
“Ya Allah sakitnya” Hana Aishah mengaduh apabila susu yang cuba dikeluarkan daripada tadi mulai mengalir.
Semenjak pagi tadi dada kirinya sudah sakit tetapi malam tadi sakit itu semakin kuat. Dia tidak memberikan bentil susu kirinya kerana semenjak semalam setiap kali Adam menyusu sebelah itu, dia tidak mampu menahan kesakitan akibat luka hasil gigitan anaknya itu. Akibatnya malam dia dadanya sudah bengkak susu.
“Is it better now?” Fakhrul bertanya perlahan saat melihat kerutan di wajah isterinya semakin berkurangan. Tangannya masih mengurut perlahan mengeluarkan susu yang sudah bengkak itu. Hanya anggukan Hana Aishah berikan.
“Kenapa sayang tak bagi tahu abang? How long have you been holding the pain?” Fakhrul membebel apabila melihat bentil susu Hana Aishah yang sudah berdarah itu. Tangannya mengambil kapas sebelum ditekap kawasan itu.
“Arghh. Jangan tekan please. Pedih sangat” air mata Hana Aishah kembali laju.
“Its bleeding. Since when luka ni?” Fakhrul memandang wajah isterinya yang kembali berkerut menahan kesakitan. Anak mata coklat kegemarannya disembunyikan disebalik kelopak mata yang dipejam rapat.
“Couple days. Adam is upset these past few days so he`s been biting” Hana Aishah mengadu. Tangannya menggenggam tilam menahan kesakitan sambil Fakhrul meneruskan urutannya.
“Did you apply anything on the wound?” Hana Aishah menggelengkan kepalanya sebelum mengaduh kesakitan.
“Arghh. Ya Allah sakitnya. Slow down a bit please” Hana Aishah memegang lengan Fakhrul mahu lelaki itu berhenti tetapi Fakhrul masih meneruskan proses itu.
“Sayang tahan sikit. Just a bit more. The swelling is reducing already” Fakhrul memujuk lembut.
“It hurt so much” bibir Hana Aishah mengigil mengadu. Sejujurnya dia sudah mula merasai seram sejuk semenjak melabuhkan tubuhnya di dalam bilik tidur itu tengah malam tadi tetapi dia cuba untuk tidak mengendahkan sakitnya.
Hampir sepuluh minit Fakhrul duduk di hadapan isterinya sambil meneruskan proses itu. Air mata Hana Aishah sekejap – sekejap mengalir apabila sakit itu tidak mampu ditanggungnya. Sehingga Fakhrul berpuas hati apabila dapat merasai bentil susu isterinya sudah mengering barulah dia berhenti. Susu yang berkumpul di dalam botol susu itu dibawanya ke dalam bilik air sebelum dibuang. Susu yang sudah bercampur dengan darah itu memang tidak boleh diberikan kepada Adam.
Tuala basahan yang direndam di dalam air suam itu dibawa kembali kea rah Hana Aishah yang masih duduk di birai katil. Perlahan – lahan tuala itu di gunakan untuk mengelap bersih dada Hana Aishah sebelum dia mengambil tuala kering untuk mengering kawasan itu. Tangannya mencapai pula krim yang dijumpai di dalam beg isterinya sebelum disapu di kawasan luka yang masih merah itu.
“Nanti sayang susukan Adam sebelah right side je. But 3-4 hourly kena express the milk on this side if not the milk going to get clogged again” Fakhrul merenung wajah isterinya yang sedang merenung ke anak mereka yang sedang tidur nyenyak itu.
“Its not painful anymore but why do still look upset” Fakhrul bertanya lembut saat melihat anak mata coklat yang sedang memandang kerisauan ke arah anak mereka.
“Nothing” Hana Aishah menggelengkan kepalanya lemah sebelum tangan isterinya kembali memasang semula kacing baju dalam.
“Don’t wear the bra just yet. Sayang tukar pakai baju abang. Let the wound breath abit. If its covered it wont heal well” Fakhrul menasihati isterinya sebelum menghulurkan baju t-shirtnya yang besar. Hana Aishah hanya menganggukkan kepalanya sebelum baju huluran suaminya disambut.
“Sayang nak pergi mana tu?” Fakhrul bertanya pelik apabila Hana Aishah berdiri dan mulai bergerak meninggalkannya.
“Change cloth” Hana Aishah menjawab pendek.
“Tukar dekat sini je lah. Its not like I haven’t seen every inch of you” usikan Fakhrul dibalas dengan tawa sinis Hana Aishah.
“You have but you have lost the right a long time ago” Hana Aishah membalas sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam bilik air meninggalkan Fakhrul di dalam lukanya.
Saat Hana Aishah keluar daripada bilik air itu, Fakhrul masih duduk di tempat yang sama dengan raut wajah terluka yang sama. Hana Aishah mengeluh berat sebelum dia menuju ke tilam yang masih dipenuhi barang – barang yang digunakan suaminya tadi.
“Ehh. Its fine sayang. Sayang rehat. Biar abang kemas” Fakhrul menegah laju dan sejujurnya Hana Aishah terlalu penat untuk melawat kerana itu dia terus membaringkan dirinya di sebelah kiri tilam.
Matanya diam memerhatikan perlakuan Fakhrul. Pelbagai perasaan bermain di mindanya saat itu. Fakhrul yang ini dia tidak biasa lihat. Pada awal perkahwinan mereka memang benar sisi Fakhrul yang ini paling dia lemas tetapi apabila dia sudah membiasakan dirinya untuk dijaga lelaki itu , dia dipaksa berhadapan dengan sisi menakutkan lelaki itu.
Setahun dia menanti. Menanti Fakhrul yang ini. Fakhrul yang sentiasa mahu menguruskan segalanya kerana dia sudah membiasakan dirinya dengan sikap controlling lelaki itu. Tetapi kenapa setelah dia pergi baru segalanya berubah. Kenapa bukan tiga tahun lepas? Kenapa bukan hari di mana dia merasai sedikit bahagia apabila mengetahui tentang kandungan yang Fakhrul berusaha mahukan selepas kematian anak sulung mereka?
Kenapa lelaki itu tidak bertanya dan mahu mendengar jawapan? Kenapa kata – katanya tidak mahu didengari lelaki itu tiga tahun lepas? Kenapa sekarang apabila dia sudah tidak mahu berbicara? Kenapa sekarang apabila hatinya benar – benar tidak mampu untuk meneruskan segalanya?
“Sayang ok?” entah bila lelaki itu berbaring mengiring bertentangan dengannya Hana Aishah pun tidak tahu. Dibuai emosi dan persoalan yang seperti tiada henti di dalam mindanya.
“How did you know?” Hana Aishah merenung ke arah Fakhrul sambil bertanya.
“Know what?” dahi Fakhrul berkerut cuba menafsir soalan isterinya.
“How to relieve that clogged milk?” Fakhrul tersenyum mendengar soalan isterinya.
“Sayang tak ingat ke?” giliran Hana Aishah menggelengkan kepalanya mendengar soalan Fakhrul.
“Remember what?” Hana Aishah bertanya pelik.
“After… After…” nafas panjang dihela Fakhrul melegakan sesak di dadanya.
“After Adam, susu sayang kan tak berenti keluar. It tooks almost 2 weeks for it to dry off. So you had few episodes of clogged milk. Macam tadi. So abang did some research and ask around also” air mata Hana Aishah bertakung mendengar kata – kata Fakhrul.
“Sayang tak ingat?” Hana Aishah memejam matanya rapat sebelum menggelengkan kepalanya.
“I don’t remember a thing that happen during the first month. It was all too blurry” air matanya gugur sebelum bergetar bibirnya berbicara. Fakhrul menelan air liurnya yang terasa kesat. Wajah Hana Aishah sudah banjir dengan air mata itu ditenungnya dengan kesakitan yang sama.
“I know that no matter how many times I apologise , I cant erase the pain that I gave you. Abang nak putar balik masa. Abang… abang nak percaya semua yang sayang cakap. Abang nak jaga sayang dengan Adam like how I suppose to. Abang tak nak buat sayang dengan Adam macam tu. Abang… Ya Allah I just want to change everything” air mata Fakhrul mengalir pagi itu.
“Tapi abang tak boleh. I cant erase and redo that part of our life. I want to … so badly but I couldn’t” tangan Fakhrul menggapai wajah isterinya. Air mata yang mengalir lebat itu dilapnya.
“Tapi abang janji. Abang akan tebus balik semua dosa abang. Abang akan bagi that beautiful love story that you want. Abang nak besarkan Adam dengan sayang. Abang nak sayang” tersekat – sekat suara Fakhrul merayu meminta.
“Please” dahi isterinya dikucup lama. Air mata Fakhrul menitik ke pipi Hana Aishah.
“Don’t leave me. I cannot live without you. It hurt so much. So so much” Fakhrul merapatkan tubuhnya ke tubuh isterinya.
“I want to see your beautiful brown eyes. I miss it so much. The eyes that always calm whatever storm that came my way” Hana Aishah masih memejam matanya rapat. Dia tidak mahu kalah dengan pujuk rayu Fakhrul.
“Please sayang” suara serak Fakhrul kedengaran terdesak. Ketakutan yang dia rasai tidak mampu dia sembunyikan lagi. Dia terlalu takut akan kehilangan Hana Aishah.
“I love you so much. So much that it hurt. Sakit sangat dekat sini” tangan Hana Aishah diambil sebelum diletakkan di dadanya dalam Fakhrul menutur kata penuh kesakitan.
Degupan nadi yang sentiasa menenangkan dia walaupun setelah dicaci , dimaki dengan segala bekas hasil perbuatan Fakhrul ditubuhnya. Itulah irama nadi yang dia cari. Irama nadi yang mengubat luka di hatinya. Seperti mana tiga tahun lepas , nadi itu yang membuatkan tidurnya menjadi tenang kembali.
Entah berapa lama Hana Aishah tidak tahu tetapi saat dia membuka kelopak matanya , Fakhrul sedang merenungnya. Air mata lelaki itu lansung tidak disembunyikan. Lelaki yang mempunyai ego setinggi langit sebelum ini. Lelaki yang tidak pernah mengaku salah. Lelaki yang sentiasa betul.
“I don’t know anything anymore. I cannot promise you anything Fakhrul. Its not just the pain I`m talking about. You broke the trust I gave you. You broke me till I was left with nothing. You strip me off everything that I have. I lost myself loving you” bibirnya digigit menahan sebak saat Hana Aishah menutur kata.
“I love you with everything I have. I sacrifices all my dreams for you. I fought so hard for us but you push me till I have to leave. I had to leave because of you. And now seeing the result of my action, sakitnya Tengku Fakhrul. Sakit sangat. I tak mampu cakap sakit tu” dada Fakhrul terasa sesak saat melihat kesakitan yang dipancarkan isterinya.
“Sampai hati you Fakhrul. I gave up everything just to make you happy. I mintak satu benda je. Satu je. Trust me. Kenapa susah sangat you nak bagi? I…. I tak pernah tipu you, how can you believe them. You trusted the picture more than you own wife” sebaknya tidak dapat ditahan lagi saat soala – soalan yang selama ini dia mahu tanya diluahkan.
“How can you love me when you don’t even trust me?” soalan yang membuatkan tidur malamnya tidak pernah lena.
Bagaimana satu insan itu mampu mencintai tetapi tidak mempercayai. Sepanjang mereka berkahwin Hana Aishah tidak pernah sekali meragui betapa Fakhrul mencintainya. Tetapi sekali pun lelaki itu tidak pernah mempercayainya.
“Sebab abang tahu since the beginning itself. Abang tak layak untuk sayang. I could never be worthy enough to be loved by someone like you. Your heart has too much love and care for everyone that I convince myself that you can never love someone with a heart like me” Fakhrul tersenyum pahit membalas.
“Despite knowing that, I still couldn’t let you go. I`m sorry for that” keazaman di sebalik anak mata hitam milik Fakhrul jelas kelihatan saat lelaki itu menutur kata.
“Fakhrul cinta Aishah. Sampai syurga” Fakhrul berbisik sebelum tanpa berfikir walaupun sejenak, bibirnya turun ke sepasang bibir nipis yang dia terlalu rindu itu.
Share this novel
please nak Hana Ngan mikha '))))))))
kesian jgk dgn fakrul dia dah cuba untuk ubah diri dia,semoga mereka bahagia
cerita ni dah habis ke