Bab 6

Romance Completed 21373

Semakin hari, Iris lebih rapat dengan Hazriq. Tania pula menjauhkan diri daripada Iris dan lebih agresif merapatkan jurang antara dia dan Rayyan. "Awak, balik ni tumpang awak boleh? Parents saya ada hallah." Tania tersenyum manja.
Rayyan hanya diam sambil memerhati keadaan sekeliling. Dia sedang membuat rondaan bagi memastikan semua pengawas menjalankan tugas dengan baik. Dia sebenarnya semakin serba salah. Peraturan tidak membenarkan pelajar bercinta sebenarnya tetapi dia ketua pengawas yang bercinta. Lebih lagi, dia sudah mempunyai isteri.
"Rayyan! Saya cakap dengan awak! Dah lah semalam awak tak call saya pun." Tania menguatkan sedikit suaranya. Terkejut Rayyan jadinya. Iris yang kebetulan lalu di situ terus menoleh ke arah suara yang tidak asing itu.
"Kenapa awak jerit ni? Tau tak ni sekolah?" Rayyan geram dengan tindakan Tania.
"Ehem, ehem. Jaga suara korang. Kalau tak nak kena tulis nama. Kat sini bukam tempat bergaduh." Iris sedaya upaya tidak mahu mencampur urusan rumah tangganya dengan Rayyan apabila di sekolah.
"Kau tak payah nak gedik sangatlah, Iris. Aku tahu kau cuba rampas Rayyan dari aku, kan? Siap balik sama-sama lagi. Aku ni girlfriend dia! Tapi tak pernah nak balik sama-sama." Tania melepaskan mrah kepada Iris.
"Tania, ini sekolah. Faham? Sekolah. Aku tegur korang sebab memang tugas aku sebagai pengawas. Aku tak terlibat dalam konflik korang. Kau nak kecoh pasal Rayyan ni kenapa? Kalau aku nak rampas dia, takde makna aku jadi orang tengah dulu. And, aku dah lama kenal your boyfriend ni. Kalau aku nak dia, aku boleh dapat dia lama dulu. Cepat makan karang nanti makanan habis." Iris terus beredar.
Rayyan terpempam. Argghhh!!! serabut betul!
"Eee.. perempuan tu. Geramlah!" Rayyan pelik memandang Tania. Adakah dia lupa manusia yang digelar 'perempuan' itu adalah sahabat baiknya yang sentiasa ada waktu susah dan senang? Begitu senangkah Tania melupakan perkara itu?
"Yang awak panggil perempuan itulah your bestfriend." ujar Rayyan dan turut beredar.
****************
"Awak dah sihat ke ni?" tanya Hazriq. Pelik juga melihat gadis idamannya itu tidak duduk diam. Ada sahaja yang mahu dilakukannya. "Dah. Kalau tak takdelah saya tolong angkat hadiah ni."

Iris meletakkam kesemua hadiah itu di atas meja yang disediakan. Lusa merupakan temasya sukan sekolah. Tidak sabar rasanya. "Ok. Tapi rehatlah juga. Karang skait balik, susah. Lepastu tak larat nak lari bagai. " Hazriq membebel.

Iris ketawa perlahan. 'Mamat ni membebel je kerjanya.'
"Heshh.. sudahlah membebel. Awak ni macam suami saya pula nak tegur itu ini." Dia mencebik. Hazriq tersengih. "Alaa.. manalah tahu jodoh betul-betul." Hazriq tersengih. Iris terus membaling polisterin ke kepala Hazriq.
"Gatal! Miang! Eeee..." gadis itu membuat muka geli. Rayyan yang memandang dari jauh sakit hati. 'Kenapa aku yang beriya sakit hati ni? Aku suka dia ke? Eh, taklah! Jangan fikirkan.' Rayyan bermonolog sendiri selepas itu masuk ke dalam kelas.
Iris dan Hazriq juga sudah menyiapkan tugasan yang diberi oleh Puan Asnida itu lalu berlari anak masuk ke kelas.
****************
"Assalamualaikum." Iris mengetuk pintu rumah itu. Rayyan di belakang menunggu sambil memegang beg baju mereka. Beginilah mereka. Kejap dirumah ibu bapa Rayyan, kejap di rumah ibu bapa Iris.
"Waalaikumsalam. Dya! Lama nya akak tak jumpa." Qistina, kakak sepupunya memeluk Iris. Dia hanya memberikan senyuman kepada Rayyan. "Mana the kids?" tidak sabr ingin berjumpa anak buahnya itu.
"Ada dengan Maksu dengan Paksu. Jomlah masuk." Mereka masuk ke dalam rumah. Rayyan meletakkan dahulu beg di tepi tangga dahulu. Me reka bersalaman dengan Haji Iman dan Hajah Laila.
"Rayyan dengan Iris sihat? Macam mana sekolah? Cikgu sekolah kamu tu memang dah sedia maklum korang berdua ni dah kahwin. Ini keputusan dari kedua-dua belah pihak untuk memberitahu kepada sekolah yang Iris dengan Rayyan dah kahwin. Supaya tak timbul fitnah. Korang pun jangan nak bercinta dengan orang lain. Dah ada suami, dah ada isteri. Ingat status." Haji Iman sempat menegur.
Rayyan rasa tersindir walaupun dia tahu bapa mertuanya itu bukan hendak menyindirnya.
"Kitaorang sihat je walid, umi. Kami naik dulu lah ya? Nak letak barang." Iris menarik baju kemeja Rayyan. Sebenarnya mereka baru balik dari sekolah. Tengok-tengok sahaja sudah ada beg baju di dalam bonet kereta.
Pak cik Firdaus menyatakan yang Puan Sri dan Tan Sri menyuruh mereka balik ke rumah keluarga Iris.
****************
"Kau marah ke tentang tadi?" tanya Rayyan. Dia melonggarkan tali lehernya. Butang kemeja dibuka perlahan. "Boleh tak jangan nak buka baju dekat sini?" kata Iris tanpa menjawab soalan Rayyan.
Rayyan tersengih lebar. "Kau malu ke? Buat apa nak malu? Kitakan suami isteri. And, kau dah tengok semua, kan?" Rayyan mendekati Iris lalu mengepungnya ke dinding.
Muka Iris berubah merah. Rambutnya yang sedikit kusut akibat baru membuka tudung, Rayyan sisir perlahan. "Tepilah!" Iris bercakap kasar lalu menolak badan Rayyan. Terkejut Rayyan dengan tindakan kasar Iris.
"Kau kenapa?" Rayyan memandang isterinya yang sedang memilih baju. "Janganlah ganggu aku. Aku tak nak Tania anggap yang bukan-bukan. Aku tak suka kau dan kau pun tak suka aku. Aku tak nak disebabkan kau, persahabatan aku dengan Tania yang hampir 8 tahun putus." terpana Rayyan dengan kata-kata itu.
"Kau langsung tak sayangkan aku ke?" tanya Rayyan perlahan. Iris terdim sejenak. "Langsung tak. Aku sayangkan Hazriq." ucap Iris dengan berani.
"Tapi kau tu isteri aku! Tau tak?! Kau ISTERI aku!" Rayyan semakin bengang apabila Iris berkata begitu. "Habistu? Aku ni tak layak ke bahagia dengan orang yang aku suka? Aku malas nak layan kau. Lepas ni aku nak ulang kaji. SPM lagi sebulan." Iris bergerak ke bilik air lalu dihempas kuat.
Rayyan merengus. 'Suka hati dialah!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience