OBSES - 01

Romance Series 19920

Mukanya berkerut saat terdengar bunyi bingit yang datang dari loceng jam yang disetkan pada telefon pintarnya. Tangannya meraba-raba mencari dimana benda berpetak itu berada dan akhirnya loceng tersebut dimatikan. Dia kembali menekup muka di bantal dan menyelesakan diri untuk sambung tidur. Namun tak sempat hanyut di alam mimpi, bunyi ketukan bertalu-talu di pintu bilik pula menjadi ganti pada loceng tadi.

"Marlia, bangun. Solat subuh, nak," kejut Puan Marlina di luar. Marlia mendengus kasar dan bangkit dari perbaringannya. Tidak mahu mummy nya terus membebel di depan pintu, dengan suara serak dia membalas dan akhirnya ketukan dan laungan suara mummy nya pun terhenti. Sempat dia dengar mummy nya berpesan untuk terus bersiap-siap ke kolej sebaik saja habis menunaikan ibadah.

Marlia dengan muka yang masih tidak berpuas hati mengambil telefonnya dan dibuka. Jadual kelas yang memang dijadikan sebagai wallpaper di lihat. Kelasnya bermula pukul 10:30 pagi. Maknanya ada masa dia mahu beradu seketika. Ah, mummy nya ni suka sangat kalut. Dia menghempaskan tubuh ke katil. Rasa sejuk penghawa dingin kembali menggigit tubuh. Dia menggeliat dan berguling-guling di atas katil itu.

Saat dia seronok menggeliat, tiba-tiba fikirannya terlintas sesuatu. Sesuatu yang sangat seronok jika dia boleh merasakan benda itu realiti. Dari menggeliat perlahan, semakin galak dia menggeliat. Terliuk-liuk tubuh badannya dengan matanya terpejam. Membayangkan sesuatu. Tak cukup menggeliat, dia bergolek pula dengan nafas yang berat. Seronok sangat dia rasa. Terlalu seronok sehingga...

"Marlia binti Norman, dah bangun ke belum tu?!"

Marlia tersedar. Dia baring terlentang di tengah-tengah katil bersama peluh yang membasahi tubuh badannya walaupun biliknya ketika ini sedang sejuk. Pekikan Puan Marlina dibuat tak endah malah dia tersengih dan terus bangun. Baju tidur singkatnya dibuang ke dalam bakul pakaian kotor dan terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Solat subuh?

Marlia melupakannya.

"Lambat kau hari ni, Mar?" tanya Edna sebaik saja Marlia mengambil tempat duduk di sebelahnya. Marlia yang masih tercungap-cungap itu sekadar menoleh dan tersengih sedikit. Dia menoleh semula ke hadapan. Whiteboard masih bersih, meja yang terletak projector disitu seakan tidak berusik. Marlia menoleh ke arah Edna.

"Encik Hasni hari ni tak masuk. Dia bagi kertas assessment je," kata Edna tanpa menunggu persoalan dari Marlia. "Bila dia nak?"

"Bila dia rasa dia nak. Kau tahulah orang tua tu. Cakap tak serupa bikin."

"Kau dah buat?"

Edna menggeleng. "Aku tunggu Sufi. Sufi je yang fokus selalunya kalau kelas dia," jawabnya mendapat anggukan dari Marlia. Baru terdetik niat Marlia ingin pergi mengambil kertas tugasan yang dibicarakan namun melihat ada satu kertas tugasan tersebut, tidak jadi dia ingin mengambil. Ini mesti Edna sudah ambilkan terlebih dahulu untuknya. Sementara menunggu jawapan dari Sufi, mereka berdua bermain telefon dahulu. Bukan mereka berdua saja malah hampir semua di dalam bilik kuliah itu sedang menatap skrin telefon masing-masing. Ada yang bermain game, ada yang melihat video-video di aplikasi Tiktok, ada yang sedang giat membalas mesej kekasih hati, tidur dan sebagainya.

Tatapan di telefon sudah tidak menjadi tarikan Marlia lagi. Kini dia asyik merenung ke luar. Merenungkan sesuatu yang hanya dia saja tahu. Dia kembali teringat bayangannya pagi subuh tadi. Wajahnya mulai memerah lalu perlahan-lahan dia menekup wajahnya dengan sebelah tangan bersama sengihan. Katakan dia gila kerana memang dia sudah gila sekarang ni. Menggilai sesuatu.

"Mar! Mar! Tengok kat luar tu, Mar!" Edna menyenggol lengannya. Menyedarkan sekali gus membatalkan bayangan Marlia. Marlia yang dikejutkan sebegitu terus saja melihat ke luar seperti yang dikatakan Edna. Terkaku tatapannya pada seseorang yang sedang bergelak tawa bersama rakannya. Tak lepas anak mata Marlia galak mengekori langkah tiga sekawan itu yang sedang melintasi bilik kuliah mereka sehinggalah bayangan mereka bertiga hilang dari pandangan.

"Tak nak...," tanpa sempat Edna melanjutkan kata, Marlia terus bangun dan keluar daripada bilik kuliah itu mengikut pintu belakang. Sedikit pun dia tak peduli dengan apa keadaan kelas itu atau apa kejadian dengan kertas tugasan yang bila-bila masa saja pengajarnya mahukan. Dia dah tak peduli. Yang dia peduli sekarang, jejak tiga sekawan itu. Hidungnya mula aktif. Cuba menghidu baua aroma minyak wangi yang dikenakan pada salah seorang dari tiga sekawan itu. Walaupun dia sendiri tahu, tahap hidu manusia tak setaraf dengan tahap hidu haiwan, lagi-lagi anjing.

Laju langkah diatur. Cuba mengagak jejak tiga sekawan itu. Akhirnya, langkahnya terhenti 6 meter jauh dari jejak tiga sekawan itu yang sedang memasuki koperasi kolej yang sedang beroperasi sekarang. Marlia menggigit bawah bibirnya dan tersengih. Dia menarik nafas dan merapikan dirinya. Dia mula menapak ke koperasi tersebut. Detak degupan jantung ketika ini usah diungkapkan. Bagaikan baru lepas membuat larian maraton. Pintu koperasi kolej tersebut ditolak perlahan. Sebaik saja dia melangkah masuk, semua mata tertumpu padanya. Termasuk lelaki itu.

"Oi, Mar," salah seorang daripada tiga sekawan itu menegurnya dan terus menggeledah keropok yang sedang tergantung di dalam plastik bundle tersebut. Marlia hanya tersenyum senget dan melarikan pandangannya. Kelihatan lelaki itu sedang leka merenung aiskrim malaysia yang pelbagai perisa di dalam peti frezeer tersebut. Marlia perlahan mendekatinya.

"Mana bagi kau sedap, Mar?" tanya dia sebaik saja perasan kehadiran Marlia di sisinya. Marlia terdiam sebentar. Tidak tahu untuk memberi jawapan pada lelaki itu. Fikirannya mula terbayangkan sesuatu namun cepat-cepat dia menggeleng dan berdehem sedikit. Lelaki itu menoleh ke arahnya dengan kening yang berkerut. Hairan dengan tingkah laku Marlia.

"Kau minum ketum ke apa, Mar? Lain macam aku tengok kau ni."

"Tak adalah. Aku pening sikit," balasnya lantas membuka peti frezeer itu. Salah satu aiskrim berperisan strawberi coklat diberikan pada lelaki itu. "Ni sedap. Serius," katanya dengan yakin. Lelaki itu berhenti menilik dan memandang ke arahnya. Perlahan-lahan huluran Marlia disambut bersama bibirnya sengaja dicebikkan. Marlia sikit pun tidak ambil hati. Cebikkannya itu bukan tak mahu tetapi memang perangainya.

"Weyh, Jal. Dah ke belum?" dalam tak sedar, rupanya dua lagi kawan kepada lelaki itu sudahpun selesai membeli dan sedang menunggunya. Jal ataupun nama sebenarnya Farizal, menoleh sekilas dan mengangkat tangan. Dia memandang Marlia.

"Kau belanja, kan?" dengan sengihan di bibir. Marlia yang sekadar mendiamkan diri sekadar memberi isyarat kepadanya untuk pergi saja ke kaunter. Farizal tergelak. Sempat dia menyambar snek kacang Nips dan diletakkan di meja kaunter.

"Ni sekali eh, Mar? Thank you." Farizal tergelak kecil. Marlia hanya diam menghembuskan nafas. Sementara makcik itu sedang mengira jumlah pembelian Farizal, Marlia mengambil dua tin minuman kopi susu berperisa Mocha. Keropok-keropok yang dijual itu bagaikan ghaib dari matanya. Dari dulu dia kurang dengan keropok yang penuh dengan MSG dan sodium entah apa-apa itu. Baru saja hendak ke kaunter, langkahnya dihalang oleh Farizal. Dia mendongak melihat lelaki itu.

"Aku saja je, Mar. Aku ada duit lagi nak bayar. Gerak dulu eh? Bye. Assalamualaikum," katanya dan terus melangkah keluar dari koperasi tersebut. Marlia jadi terkebil-kebil seorang diri. Sebaik saja bayangan Farizal dan kawan-kawannya yang lain hilang, Marlia bergerak ke kaunter untuk membayar air minumannya.

"Sudah ada yang bayar, Mar." Makcik itu tersenyum dan tergelak kecil. Marlia tergamam. Siapa pula yang bayar? Rasanya dalam koperasi ini tadi hanya ada dia, Farizal dan juga dua orang pelajar junior semester 2 perempuan.

"Takkan Jal kot...," gumamnya sendiri dan disambut tawa makcik itu. "Tak usah difikirkan lagi. Orang dah belanja, ambil aje. Ya dik, nak bayar?" Makcik itu terus mengalihkan tumpuannya pada pelajar junior itu yang sedang beratur di tepi meja kaunter tersebut. Tak mahu terus berlama disitu, Marlia terus mengambil airnya dan keluar dari koperasi tersebut. Perlahan-lahan bibirnya menguntum senyuman. Laju langkahnya kembali ke bilik kuliah.

"Ed! Ed! Bangun, Ed!" sekembalinya dia ke bilik kuliah yang masih sama keadaannya, Marlia terus mengejutkan Edna yang sedang lena dibuai mimpi. Berkerut-kerut muka Edna kerana terasa diganggu. Tapi memang betul diganggu pun. Marlia meletakkan air tin sejuk itu ke pipinya. Terus melonjak dia bangun dan memaki setepek kepada kawannya.

"Kau kejut bagi beradab sikit boleh tak? Apa benda kau nak ni? Aku nak tidur pun tak senang. Dahlah petang ni kelas Madam Vi," bebel Edna secara tak langsung memalitkan pengajar subjek Matematiknya sekali. Marlia tersengih dan menjerit kecil.

"Ed... kau tahu tak tadi dekat koperasi... Jal cakap dengan aku!" Marlia mula membuka cerita dengan penuh teruja.

"Memanglah cakap. Takkan guna bahasa isyarat pula dengan kau?"

"Eh barua, kau dengar dulu boleh tak?"

"Ha ya... ya..., sorry... ha cepatlah. Lagi? Jal buat apa lagi kat kau? Cium?" teka Edna selamba dan mendapat tamparan sedas di lengannya dari Marlia. "Bukanlah. Takkan nak cium public kot," marahnya dan mendapat anggukan malas dari Edna. Marlia kembali dengan senyumannya. Tubuh badannya mula terliuk-liuk gedik sendiri.

"Dia tanya aku aiskrim apa yang sedap sebab dia nak makan aiskrim kan? So aku bagilah aiskrim favourite aku kat dia. Lepastu, dia ambil. Kau tahu tak, mula-mula dia minta aku belanja dia aiskrim tu dengan Nips tau pastu belum sempat aku nak pergi bayar sekali dengan air aku, dia dah bayar dah aiskrim dia. Dia cakap dia saja je. Lepastu tak apalah aku pun pergilah nak bayar air aku and kau tahu tak... air aku rupanya dah dibayar!"

"Siapa yang bayar?"

Marlia menggeleng. "Entah. Aku nak tanya acik tu pun acik tu asyik tergelak-gelak apa benda tah dia. Tapi aku rasa... air aku tu mesti Jal dah bayar sekali. Aww so sweet!" Marlia menekup mukanya. Edna menunjukkan reaksi meluat.

"Yakin je kau kan Jal yang bayar? Entah-entah orang lain yang bayar."

"Ish siapa pula nak bayar? Memang kat situ masa tu ada aku, Jal dengan dua orang budak junior perempuan je. Takkan budak junior tu kot? Dahlah tak kenal tiba-tiba nak bayarkan air aku," kata Marlia. Dia mencebikkan bibirnya. Edna ni cubalah support sikit kawannya ni? Ini tidak, lagi nak menjatuhkan ada.

"Hmm entah-entah makcik tu yang nak belanja kau?"

See? Tak support langsung! Marlia menjelingnya dan terus membuka salah satu air tin kopi susu itu dan meneguknya rakus. "Whatever. Aku tetap rasa Jal yang bayar air aku." Marlia tetap dengan pendiriannya. Edna mengerlingnya sekilas dan menggeleng perlahan.

"Silakan miss delulu. Untunglah crush belanja air," kata Edna dengan nada meleret menyampah. Marlia tersengih sedikit dan terus meneguk sehingga ke titisan terakhir.

ngeng ngengg

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience