Setelah membawa kereta dengan laju, Hadi memberhentikan kereta secara mengejut. Terlopong mulutnya apabila melihat pagar rumah Tiara yang tidak bertutup seperti ditinggalkan begitu sahaja.
Hadi mendapati telefon pintar Tiara terjatuh di kawasan pagar itu. Dia membuka telefon itu dan melihat berbelas 'misscall' daripada dia.
"Patutlah tak angkat. Terjatuh dekat sini"
Hadi bertambah cemas. Tanpa berlengah, dia masuk kembali ke dalam kereta dan terus memecut laju.
"Bengkel" kata Hadi perlahan.
Pedal minyak ditekan kuat. Terus terang, fikirannya berserabut ketika itu. Hanya satu yang dia inginkan iaitu untuk melihat Tiara dalam keadaan yang selamat.
//
"Hoi! Nak pergi mana tu?" laung satu suara yang tidak jauh dari Tiara. Tiara yang sedang mengesot ke arah meja untuk mencari objek yang boleh melepaskan dirinya terhenti.
Pandangan nya tertumpu pada seorang lelaki yang sedang menuju ke arahnya.
Alangkah terkejutnya dia apabila melihat lelaki itu ialah Syakir. Lelaki yang pernah mengganggu nya semasa dia dalam perjalanan ke universiti.
"Kau siapa?! Kenapa aku dekat sini, hah?!" jerit Tiara. Apa salahnya sehingga dia diperlakukan sebegini?
"Serius lah kau tak kenal aku? Ke saja-saja buat tak kenal? Ingat lagi tak Hadi pernah selamatkan kau daripada seorang lelaki. Aku lah lelaki tu. Syakir" kata lelaki itu sambil mengambil satu kerusi dan duduk di hadapan Tiara yang berada di atas lantai.
"Apa yang kau nak, hah?" kata Tiara sambil mengesot ke belakang supaya dirinya jauh daripada Syakir.
"Tak ada apa cuma nak dapatkan balik apa yang sepatutnya aku dapat dulu" kata Syakir dengan senyuman yang mengerikan.
Tiara menelan air liurnya. Takut, cemas, gelisah, risau, semuanya dia rasakan bercampur-baur ketika itu.
Dia sangat berharap yang segala yang sedang terjadi itu hanya sekadar mimpi ngeri nya dan dia sedang tidur.
Tidak cukup dengan kehadiran Syakir, ada sesuatu yang tidak Tiara sangka muncul di hadapan matanya.
"Tiara Adriana" sebut satu suara yang Tiara agak kenali siapakah empunya suara itu.
Nafasnya bagai terhenti apabila Rafiq Izuddin menyapa pandangan nya. Rupanya Syakir tidak keseorangan tetapi berdua.
"Rafiq! Kau! Apa sebenarnya yang kau orang nak ni?! Lepaskan lah aku!" Jantung Tiara bertambah laju berdegup saat Rafiq perlahan-lahan datang ke arahnya lalu duduk di hadapan Tiara.
"I want you, my dear" jawab Rafiq sambil jarinya ingin menyentuh dagu Tiara tetapi Tiara sempat mengelak wajahnya daripada disentuh.
Saat Tiara memalingkan wajahnya daripada Rafiq, matanya sempat tertancap pada 'screwdriver' yang berada di jauh daripada situ.
Dan dia juga perasan akan pintu yang terbuka di belakang bengkel. Tiara nampak sedikit sinar harapan untuk dia meloloskan dirinya.
Tiara mula bertanyakan soalan sambil perlahan-lahan mengesot ke belakang supaya dia dapat mencapai 'screwdriver' yang berada di situ.
"Kenapa aku? Aku pernah ada masalah ke dengan kau? Hah, Rafiq? Apa masalah kau?" tanya Tiara sambil tangannya cuba mencapai 'screwdriver' tetapi masih tidak dapat.
"Kenapa kau? Senang je. Kau pun tahu yang Nia nak dekat Hadi tapi Hadi nak kau. Jadi, Nia nak satu-satunya perempuan yang jadi penghalang cinta dia tu lenyap and dia serahkan tugas untuk lenyapkan kau tu pada aku. Senang cerita, aku berkomplot lah dengan dia kalau kau susah sangat nak faham"
Tiara hampir-hampir sahaja terhenti daripada cuba mencapai 'screwdriver' kerana terkesima dengan kata-kata Rafiq. Sampai begitu sekali keinginan Nia untuk mendapatkan Hadi.
"Aku tak tahu lah kalau kau tahu ke tak tapi, Hadi likes you. I can see it. Sebab tu setiap kali aku nak bercakap dengan kau, Hadi mesti akan menyelit. Because he is jealous seeing you with me. Aku pun pelik dengan 'taste' Ikhwan Hadi ni. Rupa ada, kaya pun kaya tapi minat dengan perempuan macam ni" kata Rafiq, berterus terang yang membuatkan Syakir yang berada di belakang ketawa kecil.
Tiara mengetap giginya dengan kuat. Apa teruk sangat ke dirinya sehingga dihina sebegitu rupa? Dia jugak tidak pernah meminta Hadi untuk menyukainya.
Tiba-tiba fikiran nya teringatkan Hadi. Agak-agak nya, Hadi tahu atau tidak yang dia sedang berada dalam situasi antara hidupnya dan mati. Seingat dia, Hadi sedang berada di satu hotel mewah bersama dengan... Nia Natasha.
Jari Tiara merasakan sesuatu objek. Ya! Dia sudah mencapai 'screwdriver' yang dia nampak sebentar tadi.
Tiara mengerah otaknya untuk berfikir sesuatu idea dan sesaat kemudian dia mendapat idea. Dia berharap rancangan nya berjaya.
"Aduh! Sakit nya" adu Tiara, tiba-tiba.
"Apahal kau? Kitaorang tak buat apa-apa lagi dah sakit. Baru sesi soal jawab" balas Syakir.
Tiara memandang Syakir dengan pandangan yang tajam. Dia masih ingat riak wajah Syakir semasa dia meminta maaf padanya. Mukanya sangat takut. Semuanya kerana dia takutkan Hadi.
Lelaki yang berlagak itu sama dengan lelaki yang kecut dengan Ikhwan Hadi.
"Tangan aku sakit lah, bodoh! Kau ikat tangan aku ni kuat sangat macamlah aku boleh nak lari" jawab Tiara, keras.
"Ala, kesian tangan sakit. Syakir, kau longgarkan sikit tali tu" arah Rafiq.
Tanpa banyak soal, Syakir mengikut kehendak Rafiq. Semasa Syakir dalam perjalanan ke arah nya, Tiara berdoa dalam hati yang dia dapat keluar daripada tempat itu.
Semakin dekat Syakir dengannya, semakin dia berdebar.
"Sekarang!" Jerit Tiara dalam hatinya apabila Syakir sudah berada di belakang nya.
Dengan pantas dia mencucuk perut Syakir dengan sekuat hati nya dan disebabkan itu Syakir menjerit dengan kuat sehingga kedengaran di luar bengkel.
Seakan tepat pada masanya, Hadi yang sudah berada di luar bengkel terperanjat mendengar jeritan nyaring Syakir itu. Itu membuatkan dia bertambah gelabah.
Hadi cuba untuk masuk ke dalam bengkel tetapi semuanya bertutup dan dia berlari ke belakang bengkel.
"ARGH! SAKIT!" Jerit Syakir. Darah memancut keluar daripada perut nya dan dia terduduk.
Tanpa menunggu lama, Tiara bangun daripada duduk dan ingin berlari ke pintu belakang yang terbuka itu. Rafiq yang terkejut dengan semua itu dengan pantas mendapatkan Tiara.
"Kau nak lari mana hah? Kau dengan aku tak selesai lagi ya, Tiara Adriana" kata Rafiq. Dia memegang tubuh Tiara dengan kuat.
Tiara cuba untuk melepaskan diri tetapi dia tidak berdaya untuk melawan Rafiq yang lebih kuat daripada nya.
"LEPASKAN LAH AKU! KAU NI GILA KE? TOLONG!!" Tiara meronta-ronta untuk melepaskan diri.
"Memang! Aku memang gila!"
Syakir yang kesakitan bangun dan terhenjut-henjut meluru ke arah Tiara. Dia ingin menghadiahkan Tiara satu tumbukan kerana membuatkan dia cedera.
Tambah pula, dia memang masih tidak berpuas hati dengan Tiara. Dia meminta maaf tempoh hari pun disebabkan ugutan Hadi. Jikalau tidak, tidak kuasa dia ingin berjumpa dengan Tiara dan meminta maaf.
Belum sempat tumbukan Syakir hinggap di wajah Tiara, sebaliknya Syakir yang ditumbuk. Bukan oleh Tiara atau Rafiq tetapi oleh Hadi.
Syakir jatuh tersungkur menyembah bumi.
"Tak guna kau Syakir!" kata Hadi kemudian dia berpaling dan memandang Rafiq yang masih lagi memegang Tiara dengan erat.
"Hadi" ucap Tiara, perlahan.
"Hadi! Macam mana kau boleh ada dekat sini? Buat apa kau datang sini? Don't say kau nak selamatkan perempuan ni?" ujar Rafiq. Kedengaran suaranya tidak takut dan cemas.
Hadi memandang Tiara dengan sekilas pandang. Dia melihat wajah Tiara penuh dengan ketakutan. Kemudian dia beralih kepada Rafiq.
"Habis kau ingat aku datang sini nak jumpa kau?! Kau nak buat apa dengan Tiara?!" Hadi ingin menumbuk wajah Rafiq juga tetapi tidak kesampaian apabila Rafiq secara tiba-tiba melepaskan Tiara.
"Hadi! Relax! Kau ni marah sangat lah. Aku dah lepaskan dah perempuan ni. Aku nak tanya sikit, kau nak apa dengan perempuan murahan ni? Kau ada Nia! Nia nak kau cuma kau je yang tak nampak dia. Okey macam ni. Kau ambik Nia, perempuan ni kau bagi dekat aku. Kita tak payah bergaduh, bertumpah darah apa semua. Nia has everything. Dia cantik, kaya, anak dato, bijak. Apa lagi kau nak? Kalau nak dibandingkan dengan perempuan ni, dia langsung tak ada-"
DUSH! Akhirnya Hadi menumbuk wajah Rafiq tanpa memberi dia peluang untuk menghabiskan kata-kata nya.
"Sekali lagi kau sebut yang Tiara perempuan murahan, aku tak akan teragak-agak nak koyakkan mulut kau"
Tiara yang melihat Hadi menghadiahkan tumbukan pada Rafiq menjadi kecut perut. Dia tidak pernah melihat Hadi daripada sisi itu.
Rafiq memegang pipi yang lebam. Rahangnya terasa sakit akibat penumbuk Hadi. Rafiq memandang Hadi sebelum dia memulakan serangan.
"Aku cakap elok-elok, kau main kotor apahal?!" Rafiq menunjukkan ciri-ciri yang dia ingin bergaduh.
Hadi yang sememangnya geram daripada tadi hanya mengikuti kehendak Rafiq.
Syakir cuba untuk menyertai Rafiq dan Hadi tetapi belum sempat dia bangun, Tiara sudah menghempuk nya dengan kayu yang berada di situ dan Syakir tidak sedarkan diri.
Akibat terlalu takut melihat pertempuran antara Rafiq dan Hadi, Tiara berlari keluar dari bengkel. Dia berharap yang Hadi akan baik-baik sahaja.
Apabila dia sudah berada di luar bengkel, dia mendapati langit gelap. Dia tidak tahu waktu ketika itu dan sudah berapa jam dia berada di bengkel itu.
Tiara tidak jadi untuk berlari menjauhkan diri daripada bengkel itu apabila dia mendengar suara Hadi.
"Tiara!"
Kepala Tiara pantas dipaling kan ke belakang. Dia melihat Hadi tidak cedera dan itu membuatkan dia sedikit lega.
"Jom ikut aku pergi 'report' polis" ajak Hadi dengan nada yang serius. Dia menarik tangan Tiara tetapi ditepis nya.
"Aku tak nak" jawab Tiara.
"Kenapa kau degil sangat ni?! Aku cakap buat 'report' polis, buat je lah! Kau tahu tak macam mana aku gila bila tahu kau dekat sini?! Yang kau pun satu! Dah tahu malam, kenapa nak jugak keluar rumah? Tak sayang diri ke?! Kalau tahu tak pandai jaga diri sendiri, janganlah buat orang susah!"
Kata-kata yang keluar daripada mulut Hadi membuatkan Tiara terdiam. Telinganya panas apabila mendengar Hadi menganggap nya tidak pandai menjaga diri.
"Kau dah kenapa? Aku tak mintak tolong kau pun, lagi satu aku tak suruh kau susah sebab aku! Kalau kau dah tak nak sangat ambil tahu pasal aku, patutnya kau biarkan je aku dekat sini! Aku mintak maaf kalau aku ambil masa kau dengan Nia!" Tiara menghambur kan kata-kata dengan sepuas hati nya sebelum dia berlalu pergi.
Hadi terperanjat mendengar kata akhir Tiara. Bagaimana Tiara tahu yang tadi dia bersama dengan Nia?
Hadi berlari mendapatkan Tiara. Sampai sahaja dia di hadapan Tiara, Tiara menghentikan langkahnya.
"Aku hantar kau balik. Lagipun sekarang dah pukul 2 pagi. Grab tak ada malam-malam buta ni nak ambil kau. Kau tahu ke jalan nak balik rumah kau?"
"Tak payah lah susahkan diri nak hantar aku. Pandai-pandai lah aku cari jalan balik" kata Tiara, dingin tanpa memandang wajah Hadi.
"Tiara Adriana. Jom" Hadi tahu sekiranya dia hanya bercakap, tidak akan jalan. Jadi dia memegang pergelangan tangan Tiara dan menariknya menuju ke kereta.
Walaupun berat hati, Tiara hanya mengikut.
Sepanjang di dalam kereta, hanya kebisuan yang menyapa mereka. Tambahan pula Tiara duduk di tempat duduk belakang dan bukan sebelah Hadi.
Apabila sampai di hadapan rumah Tiara, tanpa bersuara Tiara keluar daripada kereta dan masuk ke dalam rumah.
Tidak lupa juga, Hadi sempat memulangkan semula telefon pintar Tiara yang terjatuh di halaman rumah nya.
Setelah melihat Tiara selamat masuk ke dalam rumah, Hadi melepaskan keluhan berat. Kenapa segalanya terjadi begini?
thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorry for late update:(:(
Share this novel