bab 59

Romance Series 80702

TUAN SYED IQWAL menyusun laju langkahnya ke dalam ruangan hospital bila sang isteri menelefonnya sebentar tadi.

Dikatakan bahawa Nurjihan mengalami kemalangan kecil dan di bawa ke hospital. Hati lelakinya risau menenangkan Nurjihan.

Ya Allah jangan biarkan dia sakit hatta sedikit pun calar yang hinggap di badannya. Aku mohon...doa hatinya. Sungguh jiwanya berkocak hebat memikirkan keadaan Nurjihan.

Dalam sedang mencari bilik perawatan, dia harus melalui kaki lima bilik yang menempatkan pesakit. Sesampainya di ruangan menunggu itu, dia berdiri dan tiba-tiba dia terlihat ada salah satu pintu bilik persendirian salah satu pesakit di situ terbuka luas.

"Cik Bellinda rehat ya, nanti malam pulak kita akan hantar makanan dan ubat ya." Kedengaran suara jururawat perempuan dari dalam itu menarik minatnya.

"Iya, makasih ya suster."

Bellinda ? aku tak salah dengar kan ?

setelah melihat jururawat tadi telah bergerak pergi, kakinya dengan berani perlahan-lahan melangkah ke arah bilik tersebut. Di lihat seorang wanita yang sedang terbaring dia atas katil dan menghadap ke arah sana. Matanya tetap terpaku di situ. Berdiri di dalam bilik itu tanpa suara. Hanya menatap sekujur tubuh tersebut.

Bellinda yang berasa sengal badannya yang di posisi mengiring itu terus mengubah kedudukan dan berpusing ingin berbaring. Dan.... sungguh dia terkejut dengan kehadiran seseorang di dalam bilik itu.

"Iq...Iqwal ?". Matanya bagai tidak percaya dengan apa yang di lihat itu. Lelaki ini akhirnya muncul di hadapannya.

"Kenapa you ada dekat sini ?." Tanya Tuan Syed Iqwal.

"Iqwal, akhirnya aku ketemu sama kamu." Bagai ingin menitis air mata terharu saat ini. Tuhan mendengarkan doanya.

"Answer me !". Tegas Tuan Syed Iqwal dan menyentakkan Bellinda seketika.

"Aku...aku sakit Iq." Jawab Bellinda.

"Sakit apa ?".

"Lukemia"

"Bila ?".

*Imbasan kembali ...

Aditya, seorang pemuda anak kepada pekeja di rumahnya itu sering datang melawatnya dan menjadi teman berbual. Hubungan baik antara mereka saat selesa pada Bellinda.

Pada hari di mana dia sah di diagnosis penyakit lukemia tahap awal itu hatinya retak. Hancur impiannya untuk membina mahligai bersama kekasih hati. Kenapa saat dia hampir ingin membina mahligai itu di uji dengan khabar sebegini ?

"Kenapa sih mengong(termenung) aja ?"
Tanya Aditya yang sedari tadi memerhatikan anak majikan ayahnya itu asyik termenung. Gunting besar yang di gunakan untuk memotong dahan bunga di sekeliling banglo itu di letakkan di tepinya. Topi bulatnya juga di tanggalkan dan di kipas-kipas kerana kepanasan.

Surat dari hospital itu di serahkan pada lelaki itu. Aditya menyambut huluran surat itu tanpa banyak soal lalu di baca.

"Kamu.....ngak apa-apa ?". Tanya Aditya. Sungguh dia juga terkejut dengan apa yang di baca itu. Wanita ini sakit ? penyakit yang di alami itu sangatlah berat.

Bellinda menggeleng..hanya air mata yang mencurah di pipi. Terkenangkan Syed Iqwal. Bagaimana untuk dia berterus terang tanpa melihat kekecewaan yang bakal terbit dari kekasih hatinya ? Setiap wanita menunggu hari yang Paling bahagia ini untuk di kecapi. Hari di mana termetrai bukti cinta antara pasangan kekasih untuk di satukan.

"Pacar kamu tahu soal ini? ". Aditya kembali bertanya. Jatuh simpati yang hanya berpura. Jauh di sudut hati, dia bersorak gembira.

Bellinda menggeleng lagi. Tak..tak akan dia ceritakan pada Syed Iqwal !

"Lalu bagaimana ? pacarmu berhak tahu."

"Ngak, aku ngak akan kecewain dia. Biar aku yang kecewa, ngak papa."

"Yang sabar ya. Jangan putus asa, coba dapatin perawatan dari rumah sakit."

"Untuk apa coba ? lama kelamaan aku tu bakal mati ! percuma aja !" Bellinda sangat emosi saat ini. Hatinya memberontak.

Terdiam Aditya. Di tepuk bahu Bellinda memberi kekuatan. Dengan tidak semena-menanya tangannya di tarik Bellinda rapat ke dadanya wanita itu.

"Bantu aku dit ! bantu aku untuk putus dengan Syed Iqwal. Aku ngak mahu dia tu terbeban dengan keadaanku ini."

"huishh parah ini. Gimana caranya coba ?".

****

Ketika hari di mana perancangannya bersama aditya untuk menaikkan kemarahan Syed Iqwal di hotel dahulu...

"Udah selesai ?". Tanya Bellinda perihal Aditya menghantar pesanan layang kepada telefon bimbit Syed Iqwal dengan memberikan alamat dan nombor bilik hotel kepada lelaki itu.

"Udah beres ! Kita tinggal nunggu pacarmu datang." Lalu telefon pintar itu di letakkan di sebelah bantalnya..

"Kamu yakin ? dengan cara ini, dia bakal membencimu seumur hidupnya. Ngak nyesal ?". Soalan daripada Aditya itu kedengaran pedih di telinganya. Mungkin terlihat licik dan kotor. Tetapi dia sanggup dari terus melihat kekecewaan di mata lelaki yang dia sayang itu.

"Aku terpaksa dit. Aku harus korban perasaanku sendiri daripada aku bertambah sakit." Dadanya di pegang erat. Membayangkan moment terindah bersama Syed Iqwal selama bertahun lama pengenalan mereka.

Bagi Aditya dia dengan rela hati membantu. Asalkan dia dapat menghalang Bellinda dari jatuh ke tangan lelaki lain.

*Tamat imbasan semula..

"Kenapa ciptakan kecurangan palsu hanya untuk menyembunyikan hakikat sebenar ?". Tuan Syed Iqwal menahan perasaannya. Rahangnya bergetar. Perasaannya sakit di permainkan.

"Aku khilaf Iq....maafin aku..Aku ngak tega sama kasi tahu ke kamu."

"Habis ? dengan lihat aku accident dulu dan lumpuh di sebabkan hal tu..kau sampai hati la ?!".

Dengan segera dia mencabut wayar dan jarum yang terikat di tangannya itu dan turun memeluk kaki Tuan Syed Iqwal.

"Aku ngak tahu kecelakaan itu bakal menimpa. Aku salah Iq... maafin aku.. maafin aku sayang." rintihan demi rintihan di kaki itu dia menangis. Semuanya bertambah buruk. Luar dari jangkaannya. Segala kutukan dan hinaan tertuju pada dirinya.

"Kau ingat aku ni jahat sangat ke tak boleh terima kalau kau sakit ? mana akal kau waktu tu ? Kau siksa aku sepanjang hidup kesan dari apa yang kau dah ciptakan. Sakit kau tahu tak ? sakit sangat untuk aku hadap hari-hari aku yang malang dulu !." Dengan hati yang sarat kebencian dia bergerak keluar dari bilik itu. Air mata lelakinya tumpah.

Ini adalah kebenaran yang menyakitkan.

Hanya tangisan dari Bellinda yang menjawab persoalan ini. Sesal yang tiada guna...dia hanya inginkan secebis kemaafan dari lelaki itu.

Dari jauh, mereka bertiga yang bersembunyi di balik dinding selekoh laluan kaki lima itu hanya menahan perasaan. Mereka telah mendengarkan semua yang di bualkan oleh Tuan Syed Iqwal dan Bellinda.

Mendengarkan ratapan Bellinda dan isi hati kekecewaan Tuan Syed Iqwal merentap tangkai hatinya Nurjihan.

****

"Hubby ?. Eh, kenapa nangis ni ?" Tanya Nurjihan cemas melihat Tuan Syed Iqwal yang menahan kepalanya dengan sebelah tangan pada dinding.

Air mata di sapu laju. Tersenyum kembali melihat wajah tersayang ini. Dia menggeleng laju.

"Err tak, mata hubby pedih tadi." bohong Tuan Syed Iqwal.

"Eh sayang, tangan ni ? kenapa ?". Panik Tuan Syed Iqwal melihat keadaan tangan kiri Nurjihan yang berbalut dan bergantung ke lehernya seperti dalam keadaan patah.

"Tak la, terseliuh sikit je. Masa turun dari tangga flat rumah Hawa." Bohong Nurjihan.

"Jatuh ?."

Nurjihan mengganguk.

"Ya Allah sayang ni. Hubby ingatkan patah dah tadi. Kenapa careless sangat ni ?".

"Hehe sorry hubby. Dah nak jatuh nak buat macam mana. ehe...."

Nurjihan di jeling dan di pimpin tangan si isteri untuk bergerak pergi dari situ.

**

"Jaga kepala sayang."

Tangannya di lapikkan di atas kepala Nurjihan ketika Tuan Syed Iqwal membukakan pintu kepada gadis itu agar tidak terhantuk di bahagian palang pintu kereta. Perlahan-lahan Nurjihan duduk di atas kerusi kereta dan kakinya belum di angkat masuk. sengaja dia menatap wajah Tuan Syed Iqwal.

Melihatkan Nurjihan seperti itu Tuan Syed Iqwal kehairanan.

"Kenapa sayang tengok hubby macam tu ?".

"Cer jeling lagi sekali. Handsome pulak bila tengok." Sengihan lebar di terbitkan.

Tuan Syed Iqwal menarik nafas panjang. Lalu di putarkan bebola matanya ke atas.

"Suka kena jeling ?". Soal Tuan Syed Iqwal.

"Suka ! jelingan hot. susah tu nak dapat. Aum !." Jawab Nurjihan girang.

"Ish dia ni !".

Lalu di geletek pinggang Nurjihan yang sengaja menyakatnya itu.

"ahak geli la hubby..ahh jangan !!". Jerit Nurjihan dan di sertai tawa Tuan Syed Iqwal.

" Ha tahu pun, nak lagi ?". Soal Tuan Syed Iqwal.

"Tak nak..tak nak dah.." Tangan Nurjihan mengawang tanda tidak mahu.

"Dah, angkat kaki tu. Habby nak tutup pintu ni."

Dari kejauhan cermin gelap dari sebuah kenderaan mini cooper S countryman di turunkan. Matanya tajam melihat kemesraan dua insan yang ada di sana. Dahinya berkerut seribu memikirkan apa hubungan antara mereka. Puteri Qisya menggenggam erat stereng keretanya.

****

Di renung Tuan Syed Iqwal di sisinya yang sedang ralit membaca buku itu. Di tatap penuh kasih wajah yang menjadi pelindung hati. Dia yang kau kurniakan untukku adalah hal yang terhebat yang sangat aku syukuri Ya Allah. Panjangkanlah umur dan sihatkanlah tubuh badannya. Hatinya berdoa berharap dirinya di beri masa yang panjang untuk melewati keindahan alam rumah tangga bersama si dia yang bernama suami.

"Kenapa sayang tenung hubby macam tu ?".

Erk ! sedang dia ralit, perbuatannya tertangkap. Di sangka lelaki ini sedang khusyuk membaca tetapi tidak.

"Saja tengok. Heheh." Jawab Nurjihan.

Pap ! buku itu tertutup deras oleh Tuan Syed Iqwal hanya dengan sebelah tangan.

"Arghh !." Terjerit Nurjihan bila kini dia sudah berada di atas badan Tuan Syed Iqwal. Tangan lelaki ini sangat pantas tidak terkawal.

"Ha tengok la puas-puas. Nak tengok sangat kan ?". Kata Tuan Syed Iqwal kini memeluk erat pinggang Nurjihan. Isterinya itu di kunci rapat oleh pegangannya.

Nurjihan menelan air liur. Begitu dekat jaraknya dengan Tuan Syed Iqwal. Lupa sudah tangannya yang sedang berbalut itu. Tidak sakitkah ?

Tidak..... itu adalah rekaan alasan idea dari Hawa menjadikan Nurjihan umpan untuk Tuan Syed Iqwal menjejakkan kaki ke hospital siang tadi.

Hmm hmmm...pemikiran Hawa sama persis dengan pemikiran Bellinda. Boleh la jadi geng !

Chup !

hilang sudah lamunannya di cium laju oleh Tuan Syed Iqwal di dahi. Nurjihan tersenyum.

"Ha termenung pulak ! tadi cakap nak tengok sangat."

"Hehe, sayang ada soalan ni. Tuan Putera boleh jawabkan tak ?". Soal Nurjihan.

"Boleh sayangku."

"Sejak bila rasa cinta hubby tu timbul dekat sayang ?".

sepasang matanya meliar ke atas syiling. Memikirkan saat bila hal tersebut terjadi.

"Sejak di takdirkan kita bertemu."

Diam, sungguh Nurjihan terkejut dengan jawapan yang kedengaran pelik itu.

Tuan Syed Iqwal ketawa...

"Hubby mula terjatuh cinta pada saat seorang pelayan perempuan datang approach hubby dekat cafe lily dulu. Masa tu pop ! terus berbunga-bunga hati ni."

"Tapi...kalau dah suka kenapa hubby dah tak datang ke cafe lepas dari sayang tegur dulu ? Sayang ingatkan hubby marah, sibuk nak jaga tepi kain orang nak termenung datang pulak sayang ni yang tegur-tegur."

"Mana ada la sayang, hubby terkejut je. Sayang punya pesanan tu, sama macam arwah papa. Hubby jadi terkejut. Lepas dari tu kan hubby accident."

Nurjihan menepuk dahinya. Baru dia teringat.. agak lama juga lelaki itu menghilang sebelum mereka bertemu semula.

"Ha sayang la tu lupa. Nak kena gigit ni." Hidungnya Nurjihan di cuit.

"Sorry.."

"Lepas dari pertemuan kita yang kedua masa sayang jadi maskot tu.. hubby lagi bertambah yakin yang sayang ni jodoh hubby. Sebab tu hubby ikat sayang jadikan sayang ni terperangkap dalam dunia hubby sampai tak ada jalan lain untuk keluar selain sayang terima hubby. Hubby nak jugak menang hati sayang walaupun masa tu ada yang cuba dekat dengan sayang."

"Haider ?".

Tuan Syed Iqwal memutarkan bebola matanya ke atas. Sangat tidak gemar dia mendengar nama itu.

"Yes..dia tu."

"Eleh, cemburu !" Pipi Tuan Syed Iqwal di cubit.

"Of course i did."

"Hubby bersyukur sangat yang sayang akhirnya boleh terima hubby sebagai suami. Walaupun dulu sayang pernah benci hubby sebabkan kematian mak."

Nurjihan menunduk. Terus rindunya terhadap Mak Eton menggunung.

"Maafkan hubby sebab tak tolong mak. Hubby takut yang mak nak batalkan kontrak yang dia dah sign tu. Hubby takut untuk kehilangan sayang. Hubby tak boleh terima, bila lagi-lagi ada lelaki lain yang sukakan sayang."

"Tak apa hubby benda dah lepas. Jangan di ungkit lagi. Terima kasih jaga sayang. Sayang saya seikhlas hati."

"Sayang ni anugerah terindah buat hubby. Di saat hubby putus asa untuk hidup.. sayang datang bagi kekuatan untuk hubby bangkit."

Dahi Nurjihan di cium lama. Nurjihan menyandarkan kepalanya di dada bidang lelaki itu.

Cintai dia yang mencintaimu. Teruskan pelayaran hati di lautan asmara yang luas terbentang hanya untukmu.

DENGAN penuh kesabaran dia menunggu seseorang yang sudah lama dia ingin untuk berhadapan. Segala isi rumah di terokai dengan pandangan mata. Melihat setiap kejayaan di dalam rumah ini yang di zahirkan melalui bingkai gambar yang terpamer tergantung di dinding itu menambah luka yang bernanah di hatinya. Itu semua hasil kerja kotor dari tangan kau yang busuk Megat Rusydi !

"My future son in law..ahaha akhirnya datang juga kamu ke rumah papa ni ya." Megat Rusydi menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Tuan Syed Iqwal dan di sambut dengan sopan tangan yang sebenarnya jijik untuk di sentuh olehnya itu.

"Ya uncle, kebetulan saya lalu tadi itu yang saya singgah sekejap." Balas Tuan Syed Iqwal.

"So, how yours wedding preparations ? everything okay ?." Soal Megat Rusydi.

"Okay je uncle, everything's fine."

Fine ? jikalau dia tahu anaknya itu yang merancang perkahwinan palsu, tentu dia akan di hentak api kemarahan.

"Eh, sudah-sudah la tu panggil uncle. Iqwal dah nak jadi menantu papa dah. Panggil je papa."

Tuan Syed Iqwal mengangguk sedikit. Janggal yang dia rasakan saat ini. Jika boleh dia berlaku jujur, tak akan pernah sudi dia menggunakan gelaran tersebut untuk lelaki durjana ini.

"No wonder la Qisya tak nak kahwin dengan semua lelaki pilihan papa, rupa-rupanya dia dah ada Iqwal. I'm so surprised bila dapat tahu. she's choose the extraordinary successful man untuk buat suami."

Yes ! Umur wanita itu boleh di di kategorikan sebagai andalusia (Anak dara lanjut usia).

"Ish, tak ada la pa...papa. Saya biasa je. Saya lagi kagum tengok kejayaan papa. I hope papa boleh turunkan sikit ilmu bisness ni." Dengan sopan Tuan Syed Iqwal membodek lelaki itu.

Megat Rusydi gelak dengan kuatnya. Terasa kelakar jika mahu di bandingkan dengan kekayaan anak muda ini.

"Aish, papa tak banyak rahsia pun. Banyakkan membaca jela. All my secret success ada dekat bilik bacaan di atas. Nak tengok ?".

"Boleh ke ni ?". soal Tuan Syed Iqwal.

"Why not. Come." Ajak Megat Rusydi lalu bangun dan berjalan di bantu oleh tongkatnya ke bilik bacaan yang berada di atas sana.

Bilik bacaan yang besar itu di penuhi dengan buku-buku ilmu perniagaan. Tuan Syed Iqwal terpegun. Kalah bilik bacaan miliknya jika di bandingkan dengan milik Megat Rusydi ini. Rajin membaca orang tua ni ? kalau kau bijak dan rajin membaca kenapa kau nak rampas harta papa aku ? ke wayang je semua ni ?

Terhenyak lamunannya bila terasa bahu di tepuk. Dia memandang ke arah Megat Rusydi.

"Kalau Iqwal nak boleh la ambil mana-mana yang Iqwal suka. Tak ada siapa dah nak baca sangat. Papa sorang je. kalau ada pun Haider, itu pun kadang-kadang jela."

"Ye nanti saya tengok lagi. Macam ada sebuah dua yang menarik minat saya ni. Tak apa la next time. Saya keluar sekejap je ni waktu lunch dan kena balik office semula. Pukul 3 ada appointment dengan client."

"Ouh yela tak apa. Lain kali datang ambil je terus. Baliklah, tak baik biar orang tertunggu kita kan ?. Time is gold then gold is money." Balas Megat Rusydi.

Kau buat aku tertunggu untuk keadilan ini kau rasa baik kah ? sikit je masa lagi Rusydi. Aku akan hancurkan semua ni. Bisik hati Tuan Syed Iqwal yang paling dalam.

KEHADIRAN mereka masih tidak di sedari oleh Bellinda yang sedang tidur. Bagaimana mereka mahu memujuk Bellinda untuk melakukan prosedur spinal tap ? Moga wanita ini punyai semangat yang kuat.

"Eh, kalian udah datang ? kenapa tak kejut ?". Soal Bellinda.

Persoalan itu menarik perhatian masing-masing yang di bungkam keresahan.

"Err tak apa kami saja datang. Takut ganggu pulak. Macam mana rasa harini ?." Tanya Nurjihan lembut.

"Ngak seru..rasa bosan duduk di sini."

Balasan itu di sambut oleh senyuman mereka. Mana ada orang suka duduk hospital ni.

"Kalian....udah tahu ya tentang aku ?".

Mereka berpandangan sesama sendiri. Soalan ini yang paling mereka takutkan. macam mana nak respond ?

"Maafkan aku, ngak berterus-terang. Aku punya alasanku sendiri."

"Tak apa kami faham." Balas Hawa.

"Maafin aku udah ngeropotin kalian. Mending kalian udah tahu, boleh panggilku Bellinda."

Mendengarkan nama itu jantung Nurjihan berdegup hebat.

"Jihan... aku ada sesuatu mau ngomong sama kamu." Panggil Bellinda lalu menghulurkan tangan kanannya untuk di sambut oleh Nurjihan.

Berasa cukup faham untuk Nurjihan dan Bellinda yang memerlukan privasi, Hawa bangun.

"Uhuk ! aduh..dahaga pulak. Pia jom teman aku pergi turun bawah jap. Nak air sejuk la." Ajak Hawa dan membuatkan diri Pia bingung bila di tarik. Dia enggan untuk bergerak.

Bahasa isyarat Pia : Tak nak la aku ! malas.

"Ishh..jom jelah teman aku." Ajak Hawa lagi perlahan berbisik serta menarik Pia yang masih memaku kaki di lantai itu.
Pia pasrah dan mereka keluar memberi ruang pada Nurjihan dan Bellinda.

Di tatap sepasang mata indah di hadapannya itu dalam-dalam. Lalu dia tersenyum. Mengelus tangan Nurjihan yang di pegangnya itu.

"Terima kasih udah sayang dan jaga Syed Iqwal sedanya."

"Ha ?". Nurjihan bingung. Sumpah ! Dadanya seperti mahu pecah saat ini.

"Aku tahu kok, kamu ini isterinya Iqwal." Jawab Bellinda dengan tenang.

"Sejak bila ?". Soal Nurjihan bagai tidak percaya.

"Setelah beberapa minggu aku datang ke sini pas kamu ngak sadar aku terlihat kartu pernikahan kalian sewaktu kamu keluarin dompetmu di rumah Hawa dan kamu lupa untuk bawa pulang. Aku mohon maaf ya udah buka seenaknya aku tanpa minta permisi dari kamu."

"Saya....."

"Kamu ngak usah jelasin, ngak usah kawatir soal aku. Kalau ada yang cintai Iqwal setulus hati dan kamu orangnya, aku ngak papa. Justuru aku tuh berasa lega, aman... Karna dia, memilih orang yang tepat."

"Aku ke sini bukan untuk menggangu hubungan kalian. Aku tuh cuma mahukan keamafan dari perbuatan masa laluku terhadap Iqwal. kedatanganku hanyalah sebagai seorang teman."

"Terima kasih udah layan aku baik...banget padahal kamu tahu siapa aku. Aku terharu. Emang sudah tertulis oleh takdir untuk kita ketemu. Aku bersyukur banget. Kamu memang layak untuk di kagumi. Ngak sia-sia perjalananku mencari dan ketemu kamu." Air matanya menitis jatuh. Bellinda terlalu terharu berjumpa dengan insan yang seikhlas ini.

Nurjihan yang turut menagis itu mengelap air matanya.

"Kita buat test Spinal tap okey ? Saya nak awak sihat balik. Yakin yang awak boleh sembuh. Jangan putus asa." Pujuk Nurjihan.

***

Dang !

Setin air di ambil keluar dari mesin minuman itu. Pia meneguk air tersebut dengan laju. Dahaga ! tulah tadi konon tak nak ikut, last-last dia pulak yang dahaga lebih dari Hawa.

Bahasa isyarat Pia : Kau tak rasa ke yang Jihan tu baik hati sangat ?! Padahal dia tahu risiko yang dia bakal di madukan. Lepas dari perempuan kaya tu (Puteri Qisya), ni tambah lagi seorang pulak (Bellinda) ! madu 3 ni.

Hawa yang tersenget badannya bersandar pada mesin air itu hanya tersenyum sinis melihat ke arah Pia.

"Ewah mulut kau...eh silap, tangan kau yang bercakap sekarang. haih....Kau sendiri tahu kan kawan kita tu macam mana. Memang baik hati dari kecil kan ? Nak buat macam mana dah dia di kurniakan hati yang suci murni macam tu ? Kau kena percaya satu benda ni Pia. Orang yang ikhlas, hati dia baik tu...suatu hari nanti, Allah akan bagi ganjaran yang selayaknya untuk dia dan atas pengorbanan dia jikalau dia kena lepaskan Tuan Syed. Kalau jodoh dia memang dengan Tuan Syed tu saja..Tak perlu fikir banyak..Dah memang tetap untuk dia. Jangan risau kawan kau tu baik hati je tapi tak bodoh untuk rela di madukan. Aku yakin dia tahu apa yang dia buat. Kita ni sebagai kawan yang ada.. kita kena support Jihan tu. Dia tu tak kuat sebenarnya. luaran je nampak tenang."

Terangguk-angguk Pia bersetuju dengan kata-kata Hawa. Yelah, mungkin ini dugaan rumah tangga untuk Nurjihan.

"Pia ! Pia ! kau tak apa-apa ke ? sakit dekat mana ? luka dekat mana bagitau aku !."

Terkejut beruk mereka dengan kehadiran Hakimi yang secara tiba-tiba itu. Tidak senang duduk bila dia dapat pesanan whatapp daripada Pia yang menyatakan Pia berada di hospital sekarang ini.

Ish, siapa pulak ni ? Hawa menggaru-garu kepalanya melihat Pia yang mengurut-urut dadanya terkejut di terjah Hakimi tadi.

Bahasa isyarat Pia : Ish, awak ni kenapa ? saya tak ada apa-apa la. Sihat je ni.

"Aik ? kau kata kau dekat hospital. Bila aku tanya kau tak reply. call pulak tak angkat. Aku risau tahu tak ?

Bahasa isyarat Pia : Tak la...saya datang melawat kawan. Ni ha bateri phone saya habis.

Bukti telefonnya yang kehabisan beteri itu di layangkan di hadapan muka Hakimi.

"Lah...lain kali bagitau sampai habis..kau buat aku cuak la." Balas Hakimi seraya melepaskan nafas lega.

"Hai, aku Hawa kawan Pia." Tegur Hawa ke arah Hakimi.

"Hai, Kimi.. boyfriend Pia."

Apoo ?!!

Tersembul biji mata Pia mendengarkan statement tersebut. Ewah, suka hati mak bapak tiri kau je cop aku ni girlfriend kau.

"Sorry kacau korang. Aku tunggu kau dekat sana eh Pia. Korang borak dulu ye. Bye Hawa."

Pffft ! tersembur tawa Hawa yang dari tadi di tahan. Pia sudah membuat muka menyampah.

"Mana kau kenal mamat tu ?."

Bahasa isyarat Pia : Tak tahu aku...dia datang jatuh tergolek ritu depan aku.

Pia layankan aje si Hawa ni.

"Eh sesuai la kau dengan dia. Sama-sama kelakar. So cute." Kata Hawa.

Bahasa isyarat Pia : Kau ni kan... sekali aku bagi karang...

Siku kiri Pia sudah berura-ura mahu di layangkan ke muka Hawa. mujur dia di beri kesabaran yang tinggi !

Begitulah, Jika boleh di tanam mukanya di dalam mesin air tadi, sudah dia lakukan. Kena bahan dengan kawan sendiri itu rasa annoying dia sampai ke ulu hati !

MEGAT RUSYDI melabuhkan punggungnya ke atas kerusi kulit yang empuk di bilik bacaan itu. Tongkatnya di sandarkan di tepi meja. Dalam memerhati keadaan sekeliling bilik bacaan itu, dia terpandangkan sesuatu yang terselit di antara ruangan buku yang tersusun itu menarik perhatiannya. Terdapat sebuah bungkusan segi empat tepat yang di balut seperti hadiah. Megat Rusydi kembali mengambil tongkatnya dan bergerak ke arah rak buku tersebut untuk melihat bungkusan itu.

Setelah dia kembali duduk di kerusi tersebut bungkusan itu di belek seketika.

Hadiah ? siapa bagi aku hadiah ?

Tertanya-tanya dia saat perlahan-lahan dia mengoyak kertas hadiah yang membalut barang tersebut. Saat kesemuanya di buka, rupaya ia adalah bingkai gambar bila di lihat dari arah belakang, dan kini dia pusing bingkai gambar tersebut ke sebelah hadapan.......

Bagai di panah halilintar badannya bila terlihat foto yang di sertaikan di dalam bingkai gambar tersebut.

Tak mungkin..... tidak ! ini pasti tersilap !!!

Foto bersaiz A4 terpamer wajah Tuan Syed Iqwal bersama seorang lelaki berumur. Dia sangat kenal dengan lelaki berumur itu. Syed Ibrahim !

"An....anak kau Ib ? Syed Iqwal tu anak kau Ibrahim ?!". Kata Megat Rusydi sendiri. Tangannya menggigil, suhu badannya terus bertukar sejuk.

Bingkai gambar itu di campakkan jauh darinya. Ketakutan menghuni jiwa. Benarkah dengan apa yang dia lihat tadi ? Itu adalah sangat mustahil. Dia tidak percaya.

Kring ! kring !

"Huh !". Megat Rusydi terkejut. Telefon antik di atas meja itu berdering minta untuk di angkat.

"Hello ?".

"Hi papa, Terkejut tak dengan surprise tu ?. You like it ?". Suara sinis di hujung talian itu menyapa di pendengarannya.

"Apa muslihat kau hah ?". Soal Megat Rusydi tegas.

"Papa...kenapa marah-marah ni ? nanti kena heart attack macam mana ? tak mau...tak mau macam tu."

"Bukan kau dah mati ke ha ?". Megat Rusydi terus-terusan meninggikan suara.

"Mati ? tak la..saya di panjangkan umur lagi terselamat dari kemalangan dulu untuk jadi menantu papa la."

"Jangan panggil aku papa ! kau jangan mimpi nak kahwin dengan anak aku ! aku takkan biarkan !". Ganggang telefon itu di hempas kasar. Dia telah terperangkap selama ini

Dia tahu itu Syed Iqwal. Bagaimana dia tidak boleh menyedari hal itu. Lelaki itu sangat licik.

**

Gambar pertunangan dua bulan lepas di lihat dengan hati yang berbunga. Dia tidak sabar untuk di satukan dengan Syed Iqwal. Puteri Qisya sanggup mencari pelbagai cara untuk pastikan kontrak pertunangan palsu itu terganti dengan sebuah perkahwinan.

"Aku ada beberapa minggu je lagi untuk jadikan Syed Iqwal milik aku." Potret Syed Iqwal si belai lembut. Puteri Qisya tidak sabar...

Zap !

Terkejut dia bila ada tangan yang menyambar foto tersebut.

"Papa !" Jerit Puteri Qisya bila tangan yang merebut gambar itu adalah Megat Rusydi.

"Kau putuskan pertunangan kau dengan dia. Aku tak suka ! dia tak layak nak jadi menantu aku !". Kata Megat Rusydi lalu di bawa foto tersebut bersamanya.

"Papa, give me back that photo !". Di tarik tangan papanya yang sedang bergerak keluar.

Itu kepunyaannya. Gambar paling tercantik yang di ambil melihatkan pasangan yang tersenyum bahagia di hari pertunangan secara candid.

"No papa ! no !!!!". Menjerit kerasukan Puteri Qisya bilamana dia melihat Megat Rusydi mengoyakkan foto tersebut. Di tahan tangan itu dari terus meracik-racikkan menjadi cebisan.

"Kau diam, kalau boleh papa nak bakar semua gambar yang kau ada."

"Papa dah kenapa ?!"

Mereka saling terus bergelut sesama sendiri. Puteri Qisya rasa bagai di siat-siat hatinya melihat kepingan gambar yang jatuh di koyakkan oleh papanya.

Arrghh !!

Akibat dari pergelutan itu Megat Rusydi terjatuh di tolak tanpa sengaja oleh Puteri Qisya dan terasasar pijakkan kaki yang tidak sekata pada permukaan anak tangga.

" Papa !!!". Jerit Megat Haider yang kebetulan baru pulang dan meluru berlari ke arah Megat Rusydi yang jatuh tergolek dari tangga.

Terduduk Puteri Qisya melihat Megat Rusydi yang tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di kepalanya dan di pangku oleh adiknya. Dia sedang di tekan oleh ketakutan yang terlampau. Tangan dan badannya menggigil kencang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience