Chapter 5

Romance Completed 35261

“Kau memang nak cabar aku kan Sofi!” jerit Amir setelah masuk ke dalam bilik.

“Sakit lah. Lepaskan lengan aku dulu!”

Lengan kanan Sofia Amelia dah hitam biru. Tak dapat tahan sakit di lengannya. Tangan Amir digigit sepuas-puas oleh Sofia Amelia.

“Ahhhh!” Amir melepaskan lengan Sofia Amelia dan mengangkat tangan untuk menampar Sofia Amelia.

Sofia Amelia memejamkan matanya. Dirinya berasa seperti akan merasa sakit di pipi dalam sekelip masa. Namun, lepas beberapa saat tidak ada apa-apa reaksi dari orang yang berdiri di hadapannya. Adakah Amir dah tinggalkan Sofia Amelia di bilik seorang-seorang?

Hati Amir berasa sakit apabila tengok Sofia Amelia dalam kesakitan. Sofia Amelia ialah gadis pertama Amir mencintai. Walaupun Sofia Amelia tak pernah layan Amir elok-elok, ia tak pernah mengurangkan rasa cinta Amir terhadap Sofia Amelia.

Sofia Amelia membuka matanya. Pandangannya penuh dengan rasa benci.

“Get ready! Pack your things now! We are going back to Malaysia tonight!” tutur Amir tegas dan meninggalkan Sofia Amelia di bilik.

“Time god! Akhirnya aku boleh balik harini! Kesian daddy. He sure will be tense by reading my message that I sent just now.”

Tadi, sebelum Amir sampai ke situ, Sofia Amelia sempat menekan butang “send” di telefon bimbit lelaki putih itu. Amir sampai ke situ selepas 3 saat Sofia Amelia menghantar mesejnya kepada Dato’Johari.


**********************

“James, tengok ni. I received a message from Sofi. Ada orang culik dia, James.” gelisah Dato’ Johari. Darahnya berderau selepas membaca mesej yang baru diterimanya.

“What?” James juga turut terkejut.

“Orang culik dia? Siapa pula yang berani culik cik Sofi?” berkerut dahi James.

“I don’t know James. I really don’t know. I’m blur” air mata seorang bapa bergugur.

“Relax Dato’. We will find a solution.” James menenangkan Dato’ Johari.

“We go to Bali now James.”

“But Dato’, dekat mana kita nak cari cik Sofi? We don’t know anything.”
James mula berfikir cara untuk mencari Sofia Amelia.

“I will book tickets to Bali tonight. I will trace cik Sofi’s location using her Apple Id.” James memberi cadangan.

“Sure James. Kita kena bertindak cepat sebelum penculik apa-apakan Sofi.”

“Ya Allah. Tolong selamatkan Sofi.”


*******************

“Along, jaga diri. Makan ikut masa. Tidur secukupnya.” Fatimah menasihati anak bujangnya.

“Umi, along tahu lah jaga diri. Along tu bukan budak kecil.”

“Cemburu ke adik?” Iskandar Faiz mengusik Tasha.

“Ye lah tu along. Tasha is jealous.”

“Along, ingat pesan abi. Bincang dengan Wahidah Tiara. Lebih cepat, lagi bagus.”

“Ye abah.” Iskandar Faiz menunduk untuk menyalami kedua-dua orang tua.

“Okay umi, abi, Tasha. Along balik dulu. Bila along cuti, along balik lagi. Tasha jaga umi dan abi. Jangan nakal-nakal. Ingat, tahun ni Tasha last semester untuk foundation. Belajar betul-betul. Along akan bank in duit lepas along dapat gaji.” pesan Iskandar Faiz kepada adiknya. Iskandar Faiz bekerja sampingan sebagai agen hartanah erti kata lain Real Estate agent. Memang teror lah Iskandar Faiz dalam aspek rundingan harga dengan klien.

“Baik along. Along pun jaga diri. Jangan berfikir 24 jam tentang kekasih along.” perli Tasha. Kalau sehari Tasha tak kenakan Iskandar Faiz, memang tak sah Tasha tidur lena.

“Tasha!” geram Ismail. Mulut anak perempuan ni tak boleh dikawal. Tak bertapis bila bercakap.

“Sorry.” senggih Tasha. Hatinya pula berseronok mengenakan abangnya. Dari kecil lagi Tasha sebegitu. Untuk Iskandar Faiz, itu dah biasa.


*******************

~ Lapangan Terbang Sepang. ~

“Dato’ our flight will be at 10.30pm.” James memandang Dato’ Johari. Flight tiketnya sudah dicetak awal lagi.

Dato’ Johari pula dari pagi hanya senyap. Tidak seperti hari-hari lain. Asyik dalam dunia sendiri. James faham. Bapa mana yang tak akan risau kalau anak dalam bahaya? Semua ayah akan berasa risau dan takut kalau ada anak perempuan. Setuju tak?

“Dato’ makan dulu.” James meletakkan McDeluxe Chicken bersama dengan air coke di atas meja. Dato’ Johari pula pandang kosong. Tidak ada minat untuk menikmati makanan malamnya yang ringan itu.

McDeluxe Chicken ialah burger kegemaran Sofia Amelia. Apabila Sofia Amelia masuk ke McD, akan beli set McDeluxe itu. Dato’ Johari membayangkan muka anak tunggal saat memandang burger itu di atas meja. Mulutnya berasa berat untuk dibuka.

“Dato’ at least makan sikit. Perlu makan ubat kan.” pujuk James. Dato’ Johari perlu mengambil ubat tekanan darah tinggi dua kali dalam sehari. Siang tadi Dato’ Johari tidak ambil ubatnya. Terlupa sehingga memikirkan hal anak.

Telefon bimbit milik Dato’ Johari berbunyi. Nama Mak Ziah tertera.

“Assalamualaikum Ziah.” Dato’ Johari memberi salam dengan nada lemah. Bunyi notifikasi anak kapal yang mengumumkan tentang status penerbangan di belakangnya jelas didengari oleh Mak Ziah.

“Dato’, cik Sofi dah balik.” Mak Ziah terus memberitahu berita gembira itu.

“Apa! Dah balik! Saya datang sekarang.” muka Dato’ Johari berubah ceria.

“James, Sofi dah balik!” Dato’ Johari tidak dapat menahan perasaan gembiranya.

“What? Cik Sofi dah balik? Jom Dato’. Kita balik rumah sekarang.” ajak James lalu mereka keluar dari lapangan terbang Sepang.


*******************

“Assalamualaikum. Mak!” laung Amir. Mini luggage ditarik masuk ke dalam rumah.

“Waalaikumsalam. Mir? Sepatutnya awak balik esok kan?” tanya Dato’Othman.

Amir tidak menjawab soalan ayahnya. Kalau bukan disebabkan ayah, Amir tidak akan menyeksakan perempuan yang dicintainya.

“Awak dah buat apa yang saya suruh?” soal Dato’Othman sambil duduk sebelah Amir.

“Abah, I'm tired. Amir naik atas dulu.” malas nak menjawab soalan ayah yang tidak masuk akal itu.

Amir meninggalkan Dato’Othman bersendirian di ruang tamu. Tanpa mereka berdua disedari, Datin Rafidah dan Mazlan mendengar perbualan Dato’Othman dan Amir. Datin Rafidah berharap sangat Amir tidak buat apa yang Dato’Othman suruh.


*****************

“Hai abangku saya sayang.” Mazlan masuk ke dalam bilik Amir. Gambar Sofia Amelia digantung di dinding bilik tidur Amir. Lelaki itu tergilakan perempuan yang bernama Sofia Amelia.

“Ada apa Maz? Abang penat lah.” Amir baring di atas katilnya. Bantalnya dipeluk kemas. Perbezaan umur antara Amir dan Mazlan hanya 3 tahun. Amir 24 tahun, Mazlan pula 21 tahun.

“How was your days with your girlfriend?” Mazlan dah mula perangai sibuknya.

“What do you mean Maz? Can you get straight to the point?” Amir mula naik angin.

“Dah buat apa yang abah suruh?”

“Tak!” jawab Amir tenang. Rancangan jahat ayahnya diimbas semula.

“Amir, abah nak awak membuatkan Sofia Amelia hak awak.” Dato’Othman mula menceritakan rancangan kepada anak sulungnya.

“Maksud abah? Amir tak faham.”

“Abah nak awak sentuh Sofia Amelia.” Dato’Othman jawab tenang.

“Apa?” terkejut Amir mendengar apa yang dicakap oleh Dato’Othman.

“Amir dengan Sofia Amelia tak ada ikatan yang sah abah.” Amir enggan mengikuti rancangan jahat ayahnya.

“Kalau Amir dah bersama dengan Sofia Amelia, she will be yours.” senyum Dato’Othman dengan penuh bermakna.

“No abah! Amir tak boleh.” membantah Amir.

“Awak nak jadi anak derhaka ke Amir?” suara Dato’Othman naik seoktaf.

“What is this abah? Abah tak takut dosa ke?”

“Dosa?” sinis Dato’Othman.

“Apa salah awak sentuh Sofia Amelia, Amir? Awak kan cintakan Sofia Amelia.”

“Memang betul abah. Tapi Amir tak sejahat itu! Amir tak nak Sofia Amelia untuk kahwin dengan Amir disebabkan paksa. Disebabkan kelakuan tak senonoh!”

“Okay! Kalau Amir tak nak buat, tak apa! I will ask other guy to rape Sofia Amelia. Abah akan menuduh Amir yang sentuh dia. Amir kena lah kahwin dengan Sofia Amelia” ugut Dato’Othman.

“Abah!” geram Amir. Tak sangka ayahnya berfikir sebegitu. Hormat terhadap ayahnya semakin hilang.

“Kenapa abah nak buat macam ni?”

“Tu awak tak perlu tahu! Itu urusan saya dan Johari. Saya nak awak buat apa yang saya suruh. Awak nak buat ke atau abah nak upah orang?”

Amir tanpa pilihan bersetuju dengan rancangan jahat ayahnya. Dia hendak menyelamatkan Sofia Amelia daripada lelaki lain sentuhi dirinya.

“Maz, memang abang culik Sofi. Tapi bukan untuk sentuh Sofi. Untuk selamatkan Sofi. Selamatkan maruah Sofi.” Amir menceritakan kenapa dia setuju dengan rancangan jahat Dato’Othman.

“Alhamdulillah. You know what abang. I and mak risau kalau abang ikut rancangan ayah.” Maz menghelakan nafas lega.

“Maz, walaupun abang cintakan Sofi dengan sepenuh hati, itu tak bermaksud abang boleh sentuh Sofi. Abang nak bersama dengan Sofi selepas ada ikatan yang sah. Selepas Sofi bersetuju untuk bersama dengan abang. Bukan dengan cara paksaan.” cintanya terlalu dalam untuk wanita yang bernama Sofia Amelia.

****************

Sofia Amelia menuju ke bilik pejabat Dato’ Johari di tingkat bawah rumahnya. Pintu bilik pejabatnya dibuka luas. Kakinya laju masuk ke dalam bilik itu.

Gambar arwah ibunya terletak di atas meja komputer Dato’ Johari. Air mata Sofia Amelia mula bertakung. Sofia Amelia jarang masuk ke dalam bilik pejabat Dato’ Johari di rumah. Sofia Amelia akan masuk ke dalam bilik pejabat ayahnya sekiranya teringat tentang arwah ibunya. Bilik pejabat Dato’Johari penuh dengan gambar-gambar arwah isterinya.

“Mummy, I’m missing you so much. Why did you leave me mummy?” nangis Sofia Amelia teresak-esak. Gambar arwah Datin Aliza dipeluk. Air matanya gugur tanpa henti.

“Sofi! Sofi!” dengar suara Dato’Johari memanggil namanya. Gambar arwah ibunya diletak di tempat asal. Air matanya dikesat menggunakan tisu yang terletak di atas meja kopi. Rambutnya disisir sedikit supaya tidak nampak kusut.

“Yes daddy.” Sofia Amelia muncul di ruang tamunya.

“Sofi! Ya Allah!” Dato’ Johari lantas memeluk anaknya. Walaupun hanya sehari tidak berjumpa dengan anak, tahap rindunya tidak boleh diungkapkan. Terlalu merindukan anak tunggalnya itu. Hanya Sofia Amelia pewarisnya.

“I’m sorry daddy.”

“It’s okay Sofi. Daddy minta maaf sebab daddy tampar Sofi haritu. I couldn’t control myself.”

James dan Mak Ziah setia memerhati kedua-dua ayah dan anaknya. Hatinya turut berasa sayu melihat perasaan sayang antara ayah dan anaknya. Dalam masa yang sama, mereka berasa syukur. Syukur kerana Sofia Amelia selamat sampai ke rumah.

Badan Sofia tiba-tiba berasa panas. Peluhnya mula membasahi muka. Pandangannya kabur. Badannya berasa lemah dan tidak bermaya ketika itu. Terus rebah di dada ayahnya, Dato’ Johari.

“Sofi! Bangun Sofi!” suara gementar ayahnya dapat didengar tetapi matanya tidak mampu dibuka. Dunianya berasa gelap saat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience