Bab 51

Romance Completed 78329

“Tak guna betullah! Macam mana korang berdua ni buat kerja hah?! Enam orang boleh kalah dengan tiga orang?!” Geram Danial dibuatnya bila orang suruhannya langsung tak boleh diharap.

“Kami mintak maaf bos. Masa tu Luqman dengan kawan dia ugut kami nak apa-apakan Gia kalau kami tak berundur.”

“Luqman?!”

“Ya…orang yang tolong Miss Gia lari waktu tu Luqman.”

“Shit!” Habis barang di atas meja kerjanya bertaburan di atas lantai. Geram bila mendengar nama Luqman.

“Aku nak korang cari diorang! Sampai dapat!”

“Baik bos!”

Luqman! Sekarang kau dah berani munculkan diri eh? Nampaknya kau still tak serik-serik dengan ugutan aku hari tu! Kau jangan menyesal kalau lepas ni aku dapat kau, nyawa kau pulak yang melayang!

LUQMAN dan Gia tiba di pelabuhan feri Hagnaya untuk menuju ke Santa Fe. Mulanya Gia plan untuk ke Bantayan tapi memandangkan dia fikir Danial kemungkinan besar boleh tahu dia di Bantayan memandangkan dia pernah tinggal di Bantayan jadi dia tukar dan mereka akan duduk di Santa Fe.

Selepas membayar harga tiket feri, dia menyerahkan tiket
kepada Luqman. Luqman mengambil tiket tersebut.

“Macam mana awak boleh ada dekat sini Luq? Ke awak datang sini sebab nak siasat keluarga saya?”

“Hmmm bijak pun kau.”

“Luq! Apa yang awak tengah buat sekarang risiko dia
besar tahu tak? Kawan awak tu…kalau jadi apa-apa dekat dia? Awak tak rasa menyesal ke hah?” Aku ingatkan lepas kena pukul sampai masuk hospital, insaf dah tapi rupanya tak.

“Aku tahu dia boleh handle.”

“Yakin je!”

Feri yang ditunggu-tunggu kini tiba di pelabuhan. Gia dan Luqman segera melangkah masuk ke dalam feri sebaik saja pintu feri dibuka. Ramai orang melangkah masuk ke dalam feri. Mat-mat salleh pun ada jugak. Gia mengambil tempat duduk dan menikmati pemandangan laut yang terbentang luas.

Dah lama rasanya dia tak naik feri. Last dia naik feri pun
masa nak datang ke Pulau Bantayan dan pulang balik ke Cebu City sebab ikut Kristine pindah ke Manila. Perjalanan dari pelabuhan Hagnaya ke pelabuhan Santa Fe mengambil masa lebih kurang sejam enam minit.

Luqman memandang Gia yang sedang tersenyum sambil memandang ke laut. “Kau dah kenapa tengok laut pun senyum?”

“Saja seronok. Seronok tengok laut. Rasa tenang…”

“Mesti kau ni tak pernah naik feri lepas tu tengok laut kan? Yelah…kau ni datang dari keluarga senang, kerja pun model gitu. Manalah kau ada masa nak merasa semua ni.”

“Hmmm…tulah…” Malas dia nak berbalas lebih dengan Luqman. Kang berlarut pulak perang mulut dia dengan Luqman sampai ke Santa Fe.

Sampai di pelabuhan Santa Fe, mereka keluar dari feri dan mengambil kereta sewa yang akan membawa mereka ke The Paradise Beach Campsite yang mengambil masa lebih kurang 18 minit untuk sampai.

“Dah kenapa sampai nak kena pergi jauh? Apahal tak duduk je dekat rumah penginapan mana-mana?”

“Awak ingat Danial tu bodoh sangat ke nak stop cari saya? Dia akan cari saya sampai hujung dunia sekalipun. Kalau kita duduk dekat mana-mana rumah penginapan, kejap je dia dapat jumpa kita! Saya tak kisah kalau dia jumpa saya tapi kalau dia jumpa awak? Silap-silap…you’re finish!” Sebab tulah nak tak nak dia pilih The Paradise Beach Campsite.

Akhirnya, mereka sampai jugak di The Paradise Beach Campsite. Luqman memandang kawasan sekeliling campsite. Cantik jugak kawasan sini. Tapi, tak ada tempat penginapan. Nak tak nak kenalah berteduh dekat pondok kecil berhadapan dengan laut.

Waktu begini, ramai pengunjung warga asing datang beriadah dekat sini. Yelah, pemandangan dia pun cantik lepas tu air laut pun jernih je. Kalau duduk dekat sini sampai bila-bila pun konfem tak bosan.

“Awak ok ke duduk dekat sini Luqman?”

“Kau tanya aku? Sepatutnya kau tanya dekat diri kau, kau
boleh ke duduk dalam tempat macam ni?”

Boleh je Luqman. Lagi teruk dari ni pun saya dah pernah duduk. Awak je yang tak tahu. “Saya ok je.”

“Kau nak ke mana tu?” tanyanya bila Gia memanjat tangga untuk ke atas. Eleh! Takut kena tinggallah tu.
Hahahaha…

“Saya nak pergi beli air kejap. Awak tunggu dekat pondok tu,” Gia memanjat satu-persatu tangga menuju ke store yang jual air. Dia membeli empat botol air mineral.

Dua untuk dia dan dua lagi untuk Luqman. Satu beg galas kecil turut dijual yang disulam dengan tulisan Santa Fe. Ada beg ni senang sikit nak bawak air.

“Miss Gia! Anong ginagawa mo dito (kamu buat apa dekat sini)? Holiday?” tanya mak cik yang menjual air tersebut.

“Yes.”

“Pwede bang hilingin sa iyo ni auntie (boleh auntie tanya sesuatu)?”

“Sure.”

“Isang lalaking sumama sayo (lelaki yang datang dengan kamu)…boyfriend mo na ba siya (dia tu boyfriend kamu ke)?”

Gia pantas menggeleng. Sejak bila entah aku dengan Luqman couple. “No. He is not my boyfriend. Kaibigan ko lang siya (dia kawan je). Galing siya sa Malaysia (dia datang dari Malaysia).”

“Oh…I thought he is your boyfriend. Sorry na Miss Gia.”

“It’s okay. I got to go first.”

“Take care miss Gia.”

“Thank you auntie…” Gia pantas berlalu dari situ dengan air mineral yang dibelinya.

Gia kembali turun tangga ke bawah menuju ke arah Luqman yang sedang duduk di gigi pantai. Dia mengambil tempat di sebelah Luqman. Beg dibuka lalu air mineral diserahkan kepada Luqman.

“Untuk?”

“Untuk awak mandi.”

“Serius?”

“Awak ni. Takkanlah saya beli air ni untuk awak mandi? Kalau awak nak mandi, boleh je mandi dekat laut tu. Saya beli ni untuk awak minumlah. Adoiii!!! Itu pun nak kena ajar ke Encik Luqman? Sikit lagi saya nak bebel macam mak-mak!”

Tanpa Luqman sedar, dia tergelak kecil dengan keletah Gia yang dia rasa agak memang macam mak-mak bila marah macam tu. Gia pula pandang dengan pandangan tak percaya bila tengok Luqman gelak kecil.

“Apa?” Luqman cuba beriak biasa. Dah macam mana pulaklah aku boleh tergelak tadi? Mesti dia ingat aku nak
berbaik dengan dia.

“Tak ada apa-apa. Tak sangka singa muka ketat macam awak ni boleh gelak.”

“Kenapa pulak tak boleh? Aku pun manusia jugak.”

“Tak kata pun awak haiwan…” perkataan haiwan disebut perlahan.

“Kau cakap apa tadi?” Ingat aku ni pekak sangat ke tak boleh dengar apa dia cakap tadi.

“Tak ada apa-apa,” Gia sengih menayangkan gigi putihnya. Kepala botol air mineral dipulas sehingga terbuka lalu diteguk sedikit. Kena jimat cermat. Entah berapa lama lagi nak tercongok je dekat sini.

“Macam mana kau boleh tahu tempat ni?”

“Kalau saya cerita dekat awak pun, awak mesti tak percaya kan? Yelah, awak selalu anggap saya ni anak orang berada, kaya dan boleh buat apa saja dengan duit.”

“Maksud kau? Kau pernah hidup miskin ke? Hahaha…aku tak percayalah kau pernah hidup miskin.”

“Kenapa pulak tak pernah? Sebelum bangkit jadi keluarga yang kaya, mesti akan ada erti kesusahan dan miskin.”

“Cara kau cakap ni macam kau dah pernah alami.”

Gia cuma tersenyum. Sejujurnya dia tak nak ceritakan hal ni pada Luqman tapi tak tahulah kenapa dia rasa terbuka hati nak ceritakan semuanya pada Luqman. Tapi, aku rasa belum sampai lagi kot masanya untuk aku cerita. Nanti-nanti jelah. Aku malas nak ingat zaman kecik-kecik dulu.

“Tak adalah. Saya saja je cakap. Betullah apa yang awak cakap. Saya ni datang dari keluarga yang dah berada jadi saya tak pernah rasa erti susah atau miskin. Tapi, bila saya tengok orang miskin atau susah dari saya, saya rasa kesian. Apa yang saya mampu buat just bagi sumbangan dekat diorang. Tak kiralah sumbangan apa pun.”

Kenapa aku rasa macam dia cuba sembunyikan sesuatu dari aku? Dari riak wajah dia aku tahu ada benda yang dia cuba pendamkan dan tak nak cerita pada siapa-siapa. Eh? Yang kau care sangat pasal dia dah kenapa Luq? Aku bukan care lah tapi aku tertanya-tanya je. Hek eleh! Yelah tu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience