BAB 6 : TAKUT!

Humor Series 106134

Aku takut sangat! Aku sedang memandang Amril yang menjawab panggilan telefon melalui aku selepas mendapat panggilan daripada salah seorang agen syarikatnya yang sekarang ni sedang berada di Indonesia. Lepas bersenam sambil membawa dua botol Hundred Plus tadi, kami sama-sama datang office. Sebaik sahaja labuhkan punggung kat kerusi, aku dapat panggilan. Aku tak tahu hujung pangkal cerita tetapi melalui pemanggil tersebut, panggilan tu penting. Keseriusan perkara tersebut berada pada tahap lima. Maknanya, dah takde negosiasi untuk tak berikan panggilan tersebut kepada Amril. Amril berdiri tegak. Aku perhati aje gerakan dia. Entah kenapa aku turut berasa takut melihat reaksi Amril. Bukannya ada kaitan apa-apa dengan aku pun. Duh!

“Macam mana boleh jadi macam ni?” soalnya sambil mengurut dahi.

“Berapa ramai?” Amril menyoal lagi setelah berdiam diri untuk mendengar penjelasan lebih lanjut daripada pemanggil tersebut. Aku masih tak faham apa yang sedang berlaku.

“Dah contact dengan duta kat sana ke? Diorang dah tahu ke?” dia tutup mata kejap.

“Takpe. We’ll fly today. Stay with the clients all the time. Don’t go anywhere,” katanya dan memutuskan talian. Beberapa saat lepas tu, dia mengeluh dan pandang aku. “Kita kena fly ke Indon malam ni jugak.”

“Apa yang berlaku?” aku soal dia. Takut sebenarnya nak berikan soalan dalam waktu-waktu macam ni. Aku tak kenal dia lagi. Mungkin dia ni jenis marah dan hamburkan segalanya bila menghadapi krisis, siapa tahu?

“Tour bas kat Indon got into an accident menyebabkan seorang klien meninggal. Few of them cedera ringan. Aku kena ke sana untuk settlekan benda ni,” ternganga aku dibuatnya. Macam mana perkara ni boleh berlaku? Ya Allah! Innalillahiwainna ilaihi raajiun, aku berbisik dalam hati. Aku tengok dia macam rileks aje tapi aku tak tahulah apa yang sedang bergolak dalam hati dia.

“Arisa,” panggilya. Bagaikan terkena renjatan elektrik, baru aku sedar, aku tak gerak-gerak lagi. Aku blur. Aku pandang dia dengan pandangan kosong.

“Ha?” jawabku lemah.

“Kita dah takde masa. Kau balik sekarang, grab few important things. Jumpa kat airport pukul empat petang. Don’t worry. Everything is on the company. Now, go home,” aku tak percaya. Macam mana dia boleh selamba macam ni? Aku mengangguk dan perlahan-lahan keluar dari pejabat dia. Cepat-cepat aku balik, pulang rumah dan masukkan apa yang patut. Pukul empat setengah petang tu, aku dah berdiri kat lapangan terbang. Taknaklah aku menanggung rasa bersalah sebab kelewatan sendiri. Perkara macam ni bukan boleh dibuat main. Lima sepuluh minit, dia sampai dengan kaca mata hitam tersarung pada hidung mancungnya sambil menarik bagasi sederhana besar hitam, Polo. Dia berjalan tak tengok kiri kanan. Lagak berjalan bagaikan seorang selebriti yang dikenali ramai. Bezanya, dia tak dikenali lagi.

Lepas melalui semua prosedur dan imigresen akhirnya kami berdua duduk dalam perut kapal terbang. Aku duduk bersebelahan tingkap, dia duduk sebelah kiri aku. Alasannya, aku ni perempuan. Nanti ada penculik atau perompak gila dalam kapal terbang yang nak culik aku dan tambahkan masalah dia yang dah serabut tu. Aku iyakan aje. Kesian dekat dia, aku pun tak nak tambah serabutkan kepala dia.

“Apa kau nak buat?” soalku setelah sepuluh minit berada di ruang udara yang dijangka akan mendarat pada pukul lapan setengah malam di Bandung Husein Sastranegara International Airport. Dia diam, berfikir.

“Kau rasa apa aku kena buat?” dia pulang soalan kat aku pulak. Aku jongket bahu. “Aku pun sama. Aku tak tahu nak buat apa.”

“Takpe, you’ll always find the way,” balasku.

“Not really,” jawab dia tegas. Aku pandang semula kat dia. Meminta kepastian. “There’s no guidance in this industry dan aku tak pernah alami situasi macam ni selama aku usahakan untuk berada kat tempat aku sekarang. Jadi sejujurnya, aku memang tak tahu nak buat apa. Kalau klien keluarga tu nak saman syarikat aku, dah tentulah diorang menang dan tu tentunya akan jatuhkan reputasi syarikat yang aku usaha bina selama bertahun-tahun. Aku tak boleh halang diorang. Apa pun terjadi, kena terima jelah. Bak kata pepatah, customer is always right but I have to know exactly what happened,” aku anggukkan kepala, sekali.

“Tapi, aku tak setuju dengan kata pepatah customer is always right tu,” balasku. Memang aku tak setuju pun walaupun aku ni adalah pengguna dan konsumer tegar. Aku lihat senyuman tersungging pada bibirnya. Mungkin setuju dengan kata-kata aku.

“And what makes you think so?” dia pandang aku. “Anyway, I like the way you think,” dan dia sedekahkan sebuah senyuman manis. Aku balas senyuman dia sebelum aku kalih pandang kerusi depan.

“Because there are times when customers are actually wrong. Mungkin ayat yang paling sesuai digunakan ialah sometimes. Sometimes, the customer is right,” aku senyum kat dia dan aku nampak senyumannya makin melebar.

“Really, Arisa?” dia menyoal dengan pandangan tak berkelip. Aku angguk.

Aku pernah kerja part-time waktu cuti semester kat universiti dulu, tolong mak kerja kat kantin sekolah. Dan aku ingat sangat satu insiden suatu hari tu, seorang guru lelaki marah-marah bila nampak cicak kat mee goreng dia. Yups, cicak. Haiwan putih pucat yang mampu membuatkan kebanyakan perempuan di dunia ni histeria, lari lintang pukang tak tentu hala. Boleh bayangkan cicak dalam mee goreng? Takkan kami tak nampak benda begitu besar dalam mee goreng kot? Mak diam aje sambil minta maaf. Sedangkan aku tahu maklah orang yang paling menjaga kebersihan bila melibatkan hal masak-memasak dalam dunia ni. Semua guru-guru lain sokong mak sebab tahu mustahil mak akan buat benda macam tu. Alasan paling kuat, benda tu tak pernah terjadi sebelum ni.

Guru lelaki tu hamburkan segala kata makian kat mak dan staf yang lain. Oleh kerana aku tak tahu cerita sebenar, aku diamkan diri sebab dah ternyata aku tak boleh tolong tegakkan benang yang basah meskipun nak sangat balas balik apa guru lelaki tu cakap. Tahu-tahu guru tu sebenarnya suruh murid belikan tapau dari kantin mak dan dia sendiri letakkan cicak tu kat dalam sebab tak puas hati. Saudara dia tak dapat tender kantin tu, kalah dengan mak. Dia tak pulak mengaku salah dan minta maaf kat mak. Tolonglah, dunia. Esok-esok datang makan dengan muka selamba order nasi lemak pulak. Dan, aku tak pernah hormat lagi guru tu. Selamanya.

Dari situ aku percaya, customer isn’t always right. They just want to bring you down, drive away good customers and take away your money, of course, by suing. Boleh nampak betapa kejamnya dunia perniagaan? Ni baru perniagaan kecil-kecilan. Belum besar macam syarikat ternama Encik Millionaire yang sedang pandang aku tak berkelip ni lagi. Aku takde idea apa yang dia lalui untuk sampai ke tahap ni tapi satu perkara yang aku pasti, mesti cabarannya jauh lebih hebat dan mencabar. Dan aku tahu, ada masanya dia terasa nak berputus asa.

“Wow, Arisa. You put me in awe. Surprise me more,” katanya, aku berdehem. Rasa macam diri hebat sangat bila seorang Millionaire minta pendapat aku sedangkan lima minggu aje kot aku kerja part-time tu. Tetapi, dah dia minta pendapat, utarakan ajelah, kan? Sukanya bila seseorang mendengar! Hihi!

“Well, buang masa aje layan customer yang satisfactionnya tak boleh dipuaskan. Lebih baik fokus kat kesetiaan jangka panjang customer yang lain, tak gitu?” dia gelak sakan sebaik aku habis luahkan pendapat. Seronok jugak buatkan seseorang gembira dalam masa kritikal macam ni. Aku gembira tengok dia ketawa.

“Dan sebenarnya kita patut jaga dan hargai employees. Sebab, kalau diorang fikir majikan tak sokong diorang, even masalah kecil akan menyebabkan kebencian. And reason lain lagi, kita akan bagi layanan berbeza kat these certain customer yang maybe, abusive dan tak boleh dipuaskan hatinya. Customer macam ni memang bad for business jadi kadang-kadang tu, just step out of it. Tapi aku tak boleh step out aje dalam keadaan sekarang. I have to be responsible,” dia senyum nipis, mengeluh perlahan dan pandang hadapan.

“For the first time in my life, Arisa... Ni adalah kali pertama aku rasa aku disokong sebaik-baiknya sedangkan aku belum buat satu keputusan pun. Terasa macam ada orang menyebelahi aku dan kau memang sangat mengagumkan. Thank you,” gembira aku dengar pujian dia tapi dalam masa yang sama, aku rasa sedih. Entahlah kenapa aku berperasaan macam ni. Aku ni, okey ke tak?

“Susah sangat ke jadi CEO? Tak pernah ada orang sokong kau bila kau buat sesuatu keputusan ke?” tak sedar aku dah mula bertanya. Aku tak tahulah macam mana nak matikan instinct jurnalis aku ni. Takkanlah keluarga pun tak sokong, kan? Tak tahu kenapa aku terfikirkan keluarganya saat ni. Selalunya, keluarga akan sokong apa pun keputusan yang kita lakukan meskipun yelah, pada mulanya mungkin ada pertengkaran besar yang berlaku.

“Hmmm, tak sukar pun jadi CEO sebab kau dah kat atas, goyang kaki ajelah, kan?” dia gelak tapi aku tak rasa gelakan tu ikhlas. “Paling sukar bila nak buat keputusan sebab kita tak tahu keputusan tu akan bawa kita ke mana. Tapi tak kira apa pun keputusan tu, kau akan dan kena jadi orang yang bertanggungjawab. Kalau keputusan tu bawa result yang positif then, it’s good. Tapi kalau sebaliknya, telanlah seorang-seorang. Aku sukakan kedua-dua result sebab aku perlukan kejayaan untuk terus survive dan perlukan kegagalan untuk terus belajar. Benda paling tak best bila dah sama-sama decide on a particular decision, but you’re to blame on it alone. Sedangkan semua orang dah buat keputusan untuk pilih decision tu. Aku just tak faham orang yang suka blame orang lain...” dia sengih. “Aku harap aku takde style tu,” dia sengih. Menawan. Kenapa aku asyik rasa dia sangat menawan dengan kata-kata nasihat dia tu?

“Tapi aku tahu, kau akan buat keputusan yang terbaik,” aku puji dia dari hati aku yang paling dalam.

“Terbaik untuk syarikat tak bermakna terbaik untuk customer dan sebaliknya.”

“Then, kenapa tak buat keputusan yang terbaik untuk kedua-dua pihak?”

“That’s impossible. Aku tak pernah dengar lagi kisah dongeng yang menyatakan suatu keputusan yang diambil boleh memberikan impak yang positif kepada kedua-dua pihak.”

“Hmm, kisah dongeng ke?” aku soal dia. Sampai hatinya balas soalan aku dengan menggunakan frasa kisah dongeng. Baru tadi rasa dihargai sebab dia mendengar. Kini, rasa macam dia acuh tak acuh dan tak ambil serius pulak.

“Kisah dongenglah sebab benda tu tak pernah terjadi dalam dunia perniagaan.”

“Buatlah kisah dongeng tu satu realiti dalam dunia perniagaan. Dan lepas tu, kau dah boleh bagitahu satu dunia yang kau sebenarnya dah pecahkan myth dan buat kisah dongeng tu bukan suatu kisah dongeng lagi,” dia diam, lama. Mungkin mencerna kata-kata aku. Dalam diam, aku takut aku sebenarnya katakan sesuatu yang salah.

“Kau tahu tak, Arisa?” dia soal dengan suara yang serius dan pandang mata aku dalam-dalam.

Aku balas pandangan dia. “Tahu apa?”

“You’re awesome. Kenapa aku tak jumpa kau lebih awal?” Wow! Boleh tak aku nak melompat keriangan dengar soalan dia tu? Dia bukan orang pertama yang ujarkan soalan tu kat aku. Tetapi buat pertama kalinya dalam hidup, aku rasa ayat tu mempunyai maksud yang dalam dan sangat indah.

“Err...” aku tak mampu nak katakan apa dah.

“Nak jadi secretary aku selamanya ke?” soal dia lagi.

“Err...” tak sedar, aku menggeleng. Dia terus sahaja gelak besar.

“Hish, aku gurau ajelah. Kesian secretary aku yang seorang tu kalau aku buang dia macam tu aje. Gurau aje, k? Jangan ambil letak dalam hati,” dia senyum sesaat dan terus ambil majalah yang ada kat depan.

“Thank you,” kataku.

“What for?” dia soal tanpa mengalihkan pandangan dari majalah tu.

“Sebab cakap aku awesome. Aku tak pernah dengar perkataan tu...” dari atasan aku, aku sambung dalam hati.

“You deserved that,” katanya dan kami terus membuat hal masing-masing. Buat sekian kalinya, aku rasa... haru!

PENERBANGAN yang memakan masa selama dua jam sepuluh minit itu hanya mampu melelapkan mataku dalam beberapa minit, macam tak tidur pun ada jugak. Aku tidur selepas makan malam dan aku perasan Amril tak tidur langsung. Dia macam berfikir sepanjang penerbangan tu. Tajam aje pandangannya menembusi majalah-majalah yang berada di hadapannya. Aku pulak yang naik takut. Taknaklah aku kacau dia kalau macam tu. Nanti tak habis dia berfikir.

“Ladies and gentleman, the captain has turned on the Fasten Seat Belt sign. If you haven’t already done so, please stow your carry-on luggage underneath the seat in front of you or in an overhead bin. Please take your seat and fasten your seat belt. And also make sure your seat belt and folding trays are in their full upright position,” sebaik pengumuman itu dibuat, Amril yang memakai jaket kulit warna hitam menyiku lengan aku.

“Bangunlah, dah nak landing,” katanya. Aku menggeliat dan terus melihat pemandangan di luar tingkap. Apa yang aku nampak hanya lampu-lampu neon. Tak nampak pun bentuk dan design bangunan kat luar. Bila terasa gegaran kapal, aku perasan Amril terus duduk tegak dan pejamkan matanya rapat sambil mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu yang aku sendiri tak pasti apa. Aku pandang aje dia hingga dia buka matanya semula.

“Baca apa tu?”

“Selawat dan zikir,” jawabnya menutup mata kembali.

“Takut ke?”

“Makin tua, makin takut naik plane,” dia gegar-gegarkan tubuh dia. Macam nak bagi ketakutan tu lari.

“Sedihlah kau kalau macam ni. Sepatutnya kau tak takut. Kapal ni kan dah jadi macam kenderaan kedua kau.”

“Tak tahu sejak bila ada perangai macam ni. Aku tahu aku tak patut ada perasaan macam ni macam kau cakap tapi entahlah. Fikiran aku asyik nak fikir tak selamat lebih-lebih lagi bila ada kejadian macam MH370 dan MH17 tu. Aku jadi serik sendiri,” kesian pulak aku dengar.

“Takpe, tu kan antara salah satu langkah berjaga-jaga.”

“Kau tak takut ke?” aku jongket bahu.

“Ni first time aku keluar Malaysia, aku tak rasa perasaan lain selain excited,” aku sengih.

“Ada pulak passport kau, kan?” dia mendengus kecil.

“Dah lama aku buat passport ni, kot-kot termelancong dengan kawan sebab banyak jugak kawan-kawan yang ajak melancong tapi semua tak jadi. Tak sangka pulak kau orang pertama yang bawa aku melancong,” aku tekankan perkataan ‘termelancong’.

“Kita bukan melancong, Arisa. This is a business trip.”

“Ye, aku takkan lupa,” aku sengih dan kami terus keluar dari perut kapal terbang itu. Tempat duduk kami antara yang paling belakang sekali. Aku pun tak tahu kenapa Amril tak minta business atau first class seats. Dia tu kan CEO syarikat pelancongan terkemuka di Malaysia? Millionaire lagi. Hmm, apa-apalah.

“Erk, Am...” panggilku ragu-ragu. Dia toleh pandang aku.

“Apa?” dia kenakan kaca mata hitamnya pulak. Lewat malam begini perlu ke kenakan kaca mata hitam? Dia ni ada habit pelik kadang-kadang tapi seriously, dia nampak hensem dengan gaya macam tu. Dengan rambut yang disisir ke belakang dan raut wajah yang pada pandangan aku ada mirip dengan pemain bola terkenal dunia, Cristiano Ronaldo, padan sangat dengan kaca mata hitam tu. Hish! Aku dah kenapa memuji dia malam-malam macam ni?

Aku mendekati dia, cuba bersaing berjalan dengan dia.

“Kenapa tak ambil business atau first class seats? Kau tu kan CEO syarikat sendiri,” akhirnya keluar jugak soalan tu dari mulut aku. Tak tahan aku tak tanya soalan ni kat dia. Hati aku gatal sangat.

“Kenapa? Tak suka duduk economy class ke? Kelas kau, Arisa,” sempat dia sindir aku, kan? Hish!

“Bukan, aku takde masalah. Cuma aku pelik dengan kaulah. Kau tu CEO, kenapa tak minta first class seat?”

“Hey, Presiden Uruguay Jose Mujica pun hanya ambil sepuluh percent dari gaji asalnya. Takkan aku tak boleh duduk economy class?” terasa aku.

“Aku cuma tanya. Kau tu responden aku, kan?”

“Good, malu bertanya sesat jalan. Jomlah, Zarith dah tunggu kita kat arrival. Kesian dia. Mesti tengah nangis gila-gila,” kami berjalan seiringan ke balai ketibaan lepas mengambil bagasi masing-masing. Tak besar mana pun beg kami tapi sayang pulak tak gunakan dua puluh kilogram yang dah dibayar oleh syarikat.

“Bos!” teriak satu suara sebaik sahaja kami melepasi pintu ketibaan.

“Zarith!” bagasi dilepaskan, tangan bersalaman dan pelukan diberikan. Beberapa saat lepas tu, Amril menepuk-nepuk belakang Zarith.

“Sorry, bos. Tak tahu camner boleh jadi macam ni,” luah Zarith yang kelihatan merah matanya, mukanya sembab, kusut masai dan nampak sangat tak terurus. Bandage ada kat pipi, leher dan lengan dia. Aku pulak yang jadi takut! Seriau!

“Takpe, kita tak tahu benda yang bakal berlaku. Malang tak berbau. Kau okey ke ni? Sihat?” mereka melepaskan pelukan dan Amril terus menyentuh pipi, lengan dan leher Zarith yang berbandage putih.

“Alhamdulillah, aku tak pape. Cuma trauma, ingatkan dah nak mati tadi,” Zarith sengih.

“Pantang ajal sebelum maut,” sambut Amril dan senyum kat Zarith. “Dah cek semua ke? Takde gegaran kat otak kau ke?”

“Dah cek semua tadi. Inshaa Allah, doktor cakap okey.”

“Takde pendarahan dalaman? Aku takut kau nampak okey macam ni tapi dalaman kau sebenarnya tak okey.”

“Dah okey, bos. Jangan risau. Terima kasih sebab risaukan aku.”

“Mestilah aku risaukan kau. Kau tu ada keluarga kat Malaysia. Siapa nak jaga mak ayah kau kalau kau takde?”

“Hee, thank you boss!” Zarith sengih. Seronok aku tengok Amril layan staf dia. Dia sangat pentingkan kebajikan diorang. Dalam diam, aku membandingkan majikan aku dengan Amril. Tiba-tiba pulak wajah Hisham muncul. Makin galak aku bandingkan Hisham dengan Amril. Hisham tu ketua Yana dan dia jugak punya atasan dan atasan dan atasan lagi. Memang beza betul!

“Bos tak marah ke?” Amril ketap gigi, bercekak pinggang dan memandang Zarith dengan pandangan tajam sebelum menjawab.

“Kau tanya aku soalan macam tu dalam keadaan macam ni?” dia geleng kepala seraya mendengus. “Aku memang nak marah sekarang ni. Kalau boleh nak marah dan belasah semua orang termasuk kau sekali tapi apa gunanya? It won’t change anything. Klien yang dah meninggal takkan hidup semula dan yang cedera takkan sembuh dengan automatik. Kalau kau tak nak kena marah, bantu aku selesaikan masalah ni,” cepat-cepat Zarith mengangguk. Kagum aku dengan jawapan yang Amril berikan. Dia memang profesional dan sejujurnya dia memang seorang entreprenuer hebat pernah aku jumpa. Dia punyai semua karakter yang sepatutnya dimiliki oleh seorang entrepreneur. Kalau dia takde ciri-ciri tu, mustahillah dia berada di tempatnya sekarang, kan? Perasaan kagum tu aku diamkan aje dalam hati. Sempat aku memuji berdiri kat belakang Amril yang membelakangi aku.

“Baik, bos. Thank you so much!”

“Sekarang, semua klien ada kat mana?”

“Ada yang kat hospital dan ada yang kat hotel, semua dah diperiksa oleh doktor. Aku bawa klien yang takde kaitan dengan mangsa dan sihat untuk balik berehat.”

“Berapa jumlah semua klien?”

“Sepuluh orang aje, kitorang gunakan bas kecil.”

“Bila tour ni tamat?”

“Dalam dua hari lagi.”

“Pergi mana sebenarnya sampai boleh accident?”

“Kitorang on the way ke Tangkuban Parahu. Tak tahu macam mana, supir cakap dia nak elak kemalangan yang lebih besar berlaku. Dia cepat-cepat pusingkan stereng ke kiri, brek mendadak dan menyebabkan bahagian tengah bas dilanggar oleh Land Cruiser. Kalau dia tak buat macam tu, mungkin kami semua akan mati dihimpit oleh tour bas kat belakang dan beberapa kereta lain.”

“Ada CCTV ke kat tempat tu?”

“Tak tahu.”

“Kantor polisi masih buka ke sekarang?”

“Tak tahu, bos tapi pegawai yang bertanggungjawab ada aje kat hospital dan hotel tu. Sedang ambil keterangan.”

“Laju sangat ke korang bawa? Selama aku bawa tour ke Indonesia ni, tak pernah lagi supir bawa bas laju sebab keadaan jammed, motor yang potong kiri kanan dan kereta yang berjuta banyak tak kenal bila masa peak atau tak. Kat sinilah orang pandu kereta paling slow, macam mana boleh accident? Fikiran aku ni asyik tanya kat hati aku pasal benda tu sejak kau call aku siang tadi. Aku macam tak boleh terima, tau tak? Rasa unbelievable!”

“Tak tahu, bos. Part ni aku tak boleh jawab. Sebelum accident, aku tidur. Terkejut bila accident tu sedang berlaku, I didn’t see it coming. Tahu-tahu aje, it happened.”

“Semuanya kau jawab tak tahu. Apa yang kau tahu, hah?” Zarith garu kepala yang tak gatal sambil sengih.

“Kedutaan dah tahu pasal hal ni ke?”

“Aku dah banyak kali cuba call tapi tak pernah tembus. Line asyik busy aje,” Amril mengeluh pendek.

“Wartawan? Jurnalis?” soalan dia buat aku sentap tapi aku simpan diam dalam hati.

“Wartawan tempatan dah tahu, dah banyak bertenggek kat hospital. Wartawan Malaysia aje yang tengah on the way, akan jadi berita headline tengah malam ni kot,” Amril terus tengok jam Rolex dia. Ada setengah jam lagi untuk berita tengah malam berlangsung.

“Haih, tak suka betul macam ni. Takpelah, jom lawat mangsa kat hospital,” belum sempat Amril melangkah, Zarith tarik lengan baju Amril memaksanya untuk menoleh kembali.

“Banyak wartawan kat sana. Bos jadi perhatian nanti. This is bad for the company.”

“Jadi kau nak aku chicken out dan biarkan aje perkara ni macam tu? Let the time heals? Macam tu? Lebih cepat hal ni selesai, lebih baik. Klien yang meninggal tu pun nak kena urus jugak. Nak kena bawa balik dan dikuburkan.”

“Tapi lebih baik bos fikirkan betul-betul sebelum ke hospital. They are going to kill you”

“Who are they?”

“The family members?”

“Kalau macam tu, tolong sampaikan salam kat mak ayah aku. Katakan kat diorang, I love them so much! Dan cakap kat diorang, ampunkan aku untuk apa yang pernah aku lakukan,” aku dan Zarith terdiam, kelu, tak tahu nak kata apa. Amril pula kembali menarik bagasi dan terus berjalan keluar untuk menahan teksi. Aku dan Zarith berpandangan sebelum masing-masing bersaing mendapatkan Amril. Zarith rampas bagasi Amril dan menariknya. Amril biarkan aje. Erk, aku tak tahu apa perlu aku lakukan. Sebaik Amril bertemu Zarith, aku tak lagi keluarkan satu patah perkataan pun dari mulut aku. Aku betul-betul tak tahu nak kata atau lakukan apa. Aku buntu. Macamlah aku yang menghadapai masalah. Macamlah aku yang CEO syarikat ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience