United Kingdom, England.
Dua jejaka keluar dari balai berlepas dengan pakaian santai berwarna hitam. Kaca mata elok terletak di atas batang hidung. Menyerlahkan lagi kekacakan mereka. Ehsan membetulkan sedikit urat tengkuknya setelah berjam-jam di atas kapal terbang. Eijaz pula hanya diam menunggu seseorang menjemput mereka.
"Eijaz Rafael and Ehsan Eskandar?"
Mereka berdua menoleh ke arah yang menegur. Seorang lelaki yang segak berpakaian kot berwarna hitam satu set. Ehsan menurunkan kaca matanya sedikit. Tatu di tangan lelaki itu di pandang lama. Bukan calang-calang orang sekarang.
Eijaz hanya memandang tajam. Diam tidak berkutik sedikit pun. Lelaki itu menyuakan tangannya.
"I'm Tunku Hayder Xavier and this is Hanz Zander." lelaki itu mula memperkenalkan diri mereka. Ehsan dan Eijaz hanya mengangguk. Tidak menyambut huluran tangan kedua-dua lelaki itu.
Hayder dan Hanz tersenyum sinis. Jadi inilah orang yang diarahkan oleh ayahnda nya untuk turun ke sini?
"Just straight to the point Tunku Hayder Xavier, aku tak akan ada masa untuk dengar apa rancangan kau selepas ni." kata Eijaz tanpa basa basi. Hanz tergelak kecil.
"Chill men, kita akan bekerja sama selepas ni. Jadi kau tak perlu emosi terlebih. Just relax." sindir Hanz. Ehsan terus memandang tajam ke arah lelaki yang bernama Hanz itu.
"Hanz...." dingin suara Hayder menegur.
"Okay-okay i'm sorry!"
"Aku akan bawa korang berdua ke hotel aku. Kita bincang dekat sana. More privacy."
Ehsan dan Eijaz hanya mengangguk. Ehsan membuang batang lolipopnya sesuka hati sebelum masuk ke dalam kereta.
"So Ehsan, aku dengar kau selalu datang ke UK. Kerja dekat sini ke?" Tanya Hayder dengan ramah namun masih lagi terselit dingin lelaki itu.
Ehsan hanya diam memandang lelaki itu.
"Haah, kerja. Cari rezeki untuk anak bini nanti." jawab Ehsan mendatar.
"Anak bini? Kau dah kahwin?"
"Hell no! Lambat lagi."
"Eijaz? Kau kerja dekat mana?"
"Itali. Tempat yang selalu aku pergi."
"Wow! Jadi kau mungkin fasih dalam berbahasa Itali." kata Hanz pula. Eijaz hanya tersenyum sinis. Tak juga!
"Dah berapa lama kau dalam bidang perniagaan Hayder? Aku dengar kau terkenal seluruh dunia." tanya Ehsan kepada lelaki itu.
Suara ketawa Hanz membuatkan semua mata tertumpu ke arahnya. Dah kenapa lelaki ni? Gila? Gelak tiba-tiba.
"Oh sorry! Aku cuma geli hati dengan soalan kau Ehsan. Kau tak patut tanya dia soalan macam tu. Dia tengah bersedih lagi."
"Bersedih? Kenapa bini mati ke?" Lancang soalan itu keluar dari mulut Ehsan. Memang tak bertapis.
Eijaz hanya diam memandang ke luar tingkap. Tidak minat dengan perbualan mereka. Fikirannya melayang memikirkan isterinya di rumah. Tiba-tiba merindukan wanita itu.
Sampai saja di hotel Roi De Sicile Hotel mereka turun dari kereta. Hayder membetulkan kot hitamnya terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke dalam Hanz mengikuti Hayder dari belakang. Ehsan memandang sekeliling terlebih dahulu. Nice!
Butang Lift ditekan oleh Hayder. Lelaki itu meletakkan passcode terlebih dahulu lalu lift itu bergerak naik ke atas. Signboard yang tertera membuatnya Ehsan mengangguk perlahan.
Penthouse Tunku Hayder Xavier
"Jemput duduk. Anggap macam rumah sendiri, minuman aku dah sediakan atas meja makan."
Eijaz membuka jaket hitam nya. Satu kaki di silang naik ke atas. Mata masih lagi tajam memandang Hayder sehingga lelaki itu berdecit perlahan.
"Chill Eijaz, aku tak akan buang masa kau. Dan yah, sekarang kita akan bincang. Straight to the point macam yang kau cakap tadi." kata Hayder. Tahu dari cara pandangan tajam lelaki itu seakan sudah tidak sabar.
"Macam yang ayahnda aku cakap, kau dan adik kau di hantar ke sini untuk jadi bodyguard sementara kami. Tapi, aku tak perlukan korang."
Berkerut dahi Eijaz dan Ehsan. Tak perlu? Tapi kenapa panggil ke sini.
"Habis tu, apa gunanya aku turun ke sini?"
"Aku nak kau lindungi anak aku."
"Anak? Kau ingat aku ni babysitter?" Sinis saja Ehsan bertanya. Anak? Ini yang paling dia tak suka sekali.
"Hayder perlukan korang untuk lindungi anak dia atas sebab-sebab tertentu. Kami akan bayar lebih. Jangan risau."
"Berapa tahun anak kau?" Tanya Eijaz.
"6 tahun." jawab Hayder dingin.
"Perempuan atau lelaki?" Tanya Ehsan pula.
"Perempuan. Tunku Ammara Alisa." jawab Hayder.
"Isteri kau?"
"Jangan risau, dia dalam bawah jagaan aku. Cuma aku nak kau lindungi anak aku sepanjang majlis tu bermula." tegas Hayder memberi arahan. Dia percaya kedua lelaki dihadapannya untuk menjaga anaknya.
"Daddy!" Jerit anak kecil yang berlari menghampiri ke arah Hayder. Tubuh lelaki itu dipeluk erat.
"Hai uncle Hanz!"
"Hai Ammara! Baru balik sekolah ya? Macam mana sekolah? Ada orang buli tak?"
Anak kecil itu menggeleng. Ehsan memandang tajam ke arah anak kecil itu. Apa rahsia yang Hayder simpan sehingga mereka berdua perlu menjaga anak kecil itu dengan baik?
"Daddy! Uncle-uncle ni siapa? Ammara takut!"
"Oh ini kawan daddy, perkenalkan yang ini uncle Eijaz and uncle Ehsan."
"No! Bukan uncle but abang Ehsan." sempat Ehsan membetulkan title yang diberikan kepadanya. Senyuman terpaling manis dia berikan kepada anak kecil itu. Tangan menyeluk poket mengambil lebihan lolipop miliknya lalu diberikan kepada anak kecil itu.
"No! Daddy said jangan ambil barang dari orang yang kita tak kenal! Daddy, Ammara takut." tubuh Hayder di peluk erat. Takut dengan pandangan tajam dari Ehsan dan juga Eijaz.
Eijaz mengerling adiknya tajam. Dia mengeluh kasar.
"Hai Ammara, uncle kawan daddy. Eijaz, Eijaz Rafael. Don't worry, uncle bukan orang jahat." Eijaz memperkenalkan dirinya. Suara mula bertukar menjadi lembut. Membuat anak kecil itu untuk biasa dengan dirinya. Ehsan menjeling.
Teragak-agak Ammara menghampiri ke arah Eijaz yang sedang menghulurkan tangannya.
"Uncle betul bukan orang jahat?"
"Nope! Uncle bukan orang jahat, tapi uncle bunuh orang jahat." kata Eijaz. Dia tersenyum ke arah anak kecil itu. Ammara turut tersenyum kecil.
"Uncle sebelah ni pun bukan orang jahat?"
"Of course not! Ada ke orang handsome macam uncle ni orang jahat? Please no!" Sempat Ehsan memuji dirinya. Tergelak kecil Ammara di buatnya. Dia menghampiri ke arah Ehsan pula. Lolipop tadi diambil.
"Jadi, kita kawan sekarang?"
"Kita kawan!" Jawab Ehsan ramah.
Melihat kemesraan itu, Hayder mengjongket keningnya. Begitu juga dengan Hanz. Eijaz mengeluh. Sekali lagi dia perlu berada di dalam situasi ini.
"Fine! I take care of her." jawab Eijaz dengan malas.
Hayder memandang Hanz dengan senyuman senget. Selesai satu masalah buat dirinya. Ehsan pula hanya diam. Plastik lolipop dibuka untuk anak kecil itu.
"Untuk pemakaian korang, aku dah sediakan. Faris akan letak dalam bilik korang nanti. Dan untuk majlis malam ni, aku rasa korang dah tahu apa tugasan yang patut korang buat kan?"
Ehsan dan Eijaz hanya mengangguk.
"Eijaz or Ehsan yang perlukan patner untuk malam ni?" Tanya Hanz dingin. Acara majlis malam ini, adalah majlis keramaian yang dijemput untuk semua pihak yang berkuasa. Jadi tak mungkin tiada seorang pun yang membawa pasangan.
Ehsan memandang abangnya. Tahu dari riak wajah dingin lelaki itu, Eijaz tidak mahu di berikan pasangan.
"Aku.. aku perlukan pasangan untuk malam ni."
Eijaz terus menoleh ke arah adiknya. Penyelamat baharu! Nasib!
"Wow! Kau nampak seronok!"
"Well, lelaki kalau bab-bab perempuan aku rasa kau pun faham maksud aku Hanz Zander." jawab Ehsan mendatar.
"Biar Ammara dekat dengan aku. Dan Ehsan akan uruskan semuanya dalam majlis. Deal?"
"Kalau itu keputusan kau, aku ikut. Asalkan nyawa anak aku dalam keadaan baik. Itu pun dah cukup memadai."
"Itu tak akan jadi satu masalah untuk aku. May i know siapa pasangan aku untuk malam ni?" Tanya Ehsan dengan dingin.
Tiba-tiba pintu masuk dirempuh kasar membuatkan Hayder, Hanz dan Eijaz mengeluarkan senjata masing-masing. Ehsan pula membiarkan Ammara berdiri di belakangnya.
"Oh my god! Ini i lah! Maleeka!"
Hayder dan Hanz melepas nafas lega. Perempuan ni memang suka buat suspen! Nak aje Hayder sental pakai clorox!
"Inilah pasangan kau untuk malam ni Ehsan. Maleeka Adriana. Cukup cantik tak untuk kau?" Sempat Hanz menyindir lelaki itu. Ehsan merenung tajam ke arah gadis yang segak berpakaian jeans lusuh dan juga jaket. Rambut gadis itu sedikit keperangan dilepaskan begitu saja.
"And this is Ehsan Eskandar, pasangan you untuk malam ni Maleeka."
"Wow! Thank you! Hots betul you carikan untuk i Hanz, i like." gurau Maleeka. Ehsan masih lagi memandang gadis itu tanpa berkedip. Maleeka membalas pandangan Ehsan terhadapnya. Senyuman manis diberikan kepada lelaki itu.
"Cukup pakej kan? I memang pandai bab-bab cari jodoh orang ni." selamba saja Hanz berkata. Tersedak Ehsan dibuatnya.
"And siapa lelaki sebelah i ni?" Tanya Maleeka ingin tahu lebih.
"Eijaz Rafael, abang kepada Ehsan Eskandar." kata Hanz lagi. Maleeka mengangguk faham. Dan dia pasti mereka pasti kembar. Dari raut wajah yang sama.
Baru ingin Maleeka menyuakan tangan kepada Eijaz, lelaki itu mengendahkan gadis itu. Maleeka terkaku. Dinginnya! Tangan disuakan pula kepada Ehsan.
"Hai i Maleeka Adriana, salam perkenalan untuk malam ni Ehsan Eskandar."
"Yaa you too Maleeka." itu sahaja yang keluar dari mulut Ehsan. Wajahnya masih lagi tegang.
"Hai Ammara! Rindu aunty tak?" Ceria sahaja gadis itu menegur anak kecil yang menyorok di belakang Ehsan. Ehsan hanya diam. Cuba untuk mengawal dirinya. Jantung mula berdegup kencang. Tak pernah dia rasakan perasaan ini untuk mana-mana perempuan.
"Okay, aku rasa setakat ini saja perbincangan kita. Kau dan Ehsan boleh masuk bilik untuk rehat dulu sementara untuk tunggu majlis bermula. Makesure, 8 pm sharp! Understand?" Tegas suara Hayder kedengaran.
"Ammara let's go. Mummy tengah tunggu dekat bawah." ajak Hayder. Ammara berlari menghampiri daddynya tangan kecil itu memimpin tangan Hayder keluar dari penthouse ini. Hanz mengikuti dari belakang.
"See you tonight Ehsan." kata Maleeka sebelum keluar dari penthouse itu. Ehsan hanya mengangguk tanpa memandang gadis itu.
Eijaz mengerling ke arah adiknya. Satu tamparan di perut lelaki itu membuatkan Ehsan terbatuk sedak.
"Kau kenapa!" Marah Ehsan.
"Kau tu yang kenapa! Baru hari pertama jumpa tak akan dah tangkap sayang dengan perempuan tu?"
"Kau merepek apa ni Eijaz, kau sendiri dengarkan perempuan tu cuma pasangan aku untuk malam ni. Aku buat macam ni pun untuk selamatkan kau! Tak nak aku balik-balik Malaysia nanti dapat berita kau dan kakak ipar aku tu bercerai sebab benda ni."
Eijaz menjeling.
"Kau beruntung tahu, sebab ada adik yang masih lagi single dekat sini. Kalau tak, memang kau lah jadi pasangan dia untuk malam ni. Aku tak nak!"
"Kenapa kau tak nak?"
"Sebab aku tahu bakal isteri aku nanti lagi menyeramkan dari kau! Baik aku undur diri awal-awal!"
Eijaz tergelak kecil.
"Kenapa? Nanti kau takut isteri ke?"
"Aku bukan takut isteri, tapi aku hormat isteri aku nanti. Tapi bernasib baik, aku belum kahwin. Kau aje, tapi aku seorang saja yang tahu kau dah kahwin. Baik kau buat baik dengan aku kalau kau tak nak aku bongkarkan rahsia kau dekat semua orang." ugut Ehsan nakal. Kedua-dua belah keningnya terjongket naik ke atas.
"Kau ingat aku takut dengan ugutan kau Es?" Sinis Eijaz bertanya. Ehsan membuat muka menyampah. Tak makan ugutan betul!
"Dah jom! Nanti malam banyak lagi kerja kita. Kerja kau!" Marah Ehsan. Dia terus melangkah keluar dari penthouse milik Hayder itu.
Malam yang ditunggu-tunggu membuatkan Ehsan mengenakan kot berwarna biru gelap manakala Eijaz berwarna putih. Masing-masing sibuk membetulkan kot masing-masing biar tampak kemas di khalayak ramai.
Tok!
Tok!
Bunyi ketukkan pintu membuatkan Ehsan mengarahkan abangnya untuk membuka pintu. Eijaz meregus kasar. Tak guna punya adik! Ehsan meneruskan kerjanya membetulkan rambut.
Buka saja pintu, wajah Maleeka di hadapan pintu bersama senyuman manis. Gadis itu sedang memimpin Ammara bersamanya. Maleeka hanya mengenakan gaun cantik yang berwarna biru gelap dan Ammara berwarna putih. Mengikut warna pasangan masing-masing.
"Es, kau datang sini!"
"Apa benda kau ni? Kau tak nampak ke aku tengah sibuk sekarang?"
"Datang sini lah bodoh!"
Ehsan terus menghampiri abangnya yang berada di muka pintu. Wajah berkerut menahan marah. Melihat saja wajah Maleeka yang siap berdandan cantik membuatkan marahnya reda seketika. Gadis itu tersenyum manis kepadanya.
"Hai Ehsan, kita jumpa lagi."
Ehsan masih lagi terkaku di tempatnya. Terpegun memandang gadis dihadapannya.
"I dah siap and Ammara pun dah siap, shall we? Majlis dah nak bermula." ajak Maleeka. Eijaz hanya mengangguk. Dia memimpin tangan kecil Ammara.
"Okay jom." ajak Ehsan. Dia terus keluar dari bilik hotelnya. Maleeka menaikkan keningnya. Ehsan berkerut seketika. Apa?
"Pegang tangan i Ehsan. I kan pasangan you untuk malam ni. Let's enjoy our moments together."
Teragak-agak Ehsan ingin memegang tangan gadis itu. Maleeka menjulingkan matanya. Tangan Ehsan terus ditarik memeluk pinggangnya.
"Jangan nampak kita terlalu awkward sangat. Tugas kita untuk malam ni, kaburkan mata semua pihak untuk nampak kita pasangan bahagia Ehsan Eskandar."
"Aku tahu kerja aku." jawab Ehsan dingin.
"Then do your work. Anggap i macam kekasih you. Treat me well as your girlfriend. I mean your beloved girlfriend." kata Maleeka lembut.
Ehsan hanya diam berkutik. Tidak menjawab apa-apa.
Masuk saja ke dalam dewan yang menjadi tempat pelancaran majlis itu bermula, Eijaz dan Ehsan berpisah arah. Satu anggukkan diberikan kepada sesama sendiri sebelum berpisah.
Oh please! Entah berapa lama dia tidak menghadiri majlis-majlis seperti ini selepas saja dia menumpukan dirinya pada kerja tenteranya.
Eijaz membawa Ammara ke tempat duduk yang sudah tersedia nama mereka. Dari jauh dia memerhati ke arah lelaki berbadan besar tegap berdiri di hadapan pintu masuk bersama senjata api di tangannya.
"Ammara, listen, jangan pergi mana-mana tanpa pengawasan uncle. Do you understand honey?"
Ammara mengangguk laju.
"If anything happen, lari pergi dekat uncle Ehsan. He will takecare of you. Do you understand again honey?"
Sekali lagi Ammara mengangguk.
"Uncle, mana daddy and mummy? Ammara rindu."
"Mummy and Daddy ada hal sekejap sayang. Nanti kita pergi dekat diorang okay?"
"Granny and granpa?"
"Granny and granpa pun sama. Nanti uncle bawa Ammara pergi jumpa diorang okay?"
Ammara mengangguk laju.
Eijaz memandang ke arah Ehsan yang sedang melakukan kerjanya. Dia tahu adik kembarnya itu mampu selesaikan masalah ini seorang diri tanpa bantuan darinya. Senyuman sinis yang diberikan oleh Ehsan membuatkan Eijaz mengangguk. Faham dibalik maksud lelaki itu.
"Jom Ammara, kita pergi naik atas." ajak Eijaz. Dia memimpin tangan kecil itu berjalan masuk ke satu ruang yang di tempat khas hanya untuk orang-orang kepercayaan Tunku Hayder Xavier sahaja.
"You dah berapa lama bekerja dalam bidang ni Ehsan?" Tanya Maleeka.
"Entah, aku pun tak tahu berapa lama. Penting ke untuk kira?"
"Penting! Kalau tak macam mana you nak tahu berapa banyak nyawa you di selamatkan." gurau Maleeka.
"Cukup aku aje yang tahu berapa banyak nyawa aku diselamatkan." jawab Ehsan mendatar. Cukup hanya dia saja yang tahu bertapa seksanya dirinya berhadapan musuh-musuh di dalam hutan itu.
"You dah ada girlfriend Ehsan?"
"Kenapa kau tanya?" Soal Ehsan semula. Anak matanya masih lagi bergerak memandang sekeliling penjuru dewan itu.
"Nothing! Cuma i tertanya-tanya, tak mungkin lah orang handsome dan hebat macam you tak ada girlfriend kan? Ke you playboy?"
"Playboy atau tak itu kerja aku. Tak ada kaitan dengan kau."
Maleeka ketawa. Sombong sangat Ehsan Eskandar ni.
"Chill, i cuma nak tahu aje. Kalau you tak nak jawab pun i tak paksa."
"Aku rasa, kita kena gerak sekarang. Eijaz dah selamat bawa Ammara masuk ke dalam bilik tu."
"Okay i ikut you."
Mereka berdua berjalan untuk melangkah keluar dari dewan besar ini. Namun di halang oleh lelaki yang bertubuh besar bersama senjata di tangan.
"Kau nak pergi mana?" Tanya lelaki itu. Tajam. Ehsan hanya tersenyum.
"Aku nak balik. Bosan duduk dalam majlis ni." jawab Ehsan selamba.
"Duduk. Kau tak boleh keluar selagi majlis belum selesai."
"Oh come on! You tahu tak i tengah sakit perut sekarang. Nak termuntah, you tak kesian ke dekat i yang mengandung sekarang?" Maleeka pula bersuara. Lelaki bertubuh tegap itu memandang Maleeka atas bawah.
Ehsan hanya mengangguk. Tidak menjawab apa-apa.
"Aku cakap duduk. Sebelum aku tembak korang berdua dekat sini!"
"Okay-okay chill men! Jangan sampai tembak-tembak, not nice kalau orang dengar. Tambah pula dia tengah mengandung sekarang." kata Ehsan mendatar.
"Are you okay Darling?" Tanya Ehsan. Dia memulakan langkahnya terlebih dahulu.
"Aww darling, i okay. Cuma tekak i ni nak termuntah."
"Kau tengok? Isteri aku nak termuntah. Kau pun tahukan faktor-faktor ibu mengandung? Lebih baik aku bawa isteri aku balik sebelum dia pengsan dekat sini."
"Duduk aku cakap!" Tengking lelaki itu. Tangannya mula naik untuk menumbuk wajah Ehsan namun sempat dielak.
"Aku paling pantang orang sentuh muka aku!" Dia memberikan satu layangan penumbuk ke wajah lelaki bertubuh tegap itu.
"Maleeka now!" Jerit Ehsan yang sedang bergelut dengan lelaki tubuh tegap itu.
"Maleeka need a help, Eijaz i think you should come here! Biar i ganti position dengan you!" Kata Maleeka menggunakan alat pendengar.
Eijaz yang mendengar cepat-cepat berlari keluar dari bilik itu. Susuk tubuh Maleeka yang turut bergelut dengan lelaki yang bersenjata itu membuatkan Eijaz menghampiri ke arah mereka.
"Kau masuk! Jaga Ammara! Biar aku dan Ehsan handle di sini!"
Maleeka mengangguk. Dia berlari laju meninggalkan majlis itu. Suara jeritan orang-orang dalam dewan itu membuatkan Ehsan menegangkan urat lehernya. Tercungap-cungap!
Susah juga nak tumpaskan orang tegap macam ni.
"Mana kau belajar seni mempertahankan diri ni? Susah betul nak tumpaskan kau." kata Ehsan dalam nada berbaur sindiran.
Eijaz yang berada di sebelah hanya berdecit. Sempat pula adiknya bergurau dalam keadaan cemas begini.
"Kau tu yang lemah macam orang bodoh!" Maki lelaki tubuh tegap itu. Ehsan tergelak.
"Lemah eh? Let's see jauh mana kelemahan aku tu. Come!" Cabar Ehsan dia menundukkan sedikit badannya mengambil kuda-kuda untuk bergerak maju ke hadapan.
Melihat pergelutan kasar dari adiknya, Eijaz turut membuka langkahnya melayangkan satu sepakkan kepada lelaki di hadapannya ini sehingga lelaki itu jatuh terduduk.
Ehsan mengambil nafas panjang terlebih dahulu. Tangannya yang sedikit berdarah di hiraukan begitu sahaja.
"Kau okay Es?"
"Aku sentiasa okay Eijaz. Jantan bodoh ni! Pancing kesabaran aku. Tengok-tengok dia yang ada dekat bawah. Pengsan tak sedarkan diri. Lemah!" Maki Ehsan. Satu sepakkan diberi pada perut lelaki tubuh tegap itu.
"Lain kali, jangan cakap aku lemah sesuka hati. Kau faham? Biar aku bagitahu kau sesuatu, i'm alpha. No one knows. Jadi bila kau dah tahu, bermakna nyawa kau dah di hujung tanduk." kata Ehsan. Dia mengeluarkan pistol pemberian Hayder lalu dihalakan tepat di kepala lelaki itu.
"Es, don't!" Amaran keras diberikan kepada Ehsan.
"What??"
"Kita hanya guna bila perlu."
"Dan sekarang kita perlu Eijaz! Kau nak dia ancam nyawa kita lagi?"
"Don't! Letak senjata kau semula."
"Argh fine! Fine!" Ehsan mengalah. Baru saja dia ingin meninggalkan dewan itu bersama Eijaz, satu peluru tembus di bahunya. Ehsan jatuh terduduk.
"I told you Eijaz, tapi kau degil. Manusia macam ni memang lahanat!" Tanpa menunggu apa-apa Ehsan mengeluarkan pistolnya semula lalu picu ditekan.
Bang!
Tepat di dahi lelaki bertubuh tegap itu.
"Sial! Berani betul dia tembak aku dekat bahu! Dah alang-alang nak sangat aku mati, kenapa tak aim aje dekat kepala! Bodoh punya jantan!" Bebel Ehsan tidak puas hati. Sakit di bahunya di hiraukan saja.
Eijaz membantu adiknya bangun dari jatuh terduduk kerana tembakkan dibahu. Bebelan Ehsan dia hanya buat-buat pekak. Malas nak dengar.
"Aku okay! Kau tak payah tolong. Tadi waktu aku cakap kau tak nak dengar, sekarang ni aku yang jadi mangsa." marah Ehsan dingin.
Pap!
"Apa hal kau ni!" Marah Ehsan tidak puas hati. Sudah la sakit dibahu masih lagi terasa, boleh pula abangnya menampar perutnya.
"Untuk kau yang degil tak sedar diri. Nak merajuk? Kau ingat kau Ammara nak minta aku pujuk kau?"
"Kau jangan cari pasal Eijaz, aku tembak kau pula nanti." berang Ehsan. Nanti ada juga yang mati katak dekat sini.
"Chill my brother! Aku bergurau suka suki di malam hari yang indah ni."
"Bergurau suka suki kepala hotak kau! Dah la pergi mampus kau ni!"
Ehsan terus berjalan meninggalkan abangnya seorang diri di belakang. Eijaz ketawa kuat melihat wajah berang adiknya.
Share this novel