Rate

4

Superhero Series 1814

Hidup ini tidak seindah kita bayangkan,
Tapi sebaliknya itu tersimpan hikmahnya.

Cuaca pagi cerah menyinari bilik yang gelap itu. Seorang gadis tidur hanyut dibuai mimpi.

Ting! Ting!

Bunyi loceng telefon nyaring menyedarkan aku. Aku menggeliat bangun lalu menyandar kepala katil. Kelopak mata dibuka. Tangan meraba-raba telefon di atas meja berdekatan katil. Aku bingkas mematikan loceng telefon dan meletak semula di atas meja.

Aku mengonyoh mata seraya menguap. Tiba-tiba, aku merasakan sesuatu yang bergerak di dalam mulut aku. Lidahku dijelir dan jariku mencari benda di atas lidah. Mataku tajam memandang 'benda' itu. Mataku sedikit kabur menyusahkan aku melihat 'benda' itu akibat bangun dari tidur. Beberapa detik, mataku membuntang. Jantung seakan mengempam pantas. Terus aku campak 'benda' itu di atas lantai.

Kakiku segera berlari ke dalam tandas. Aku segera ke singki dan membasuh mulutku. Macam manalah labah-labah boleh termasuk ke dalam mulutku?!

Setelah selesai, aku keluar dari tandas dan mengambil tualaku digantung. Sekilas aku masuk balik ke dalam tandas semula. Mulutku terkumat-kamit dari awal lagi.

Selesai mandi, aku memakai baju uniform sekolah. Aku memandang pantulan cermin yang menunjuk wajahku. Terbit senyuman nipis di bibir apabila melihat diriku yang sudah sempurna dengan lengkap. Mataku melirik ke atas meja solekku. Terkejut aku apabila melihat labah-labah itu lagi.

"Janganlah buat Liana sakit jantung, wahai encik labah-labah!" tuturku kepada labah-labah itu, walaupun aku tahu dia tidak memahaminya. Tak pelah, buat-buat faham.

Terus aku turun ke dapur dan menyediakan sarapan seperti biasa. Rutin harianku, memasak nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang lalu menjualnya.

"Cepat betul dah siap,"
Suara lembut menyapa di belakang aku yang ralit membungkus nasi lemak. Aku menoleh ke belakang dan senyum manis kepada mak.

"Hehe. Tinggal sikit je ni." Aku meletak bungkusan nasi lemak ke dalam bakul. Mak melihat bungkusan nasi lemak yang dibuat sambil mengira bilangannya. Semua lebih dari cukup.

Tap!

Tap!

Terdengar derapan kaki yang kuat menuju ke arah dapur. Aku dan mak memandang kakak yang selamba saja duduk meja makan.

"Nah," Mak mengambil salah satu bungkusan nasi lemak itu dan meletaknya di hadapan kakak. Kakak hanya menjeling benci bungkusan nasi lemak itu dan mencebik bibir.

"Asyik-asyik nasi lemak. Dah muak lah!"

"Habis itu, nak makan apa? Mana nak sempat masak lain." Mak mengujar tenang meskipun dia menahan kemarahannya yang menarik ke muncak.

"Masaklah spageti ke? Nasi goreng USA ke? Ni tak, bangun je nasi lemak!" Bibirnya menyeget sinis seraya matanya dijulingkan ke atas.

"Bersyukurlah..."

"What! Bersyukur?! Selama ini Mia tak bersyukur ke? Mak patut bersyukur tau yang Mia terima budak anak yatim tu masuk keluarga kita!" Jarinya ditunding kepada aku. Aku hanya menunduk dan memandang jari-jemariku di paha yang saling bermain-main sesama sendiri. Kakak berdencit. Mak hanya terdiam.

"Sudahlah. Dari duduk kat sini tengok budak tu dan makan bende sama je, lebih baik Mia pergi sekolah dulu" Kakak bingkas bangun dan menyandang begnya. Lalu dia melangkah keluar untuk pergi ke sekolah.

Aku mengetap gigi ku. Selama aku tinggal keluarga ini, kakak memang sangat membenci aku. Sangkaan aku apabila masuk keluarga ini, boleh tumpang kasih sayang dari seorang kakak. Namun sangkaan aku meleset sekali.

"Dah dah lah tu ya. Biar kakak tu. Jom makan." pinta mak lembut. Aku hanya senyum hambar.

"Tidak mengapa mak. Liana dah makan sebelum mak datang. Liana pergi sekolah dulu ya," ujar ku dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan mak. Mak menggangguk dan memberi tangannya untuk aku bersalam.

**

Aku berjalan kaki ke perhentian bas, tidaklah jauh mana dari rumah ke perhentian bas. Kelibat kakak yang sudah ada di situ yang berborak dengan dua kawannya.

Aku hanya duduk atas bangku sementara menunggu bas sekolah tiba. Kakak dan kawannya lain berbisik sambil menjeling aku. Aku hanya diam, semestinya mereka mengumpat aku. Mataku dipejam dan menghirup udara yang segar. Jalan ini memang jarang kereta lalu dan penuh dengan tumbuhan hijau. Biasalah kawasan kampung.

Telinga aku menangkap bunyi deruan kenderaan. Aku membuka kelompak mata semula. Bas sekolah berhenti di hadapan perhentian bas. Semua orang di dalam perhentian bas bangun dan memasuki bas tersebut. Aku melangkah masuk ke dalam bas sekolah sebelum kakak dan kawan-kawannya memasuki.

Mereka mengambil tempat duduk penumpang di belakang sekali. Boleh dikatakan yang tempat itu khas untuk mereka bertiga sahaja. Kalau siapa yang duduk tempat itu, memang akan cari nahas. Tak kisahlah lelaki atau perempuan.

Semua penumpang memandang aku di hadapan pintu bas. Aku hanya selamba saja padahal hati aku berasa segan. Mataku melilau mencari tempat duduk. Nasib aku malang pada pagi ini, semua tempat duduk sudah penuh. Terpaksalah aku berdiri dan memegang tiang bas.

Kakiku sudah penat berdiri dan bahu ku berasa berat sangat akibat menyandang beg sekolah ku ketika bas dipandu.

Bas sekolah berhenti di hadapan sekolah. Semua penumpang meluru keluar dari bas. Bahuku dilanggar beberapa kali.

"Heh, lembab!" Kakak memandang aku dengan bibirnya yang senyum sinis. Mereka semua keluar dahulu sebelum aku. Aku ialah orang yang terakhir keluar dari bas. Sepatutnya aku yang keluar dahulu.

Aku mengeluh apabila kakak berkata begitu padaku. Sungguh hati aku sakit sangat.

"Takpelah Liana. Siapalah aku dengan dia? Aku cuma adik angkat saja yang tiba-tiba masuk dalam keluarganya"

Aku cuba memujuk hatiku yang dilukai. Bibirku cuba senyum nipis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience