BAB 2

Family Completed 2427

Dia telah mula membuat kiraan pada buku latihan matematik tambahannya. Sufian, kawan sekampungnya dan juga teman akrab dari kecil. Dia banyak berkongsi suka duka dengan Sufian.

Malah kawannya itulah yang banyak menemaninya semasa dia hilang semangat ketika atuknya meninggal.

Sufian tahu yang Farisi terlalu sayangkan atuknya dan tabiat melihat awan-awan di langit itulah yang diwarisi oleh Farisi dari atuknya, Tok Ujang.

“Tapi aku nak tahu, kau dok pandang awan biru, apa yang kau dapat or cari sebenarnya?” ujar Sufian tiba-tiba.

“Aku pun tak tahu Sufian..Tapi ini sahaja cara yang aku boleh buat untuk dapatkan semangat aku balik. Pandang ke awan macam aku pandang arwah atuk aku.”

Sufian mengangkat kepalanya sambil mengerutkan dahi.

“Kau jangan macam ni. Aku kan ada. Lagipun kau dah janji dengan aku hari tu yang kau nak jadi kuat.” Ujar Sufian sambil menepuk bahunya perlahan.

“Aku tahu. Aku kuatla..” ujar Farisi sambil tersenyum.” Aku suka sangat tengok awan-awan tu. Kadang-kadang kalau aku tak pandang ke atas sekali dalam sehari rasa macam orang kemaruk cinta je” gurau Farisi sambil ketawa kecil.

Sufian yang melihat kawan baiknya itu mula ketawa merasa senang hati.

“Tapi kan Farisi, aku rasa kau memang berjodoh la dengan awan. Mana tahu satu hari nanti kau jadi 'pilot' bolehlah kau peluk awan tu hari-hari”, tambah Sufian ketika Farisi mula melangkah ke tempat duduknya. Farisi memandang Sufian sambil mengaminkan tangannya ke muka. Pecah ketawa mereka berdua.

“Ibu, Farisi ke kebun pisang dahulu. Sufian nak ikut tolong sekali petang ini” ujar Farisi sambil memandang ibunya yang sedang leka mengait mangga di hadapan rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience