MAB 34: AARON HAS A GIRLFRIEND?

Romance Completed 902208

Arianna memutar-mutar cincin berlian di jari manisnya. Mereka masih berada di Sky Restaurant, meraikan tahun baru, sambil menikmati makanan yang disediakan. Perbualan kosong yang sesesali diselingi ketawa membuat suasana di bumbung hotel itu begitu meriah.

Tersenyum Arianna mengingat lamaran Zahran tadi. Tidak sangka Zahran yang menyebalkan boleh bertingkah semanis itu.

Melarikan pandangannya mencari kelibat Zahran, dia melihat teman lelaki yang kini sudah bertukar status menjadi tunangnya, sedang berbual bersama Seelan, Aaron, dan Zahrin. Sesekali dia melihat lelaki itu tertawa dan ah…Kacak sekali.

Dipandang Zahran dan Zahrin silih berganti. Ya, sekarang dia boleh mengecam Zahran kerana memakai warna baju yang berbeza dengan Zahrin. Tetapi bagaimana jika dia tidak tahu baju apa yang dipakai Zahran? Mampukah dia mengecam Zahran? Bagaimana jika berkahwin kelak, dia tersalah memeluk suami? Aduh, tentu malu!

Ketika dia masih meneliti Zahran dan Zahrin silih berganti, Irdina muncul setelah beberapa minit menghantar Lily, Lana, dan Liyyan kepada pengasuh mereka. Mengamuk sudah tiga beradik itu tadi kerana mengantuk. Mujurlah ketika itu proses lamarannya sudah selesai.

“Dah tidur semua?” tanya Arianna sebaik sahaja Irdina melabuhkan duduk di sebelahnya.

“Dah. Semua dah mengantuk.”

“They’ve worked hard to cooperate with their uncle,” ujar Arianna.

Irdina hanya tersenyum. “Zahran is their favourite person in the family besides their daddy.”

“Especially Lily and Lana. I can see how they adore their uncle.”

“Yup. Zahran pun suka melayan. He loves kids.” Ais krim vanilla yang dihidang bersama potingan avocado disuap ke mulutnya.

“Tak sangka kan…”

“Tak sangka apa?” tanya Irdina.

“Zahran yang nampak sombong tu sukakan budak-budak.”

“Dia bukan sombong. He just kept his distance. But once he removes the distance, it means you are a meaningful person in his life,” ujar Irdina.

Tersenyum Arianna dengan kata-kata Irdina. Dalam hati mengiakan. Zahran yang dikenalinya dulu berbeza dengan Zahran yang ada di depannya sekarang. Gembira kerana menjadi seseorang yang bermakna dalam hidup Zahran. Bangga kerana berjaya mengikis jarak yang dibentang Zahran antara mereka dulu.

“How did you recognize your husband?” tanya Arianna tiba-tiba.

Tertoleh Irdina dengan wajah berkerut hairan.

“I…I mean…Zahrin and Zahran…they’re identical twins. Macam mana you boleh cam…”

“Oh…” Irdina tertawa. “…wife’s instinct. Sekali jeling je, I know which one is my husband. Walaupun dari belakang, I boleh kenal which one is Zahrin. Hebat kan?”

“Wow! How did you do it?”

“When you deeply in love with someone, instinct tu akan datang dengan sendiri. Kadang-kadang dengar bunyi tapak kaki pun, you will know it’s him.”

Tersenyum Arianna dengan jawapan Irdina. “You love him so much.”

“Yes. He’s my first love.”

“So sweet?”

“Yeah…” Irdina tertawa perlahan. Mengingat awal perkahwinan dia dan Zahrin yang tidak bermula dengan manis. Malah sempat bercerai selama lebih setahun sebelum bernikah semula, dia benar-benar bersyukur dengan apa yang dia nikmati hari ini. Kasih sayang Zahrin yang dia yakin tidak berbelah bagi untuk dia dan anak-anak, walaupun kadang-kadang ada pergaduhan yang berpunca daripada salah faham kecil, tetapi itu sedikit tidak mengurangkan rasa cinta mereka.

“You know what…” Suara Irdina itu menarik perhatian Arianna yang ralit memerhati Zahran dan Zahrin untuk melihat perbezaan pasangan kembar itu. Toleh, dia menunggu kata-kata Irdina selanjutnya. “…even they’re identical twins, but they have different personalities. Kalau you tengok Zahrin, muka dia lebih soft and friendly. Cara dia senyum dan ketawa pun lain. Zahran pulak macam sombong sikit. You kena perhati betul-betul, then you boleh nampak. Awal-awal mungkin susah sikit, tapi bila dah kahwin, you dah selalu tengok Zahran, you boleh bezakan Zahran dan Zahrin with one glance.”

Arianna memerhatikan Zahran dan Zahrin silih berganti. Benar seperti yang dikata Irdina. Zahrin wajahnya lebih nampak lembut dan peramah. Manakala Zahran nampak kaku dan sombong. Pada wajah Zahrin, dia nampak Lana. Manakala wajah Zahran membuat dia teringat kepada Lily.

“Kalau you tengok…” Irdina dan Arianna sama-sama fokus ke arah Zahrin dan Zahran. “…Zahrin gesticulates more when he talks. While Zahran is more reserved in conversation.”

Arianna mengangguk-angguk sambil meneliti cara Zahrin dan Zahran bercakap. Zahrin nampak lebih santai saat berbual kerana banyak menggunakan gestur tangan dan tubuh, manakala Zahran nampak lebih kaku.

“Focus on Zahran, not Zahrin,” ujar Irdina apabila melihat Arianna memandang Zahrin lama.

“I’m studying both of them, so that I won’t kiss or hug the wrong person.”

“Oh right…You have a dark past about that. Depan toilet.”

Berdecit sebal, wajah Irdina dikerling sekilas sebelum dia kembali mengkaji tingkah laku Zahrin dan Zahran.

“If you only see one of them, and you can't be sure if it's Zahran or Zahrin, you jangan buat apa-apa. if it’s Zahran, then he will come to you.”

“Ahhh…” Arianna mendesah dramatik sambil mengangguk-angguk. “…cara ni lebih senang. I mungkin tak cam Zahran, tapi Zahran mesti cam I kan?”

“Yes…”

Hening. Irdina menikmati ais krim vanilla dan avocadonya, Arianna pula masih memerhati Zahran dan Zahrin. Tidak terkecuali, dia turut memandang Aaron yang terlihat baik-baik saja di sana. Lelaki itu benar-benar mempunyai jiwa yang besar. Berkorban demi kebahagiaan dia dan Zahran, dan hari ini masih sanggup datang bersama senyum yang jelas terlihat tulus. Cara lelaki itu menjabat tangan Zahran selepas Zahran melamarnya, nampak jelas yang Aaron benar-benar ikhlas melepaskannya.

Malah Aaron juga sempat mengucapkan tahniah kepadanya. Entah terbuat dari apa, hati lelaki itu. Semoga Aaron bertemu dengan wanita yang baik, yang dapat menyayangi dan menghargai hati tulusnya.

.
. .

PAGI esoknya TS Zahari mengajak Zahrin dan Zahran menikmati buffet sarapan di cafeteria hotel. Mahu melihat dan meninjau sendiri bagaimana cara kerja staf mereka. Cuti tahun baru, semua bilik penuh, tetamu ramai, kecekapan staf adalah sangat penting untuk memastikan semuanya berjalan sempurna.

Walaupun masih mengantuk kerana semalam mereka pulang ke bilik ketika jarum jam sudah beranjak ke pukul tiga pagi, namun kerana ayah sudah mengajak, mereka gagahkan juga diri.

TS Zahari dan PS Wahida melihat satu persatu menu yang disediakan. Pilihan menu yang pelbagai dan tidak putus-putus kerana makanan yang habis akan segera ditambah.
“Smart…” ujarnya.

“Did they know you’ll be here this morning?” soal Zahran.

“No. Ini lawatan mengejut.”

Zahran mengangguk-angguk sambil mata melilau sekeliling. Zahrin di sebelahnya sudah beberapa kali menguap. Suasana bising dan riuh di dalam cafeteria tidak langsung berhasil menghilangkan kantuk adiknya itu.

“Ada meja kosong kat luar sana tu,” ujar PS Wahida.

“Panas. Tak ada air cond,” ujar Zahrin.

“Open air. Bagus sedut udara segar pagi-pagi ni.” PS Wahida sudah mendahului langkah suami dan anak-anaknya menuju ke ruang cafeteria di bahagian luar. Beberapa kakitangan hotel mengangguk dan menyapa saat berpapasan dengan mereka.

“Udara dalam bilik lagi segar,” jawab Zahrin; masih tidak berpuas hati kerana dikejut sepagi ini.

TS Zahari dan PS Wahida malas melayan omelan itu. Jarang-jarang sekali disuruh bangun pagi pun sudah merungut.

“Kenapa tak kejutkan Zara sekali?” protes Zahrin.

“Dia tak ada jawatan dalam Imperial,” balas TS Zahari.

“Sebab dia anak pungut,” ujar Zahran sebarang.

“Tengok tu. Sedap dia mengata Zara anak pungut.” PS Wahida sudah menarik kerusi di sebuah meja kosong yang terletak di bahagian luar cafeteria. Tidak terlalu panas kerana pagi masih awal. Apatah lagi angin yang bertiup dari arah laut yang terletak beberapa meter dari hotel membuat suasana pagi itu begitu nyaman.

Pengurus café menghampiri meja mereka dan menawarkan untuk menghidangkan sarapan namun TS Zahari menolak.

“It’s okay. Tetamu ramai dan all staffs are busy. Saya boleh ambik sendiri,” ujar TS Zahari.

Setelah pengurus itu berlalu, TS Zahari bangun diikuti oleh PS Wahida dan Zahran. Zahrin pula masih melayan kantuknya.

Ketika sedang beratur untuk mengambil makanan, Zahran tiba-tiba disapa oleh beberapa orang gadis yang berdiri beratur di belakangnya.

“Congratulations on your engagement,” ujar salah seorang daripada mereka.

“Oh…thanks,” jawab Zahran seadanya. Arianna ada berkongsi gambar lamaran semalam di Instagram miliknya. Jadi mungkin daripada situ, mereka mendapat tahu tentang berita pertunangannya. Tidak sangka pula mereka mengecam wajahnya. Ah, terasa seperti artis terkenal pula.

“The way you proposed was so sweet.” Gadis itu ternyata masih belum berniat untuk menamatkan perbualan.

“How did you get the idea?” tanya yang seorang lagi.

“Using my brain.” Cuba menjawab sesopan mungkin kerana tidak mahu dikata sombong oleh tetamu-tetamu hotelnya.

Tertawa gadis-gadis itu dengan jawapan Zahran walaupun lelaki itu sebenarnya tidak berniat untuk melawak.

“So when will you get married?”

“Has she converted?”

Semakin sebal dan rimas, namun Zahran berusaha menahannya. Jika bukan kerana dia berada di Hotel Imperial yang telah dibangunkan dengan susah payah, tentu dia sudah memberi jawapan yang akan menenggelamkan gadis-gadis itu sehingga ke dasar bumi.

“I’ll marry her as soon as possible and yes, she has converted.”

Mereka masih bertanya lagi, namun Zahran cepat-cepat meminta diri, pergi ke bahagian hidangan barat dan mengambil salad sebelum kembali ke tempat duduknya.

Tertawa Zahrin melihat hidangan di dalam pinggan Zahran.

“Mentang-mentang nak kahwin vegan, dengan kau-kau jadi vegan ke?”

“Salad ni je ada dressing. Yang lain semua telanjang.”

Tersedak PS Wahida dan TS Zahari dengan jawapan Zahran. Zahrin pula sudah terbahak.

“Bengong,” ujarnya.

Selesai sarapan, TS Zahari dan PS Wahida meminta diri terlebih dahulu. Zahran dan Zahrin pula masih menikmati sarapan masing-masing ketika Arianna tiba-tiba muncul dengan nafas mencungap.

Bercekak pinggang di depan Zahrin, dilibas beg silangnya ke bahu lelaki itu. Terkebil-kebil Zahrin memandang Arianna, tidak tahu apa salahnya. Mujurlah orang tidak begitu ramai di ruang luar café itu dan tidak begitu peduli dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Diam menikmati sarapan sambil melihat telefon. Yang berkeluarga pula sibuk melayan anak-anak.

“Isn’t it fun to be surrounded by beautiful young women? Bukan main lagi senyum-senyum. Dengan I dulu bukan main sombong.” Penuh penekanan Arianna menyebut setiap patah perkataan. Suara dikawal supaya tidak menarik perhatian orang lain.

Zahrin membuka mulut mahu berkata sesuatu, namun Arianna tidak mahu memberi celah.

“Tunggu…tunggu…” Buka beg silangnya, telefon dikeluarkan. Laju jemarinya menggeser skrin sebelum satu gambar ditunjukkan kepada Zahrin.

“Ni…Zahrin hantar kat I…” Gambar Zahran dikelilingi gadis-gadis muda tadi. Wajah Zahran kelihatan tersenyum di dalam gambar itu membuat dada Arianna berasap tidak semena-mena saat menerima mesej daripada Zahrin itu. Kalau dengannya dulu, sepanjang masa kelat muka Zahran seperti pisang tanduk setengah masak.

“Dia kata, please come and rescue your fiancé. Tapi muka you tak nampak macam kena diselamatkan pun.”

Zahrin hanya ternganga. Dilirik Zahran yang juga sedang melongo. Sekarang dia faham kenapa dia diserang. Mahu ketawa, tetapi dia menahannya.

“Hey…Excuse me…” Zahran akhirnya bersuara.

Arianna toleh. “You yang hantar gambar ni kat I kan?”

“No, I’m the one in the photo,” jawab Zahran.

“W…What?” Arianna gelagapan. Saat itu juga terasa wajahnya panas seperti sedang disalai. Tertawa canggung, dia toleh pandang Zahrin, tunduk sedikit tanda meminta maaf, sebelum kembali memandang Zahran.

Kerut wajah Zahran yang nyata bengang dengannya, membuat Arianna seperti mahu berlari ke pantai dan berpura-pura lemas. Tentu Zahran berlari menyelamatkannya, memberi rawatan CPR, dan sebaik sahaja dia sedar dalam keadaan lemah, Zahran tidak akan memarahinya.

Tetapi jangan kata berlari, mahu membuka mulut pun terasa berat. Tatapan tajam Zahran itu seperti melumpuhkan seluruh sendi tubuhnya.

“Tu suami orang…” ujar Zahran.

“Tahu…” Arianna toleh sekali lagi memandang Zahrin. “Sorry,” ujarnya.

Zahrin tertawa. “It’s okay.”

“Tunang sendiri pun tak kenal,” gerutu Zahran sebelum menyuap salad ke mulutnya. Langsung tidak menjemput Arianna duduk kerana sebal Arianna tidak mengecamnya.

“Siapa suruh pakai baju sama.” Arianna menjawab.

“Mana sama. Ni kelabu.” Zahran menunjuk baju T pada tubuhnya.
“Tu putih.” Kemudian dia menunjuk baju Zahrin pula.

“Dalam gambar nampak putih. See?” Ditunjuk skrin yang memaparkan gambar Zahran tadi.

Zahran hanya pandang sekilas sebelum pasang wajah tidak peduli.

“Lagipun I tengah marah. Mana I sempat fikir, which one is Zahran, which one is Zahrin.” Tarik kerusi, Arianna melabuhkan duduk di sebelah Zahran.
“Dua-dua nampak macam sama je,” gerutunya.

“Mana sama. Kalau sama, Dina takkan kahwin dengan Zahrin, dia kahwin dengan I,” balas Zahran. Sekali tembak, biar dua-dua kena.

“Eh…Eh…” Meletakkan sudu dan garpunya ke pinggan, Zahran dipandang dengan wajah sebal.

“Betullah aku kata. Pernah dia tersalah panggil aku Ash?” Zahran mengajuk cara Irdina memanggil Zahrin.

Zahrin berfikir sejenak sebelum mengangguk-angguk. “Betul. She’s amazing.”

“Semalam I ada tanya Dina, macam mana dia boleh recognize you two. Then she said, wife’s instinct,” ujar Arianna.

“Dia memang ada banyak instinct,” ujar Zahrin. Teringat dulu, ketika dia masih berhubungan dengan Rina. Irdina tahu jika dia bertemu bekas tunangannya itu walaupun dia pasti Irdina tidak mengupah orang untuk mengekorinya.

“Mana dia dapat instinct tu?” soal Zahran.

“She said, when we deeply in love with someone, instinct tu akan datang dengan sendiri.”

Melebar senyum Zahrin dengan kata-kata Arianna. Ah, Irdina memang tidak pernah gagal membuat hatinya kembang berbunga.

“So that means you don’t deeply in love with me yet, sebab tu you belum dapat instinct tu,” ujar Zahran.

“So I need to dig my love deeper.”

“Yes.”

“Susahlah.”

“Apa yang susah?”

“Because it’s all your fault. You make my love for you up and down. Sekejap naik, sekejap turun. Sometimes it’s deep, sometimes it’s shallow. Perangai you tu yang buat I tak dapat instinct.”

Zahran menyengir sinis. Perempuan memang bijak ya, memindahkan kesalahan kepada orang lain.
“Salah I lah?”

“Yalah. You have to try hard to make me deeply in love with you. Why Irdina is so deeply in love with Zahrin? Because Zahrin knows how to make her feel loved. Right, Zahrin?”

“Yes.” Zahrin mengangguk setuju.

“Kesian bakal isteri aku. Tak cukup kasih sayang rupanya,” ujar Zahran.

Arianna mengerucutkan bibirnya. Itu kan, Zahran tidak pernah gagal membuat hatinya mendongkol geram. Baru semalam lelaki itu bertingkah manis, melutut, melamarnya di depan ahli keluarga mereka. Nah, hari ini Zahran sudah kembali ke perangai asalnya.

Mengelap mulutnya setelah selesai makan, Zahran tiba-tiba bangun.

“Eh, nak pergi mana?” tanya Arianna.

“Ask the café to prepare vegan food for you,” ujar Zahran.

“Awwhhh….Now my love for you go deeper.”

“Yalah tu.”

Agak lama Arianna perlu menunggu café menyediakan makanan vegan kerana mereka sibuk menambah buffet sarapan untuk tetamu hotel. Namun Arianna tidak mempermasalahkan itu. Jika tidak kerana gambar yang dihantar Zahrin, tentu dia masih berlingkar di bawah selimut.

SELESAI sarapan, mereka berjalan menyusuri pantai, menikmati teriknya pancaran matahari Langkawi. Namun, cuaca panas itu seakan tidak menghalang kanak-kanak yang datang bersama keluarga masing-masing daripada bermain di pantai. Riuh suasana di pantai dengan jerit pekik kanak-kanak. Ada yang membina istana pasir, ada yang berlari di gigi pantai, dan ada yang bermain ombak.

“I anak tunggal. So kalau kahwin, I nak anak ramai. Three or four, macam tu…” ujar Arianna.

Zahran tertawa perlahan. “Kurus kering macam ni boleh ke nak beranak ramai-ramai?”

Arianna berdecit perlahan. “Dina pun kurus kering jugak. Dah tiga anak dia. Boleh mengandung kembar lagi.”

“Kenapa nak compare dengan Dina? Sejak tadi you asyik sebut Dina…Dina. Dina is Dina. And Arianna will be Arianna,” ujar Zahran.

“I adore her. Salah ke?”

“Tak salah. Tapi tak perlulah nak compare diri you dengan dia.”

Arianna menghentikan langkah. Satu tangan menjinjit selipar, satu tangan memaut lengan Zahran, dia menunduk sambil menguis-nguis pasir dengan kakinya. “Sebenarnya kan…I jelaous dengan Dina.”

Toleh Zahran dengan wajah berkerut. “Kenapa?”

“Because…You used to love her so deeply. Sometimes I wonder, will you love me as much as you love her?”

“Arianna…”

“And I hate myself when I can’t recognize you. Are you mad at me?”

“No. Zahrin and I are identical twins. Normallah kalau you tak boleh beza.”

“But you said, Irdina has never wrongly recognized you and Zahrin.”

Aduh! Zahran tidak tahu harus berkata apa. Tidak sangka kata-katanya tadi membuat Arianna terfikir-fikir, sedangkan dia tidak bermaksud apa-apa.

“I rasa, awal dulu dia bukan kenal Zahrin. Tapi dia kenal you. She really knows you, sebab tu dengan mudah dia boleh kenal Zahrin. Dia gunakan alasan wife’s instinct, but it’s actually her instinct that knows you deeply. Ya mungkin sekarang betul dia kenal Zahrin kerana instinct dia. Tapi dulu…”

“Arianna…” Tangan kiri Zahran terhulur, menyentuh tangan Arianna yang melingkar di lengannya. Perlahan diturunkan tangan itu sehingga ke genggamannya, lalu dia menautkan jemari mereka.

“…yes, I used to love Irdina so deeply. Tapi itu dulu. Sekarang rasa tu dah tak ada. I sayang Dina, but not more than a sister. I sayang dia macam I sayangkan Zara. Dan dia pun anggap I tak lebih dari abang.”

Arianna diam.

“Now, I only love you. I can’t promise to love you as much as I love her because I really don’t know how much I love her. But I promise to love you the way you deserve to be loved, forever and every single day of forever.”

Tersenyum Arianna dengan kata-kata Zahran. Hatinya tersentuh sehingga tanpa sedar air matanya jatuh. Namun dia cepat-cepat menyekanya.

“Tak perlu rasa bersalah kalau you tak cam I dengan Zahrin. I will make you love me so deeply, so that you will get your instinct.”

Arianna tertawa. “You’re doing it now.”

“Really?”

Angguk. “Do you think I’m childish? Suka fikir benda-benda remeh?”

“Thinking about how much I love you is not something that I can consider as benda remeh. So you’re not childish.”

“Awhh…Now I love you more and more and more. I can already see that instinct is getting closer and closer.”

Zahran tertawa. Menarik tangan Arianna, mereka menyambung langkah, menyusuri pantai sebelum kembali semula ke hotel apabila panahan cahaya matahari pagi mula terasa membakar kulit.

KETIKA menyusuri koridor untuk kembali ke bilik, telinga Zahran disapa oleh suara seorang perempuan. Serentak dia dan Arianna menoleh.

Seorang gadis dengan seragam pengemas mendekati mereka. semakin dekat, barulah Zahran dan Arianna dapat mengenal gadis itu.

“Isha…” sapa Arianna.

Isha angguk sedikit dengan senyum tipis. Tingkah lakunya nampak kekok dengan kedua-dua tangan saling meramas. Malah wajahnya juga terlihat sungkan.

“Ya?” Zahran memandang Isha yang nampak seperti mahu menyampaikan sesuatu.

“Saya…sebenarnya…nak minta maaf dengan Arianna…” Akhirnya terluah juga apa yang telah sekian lama disimpan. Sejak Arianna membantu abangnya mendapatkan rawatan, perasaan marah dan bencinya pada Arianna pudar sedikit demi sedikit. Apatah lagi diagnosis mengesahkan, kemalangan itu bukan penyebab abangnya menjadi buta. Arianna juga setelah mengetahui hakikat itu, tetap mahu membantu Qaiser, malah berjaya memujuk abangnya melakukan rawatan. Sungguh, dia tidak tahu di mana dia letakkan muka setiap kali berdepan dengan Arianna ketika itu. Beberapa kali dia cuba meluahkan maaf, namun kata-kata itu seperti tersekat di kerongkong.

“Saya minta maaf sebab marah, maki,dan baling but masa awak datang rumah saya. Awak datang dengan niat baik, tapi saya…” Bicara Isha terhenti, menahan rasa sebak yang menggerogot dada.

“Selama ni, saya berprasangka buruk pada awak sebab saya anggap awaklah penyebab abang saya jadi buta. Saya benci, saya marah, sampai saya kadang-kadang berdoa supaya awak ditimpa musibah yang lebih teruk daripada abang saya.”

“Saya malu…Saya malu dengan apa yang saya dah buat pada awak, tapi awak masih nak tolong abang saya. Terima kasih.”

Arianna tersenyum. “Tak apa, saya ikhlas dan tak perlu minta maaf. Awak tak salah apa-apa dengan saya.”

“Terima kasih…”

“How’s your brother?” Zahran pula bersuara, bertanya khabar Qaiser.

“Dia dah boleh nampak sikit. Masih kabur-kabur, tapi dia dah boleh nampak warna.”

Binar teruja jelas terpancar pada wajah Zahran dan Arianna saat mendengar penuturan Isha.

“Really?”

Isha mengangguk. “Bila pakai spec, dia boleh nampak jelas sikit. Tapi katanya tak sharplah.”

“Alhamdulillah. Dia dah sambung master?” tanya Zahran.

“Dah dapat surat tawaran hari tu. Minggu depan register.”

“Good for him. Kirim salam kat dia,” ujar Zahran.

“Inshaa’Allah. Saya mintak diri dulu.”

Memerhatikan Isha berlalu meninggalkan mereka, keluhan tiba-tiba lolos dari bibir Arianna.

“What’s up?” tanya Zahran. Tangan dilingkar ke bahu Arianna sebelum menyambung langkah menuju ke bilik.

“So many things happened, yang buat I terfikir…God has the best plan for us. Kalau I tak bercinta dengan Qaiser, kemalangan tu takkan berlaku. Qaiser buta lepas kemalangan dan family dia anggap I lah punca dia jadi buta. Selama lima tahun ni I hidup dengan rasa bersalah. I ingat dia mati dalam kemalangan tu. Beberapa kali I cuba bunuh diri, tapi Tuhan masih nak bagi I peluang hidup. So I hidup sampai sekarang. I ulang alik jumpa psikiatris, cuba lupakan kemalangan tu. Tapi tak boleh.”

Jeda sejenak. Mereka sudah sampai di depan pintu bilik Arianna. Tidak segera masuk, Arianna bersandar pada pintu biliknya.

“Dua tahun…I jadi pengunjung tetap pakar psikiatri. Emosi I pulih, tapi kadang-kadang memari tentang kemalangan tu buat I jadi hampir gila. Kalau tak teringat, I akan termimpi-mimpi. Mana-mana I pergi I nampak Qaiser. Hari yang pertama kali kita jumpa depan toilet tu, I sebenarnya nampak kelibat Qaiser. I lari keluar dari kereta yang tengah bergerak. Daddy keahkan orang-orang dia kejar I. End up I nampak you depan toilet and…” Arianna terkekeh, mengingat tingkah konyolnya ketika itu.

“And what?” Zahran sengaja bertanya.

“I pun tak sangka I boleh buat macam tu. That was my first kiss too.” Lagi-lagi Arianna terkekeh malu.

Zahran pula hanya tersenyum. Mengingat pertemuan pertama itu, rasanya dia tidak lagi kesal. Memiliki Arianna cukup untuk dia mensyukuri pertemuan konyol itu.

“So, I rasa kita patut berterima kasih jugak dengan Qaiser. Disebabkan dia, kita bertemu. Dan you bayangkan, kalaulah…Kalau I tak pernah ada hubungan dengan dia, tiba-tiba dia buta, of course I takkan peduli dengan apa yang berlaku pada dia.”

Zahran mengangguk. “Betul.”

“You know…Family dia bukanlah orang yang terlalu susah. Tapi I rasa, untuk buat rawatan dengan pakar, dia tak mampu. I…I…bukan looked down on his family. No…Tapi bila I fikir balik kan, God is truly the best of planners. Tujuan dia temukan I dengan Qaiser sebab Dia nak I tolong Qaiser. Right?”

“Right.”

Arianna tarik nafas dan menghembusnya perlahan. “Dan dalam tempoh I masih dengan rasa bersalah pada Qaiser, I jumpa you. Pada masa yang sama, I akan bertunang dengan Aaron. Nampak komplikated dan berbelit-belit, but now, everything is dissolved. I’m so happy.”

“Yeah me too.”

Arianna tersenyum. “I pun tak sangka Aaron akan datang malam tadi. He really has a big heart.”

“I jumpa dia hari tu. We had a very long, pleasant talk. I will remember him as my best buddy forever.”

“I harap dia akan jumpa perempuan yang baik, that will cherish him as he deserves.”

Zahran mengangguk dengan senyum tipis. Ya, itu juga harapannya untuk Aaron. Namun, mengingat Aaron, perkara lain pula yang terlintas di benaknya, yang membuat senyumnya sirna.

“You said, the accidental kiss in front of the toilet was your first kiss?”

Merona merah wajah Arianna dengan pertanyaan Zahran. Mengapa tiba-tiba Zahran mengungkit tentang itu?

“Yalah. You tak percaya ke?”

Tidak menjawab, sebaliknya Zahran kelihatan berfikir-fikir. Seingatnya Aaron tidak pernah mempunyai teman wanita selain Arianna. Aaron tidak pernah berteman dengan sesiapa. Tidak pernah dia melihat Aaron membawa mana-mana wanita ke majlis yang dihadirinya. Ya, jika ada pun, sepupunya Carmen.

“So who did he do the lizzy kiss with?”

“What?”

Hening sejenak sebelum Zahran dan Arianna berbalas pandang dengan mata membuntang sempurna.

“Dia dah ada girlfriend?” Serentak mereka berkata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience