Hampir seluruh hidupnya dihabiskan dengan airmata. Kadang kala ia duduk termangu sendirian di sisi jendela. Julia sudah ketiadaan nafsu untuk menikmati kehidupan di luar sana. Saban hari, Julia asyik termangu untuk menanti jawapan kepada soalan yang tak terungkai. Hari demi hari, soalan demi soalan terus mengasak ke ruang fikiran dan menjadi salah satu punca kesengsaraan diri. Mengapakan musibah seperti ini harus menimpa kepada dirinya. Kenapa harus dia?
Intan yang menjenguk dari balik pintu turut diha lambat kepiluan. Begitulah keadaan Julia sejak peristiwa itu berlaku. sahabatnya itu tidak pernah lelah memujuk dengan kata kata nasihat. Tetapi bagaimana untuk tenangkan hati sang sahabat yang di rusuh lara sedangkan ia tahu tiada wanita pun yang bisa menanggung apa yang terjadi pada sahabatnya itu.
Dengan perlahan- lahan si sahabat itu terus merapati tubuh Julia. Intan tidak mahu beralah untuk menghidupkan semangat Julia yang telah mati. Malah ia merasakan wajib keatasnya untuk membantu atas dasar kasih sayang dan persaudaraan Islam yang mengikat hati mereka.
"Allah menguji hambanya mengikut keupayaan hamba hambanya.Kau mesti kuat, aku tak nak kau sedih macam ni. Ni bukan Julia yang aku kenal." rayu intan sambil meraih jemari Julia ke dalam genggaman.
Pandangan Julia beralih memandang wajah Intan yang dilimpahi simpati. "kenapa mesti aku?" soalan itu yang sentiasa berada di dalam fikirannya.
"Sebab kau seorang yang kuat, aku tau kau kuat sebab tu allah tak nak kau sentiasa lupa kan dia. Aku yakin kau boleh tempuhinya." ujar Intan.
"Kau cuba letak diri kau di tempat aku dan bagitau aku macamana kau boleh hadapi kehinaan yang aku rasa sekarang. sakit tau tak? " ujar Julia dengan nada mendatar.
"Astaghfirullahalazim... Allah tidak menzalimi hamba hambanya dengan ujian yang diberi, tetapi Allah mengangkat martabat andai kita sentiasa bersabar." balas Intan.
"Allah tidak menjanjikan langit yang sentiasa biru. dan Allah juga tak janjikan jalan tanpa batu, matahari tanpa hujan dan juga kejayaan tanpa perjuangan". sambung Intan.
"Tapi aku tak kuat..."
"Kita sama-sama memohon kekuatan dari Allah. Kau harus bangkit. Aku kan ada. Malah Allah akan sentiasa ada bersama kau jika kau bersabar. " ujar Intan lagi.
Andai Allah tidak mengutuskan sahabat nya dalam hidupnya, pasti dia sudah lama menamatkan kehidupannya. Sejak dia mula hilang arah, mujur sahabatnya ini mempercayai apa yang telah berlaku kepadanya.
"Aku nak kau mulakan hidup baru. buang yang keruh, ambil yang jernih. Aku yakin kau kuat. "kata Intan.
Bersambung....
Hai semua... Ni karya pertama saya. Saya harap korang sudi laa baca. Kalau ada yang salah tolonglah bagitau di komen. Nanti Atieyq akan cuba baiki... jangan lupa komen tau...(◠‿◕)
Share this novel