BAB 2

Horror & Thriller Completed 5203

Langkah lelaki itu semakin menghampiri Alisya. Alisya yang ketakutan berundur selangkah demi selangkah. Mukanya pucat seakan tiada berdarah. Peluh-peluh sejuk semakin membasahi mukanya. Matanya terkebil-kebil. Dia tahu, dia tidak boleh lari lagi. Mungkin ajalanya sudah tiba. Dadanya semakin sesak. Tuhan sahaja yang tahu betapa takutya dia saat itu.

“Tolonglah jangan apa-apakan aku, aku tidak bersalah. Bukan aku! Bukan aku! Alisya sudah mula merayu tangisannya bergema. Dia kini sedang brhadapan dengan maut. Maut sedang menanti dia. ‘Oh Tuhan..’ hanya itu desis hatinya ketika itu.

6 Bulan yang lepas…..

“Alisya!! Sini!” Jerit Amirah dari hjung jalan sana. Amirah merupakan seorang gadis yang cantik dan menjadi kegilaan ramai lelaki. Ramai gadis-gadis yang sebaya dan sekelas dengannya mencemburui dia. Namun gadis ini seorang yang lemah lembut dan tidak sombong dan dia juga merupakan teman baik kepada Alisya.

Alisya terus menuju kearah Amirah sambil tersenyum simpul. Mereka sudah berjanji untukpergi makan bersama petang itu selepas habis kelas. Setelah mendapatkan Amirah mereka berjalan beriringan menuju ke sebuah restoran berdekatan dengan kolej mereka. Sedang mereka sedang mengoder pesanan tiba-tiba seorang lelaki datang menegur Amirah. Zaidi Heris. Siapa yang tidak kenal jejaka ini. rebutan gadis-gadis di universiti tersebut. Terkenal dengan kekacakkannya hingga membuatkan semua gadis tergila-gilakannya.

“Hai Amirah. How are you today?” sapa Zaidi Heris kepada Amirah. Mata Alisya tertancap kepada Zaidi yang duduk berhadapan dengannya.Amirah hanya membuat muka toya. Dia sudah kenal benar dengan sikap Zaidi yang kaki perempuan itu. Dia tidak akan sesekali melayan Zaidi. Padanya Zaidi tidak layak untuk dirinya.

“Apa yang kau mahu Zaidi?” soala Amirah menyampah. Zaidi hanya tersenyum sinis. Dia memerhati gadis itu dari atas ke bawah. Amirah memalingkan mukanya. Tidak hinggin untuk melihat lelaki itu dihadapannya.

“Janganlah garang sangat Amirah. Aku Cuma nak ajak kau keluar esok malam.” Aidi cuba mengoda Amirah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience