"MAMA nak,Harith ikut mama pergi rumah Auntie June.Auntie June sendiri yang nak sangat jumpa dengan Harith.Habis majlis kita balik lah."pujukkan keras dari Puan Yasmin.Dia tahu kalau berlembut Harith tak makan pujuk.
Sakit hati dia bila Harith menolak mentah-mentah ajakkan ke rumah kawan baiknya.
"Harith nak tunggu Iris balik dulu.Boleh bawa dia sekali."
"Kalau nak tunggu dia balik.Pukul berapa nak sampai.Majlis mula pukul lapan.Harith juga cakap tadi dia balik lewat."Panas hati Puan Yasmin bila Harith tak mahu dengar cakap dia.Degil nak tunggu bini kesayangan dia jugak!Menyampah tau!menyampah!!
"Ma,pergi sendiri lah.Harith malas nak pergi."dalih Harith lagi.Macam-macam alasan dia bagi tapi Puan Yasmin tetap tidak berputus asa.
"Harith ni kan.. tak pernah langsung faham perasaan mama.Apa kata Auntie June nanti bila mama sorang saja yang pergi.Dulu Harith selalu ikut mama ke mana pun.Tapi sejak Harith kahwin,langsung Harith tak peduli kan mama lagi."Puan Yasmin mula buat muka sedih.Berpura menangis kecil.Konon tersentap.
Harith serba salah.Bukan dia langsung tak pedulikan mama.Tak kan sebab tak nak pergi majlis auntie June,mama terasa hati.
"Ma,Harith bukan tak nak pergi.Tapi mama kena faham.Kat sana ada Intan.Harith malas nak jumpa dia."Harith berlutut di lantai sambil mengusap lembut tangan Puan Yasmin yang duduk di sofa empuk.
"Kita pergi sebab Auntie June bukan sebab Harith atau Intan.Tak apa lah kalau Harith tak nak pergi.Mama pun tak jadilah."rajuknya lantas bangun mahu menuju ke atas.
Puan Yasmin melangkah longlai menuju ke anak tangga.Dikerling sekilas muka Harith yang sedang bertekur di lantai.Tahu anaknya rasa serba salah.Memang niat dia sengaja nak buat Harith rasa begitu.Air mata palsu di kesat di hujung jari.
Sesaat...dua...tiga...
"Maa.."panggil Harith dalam nada bersalah.
Puan Yasmin berhenti melangkah.Tetapi dia tidak berpaling.Dia tahu Harith sedang berdiri di belakangnya.
"Jom,Harith temankan mama.Harith minta maaf."
Puan Yasmin yang membelakangkan Harith,sudah tarik senyum lebar.Rancangannya menjadi!
"Tak apa lah.Mama faham kalau Harith tak nak pergi.Mama tak paksa Harith."katanya lagi dalam nada sedih.
"Dah la tu mama.Jom,Harith ikut.Mama naik bersiap dulu.Harith nak mesej Iris sekejap."
Puan Yasmin segera naik ke atas dan masuk ke bilik.Setelah menutup pintu dia ketawa kecil tak mahu anaknya dengar.
"Aku agak dah.Harith akan patuh cakap aku."katanya bangga.
Jelek sekali tawanya.Syaitan mula menguasai diri Puan Yasmin.Dia berjaya menipu anaknya.Satu persatu rancangan mula di atur tanpa pengetahuan sesiapa pun.Harap cepatlah rancangan nak satu kan kembali Harith dan Intan.Makin melebar senyuman Puan Yasmin.
selamat membaca! Sakura Leo :)
Share this novel