BAB 20

Family Completed 6948

Adam menyiku lengan Haikal lalu tersenyum mengejek. Haikal melihat Adam dengan pandangan pelik.

“Will you be my girlfriend? HAHAHAHA, abang ni!” ejek Adam lalu ketawa terbahak-bahak,.

Haikal terkedu lalu mendengus geram Nurin ni!

“Hahaha, abang, abang! Adam ingatkan abang nak propose dekat Nurin rupa-rupanya cuma nak jadikan dia girlfriend abang je!” sakat Adam.

“Yela, yela. Abang ni tak macam Adam!” balas Haikal cuak.

“Kalau Adam ni Nurin, dah Adam ketawa terbahak-bahak! Nasib baik dia tu baik!” tambah Adam lagi.

“Takpe, takpe, ejek je la abang. Abang tahulah kamu tu berganda-ganda gembira sekarang. Yela, orang bakal jadi ayah!” ujar Haikal.

Adam tersenyum lalu menghela nafasnya. Dia memeluk Haikal. Haikal menggelengkan kepalanya. Walaupun Adam sudah berkahwin dan bakal jadi seorang ayah namun begitu sikapnya tetap seperti dulu.

“Thanks abang! Kalau bukan sebab keluarga ni ambil Adam, tentu Adam tak akan bahagia macam ni.” ucap Adam ikhlas.

“Bersyukur dekat Allah Adam. DIA yang atur semua ni. Jodoh, perpisahan, semua tu ada hikmahnya.” balas Haikal.

Adam mengangguk, mengakui kata-kata Haikal. Sekiranya ibunya tidak meninggal dan dia tidak masuk ke rumah anak-anak yatim itu, tidaklah dia mengenali insan bernama kak Siti, Fitri, Haikal, Datin Dahliah, Dato’ Firdaus, Nurin dan…Sara.

Betapa dia bersyukur kerana mengenali insan-insan itu. Benarlah, aturan manusia tiada sempurna namun begitu aturan DIA adalah yang paling sempurna!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience