Bab 58

Romance Completed 53836

4 bulan kemudian..

Abang!!! Irah nak makan pedas harini...tak nak makan bubur ayam je selalu. Irah bukannya sakit En Suami!! Irah cuma teringin nak makan masakan pedas jee..Bolehlah..jum keluar makan ramen samyang.. Ni last Irah minta..Please. Merengek Munirah seperti anak kecil di depan Azhar. Muncung saja mulutnya apabila Azhar menghidangkan bubur ayam sebagai makanan tengah hari buatnya saja. Azhar dan Mikhail pula makan santapan nasi dan ayam masak lemak cili api. Munirah tidak gemar makan nasi sejak beberapa hari ini. Mungkin selera makannya sudah berubah sedikit sejak tempoh kehamilan ini mencecah 35 minggu. Tangan Munirah menggentel baju Azhar sampaikan sudah terangkat dan menampakan perutnya sedikit.

Ya Allah..sayang..makanlah sedikit bubur ni. Buat isi perut tu dulu. Bonda dan Umi kan sudah pesan..Jangan ambil makanan yg pedas sangat. Tak baik untuk kesihatan Irah dan baby di dalam tu. Nak abang suapkan ehh? Ok. Meh abang suapkan Irah makan dulu. Nanti waktu petang sikit ke kita pegi jejalan ehh? Pujuk Azhar lembutnya supaya Munirah mengisi sedikit kekosongan di dalam perutnya itu. Susah sangat nak tentukan menu untuk Munirah sekarang. Ada saja yg dia tidak mahu makan. Sampaikan Azhar sendiri buntu hendak melayan sifat mengidam Munirah ini. Nasib saja sayang mana mungkin Azhar akan biarkan Munirah sendiri lagi. Tambah pula Munirah sedang mengandungkan anak petama mereka, mestilah sifat mengidam ini tinggi. Azhar terus mengambil mangkuk yg berisi bubur ayam masakannya itu. Digaul beberapa kali sebelum menyuapkan ke dalam mulut Munirah.

Arrr?? Buka mulut tu..Bismilah dulu. Kata Azhar apabila selesai meniup sedikit bubur panas itu sebelum menyuapkan kepada Munirah. Bibirnya tidak pernah jemu untuk mengeluarkan senyuman. Azhar rasa selesa saja buat semua ini untuk Munirah.

Abang ni..Irah kata tak nak makan bubur ni tak naklah!! itu pun susah ke nak faham? Sudahlah. Irah dah tak ada selera makan. Marah Munirah apabila Azhar tetap mahu dia makan bubur ayam ini sahaja. Azhar langsung tidak faham apa yg dia mahukan sekarang. Munirah terus menepis sedikit sudu yg Azhar mengajukan kepadanya itu. Pandangan marah masih diberikan kepada Azhar.

Sayang..janganlah macam ni..Makan sikit ja. Buat isi perut kosong tu sikit. Nanti sayang lapar. Pinta Azhar lagi masih cuba memujuk hati kecil Munirah. Azhar mengaul semula bubur itu dan menyuakan sudu kepada Munirah. Senyuman di bibirnya tidak pernah lekang. Dia faham apa yg Munirah mahukan sekarang tetapi Azhar tidak mahu kesihatannya terganggu bila makan makanan yg tidak sihat.

Apa yg susah sangat abang nak faham ni?? Bak sini bubur tu..Kata Munirah lalu mengambil mangkuk di tangan Azhar dan berjalan ke arah singki. Tanpa teragak lagi Munirah terus menuang segala isi bubur ayam itu ke dalam singki. Dia sudah muak melihat pujuk rayu Azhar tadi. Usai selesai saja berbuat demikian Munirah memberi kembali mangkuk kosong itu kepada Azhar. Satu senyuman senang mula terukir di bibir Munirah. Sekarang Azhar akan faham apa yg ia betul mahu makan.

Kakak?!! Ehh kau ni dah kenapa ehh? Abang Azhar dah cukup banyak bersabar dengan kau tahu tak? Jangan nak mengada sangatlah nak itulah...nak inilah. Semua itu sekejap je kau mengidam. Bukan nak makan sangat pun. Cuba kau hargai sikit apa yg abang Azhar buat dekat kau. Nak kena layan kau 24 jam sampaikan abang Azhar nak rest pon tak sempat. Abang Azhar sanggup ambil cuti demi jaga kau. Ehh, bersusah payah tahu tak abang Azhar masakan bubur untuk kau tadi senang-senang saja kau buang. Pikir perasaan orang sama boleh tak? Jangan nak sedapkan hati kau saja. Bersuara Mikhail sejak dari tadi sudah lama bersabar dengan perangai Munirah itu. Semakin menjadi saja sejak kandungannya mencecah 8 bulan.Mikhail memandang tajam ke arah Munirah. Sakit hati saja melihat perangai keras kepala kakaknya ini.

Apa yg Azhar buat semua tidak kena di matanya. Kadang-kadang Mikhail juga kena dengan tempias marah Munirah ini. Mikhail tinggal bersama mereka di sini untuk menjaga Munirah bila Azhar pergi kerja. Munirah tidak mahu tinggal bersama dengan keluarganya mahupun mentuanya sendiri. Mujur sahaja Mikhail baru habis peperiksaan SPM. Bolehlah dia menjaga Munirah di rumah ini. Azhar menepuk bahu Mikhail yg berada di sebelahnya. Kepalanya di geleng beberapa kali. Azhar tahu Mikhail sangat marah dengan semua ini tetapi dia harus faham juga yg Munirah sedang mengandung. Azhar masih lagi boleh bersabar melayan segala kerenahnya ini. Keluhannya sudah lama dibuang jauh sekali. Azhar tidak mahu rasa beban dan mengeluh dengan semua tindakannya terhadap Munirah. Biarlah semua ini ikhlas saja dia lakukan demi Munirah, isterinya juga.

Yelah..Yelah!!! Semua salah Irah..apa yg Irah buat semua salah..Irah mengidam satu benda saja. Kenapa susah sangat semua orang nak tunaikan??!! Bencinya..benci!! Jerit Munirah geramnya apabila Mikhail menyalahkannya dalam hal ini. Begitu juga dengan Azhar langsung tidak mempedulikannya selepas Mikhail memarahinya. Air mata mula terkumpul di kelopak mata Munirah. Keadaan menjadi sepi sekejap sebelum Munirah berjalan pergi meninggalkan mereka berdua kaku di meja makan itu. Munirah berjalan sambil menangis seperti anak kecil yg tidak dapat hadiah daripada ayahnya. Dia terus melangkah naik ke anak tangga dan menuju ke bilik tidurnya.

"Pang!!!!" Bunyi hentakkan kuat pintu bilik itu sampai boleh didengari ke bawah. Mikhail mengeluh perlahan saja di meja makan itu. Selera makannya juga hilang selepas membuat Munirah menangis seperti ini. Mikhail tidak bermaksud nak sakitkan hati Munirah. Niatnya hanya mahu menegur sahaja perangai Munirah tadi. Tidaklah pula dia menengking kuat terhadap Munirah. Mata Azhar memandang kosong saja mangkuk yg telah tiada isi bubur ayam yg di masaknya tadi. Sampai begini sekali Munirah marahkannya. Senyuman di bibir Azhar masih tidak luntur lagi. Dia mengusap lehernya yg mudah terasa lenguh sedikit.

Ermm..biasalah kan..Mood ibu mengandung. Bukan abang je kena marah..Mikhail pun kena tempias sekali. Tak apalah..Mikhail makan dahulu. Abang nak pegi pujuk buah hati sekejap. Nanti semakin melaram nampak gayanya. Bersuara Azhar setelah keadaan di situ janggal sahaja bila mereka berdua tidak berbual apa-apa pun. Azhar terus bangun dan berjalan menuju ke arah anak tangga. Dia menghela nafas panjang saja untuk memujuk Munirah kembali.

Haishh..untung kau Irah dapat suami hati lembut seperti Cikgu Azhar ni..Melayan saja segala kerenah kau. Aku tak tahulah kalau dengan lelaki lain..mesti diorang dah lama tinggalkan kau. Cakap Mikhail sendiri kasihan saja melihat abang iparnya ini selalu mengalah dengan Munirah. Apa yg Munirah lakukan semua Azhar turuti saja. Azhar terlalu sayangkan Munirah sangat sampaikan tidak sanggup kehilangannya lagi.

Tok..tok..tok..Sayang...abang masuk yee..Pintu ni tak berkunci..Bersuara Azhar dari arah luar pintu bilik selepas mengetuknya beberapa kali. Azhar menguak perlahan pintu bilik itu untuk melihat Munirah berada di mana dahulu sebelum dia melangkah masuk. Kelihatan Munirah sedang tidur mengiring ke kiri di atas katil. Setelah Azhar masuk, dia menutup lembut pintu bilik itu semula. Segera dia berjalan mendekati Munirah. Kedengaran sayu saja tangisan Munirah ini melintas ke dalam telinganya. Munirah terus menutup bantalnya ke muka apabila melihat Azhar sudah pun melabuhkan punggungnya di hadapan Munirah. Azhar duduk bersila di bawah saja untuk melihat Munirah yg masih menangis lagi. Perlahan-lahan tangan Azhar menarik bantal itu turun dari wajah Munirah. Baru sekarang dia dapat melihat wajah Munirah yg sudah sembab dan kemerahan sahaja. Azhar menanggalkan spek matanya lalu diletakkan ke atas meja sebelah katil itu. Satu senyuman manis terus diukirkan di bibirnya.

Sayang..napa ni?? Sayang marahkan abang? Okey. Abang minta maaf tak beri apa yg Irah mahukan. Bukan abang tak nak tunaikan..tapi inikan semua demi kesihatan Irah..kesihatan baby kita..Abang boleh masak masakan pedas untuk Irah tapi bukan makan ramen. Tak elok tau. Janganlah nangis dan rajuk macam ini lagi. Bukan abang tak suka pujuk cuma..abang tak suka Irah nangis lagi. Okey..sekarang Irah beritahu abang..Irah nak makan apa? Biar abang masakan untuk Irah. Please..Isi sikit kekosongan pada perut tu..Kesian perut tu. Lapar jee..baby dalam perut pun mesti laparkan? Mama dia ni buat perangai tak nak makan. Papa pun tak nak makanlah sebab mama tak nak makan. Kata Azhar lembutnya setiap bibit bicaranya dengan Munirah. Tangan Azhar tidak lepas dari mengesat sisa air mata di wajah Munirah. Di belai anak rambut yg melepasi wajah Munirah. Senyuman di bibir Azhar tidak pernah lekang sejak bersama Munirah semula. Sedikit pun dia tidak rasa beban bila menjaga Munirah. Bahkan, sudah timbul satu perasaan akan bergelar 'papa' tidak lama lagi.

Irah tak marahkan abang..cuma Irah teringin sangat nak makan ramen..Sikit pun tak apalah..Bukan Irah saja teringin nak makan..twin di dalam ni pun teringin. Irah janji tak akan minta apa-apa dah selepas ini. Sekali ni saja..please..demi Irah..Twin ini. Ujar Munirah manjanya sudah bangun dari pembaringannya dan mula turun ke bawah lalu dia duduk di atas riba Azhar. Tangan Munirah merangkul pinggang Azhar. Di letakkan kepalanya di bahu Azhar. Suaminya memang pandai memujuk hatinya dengan pelbagai cara. Tapi, Munirah masih lagi belum mendapat apa yg ia mahukan lagi. Dia berharap sangat Azhar faham apa yg dia inginkan sebelum melalui fasa pantang selepas ini. Mungkin dia tidak akan dapat merasai semua itu lagi.

Ermm..beratnya sayang sekarang..tambah pula ke hulu ke hilir usung twin kita ni kan? Okeylah..kita keluar makan tempat ramen sayang tu. Kali ni saja tau..lepas ni tak ada lagi idam-idam ni. Bukan sekali mengidam ni dah tak terkira tau sayang mengidam. Haishh, antara twin ni siapalah yg akan ikut perangai mama dia nanti. Harap-haraplah semua ikut perangai papa. Nanti pening papa nak layan siapa dulu.. anak-anak atau mama dia. hahaha...Kata Azhar lalu ketawa tidak ingat dunia di situ. Seronok dia memeluk tubuh padat Munirah di bahagian perut ini. Besar saja perut Munirah semakin hari demi hari meghitung tarikh kelahiran anak mereka tidak lama lagi. Azhar mencium dalam leher Munirah yg sudah ketawa kerana rasa geli barangkali dibuat begitu. Usikan manja Azhar dekat Munirah tidak pernah kurang. Cukup saja kasih sayang seorang suami buatnya.

Terima kasih abang selalu turuti segala kemahuan Irah..Kalau bukan abang siapa lagikan nak buat semua ini dekat Irah. Dari dulu sampai sekarang Irah tak pernah rasa kurang sejak kita hidup bersama. Satu saja Irah nak katakan kepada abang..Ucap Munirah lalu menatap lama wajah Azhar yg masih setia menunggu apa yg isterinya ini mahu ujarkan. Munirah memegang kedua belah wajah yg sudah dalam keadaan tersenyum girang.

Munirah Safiyah cintakan Cikgu Muhd Azhar sampai bila-bila. Hanya kasih sayang dan cinta yg satu ini milik abang selamanya. Jarak perbedaan umur bukan penghalang untuk hubungan kita berdua terus kekal selamanya. Hanya takdir Allah swt dapat pisahkan kita. Mungkin dulu kita tidak saling mencintai satu sama lain. Hubungan kita terjalin atas sebab untuk menutup maruah masing-masing. Tapi sekarang..tidak lagi. Jika ini adalah jodoh tuhan hantar untuk kita berdua. Irah terima dengan hati yg terbuka. Irah terlalu sayangkan abang. Irah cintakan abang. Irah tidak dapat bayangkan jika Irah akan kehilangan abang lagi. Jangan tinggalkan Irah lagi yee..Anak-anak yg bakal lahir ini hasil dari cinta kita berdua. Diri Irah mungkin banyak kekurangannya. Irah harap abang boleh terima kekurangan diri Irah ini. Mari kita berdiri sama-sama. Jatuh bangun, kita akan tetap bersama. Abang janji dengan Irahkan untuk kali ini? Demi anak-anak kita yg bakal lahir ini? Irah tak mampu nak besarkan mereka sendiri jika abang tiada di sisi Irah. Irah sangat perlukan abang. Abanglah Suami Irah selamanya. Luah Munirah semua ini dekat Azhar. Titisan air mata sudah lama mengalir di wajahnya. Sebelum ini, hanya Azhar sahaja yg luahkan rasa cintanya terhadap Munirah. Tapi sekarang, giliran Munirah pula meluahkan rasa cintanya terhadap Azhar. Munirah mahu mengisi segala kenangan di dunia ini bersama dengan Azhar. Rasa perit kisah silamnya sudah semakin pudar. Sekarang, hanya rasa bahagia yg menanti untuk mereka berdua.

Azhar menundukkan pandangannya ke bawah. Di turunkan juga tangan Munirah dari wajahnya. Baru sekarang dia faham apa yg isi hati kecil Munirah rasakan terhadapnya selama ini. Satu perasaan sebak mula bermain di benak hatinya. Jari Azhar terus mengesat kasar air mata yg sudah terkumpul di kelopak matanya itu. Seraya itu satu senyuman kegembiraan yg tidak pernah ia rasakan terpancar sendiri di bibirnya. Dia kembali menatap wajah Munirah yg masih tersedu-sedan menangis. Azhar terus mendepakan tangan ke arah Munirah. Sekali lagi mereka berdua berpelukan. Sama-sama melayan perasaan cinta dan sayang antara satu sama lain. Azhar tidak perlu berkata lebih lagi dengan semua ini. Sudah pasti dia akan menjaga dan menyayangi Munirah selamanya selagi nafas dan kudrat ini masih ada. Munirah adalah cinta sucinya sampai mati.

Inikah rasanya cinta selepas berkahwin yg dijanjikan oleh Allah swt? Terima kasih Ya tuhanku..Engkau telah makbulkan doaku selama ini. Cintaku sudah terbalas. Aku sayangkan isteri dan bakal anak-anak ku yg bakal di lahirkan nanti. Aku akan menjaga mereka Ya Allah..Ya Tuhanku. Nguman Azhar rasa tenang saja dengan semua ini. Cinta yg sudah lama diputik. Dengan pelbagai ujian dan dugaan mereka lalui untuk mencapai kebahagian ini. Rezeki apa lagi yg kurang untuk mereka berdua. Tidak. Segalanya sudah lengkap. Membina cinta yg suci demi Sang pujaan hati selamanya.

................................................................................

Well, well.. Sudah tamat akhirnya latihan tentera laut selama Setahun lebih ini akhirnya.. Cuti 2 bulan ni aku nak buat apa ehh? Fuhh..Segar saja badan ini rasa selepas kena rezeki depan mata tadi. Buat apa aku nak tolakkan? Orang yg meminta. Kita beri. Cakap Amar sendiri usai selepas saja memakai semula kemeja tenteranya itu. Spek mata hitamnya itu terus dicapai dan di pakai semula ke matanya. Amar berjalan keluar bangga sekali dari motel murahan itu. Tabiatnya masih sama walaupun sudah berkhidmat sebagai tentera laut selama ini. Sudah lama giannya itu tidak dapat. Mana taknya selesai saja kem ini Amar segera dapatkan gro yg terdekat. Amar meluncur laju kereta sport mewahnya itu ingin menuju ke satu destinasi sahaja. Sudah lama dia ingin berjumpa dengan kekasih hatinya iaitu "Munirah Safiyah" Senyuman nakal terus terukir di wajah Amar. Tidak sabar dia ingin ketemu dengan Munirah semula. Amar tidak kisah hidup seperti mana Munirah sudah lalui dengan Cikgu Azhar. Asalkan Amar dapat menawankan hati Munirah semula itu sudah cukup. Hanya Munirah sahaja sesuai menjadi isterinya. Gadis polos itu hanya miliknya seorang saja. Tidak kira apa pun yg terjadi, Dia akan memiliki Munirah kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience