Chapter 2

Romance Completed 35261

“Sofia Amelia!!” Dato’ Johari menyebutkan nama penuh anak tunggal itu.

Sofia Amelia membuka matanya perlahan. Mukanya dibasah dengan peluh. Tangannya menggigil ketakutan.

“Minta maaf kat Mak Ziah sekarang !” Dato’ Johari mengarahkan Sofia Amelia untuk meminta maaf.

Sofia Amelia memandang Mak Ziah yang berdiri di belakang majikannya. Pandangannya bagai nak menelan Mak Ziah hidup-hidup.

“Dato’ tak perlu meminta maaf semua. Biar je Dato’. Jangan rumitkan keadaan. Saya tak ambil serious pun.” Mak Ziah mencuba menenangkan Dato’ Johari. 

Mak Ziah tak nak keadaan ni menjadi lebih teruk. Mak Ziah kenal sangat perangai Sofia Amelia. Kalau Sofia Amelia tidak suka seseorang, dia tidak akan pedulikan perasaan orang itu. Mak Ziah sedar. Mak Ziah tahu yang Sofia Amelia tidak sukakan dirinya. 

“What?” Sofia Amelia membuka mulutnya selepas beberapa saat.

“Ask Mak Ziah sorry now!” nada Dato’ Johari masih tinggi. 

“No way daddy. Sofi tak akan meminta maaf dekat dia. Dia ni siapa? Orang miskin! Perlu ke Sofi nak minta maaf? She is not worth it.” menjawab Sofia Amelia dengan sinis.

Dato’ Johari sudah tidak tahan dengan perangai anaknya. Tahap marahnya sudah mencapai kemuncak. 

“Jangan sesekali menilai seseorang Sofia Amelia! Mak Ziah pun manusia biasa seperti kita. Kita dengan Mak Ziah tidak ada apa-apa perbezaan. Minta maaf sekarang!” tegas Dato’ Johari.

“Memang ada perbezaan daddy. Kita ni kaya. Ada banyak harta dan berduit. Mak Ziah ni ada apa? Tak ada apa-apa pun. Mengharapkan ihsan orang lain.”memerli Sofia Amelia.

Mak Ziah tersentak mendengar apa yang ditutur oleh Sofia Amelia. Hatinya menjadi sayu mendengar perlian Sofia Amelia.

“Ya Allah. Salah saya ke menjadi miskin? Kenapa saya begitu hina di mata orang lain? Saya tabah menghadapi semua dugaanmu. Tapi hati hamba ini tidak boleh terima hinaan orang lain.” Mak Ziah menunduk. Air matanya mengalir. 

Panggg!

Tapak tangan Dato’ Johari mendarat di pipi kanan Sofia Amelia. Sofia Amelia terkedu dengan tamparan Dato’ Johari. Selama 23 tahun, Dato’ Johari tidak pernah sesekali pun mengangkat tangan dekat Sofia Amelia. Inilah kali pertama Dato’ Johari menampar Sofia Amelia. Mak Ziah yang memandang situasi tamparan itu turut terkejut. Mak Ziah tidak pernah tengok majikannya marah seperti ini. Biasanya Dato’ Johari akan menegur Sofia Amelia. Tapi tak pernah tampar. 

Sofia Amelia mengusap pipi kanan yang bertukar merah. Memang jelas nampak kulitnya menjadi merah. Esakannya boleh didengar oleh Dato’ Johari dan Mak Ziah.

“Sampai hati daddy tampar Sofi sebab perempuan tak guna ini!” jari telunjuknya ditujukan ke arah Mak Ziah. 

“Kenapa daddy? Kenapa daddy bela perempuan ini?” jerit Sofia Amelia. Tidak dapat menerima tindakan menampar Dato’ Johari.

“Shut up Sofi! Jangan sampai daddy tampar awak lagi!!”

“I hate you daddy! I hate you!” Sofia Amelia terus menaiki tangga. Menuju ke biliknya.

“Dato’ ?” panggil Mak Ziah perlahan.

“Saya minta maaf bagi pihak Sofi, Ziah.” Dato’ Johari meminta maaf dan meninggalkan ruang tamunya. 

Hatinya berasa sebak. Tidak pernah sesekali pun Dato’ Johari berfikir untuk menampar anaknya. Dato’ Johari tidak suka berkasar. Dato’ Johari selalu akan berusaha untuk bersabar. Namun, tak tahu kenapa hari ini Dato’ Johari bertindak sebegitu. Tangannya berasa ringan untuk menampar pipi Sofia Amelia.


****************************

“Sofi, kau ni kenapa? Dari tadi senyap je. Duduk termenung je.” Rohani mengejutkan Sofia Amelia yang tengah termenung. Peristiwa tamparan Dato’ Johari masih bermain dalam fikirannya.

“Nothing.” jawab pendek oleh Sofia Amelia. 

“Weyh, dia ni kenapa?” berbisik Christina dekat Rohani.

Christina dan Rohani ialah kawan rapat Sofia Amelia. Selalu bersama. Makan bersama, pergi kelas bersama, pergi melepak bersama, pergi tandas pun bersama. 

“Entah. Kau pun tengok kan. Aku tanya, dia jawab sepatah. Kalau kita tanya lebih, nanti dia akan meroyan pula. Better diam.” menjawab Rohani perlahan.

Walaupun mereka bertiga rapat, kadang-kadang Rohani dan Christina akan berasa geram dengan perangai Sofia Amelia. Sofia Amelia bukan orang yang suka berkongsi masalah dengan sesiapa. Walaupun dengan ayahnya sendiri. Sofia Amelia selalu memendamkan masalahnya.

“Korang.” Rohani dan Christina memandang Sofia Amelia saat Sofia Amelia memanggilnya.

“Ye?” Rohani dan Christina bertanya serentak.

“Kita pergi outstation, nak?” soal Sofia Amelia.

“Outstation? Bila?”

“Tonight we move.” Sofia Amelia menjawab selamba.

“Tonight?” Rohani dan Christina terkejut. Dah lah mereka ada peperiksaan hari Isnin.

“How long?” Christina pula bertanya.

“One week.”

“Kau gila ke apa Sofi? Isnin kan kita ada exam. Kau lupa ke?” Rohani mengingati Sofia Amelia.

“Aku tahu lah. Aku ingat. Tak payah lah ambil exam. Kita pergi vacation.” ajak Sofia Amelia. Dirinya perlu ditenangkan. Perlu melupakan apa yang telah berlaku pagi tadi. Pergi melancong lah satu-satu caranya untuk menghilangkan stressnya. 

“Im sorry Sofi. Aku tak dapat ikut kau.” berterus terang Rohani. Tak kisah lah kawannya nak merajuk pun. Peperiksaannya lagi penting dari sahabatnya.

“Saya pun.” Christina membagitahu.

Sofia Amelia lantas bangun dari kerusinya. Menjeling kedua-dua rakannya. 

Rohani dan Christina menelan air liurnya. Takut dengan jelingan Sofia Amelia.

“Habis lah kita” mereka berdua bergumam dalam hatinya.

“Kenapa korang tak nak ikut? Bukan korang keluarkan duit. Aku yang keluarkan duit. Aku yang tanggungkan semua kan.” Sofia Amelia tidak berpuas hati. Selalunya mereka bertiga akan pergi melancong sekali. Semua kos akan ditanggung penuh oleh Sofia Amelia. Rohani dan Christina bukan dari keluarga berada. Kalau nak pergi melancong guna duit sendiri tu mustahil lah. 

“Kalau tak ada exam, kami akan ikut kau, Sofi. Masalahnya kita ada exam. Paper penting pulak tu. Tak akan kita tinggalkan pulak.” Christina memberitahu sebabnya.

“Kenapa aku perlu peduli? Aku tak kisah pun lah. Kalau aku tak duduk exam ni, aku tak rugi apa-apa pun. Aku tak dapat segulung ijazah pun tak kisah. Aku ni kaya lah. Ada harta. Ada syarikat sendiri.”

“Itu semua bukan kau punya. Semua ayah kau punya.” Christina menyampuk. Rohani terus menepuk bahu Christina. Memberi isyarat diam. Jangan lah menjadikan Sofia Amelia naik angin lagi. Nanti jadi gunung berapi lah!

“Yes! But soon or later it will be mine.” berlagak sombong Sofia Amelia.

“Aku tak perlu lah duduk exam. Aku lulus ke gagal ke siapa kisah? Aku bukan lah macam korang. Korang kan miskin. Tak ada duit macam aku. Kena lah kerja bawah orang lain. Kesian!” Sofia Amelia mengutuk kedua-dua rakannya. Beg tangan berjenama Polo diambil.

“Dah lah. Since you guys tak nak ikut aku, tak apa lah. Aku je lah pergi sendiri. Korang pergi hadaplah paper exam.” Sofia Amelia senyum sinis dan keluar dari rumah sewa Rohani dan Christina.

Rohani dan Christina memang berasa sakit hati apabila Sofia Amelia mengutuk. Tapi, apa mereka boleh buat? Ini bukan pertama kalinya Sofia Amelia mengutuk mereka berdua. Sudah beberapa kali Sofia Amelia menyakitkan hati Rohani dan Christina.

     ********************

 

“Awak, have a safe journey. Pukul berapa awak gerak?”menyoal Wahidah Tiara kepada kekasihnya. Tergesa-gesa Wahidah Tiara menurun ke kafeteria untuk berjumpa Iskandar Faiz. Risau tak sempat mengirimkan kek lapis Sarawak untuk mak dan adik Iskandar Faiz.

“Bas pukul 8 malam. Saya balik rumah sewa dulu. Lepas mandi and solat, akan pergi ke bus station.”

“Who will send you to the bus station?”

“Tarshan akan hantar.”

“Alright. Nak. Ni kek lapis Sarawak khas untuk mak dan adik awak.” Wahidah Tiara menghulurkan kek lapis Sarawak kepada Iskandar Faiz. Tiga jenis kek lapis telah dibuat oleh Wahidah Tiara. Wahidah Tiara memang pakar dalam membuat kek lapis Sarawak.

“Terima kasih banyak-banyak awak.” Iskandar Faiz menyambut beg yang dihulur oleh Wahidah Tiara.

“Okay lah awak. Saya ada kelas elektif kejap lagi. Keep on updating me okay. Take care.” Wahidah Tiara ingin meninggalkan kafeteria. Tinggal 30 minit sahaja untuk kelas elektif bermula.

“I will update you. Take care too.” Iskandar Faiz  melambaikan tangan. Wahidah Tiara pula memulakan langkah menuju ke kelas elektif. 


************************

Dum!!!

Mak Ziah yang sibuk mengemaskan dapurnya terkejut mendengar bunyi itu. 

“Siapa pulak menutup pintu macam tu? Sayang lah pintu tu. Mesti pintu tu rasa sakit.” sempat Mak Ziah berasa kasihan untuk pintu yang ditutup kuat. Murninya hati Mak Ziah.

“Bilik Sofi. Dia dah balik ke? Bila dia balik? Perlu ke aku pergi cakap dengan dia? Mesti dia marah dengan aku.” Mak Ziah berkira-kira untuk bercakap dengan Sofia Amelia.

“Tak pe lah. Masuk je bilik dia. Ajak dia makan. Pagi pun dia tak makan. Entah-entah dia makan ke tak eh? Mesti dia sedih pasal apa yang berlaku pagi tadi.” Mak Ziah gagahkan diri untuk menaik tangga dan mengetuk pintu bilik Sofia Amelia.

Sofia Amelia membuka pintu biliknya. Tidak pandang pun muka Mak Ziah. Mak Ziah perhatikan keadaan biliknya. Pakaiannya berselerak di atas katil. Terdapat satu luggage di atas katil. Beberapa helai baju telah dimasuk ke dalam luggagenya. 

“Cik Sofi, nak pergi mana?” gelabah Mak Ziah.

“Aku pergi mana-mana je lah. Kau tak perlu ambil tahu.”

“Cik, janganlah macam ni. Nanti Dato’ balik akan tanya mana cik Sofi.”

“Kan aku cakap! Tak payah ambil tahu pasal aku!”

“Tak cik Sofi. Mak Ziah tak akan membenarkan cik keluar dari rumah ni.” Mak Ziah cuba memberhentikan Sofia Amelia. 

“Weyh orang tua! Aku ada minta kebenaran dari kau ke? Pandai-pandai kau je eh! Tak benarkan aku keluar konon.”

Sofia Amelia tidak pedulikan Mak Ziah. Baju keperluannya dimasuk ke dalam luggage dan menzipkan. Sofia Amelia mula mengorak langkah keluar dari biliknya. 

“Tak boleh cik Sofi.” Mak Ziah memegang tangan Sofia Amelia.

Mak Ziah memegang pipinya yang baru kena tamparan dari Sofia Amelia. 

“How dare you touch my hand!! Kau sedar tak diri kau? Kau tak layak sentuh aku. Apatah lagi aku nak minta maaf dekat kau!! Hishh!! Aku kena mandi lagi! Tangan kau tu kotor! Sekarang tangan aku pun kena kotor!!” bertutur kasar Sofia Amelia. 

“Saya sedar cik Sofi. Saya sedar siapa diri saya. Saya…”

“Get out! Out!” Sofia Amelia menghalau Mak Ziah. Tak sempat Mak Ziah meluahkan perasaannya. 

~ Selepas 15 minit ~

Sofia Amelia turun tangga bersama dengan luggagenya. Mak Ziah menunggu di ruang tamu.

“Biar apa pun terjadi. Aku tak akan biarkan Sofi keluar dari rumah.” bertekad Mak Ziah.

“Cik Sofi, jangan keluar.” Mak Ziah menghalang jalan Sofia Amelia.

“Aduh!! Kau ni!” Sofia Amelia menolak Mak Ziah. Mak Ziah jatuh di atas lantai. Kakinya terseliuh.

“Cik Sofi! Cik Sofi!” 

“Ya Allah. Apa aku perlu buat? Telefon Dato’ aje lah.” Mak Ziah cuba berdiri walaupun kakinya berdenyut-denyut. Telefon bimbit Nokia diambil dan menelefon Dato’ Johari.

“Assalamualaikum Mak Ziah. Kenapa call?” tanya Dato’ Johari.

“Waalaikumussalam Dato’.” Mak Ziah mula menceritakan segalanya.

“Apa!” terkejut Dato’ Johari mendengar cerita dari Mak Ziah.

“Saya datang sekarang.”

“Kenapa Sofi? Kenapa buat macam ni?” Dato’ Johari mengumam dalam hati. 


********************** 

“Siapa pulak ni? Dah lah lambat. Tinggal satu setengah jam je untuk flight aku.” hon kereta ditekan oleh Sofia Amelia. 

Satu lelaki pakai topeng menghampiri kereta Sofia Amelia dan mengheret Sofia Amelia keluar dari keretanya.

“Siapa kau? Lepaskan aku!” jerit Sofia Amelia. Meronta untuk melepaskan dirinya.

Lelaki itu menekup mulut Sofia Amelia dengan sehelai tuala kecil . Sofia Amelia pengsan dalam pelukan lelaki itu. 

“Now you are mine!” lelaki itu senyum dan mengangkat tubuh Sofia Amelia dan masuk ke dalam kereta miliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience