"Adi! Dengarlah Mawar cakap ni. Tumbuk kang." marah Mawar Adriana tak puas hati. Matanya menjeling tajam ke arah lelaki itu.
"Ya, ya Adi dengar. Mama suruh try baju hari ni kan?" balas Adi Ashraf cuba memuaskan hati gadis itu. Dia terlalu leka bermain permainan dalam telefon pintarnya.
"Dah tu, jomlah. Tunggu apalagi? Nak kahwin ke tak nak ni?" soal Mawar Adriana sambil menjongketkan keningnya. Tangannya disilangkan ke dada.
"Mestilah nak. Jom, sekarang jugak kita pergi. Mawar pilihlah baju pengantin yang paling mahal dekat situ. Biar Adi yang bayarkan. Pakailah baju apa pun. Mawar tetap cantik di mata Adi." jawab Adi Ashraf tersengih nakal.
Mawar Adriana menjulingkan mata ke atas. Kedua-dua belah pipinya mula berona kemerahan. Walaupun dia dah biasa mendengar lelaki itu berkata sedemikian, dia tetap tak dapat menahan diri daripada malu.
"Ye ye jer. Dah cepatlah." balas Mawar Adriana tak sabar. Mata dia bersinar-sinar apabila memikirkan baju pengantin yang cantik untuk dipakai sewaktu majlis perkahwinan mereka tak lama lagi.
Pasangan tersebut berasa gembira dapat meluangkan masa bersama sepanjang hari. Hari tersebut dipenuhi dengan gelak tawa dan senda gurau daripada pasangan bahagia itu sendiri. Senyuman tak pernah lekang dari bibir lelaki itu.
Wajah Mawar Adriana yang memandang dirinya dengan penuh kasih dan cinta membuatkan hati Adi Ashraf berbunga-bunga. Suara merdu milik gadis itu bagaikan melodi indah dimainkan pada telinganya. Gelak tawa daripada gadis itu juga mampu melenyapkan segala kepenatan dan masalah yang dialami oleh Adi Ashraf.
Memiliki gadis yang dicintai olehnya sepenuh hati sebagai isteri merupakan antara impian yang bakal tercapai tak lama lagi. Sejujurnya, dia sudah tidak sabar untuk menghabiskan seluruh hidup mereka bersama sebagai sepasang suami isteri. Dia sudah membayangkan betapa bahagianya dia dapat melihat senyuman gadis itu lagi setiap kali bangun dari tidur. Akhirnya dia dapat menuntut Mawar Adriana sebagai hak miliknya seorang.
Yes, mine. Only mine.
Namun malangnya, angan-angan tersebut hilang begitu sahaja apabila suara milik Mawar Adriana menerjah ke dalam gegendang telinga milik Adi Ashraf. Serta-merta, perhatian lelaki itu diberikan sepenuhnya kepada gadis dihadapannya. Sebuah senyuman dihadiahkan kepada Mawar Adriana. Namun senyuman tersebut dibalas dengan wajah sugul gadis itu.
"Adi, Mawar nak minta maaf. Mawar nak mintak maaf awal-awal. Maafkan Mawar sebab tinggalkan Adi macam ni. Mawar nak Adi tahu yang Mawar sentiasa cintakan Adi. Bila Mawar dah pergi, jangan rindu Mawar tau. Mawar nak Adi gembira walaupun bila Mawar dah tak ada dengan Adi. Boleh?" pinta Mawar Adriana sayu. Senyuman yang sukar ditafsirkan dilemparkan oleh gadis itu.
Adi Ashraf terkedu mendengar kata-kata gadis itu. Dahinya terkerut mahukan kepastian. Kata-kata tersebut membawa maksud yang mendalam sehingga menusuk ke kalbu lelaki itu. Tangannya digenggam erat menahan diri daripada menarik gadis itu ke dalam pelukannya.
"Mawar..." panggil Adi Ashraf lembut. Gadis itu menoleh ke arah suara lelaki itu. Riak wajah Mawar Adriana sungguh tenang sehingga mampu menenangkan sedikit hatinya yang sedang gelisah. Keresahan yang dialami lelaki itu juga beransur hilang.
"Mawar nak pergi mana? Jangan tinggalkan Adi. Adi tak sanggup nak hidup tanpa Mawar. Adi cintakan Mawar seorang. Tak ada siapa boleh gantikan Mawar dalam hati Adi. Tolonglah. Adi merayu sangat jangan tinggalkan Adi." rayu Adi Ashraf bersungguh-sungguh. Hatinya bagai disiat-siat apabila membayangkan gadis itu meninggalkan dirinya. Bibirnya terketar-ketar dalam ketakutan. Dia terlalu sayangkan gadis itu sehingga tidak dapat menerima kehilangan Mawar Adriana di dalam hidupnya.
Sebaliknya, Mawar Adriana pula menutup mulut tanda terharu dengan kata-kata yang diucapkan oleh tunangnya. Matanya mahu mengalirkan air mata namun ditahan. Bibirnya mengukir senyuman. Kini dia sudah pasti bahawa lelaki itu benar-benar mencintai dirinya sepenuh hati.
"Adi...jangan rindu Mawar. Mawar mintak maaf sebab terpaksa tinggalkan Adi sekejap sebab Mawar nak-" kata-kata gadis itu segera dipotong oleh Adi Ashraf.
"Mawar nak apa? Apa yang Adi tak mampu bagi dekat Mawar sampai Mawar terpaksa tinggalkan Adi walaupun sekejap? Apa, Mawar Adriana? Cakap dekat Adi, sekarang." arah Adi Ashraf tegas. Dia tak sanggup lagi menanggung perasaannya.
"Sebab Mawar nak beli aiskrim!" balas Mawar Adriana serius sebelum menghamburkan tawa.
"Fine, Adi beli banyak-banyak aiskrim untuk Mawar. Kejap, aiskrim?" soal Adi Ashra buntu tanda tak faham apa yang cuba dimaksudkan oleh gadis itu.
"Ya, Mawar nak beli aiskrim kat sana. Dari tadi Mawar bagitahu Adi tapi Adi jauh sangat termenung. Mawar dah cakap kan Mawar pergi tak lama. Tak sangka pulak dapat dengar Adi confess sampai macam tu sekali. Sorry buat Adi risau." kata Mawar Adriana serba salah.
Adi Ashraf meraup muka. Disebabkan itu jer? Jantung dia punyalah nak meletup mendengar kata-kata yang meluncur dari mulut gadis itu. Dia menghela nafas lega. Kalau ikutkan memang dia nak marah tapi disebabkan sayang hmmm...
"Eyyy...dia ni. Sempat pulak nak bergurau eh. Kalau kita dah kahwin, dah lama dah pipi Mawar tu Adi gigit tau." ugut Adi Ashraf dalam nada yang serius.
Mawar Adriana ketawa halus mendengar ugutan daripada lelaki itu. Tenang hati dia selepas mengetahui betapa dalamnya cinta Adi Ashraf kepada dirinya. Bibirnya mengukir senyuman penuh makna.
"Adi...Mawar betul-betul cintakan Adi sepenuh hati Mawar. Tak kira apa yang terjadi, Mawar nak Adi tahu yang Mawar sentiasa cintakan Adi tau. Mawar janji akan cuba bahagiakan Adi sepanjang hidup Mawar.
Andai bila Mawar dah tak mampu nak bahagiakan Adi suatu hari nanti, Mawar nak Adi cari kebahagiaan Adi sendiri tau. Sebab Mawar nak tengok Adi bahagia walaupun bukan dengan Mawar, boleh?" luah gadis itu secara tiba-tiba.
Adi Ashraf mengamati setiap bait-bait kata-kata gadis itu. Dia tak mampu nak memberikan balasan. Matanya ralit merenung ke dalam anak mata Mawar Adriana. Hanya kejujuran dan keikhlasan yang dia dapat lihat berdasarkan kata-kata gadis itu.
"Apa, Mawar ni? Ni petanda Mawar nak bagi Adi bermadu ke apa, hm?" soal Adi Ashraf cuba bergurau. Dia tersengih nakal sambil mengangkat kening.
Tanpa amaran, kaki lelaki itu dipijak kuat menggunakan kasut tumit tinggi yang digunakan oleh Mawar Adriana. Terjerit kuat Adi Ashraf dalam kesakitan.
"Ha, padan muka! Orang nak balas apa yang Adi cakap tadi. Mawar nak Adi tahu yang Mawar cintakan Adi macam mana Adi cintakan Mawar. Tapi Adi boleh bergurau pulak. Ha rasakan." ujar Mawar Adriana tak puas hati.
Adi Ashraf mengoyak senyuman mendengar luahan gadis itu. Walaupun dalam kesakitan, dia cuba untuk senyum seikhlas yang mungkin.
"La...manalah Adi tahu. Kenapa tak cakap awal-awal? Eh, tapi kiranya adil lah. Mawar pun benda yang sama dekat Adi jugak kan. Ha baru faham perasan Adi sekarang?" soal Adi Ashraf dalam nada memerli. Dia tersenyum kepuasan.
Mawar Adriana menjeling tajam ke arah lelaki itu sebelum melepaskan nafas panjang. Dia segera memeriksa keadaan lelaki itu. Sebaik selesai, satu senyuman dihadiahkan kepada Adi Ashraf.
"Sorry pijak kuat sangat. Sekarang, boleh tak Mawar beli aiskrim?" soal Mawar Adriana dengan nada manja.
Adi Ashraf mengangguk tanda membenarkan. Dia tersenyum melihat riak wajah gadis itu yang ceria.
"Eh, kejap Mawar. Bagi Adi simpan dulu barang dalam kereta. Susah nanti nak makan aiskrim." tegur Adi Ashraf sebaik menyedari barang yang dibeli mereka terlalu banyak untuk dibawa.
Mawar Adriana pula sudah bermasam muka. Dia sudah tidak sabar untuk menikmati aiskrim kegemarannya. Idea bernas muncul di kepala membuatkan gadis itu tersenyum kembali.
"Adi simpanlah dulu barang dalam kereta, boleh? Mawar tunggu Adi dekat kedai aiskrim." cadang Mawar Adriana berharap lelaki itu segera bersetuju.
Pada mulanya, Adi Ashraf agak susah hati mahu bersetuju dengan gadis itu apabila menyedari mereka akan berpisah untuk sementara. Namun wajah gadis itu melembutkan hati dia untuk bersetuju. Akhirnya, dia membalas dengan anggukan.
"Yes! Thank you, Adi!" ucap Mawar Adriana dalam kegembiraan. Lelaki itu makin melebarkan senyuman.
"Jaga diri baik-baik tau, Adi. Ingat apa yang Mawar pesan. I love you." pesan Mawar Adriana sebelum melangkah pergi. Sebuah senyuman penuh makna menghiasi wajah gadis itu.
Belum sempat Adi Ashraf membalas, kedengaran hon kereta kuat menerjah ke dalam gegendang telinga lelaki itu. Sebuah kereta laju meluncur ke arah susuk tubuh yang dikenalinya.
"Mawar!"
??????
Tubuh badan Adi Ashraf dibasahi peluh. Nafasnya menjadi tidak teratur. Tangannya yang terketar-ketar cuba meraup muka. Matanya pula dipejam rapat cuba melupakan memori pahit yang mula menghantuinya kembali di dalam mimpi.
Susuk tubuh Mawar Adriana yang bermandikan darah terbaring tidak bernyawa di atas jalan tar itu masih segar dalam ingatan. Segala yang berlaku pada hari itu masih terpahat dalam memori Adi Ashraf. Sehinggakan lelaki itu dihantui kembali oleh memori tersebut di dalam mimpi.
Namun tiada apa yang boleh lakukan oleh lelaki itu selain mengingati kembali bagaimana dia hanya melihat kejadian itu di hadapan matanya sendiri tanpa sempat melakukan apa-apa. Dia hanya mampu melihat tubuh Mawar Adriana terkulai layu dibawa ke hospital.
Manakala dia meratapi kematian gadis itu dengan kekesalan. Sinar bahagia lelaki itu mati bersama Mawar Adriana pada hari tersebut.
Siapa sangka, hari yang paling membahagiakan berubah menjadi suatu tragedi dalam sekelip mata. Namun, itulah yang terjadi kepada Adi Ashraf.
"Macam mana Adi nak cari kebahagiaan Adi, bila Mawar tinggalkan Adi macam ni?"
-To be continued..-
Hello my lovely readers!
Special thanks sebab sudi baca story ni!
Enjoy reading!
-ftnfzyyy-
Hello my lovely readers! Special thanks sebab sudi baca story ni! Enjoy reading! Don't forget to vomment! -ftnfzyyy-
Share this novel