BAB 1

Romance Completed 67139

"AYAH!"

Kedengaran suara cilik milik Adara memanggil bapanya dengan penuh teruja. Kegembiraan jelas terpamer di wajah comel milik gadis kecil itu. Kakinya pantas berlari meluru ke arah si bapa.

"Ara, jangan lari sayang nanti jatuh."

Lembut sahaja suara Puan Alyssa menegur anak perempuannya yang baru mencecah usia lima tahun pada hari ini. Dia mengekori langkah Adara dari belakang bersama senyuman yang terukir di bibir

"Ayah! Ara rindu ayah." Terukir segaris senyuman lebar di wajah lelaki itu yang dikenali sebagai Tuan Zarul, merangkap bapa kandung kepada Adara. Dengan mudah, dia mendukung tubuh kecil Adara ke dalam dakapan.

"Ayah pun rindu Ara. Happy birthday, princess." Lantas, pipi gebu Ara digomol lembut membuatkan anak kecil itu galak ketawa keriangan. Telatah dua beranak itu disertai dengan kehadiran Puan Alyssa.

"Mama!" Tegur Adara dengan ceria. Dia menepuk tangan tanda gembira. Tuan Zarul menjatuhkan pandangan ke arah isterinya serta-merta.

Bibirnya mengoyak senyuman tatkala wanita yang dicintainya sepenuh hati berada di depan mata. Tangannya menarik pinggang isterinya ke dalam dakapan. Melepaskan kerinduan yang bersarang di ruangan hatinya.

"Hey, love," bisik Tuan Zarul kepada isterinya. Pipi isterinya diusap lembut. Puan Alyssa tidak menahan diri daripada mengukir senyuman.

Sikap suaminya yang penyayang dari dulu sehingga kini membuatkan dia cair. Cinta mereka semakin mekar hari demi hari. Tetap utuh lebih-lebih lagi dengan kehadiran cahaya mata mereka, Adara Qalyssa.

"Mama, ayah, Ara nak makan kek!"

Jeritan milik Adara menyedarkan pasangan suami isteri itu yang lagaknya seperti pasangan yang baru dilamun cinta. Serta-merta, Tuan Zarul dan Puan Alyssa bertukar pandangan sebelum melemparkan segaris senyuman.

"Ara nak apa sayang? Cakap apa dulu, hmmm, princess?" Tanya Tuan Zarul lembut. Kepala Adara diusap penuh kasih sebelum pipi tembam anak gadisnya itu dicuit. Comel!

"Please?" Petah sahaja mulut kecil itu berbicara. Anak matanya sempat dikedip-kedipkan beberapa kali sambil mulutnya dimuncungkan. Puan Alyssa tersenyum halus melihat telatah anak tunggalnya itu.

"Macam tulah anak ayah. Jom. Kita makan kek. Anything for my princess." Tuan Zarul tersenyum bangga. Tubuh kecil Adara didukung sambil anak gadisnya itu tersengih lebar mendengar pujian daripada bapanya.

"Jom!"

--------------------------------------------------------

ADARA tersenyum lebar sebelum meniup lembut lilin yang masih menyala di atas kek hari jadinya. Serentak, kedua-dua belah pipinya dicium oleh Tuan Zarul dan Puan Alyssa membuatkan dia menghamburkan tawa.

Matanya bergerak ke arah satu sudut, dia menyedari salah seorang sahabat baiknya sedang memerhatikan dia dari jauh. Seraya itu, dia melemparkan senyuman.

"Ayah, mama, Ara nak main dengan kawan Ara boleh? Please?" Tanya Adara sambil menyatukan kedua-dua belah tangannya bersama. Matanya dikenyit sebelah mata risau sekiranya ibu bapanya tidak membenarkan.

Puan Alyssa mengangguk lembut tanda membenarkan. Tuan Zarul memberikan pandangan penuh makna kepada isterinya sebelum menurunkan Ara.

"Princess, careful okay? Kalau jadi apa-apa Ara tahukan nak buat apa? Ingatkan apa ayah ajar." Pesan Tuan Zarul kepada anaknya. Puan Alyssa mengelengkan kepala. Sudah sedia maklum dengan perangai suaminya yang satu tu.

Overprotective.

"Yaaa... Ara tahu ayah. Ara tahu. Ara kan kuat macam ayah. Ara nak jadi macam ayah bila dah besar nanti. Ayah hebat. Kan mama?" Ucap Adara bersungguh-sungguh. Puan Alyssa mengangguk tanda mengiyakan.

"Ara nak jadi macam ayah? Okay, Tapi ayah nak Ara jadi diri sendiri. Boleh?" Ucap Tuan Zarul memaksudkan kata-katanya. Dari sudut hatinya, dia langsung tak mahu Ara mengikut jejak langkahnya. Biarlah dia sahaja yang tahu mengapa. Anak gadisnya masih terlalu kecil untuk memahami segalanya.

"Okay!" Riang sahaja jawapan yang diberikan oleh Ara. Semua kata-kata bapanya diturutkan. Tak pernah sekali dia bertanya apa apa. Dia terlalu sayangkan kedua-dua ibu bapanya. Terutama sekali, dia amat rapat dengan bapanya itu.

Laju sahaja Ara berlari mendapatkan kawan baiknya itu. Tuan Zarul tetap memerhatikan puterinya dari jauh. Puan Alyssa tersenyum nipis. Lengan suaminya dipaut sebelum kepalanya dilentokkan pada bahu suaminya itu.

"Janganlah risau sangat, abang. Ara tu kuat. Sayang tahu." Tuan Zarul melepaskan nafas lega mendengar kata-kata isterinya. Tahu apa yang dikatakan oleh isterinya benar belaka cuma ada sesuatu yang menganggu dirinya.

"Abang tahu, cuma abang takut Ara tak bersedia sayang. You know what i mean right, love?" Tuan Zarul segera menemui pandangan isterinya. Dia mengusap lembut kekura tangan isterinya sebelum mengucupnya lama.

Puan Alyssa mengangguk faham. Belakang badan suaminya diusap sebagai tanda semuanya tiada apa apa. Dia mengetatkan pegangan pada lengan suaminya.

Pasangan itu memerhatikan Ara yang sedang leka bermain dengan anak pembantu rumah mereka. Ara yang menyedari pandangan ibu bapanya melambaikan tangan.

Tidak lekang senyuman dari wajah Adara pada hari itu. Namun semua itu hanya seketika sehingga telefon pintar milik Tuan Zarul berdering mahu diangkat.

Tuan Zarul pada mulanya hanya membiarkan. Tak mahu urusan kerjanya menganggu masa yang diluangkan bersama keluarga. Namun setelah dipujuk oleh isterinya bahwa mungkin itu adalah panggilan yang penting, dia mengalah.

"Hello." Sapa dirinya dingin kepada si pemanggil. Matanya bergerak ke arah Adara dan isterinya untuk seketika.

"Hello to you too, fella."

Tuan Zarul terdiam. Riak mukanya berubah tegang serta-merta. Sudah tahu empunya milik suara itu yang sudah lama tidak bersua. Teman yang menjadi lawan.

Musuh.

"Sampaikan ucapan happy birthday aku dengan anak kau. Apa nama dia eh, oh Adara. Adara Qalyssa." Sambung lelaki itu lagi dengan nada yang menyindir. Membuatkan Tuan Zarul mengepal penumbuk.

Matanya diliarkan sekeliling cuba mencari kelibat anak buah musuh ketatnya itu. Sebuah kereta hitam muncul dalam pandangannya. Kelihatan seseorang dalam kereta itu melambaikan tangan.

"Apa kau nak? Jangan libatkan anak dengan isteri aku, king." Tegas Tuan Zarul memberikan amaran. Nama gelaran itu lancar sahaja keluar daripada bibirnya.

Puan Alyssa mula susah hati apabila melihat riak wajah suaminya yang sudah berubah. Dia mengerling ke arah Adara sebelum mengunci pandangannya pada suaminya.

"Too bad, aku memang nak libatkan isteri dengan anak kau sekali, Zar. Kau tahu apa aku nak. So, be quick. Don't waste my time. Atau kau nak tengok aku rampas nyawa Adara dengan Alyssa depan kau, Zarul." Sinis sahaja suara itu mengugut. Cermin kereta diturunkan sedikit sehingga menampakkan separuh wajahnya. Terpamer senyuman sinis di bibir lelaki itu.

"Jangan sentuh anak dengan isteri aku. Aku buat apa yang kau nak. Sekarang, pergi dari sini. Biar aku yang cari kau. Jangan sesekali cari anak dengan isteri aku lagi!"

Panggilan itu ditamatkan. Tak lama kemudian, kereta hitam itu hilang dari pandangan. Tuan Zarul melepaskan keluhan berat. Matanya dipejam cuba mematikan api amarah di dalam diri.

"Abang, kenapa hmmm? Siapa tadi?"

Puan Alyssa segera mendapatkan suaminya. Tangannya mengurut bahu milik Tuan Zarul yang terasa tegang. Sebelah tangannya memegang wajah suaminya untuk menghadap dirinya.

"Abang kena pergi." jawab Tuan Zarul dengan perlahan. Dia memegang tangan isterinya yang berada pada wajahnya. Puan Alyssa terdiam seribu bahasa.

Jeda. Masih tiada jawapan yang keluar dari mulut Puan Alyssa. Tuan Zarul menyatukan dahi mereka berdua. Hembusan nafasnya menerpa lembut pada wajah isterinya.

"Janji dengan Lyssa, abang balik untuk Ara dengan Lyssa. Please." Itu sahaja permintaan yang dimahukan oleh dirinya pada ketika itu. Tidak lain dan tidak bukan daripada suaminya pulang pada pangkuannya semula dengan selamat.

Tuan Zarul menghela nafas berat. Wajah isterinya dipandang lama. Perlahan-perlahan, dia menarik isterinya ke dalam pelukan. Kepala isterinya yang berbalut tudung itu diusap penuh kasih.

"Abang janji."

--------------------------------------------------------

"ARA," panggil Tuan Zarul cuba menarik perhatian anak gadisnya. Tangannya masih memegang kemas tangan isterinya dengan erat.

Adara menoleh ke arah bapanya serta-merta. Dia bingkas berdiri lalu berjalan ke arah bapanya dengan wajah yang polos. Bibirnya mengulum senyuman kerana menyangka bapanya ingin memberikan hadiah hari jadinya.

"Ya ayah. Kenapa? Ayah nak bagi hadiah birthday Ara eh?" ucap Adara dengan penuh manja. Dia tersengih kerang sendirian. Tak sabar mahu menerima hadiah hari jadinya daripada bapanya.

Siapa je tak gembira nak dapat hadiah kan?

Tuan Zarul tersenyum. Dia melutut di hadapan anaknya untuk mengamati wajah polos itu dengan lebih dekat. Rambut panjang Ara diselak ke belakang telinga. Menampakkan dahi licin milik Adara yang diwarisi daripada ibu bapanya.

Sebuah ciuman hangat dihadiahkan pada dahi Adara. Terpejam matanya menikmati sentuhan ayahnya yang sering membuatkan dirinya terasa selamat. Pipi gebunya diusap sebelum turut dikucup. Tak lama kemudian, dia sudah berada dalam pelukan erat ayahnya.

"Ayah, kenapa ni? Ayah sedih ke? Ara buat ayah marah ke? Ara mintak maaf. Tak apa Ara tak nak pun hadiah tu. Ayah janganlah sedih tau." pujuk Adara seperti membaca apa yang di dalam fikiran bapanya. Dia membalas pelukan itu semula.

Mama selalu cakap kalau orang sedih, kita kena peluk dia.

Puan Alyssa tersenyum tawar. Dia tahu satu hari nanti masa ini akan tiba. Tetapi dia tidak menyangka secepat ini masa berlalu. Tuan Zarul meleraikan pelukan.

"Mana ada ayah sedih. Ayah cuma tak sangka anak ayah dah besar. Ara dah besar kan sayang? Jadi anak yang baik untuk mama dengan ayah. Jangan berhenti senyum untuk ayah, please princess?" pesan Tuan Zarul, dia memegang tangan Adara.

Adara mengangguk laju tanda faham. Bibirnya mengukir senyuman. Langsung tak faham apa yang sebenarnya berlaku. Dia kembali memeluk tubuh besar milik bapanya.

Tuan Zarul mengusap lembut belakang badan Ara. Sesekali dia mencium sisi kepala anaknya. Mahu mengingati perasaan itu untuk selamanya. Puan Alyssa menyertai mereka berdua.

Tubir matanya mula mengalirkan air mata. Tak sanggup berpisah dengan suami tercinta. Dia menyorokkan wajah pada ceruk leher suaminya. Sekeluarga itu berpelukan seperti tiada hari esok.

"Don't cry, love. Please. I'm always with you. Wait for me." Bisik Tuan Zarul pada telinga isterinya. Tak mahu wanita kesayangannya menangis kerana dia. Puan Alyssa menahan tangisan.

Akhirnya, pelukan itu dileraikan. Segala persiapan sudah dilakukan. Tuan Zarul mengangguk, memberi isyarat kepada pemandu peribadinya untuk berangkat.

"Mama, ayah nak pergi mana? Ara nak ikut. Ayah, Ara nak ikut." Adara mula tak sedap hati apabila menyedari ayahnya mahu meninggalkan dirinya. Dia mula menangis.

"Ayah... Ara nak ayah." rengek Ara mula menghentakkan kaki. Puan Alyssa mendukung anaknya cuba menenangkan Ara.

"Sayang, ayah tak pergi mana-mana. Ayah pergi kerja kejap je. Nanti ayah balik." pujuk Puan Alyssa. Adara tetap tak mahu mendengar kata-kata ibunya. Dia hanya mahukan bapanya, Tuan Zarul.

Tuan Zarul menoleh ke belakang. Dia melepaskan keluhan berat. Kakinya melangkah semula ke arah anak dan isterinya. Tangannya pantas mengelap air mata Adara yang jatuh berlinangan.

"Hey, hey, ayah tak pergi mana-mana, princess. Jangan nangis. Jangan pernah lupa ayah sayang sangat dekat anak ayah seorang ni. Jangan nangis dah. Duduk dengan mama dulu. Tunggu ayah. Boleh?"

Adara mencebik sebelum mengangguk. Dia menghadiahkan ciuman pada pipi Tuan Zarul sebagai tanda selamat tinggal. Puan Alyssa turut melakukan perkara yang sama.

"I love you."

"I love you more, take care please."

Tuan Zarul melemparkan senyuman. Terasa berat langkahnya apabila mahu meninggalkan kedua-dua wanita kesayangannya itu. Namun demi keselamatan keluarganya, dia sanggup buat apa sahaja.

"Jagakan anak dengan isteri aku." Pesan Tuan Zarul kepada sahabat baik anaknya, Aris yang merupakan anak kepada pembantu rumah mereka. Aris mengangguk laju. Tuan Zarul menepuk lembut bahu Aris sebelum meneruskan langkahnya.

Puan Alyssa dan Adara tidak lepas memandang susuk tubuh Tuan Zarul yang kini sudah berada di dalam kereta. Ara melambaikan tangan dengan perasaan sedih bergelumang dalam diri.

Kereta mewah itu mula bergerak keluar dari pekarangan rumah bersama Tuan Zarul yang berada di dalamnya. Tak semena-mena, Ara mula berlari-lari anak cuba mengejar kereta itu.

"Sayang, jangan lari."

Puan Alyssa segera mendapatkan anaknya. Risau sekiranya ada apa-apa yang terjadi pada satu-satunya anak perempuannya. Ara berhenti melangkah apabila melihat bapanya cuba menghalangnya daripada berbuat sedemikian.

Kelihatan senyuman yang terukir di bibir Tuan Zarul apabila melihat anaknya mendengar kata. Puan Alyssa segera mendukung Adara, tak mahu perkara yang sama berlaku sekali lagi. Baru sahaja Adara mahu memanggil bapanya semula, dia dikejutkan oleh sesuatu.

Boom!

Secara tiba-tiba, kereta mewah yang membawa Tuan Zarul meletup dengan begitu dahsyat sekali. Api marak menjulang tinggi. Asap hitam mula berkepul-kepul di udara.

"Ayah!" Jerit Adara sekuat hatinya. Dia cuba mendapatkan bapanya dengan meronta-ronta untuk dilepaskan daripada pegangan ibunya namun tak berjaya. Puan Alyssa menarik Ara ke dalam pelukan.

Dia jatuh terduduk bersama Adara yang masih dalam dakapan. Tangannya menutup mata Adara yang masih tetap pada kereta yang sudah hancur di hadapan mereka.

Hancur diletupkan dihadapan mata mereka sendiri. Adara mula teresak-esak mahukan bapanya semula. Tak dapat menerima apa yang baru terjadi. Puan Alyssa mengigit bibir menahan tangisan.

"Shhh, sayang. Mama tahu, sayang. Mama ada." pujuk Puan Alyssa dengan suara yang serak. Dia mengetatkan pelukan. Matanya dipejam menelan segala rasa.

"Ayah..." ucap Ara masih menangis. Wajahnya disembamkan pada tubuh ibunya. Peristiwa itu bagai berulang kali dimainkan di kepalanya seperti kaset yang rosak.

Siapa sangka hari ulang tahun kelahirannya yang kelima berakhir dengan begitu tragis sekali. Namun itu semuanya hanya permulaan. Permulaan untuk perjalanan hidupnya yang masih panjang.

Jauh dari sudut pandangan mereka, seseorang mengukir senyuman lebar. Berpuas hati dengan apa yang berlaku pada keluarga bahagia milik Tuan Zarul.

"Rest in peace, fella. "

BAB 2 coming up soon!
Don't forget to vote,
And leave your comment ??
ftnfzyyy

BAB 2 coming up soon! Don't forget to leave your comment ftnfzyyy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience