Siti Syazanah binti Ahmad Shamsol
- seorang gadis yang kutu buku / ulat buku
- seorang yang pendiam namun setiap tindakannya sangat bernas
- sentiasa berfikir sebelum berkata-kata
Shasya Edrina binti Hamzah
- seorang gadis yang gedik
- suka cakap lepas (bercakap tanpa berfikir dahulu)
- jujur orangnya cuma ada kata-katanya yang menyakitkan hati
Nur Halimah binti Hamidin
- seorang gadis yang penakut
- mempunyai firasat yang sangat kuat
- bila terasa takut, dia suka memegang lengan orang tanpa disedarinya
- pantas orangnya kerana pernah menjadi atlet di sekolahnya dulu
Nik Akhil Mokhtar bin Nik Muhammad Hassan
- seorang jejaka yang sangat nakal dan suka menyakat orang
- suka menyelesaikan masalah menggunakan penumbuknya
- tidak suka orang mendekatinya ketika dia cedera
Tengku Ehsan bin Tengku Ibrahim
- seorang jejaka yang kaya dan gemar pada kebersihan
- kuat berleter apabila tidak mendengar kata-katanya
- cerewet orangnya
Ismail Razak bin Ismail Ramli
- seorang jejaka yang pandai
- suka belajar sesuatu
- bercakap menggunakan kepandaiannya
Mila Liyana binti Hazimin
- pelajar perempuan yang hilang pada 9 tahun lalu
Shahril Razali bin Abdul Nizam
- pelajar lelaki yang hilang pada 9 tahun lalu
Share this novel