Prolog

Romance Completed 26877

"Thanks for tonight. See you later".

Aku memandang lelaki itu keluar dari bilik diiringi beberapa orang suruhan Li Wei. Apa yang pasti aku tidak tahu nasib menimpanya sebentar lagi selepas keluar dari bilik, sama ada hidup atau mati.

Aku merebahkan tubuh di katil melepaskan penat, penat dengan kehidupan di mana terpaksa berdepan dengan lelaki-lelaki tahi judi sepanjang hidupnya.

"Bosannya hidup seperti ni setiap hari. Muak betul melayan semua lelaki sampah yang hisyhh...".

Aku beralih melabuhkan punggung ke sofa merah berserta keluhan panjang. Makcik Ja menghampiri aku dan meletakkan segelas teh hijau dengan sopan. Makcik Ja satu-satunya makcik yang setia bersamaku dari mula aku menjejakkan kaki ke sini.

"Thanks makcik Ja".

"Sama-sama Puan. Sebentar lagi Puan di arahkan pulang ke tempat asal. Baju sudah makcik sediakan".

Aku hanya mengangguk melihat wajahnya seusia mama. Dialah tempat aku melepaskan rindu pada mama.

Menjadi perempuan simpanan lelaki bernama Li Wei bukan mudah walaupun aku di manjakan dengan kemewahan. Aku tetap dijadikan habuan kepada VVIP pelanggannya. Sombong, ego, biadap, kurang ajar dan semua yang buruk merupakan sikapku di depan semua lelaki-lelaki durjana. Semuanya terletak atas kebijaksanaan aku untuk mengelak mereka dari menyentuhku.

Pintu bilik di ketuk, aku mengarahkan makcik membuka pintu itu. Seorang lelaki berkemeja hitam melangkah masuk ke dalam menghampiriku. Dua pengawal keluar bersama makcik Ja dari bilik beri laluan pada lelaki itu. Aku terus memalingkan muka aku dari melihat wajah lelaki itu.

"Done tonight, cukup tiga hari. Buat lagi I tak teragak-agak letak you ke kelab tu".

"Memang bukan salah aku. Kau nak letak aku di kelab, aku lagi suka tapi nanti kau jangan salahkan aku jika dia datang pada aku. Bukan saja dia, semua makhluk gila datang nak aku", balasku dalam nada tinggi ke lelaki yang sedang berdiri di depanku sekarang.

"I bagi you 15minit. Jangan lambat".

Aku diam tidak menjawab memandang gelas kaca tinggi di tanganku hingga aku terdengar suara pengawalku masuk bersama makcik Ja.

~~

Segalanya bermula sebelas tahun yang lalu,

Aku dibesarkan dengan kemewahan dan kasih sayang yang cukup dari mama dan Aki. Aku lebih banyak masa bersama datukku di rumah berbanding mama yang sibuk berkerja di syarikat milik arwah papaku.

"Wake up princess".

Satu suara yang garau menerjah di telingaku buatkan aku tersedar dari mimpi. Cahaya matahari pagi menerjah masuk ke bilik tidur buat aku tidak selesa di hari minggu. Semuanya di sebabkan Aki yang kejutkan aku awal pagi cuti sekolah.

"Morning".

"Morning Aki. Awalnya, hari ni start cuti Aki. Please, bagilah saya bangun lambat sikit".

Aku menarik tangan Aki minta dipeluk sebelum bangun dari tempat tidurku. Namun lain yang dapat, satu cubitan dari Aki hinggap ke kakiku membuatkan aku menjerit manja kesakitan. Selimut yang bercorak batman ku tarik menutup tubuhku dari di serang Aki sekali lagi.

"Bangun".

"10minit boleh?".

"Nak ikut tak tempat biasa?, lambat siap, Aki tinggal".

"Nak, nak. Baik Aki ku sayang".

+

Aki membawa aku berjalan dan makan sebelum dibawa menuju ke rumah agam mewah milik rakan Aki. Ketika di dalam kereta, aku perasaan Aki menarik tanganku, Aki memegang kemas serta diletakkan di kakinya.

"Tak lama lagi birthday awak. Nak hadiah apa?".

"Nak nanny baru, boleh?", melentokkan kepalaku di lengan Aki.

"Amboi, nanti ada nanny baru, awak tak boleh manja dengan Aki seperti ni. Aki mesti peluk nanny tak peluk awak", memeluk tubuhku agar berada dalam dakapannya.

"Oh, saya boleh, Saya faham dan saya akan bagi Aki ruang. Sekurang-kurangnya Aki ada kawan bila saya sekolah. Tidaklah Aki sunyi seperti sekarang".

"Amboi mulut macam murai".

"Murai mulut macam saya", balasku mengukir senyuman manja.

"Pandai sangat cucu Aki ni".

Encik Danish cuba memicit hidungku namun terhenti sebaik pemandunya memaklumkan sudah tiba ke destinasi di tuju. Aku dan Aki bagaikan orang besar yang berpengaruh setiap kali tiba di bangunan besar ini. Aki selalu pesan padaku dengar nasihat Kak Kay dan abang Paul bila berada di sini sebelum dia meninggalkan aku.

"Jumpa nanti. Jaga diri".

"Aki pun".

"Silakan Cik Lulu Armanda".

Aku mengangguk sebaik di pelawa kak Kay, terus aku mengikut perempuan agak seksi di mataku itu ke ruang yang sudah tidak asing bagiku. Langkahku terhenti melihat Dayang di tarik lelaki berkemeja putih yang agak segak dan tampan secara paksa.

"Manda, tolong aku".

"Dayang... Abang, abang nak bawa kawan saya ke mana?", sempat aku mencapai jari Paul.

"Abang nak bawa dia jumpa uncle sweetheart. Jumpa lagi sweetheart".

Kepalaku diusap agar bertenang dan tidak turut campur hal tadi dari kak Kay. Aku lihat mereka terus beredar dari ruang bilik ini dan mengunci aku bersama yang lain di bilik.

Aku serta kawan-kawan yang lain dilayan dengan penuh layanan istimewa oleh pekerja separuh umur di situ hingga aku dan yang lain dijemput pulang. Bagiku yang setiap kali hujung minggu serta cuti sekolah aku akan ke sini. Aku mula rasa tidak kekok berada di sini. Aku buat seperti rumah kedua tiap kali ke sini sementara menungu Aki.

Hari berlalu begitu pantas, aku langsung tidak sedar sudah 6jam aku berada di bilik itu. Kawan-kawan lain semuanya sudah di ajak pulang. Aku terdengar pintu bilik dibuka, akak Kay dan abang Pual masuk bersama dua lagi lelaki segak.

"Sweetheart, cantik lukisan sweet. Dah siap ke?. Jom ikut abang boleh?".

"Ke mana?".

"Uncle nak jumpa sweetheart. Atuk sweetheart pun ada dengan uncle".

"Boleh, sekejap saya cuci tangan. Abang tunggu".

Aku bangun mengemas barang lukisanku dan mencuci tangan tanpa banyak bunyi. Entah kenapa aku dapat rasakan seperti ada sesuatu berlaku dari gaya abang Paul dan yang lain berbisik serta sesekali memandang ke arahku.

"Siap, jom abang".

+

Kawasan rumah yang tidak pernah aku jejaki selama ini. Hiasan di ruang itu nampak mewah, di setiap sudut dipenuhi lelaki yang berpakaian seperti abang Paul.

"Hello sweetheart, come here".

Lelaki di depanku menegurku apabila kaki melangkah masuk. Aku memberanikan diri menegur lelaki tua di depanku walaupun dadaku berdegup kencang ketakutan.

"Hi, Kenapa saya di bawa ke sini?. Pakcik ni kawan Aki saya kan?. Mana Aki?".

Memandang lelaki duduk bersilang kaki di depanku agak muda dari Aki berwajah tenang. Aku terdengar lelaki itu mengarahkan orang membuat sesuatu dengan raut muka tenan berubah sangat bengis. Hatiku mula rasa takut dan berdebar dengan suasana di bilik ini sekarang. Suasana seperti drama di televisyen yang pernah aku tengok, lagak dan gaya sekarang seperti samseng kelas atasan.

Setelah 15 minit aku berdiri kaku di depan pakcik itu, Aku terdengar suara Aki masuk ke ruang dengan tangan berikat, mulut Aki berselotep membuatku terkejut. Aku terus menghampiri dan memeluk Aki dengan perasaan bercampur aduk.

"Aki, kenapa muka Aki lebam?. Siapa pukul Aki?", ku raba setiap sudut muka Aki yang dipenuhi lebam dan darah dengan hati yang cukup takut serta sedih.

"Pakcik, siapa pukul Aki. Apa salah Aki sampai kena pukul?".

Walaupun aku takut dengan lelaki tua itu, aku beranikan diri menghampiri pakcik itu dan memegang kakinya minta simpati. Seorang lelaki cuba menghalang dengan memegang bahuku tapi aku tetap berkeras demi keselamatan Aki.

"Don't touch her".

Aku terdengar pakcik menegur orang yang menarik bahuku sebentar tadi. Ku hadiahkan senyuman ke pakcik kerana benarkan aku bersuara tanpa berkasar denganku.

"Pakcik tolong selamatkan Aki please", pintaku memegang lutut lelaki itu.

"Princess nak uncle selamatkan Aki princess?".

"Boleh ke?", soalku berlutut di depannya.

"Baiklah uncle boleh selamatkan Aki princess. You jangan risau, uncle tengah tunggu your mom".

"Betul ke ni pakcik?".

"Betul. Paul bawa princess ni ke bilik aku".

Aku memandang abang Paul menuju ke arahku. Aku lihat Aki berkali-kali menggeleng agar tidak ikut abang Paul pergi.

"Atuk jangan bimbang, nanti mama datang. Uncle dah bagitahu mama", ku ukir senyuman ke Aki gembira.

Aku berasa gembira apabila datukku selamat di tangan lelaki tua tadi.Paul menuju ke bilik yang di maksudkan bersamaku. Pintu bilik di jaga ramai pengawal keselamatan menyebabkan aku terasa pelik bercampur hairan.

"Abang Paul, saya di mana?".

"Tunggu di dalam ya, jangan segan tau. Sepanjang abang di sini, dan seramai-ramai budak awak sorang saja dapat ke sini. Maafkan abang".

Tubuhku di tolak abang Paul sebaik pintu bilik di buka. Aku terpinga-pinga melangkah masuk ke dalam bilik tidur mewah. Bilik ini seperti bilik di dalam istana sama seperti cerita yang aku lihat di televisyen.

"Wah, besarnya bilik ni", jeritku teruja melihat suasana bilik itu.

Aku terus naik ke atas katil dan merebahkan diriku di atas tilam yang empuk. Tanpa berfikir panjang aku terus berdiri dan melompat-lompat di atas katil gembira. Aku sedikit pun tidak fikir sebab apa aku di bawa ke mari. Apa yang pasti aku perlu hargai pemberian kawan Aki serta gunakan sebaik mungkin.

Aku lompat dari katil ke lantai, berjalan menuju ke peti ais kecil di bawah meja. Aku buka, mulutku terbuka luas melopong lihat dipenuhi air pelbagai jenis seperti peti sejuk pasaraya.

Baru sahaja tanganku ingin mencapai tin minuman, pintu bilik di ketuk dan muncul seorang perempuan berpakaian seperti orang gaji masuk membawa makanan ke padaku.

"Wow, ada makanan untuk saya", jeritku girang sambil berlari ke perempuan itu.

"Mulai hari ni Cik Lulu Armanda tinggal di sini, jika ada apa keperluan boleh panggil saya ya".

Aku menoleh dengan muka yang penuh tanda tanya, dahiku berkerut merenung makcik itu.

"Apa tadi?, tinggal sini?. Kenapa kena tinggal sini?. Bukan ke saya tinggal sini cuma sementara?. Aki pun tinggal sini ke?", soalku bertalu-talu tidak puas hati.

"Emm, sebenarnya... sebenarnya Cik Lulu Armanda ...".

Aku tunggu jawapan dari makcik, agak gagap hinggalah muncul pakcik yang aku jumpa di bawah tadi. Pakcik itu masuk dan menyambung ayat makcik bersahaja.

"Sebenarnya Aki minta uncle jagakan princess sebelum ke Dhubai. Nanti uncle bawakan princess ke Dhubai jumpa Aki. Itu pun jika Aki princess luck dan bawa princess balik".

Aku mendongak memandang pakcik itu sedang menerangkan padaku. Apa yang aku faham, aku jumpa Aki di Dhubai saja. Yang lain sepatah pun aku tidak faham.

"Oh, cakap la awal-awal".

Aku terus beralih dari mereka dan duduk di kerusi depan televisyen. Aku cuba pura-pura tidak mengendahkan mereka dengan mengambil majalah di sebelahku. Aku selak satu persatu seolah-olah aku sedang membaca, tapi mataku sempat lihat pakcik tadi minta makcik itu keluar dari bilik dan bisik sesuatu.

"Pakcik, siapa nama pakcik?".

Sengaja membuka soalan apabila aku lihat lelaki tua itu duduk di kerusi depanku serta merenungku.

"Li Wei".

"Oh, Li Wei. Lama dah ke pakcik kenal Aki saya?".

"Lama, Lama sangat".

"Oh... pakcik ni kawan niaga Aki kan?. Sebab tiap kali ke sini Aki kata Aki ada kerja".

"Hmm...".

Aku mula menggelabah apabila perasan pakcik itu memandang aku dari atas ke bawah dengan senyum yang mengerikan. Senyuman pakcik ini buatkan aku tiba-tiba rasa tidak selesa.

"So saya panggil pakcik ni pakcik Li Wei kan?".

"Just call me Li Wei".

"Eh, mana boleh, Saya baru 10tahun pakcik umur dah macam mak saya. Takkan saya nak panggil pakcik nama ja. Kurang ajar sangat tu, tak baik ".

Panjang jawapan aku berikan apabila melihat lelaki itu bangun dan menuang air ke dalam dua gelas. Dadaku ketika ini berdegup kencang kerana bimbang, takut, resah semua ada serentak.

"Princess belum minum lagi kan, nah".

Aku memandang gelas yang di hulur lelaki tua itu. Nak di ambil terasa takut, tak ambil nanti aku yang dimarahnya. Aku jadi serba salah saat ini. Ditambah pakcik itu melabuhkan punggunnua duduk di sebelah lagi buat aku tidak aman. Makin laju dadaku berdegup, kaki tanganku mula menggigil ketakutan.

"Ambil, minum. Uncle cuma nak minum dengan Lulu yang cantik dan bijak ni".

Bibirku ku ketap, agak lambat tanganku naik mencapai gelas yang di hulurkan kerana tubuhku kini makin menggigil. Pakcik itu menarik tanganku dan meletakkan gelas ke tanganku tersenyum sinis.

"Minum meraikan Lulu Armanda ada bersama uncle".

Aku lihat lelaki itu meneguk air di dalam gelasnya, sebaik gelasnya kosong, aku terus meneguk air itu tanpa banyak bunyi. Selesai sahaja aku minum, pakcik di sebelahku ketawa besar hingga bergema ruang bilik itu.

Aku letakkan gelas kosong itu di meja dan bangun cuba beralih dari duduk di sebelah lelaki itu. Aku terus menuju ke almari mencapai alat kawalan jauh namun entah kenapa kepalaku terasa berat. Apa yang aku nampak semuanya menjadi dua dan bergerak-gerak.

Aku cuba bersandar dan memegang kepalaku yang terasa sakit tiba-tiba. Berkali-kali mataku ku kelip dan aku menggoyangkan kepalaku agar hilang semua itu namun makin lama makin kabur dan aku rebah ke lantai.

Walaupun aku tidak mampu bangun, telingaku jelas mendengar suara lelaki itu memanggilku dengan gelaran princess. Akhirnya pandanganku gelap aku tidak sedarkan diri.

+

Aku tersedar dari tidur yang memenatkan. Aku berada di atas katil, tubuhku ketika ini di bawah selimut tebal. Aku lihat makcik tadi berdiri memandangku di hujung katil memegang tuala.

"Makcik kenapa saya terbaring atas katil?. Setahu saya, tadi saya minum dengan pakcik".

"Bilik ni tiada aircond Cik Lulu Armanda".

"Hah, tapi apa kait mengait aircond dengan.....", balasku tidak berpuas hati jawapan dari makcik itu.

"Nah, ini tuala Cik Lulu, pergi mandi bersihkan diri".

Arahan dari makcik itu menyebabkan aku terus menyelak selimut dan duduk namun masih terasa penat. Entah kenapa tubuhku benar-benar terasa lenguh dan sakit-sakit selepas bangun dari tidur.

Makcik itu membantu aku dengan mengikat tuala ke tubuhku. Makcik itu memimpin aku hingga ke bilik air. Aku lihat ada air di dalam kolam kecil di bilik air.

"Makcik boleh ke saya mandi dalam kolam tu?".

"Boleh Cik Lulu Armanda, makcik memang sediakan untuk Cik. Mandi dulu ya, makcik tunggu di pintu bilik air".

Aku memandang wajah makcik itu begitu berhati-hati melayanku. Walaupun tubuhku masih terasa sakit yang tidak tahu punca, aku gagahkan juga membersihkan diri. Aku benar-benar tidak mengerti apa sebenarnya yang berlaku selepas aku pengsan. Aku cuba imbas kembali namun kepalaku terasa sakit sangat. Aku termenung dalam kolam mandi kecil di dalam bilik air sendirian. Jari jemariku menyentuh buih yang ada di dalam kolam itu.

+

"Makcik pukul berapa sekarang?", soalku apabila rasa seperti sudah lama di bilik ini.

"9malam Cik".

Aku berdiri bagaikan patung apabila makcik menyiapkan pakaian dibadanku. Aku terasa pelik kenapa aku di hias beria sedangkan hari sudah lewat malam.

"Siap, jom ikut makcik".

Mukaku terus berubah apabila makcik pelawa aku keluar dan meletakkan kasut untuk aku pakai.

"Makcik nak bawa saya pergi mana malam-malam?", soalku sambil menyarung kasut di depanku.

Kasut itu memang cukup padan tersarung di kakiku. Aku terus melihat wajahku di cermin besar. Lamunanku terhenti apabila makcik memanggil aku keluar dari bilik. Aku menurut terus berlari ke arah makcik di muka pintu. Sebaik keluar, makcik berjalan di depan aku dan berapa orang lelaki segak berjalan di belakangku.

Aku ditinggalkan di meja makan yang begitu besar saiznya. Entah kenapa aku terdengar perbualan makcik bersama makcik lain di belakangku.

"Tak nangis ke?".

"Tak, Cik Lulu Armanda cuma mengadu sakit saja bila bangun".

Aku terus pusing memandang kedua-dua makcik sedang berbual. Kedua-dua mereka seperti tersentak dan menundukkan kepala takut denganku.

"Makcik, panggil ja saya Lulu. Panjang benar nak sebut nama saya".

Aku lihat perempuan mengangguk dan masih tidak mengangkat kepala. Aku bangun dari kerusi dan terhenti secara tiba-tiba apabila melihat kaki seseorang. Aku terus mendongak untuk melihat siapakah gerangan lelaki itu.

"Pakcik rupanya, patutlah makcik dua orang ni senyap bila saya suruh mereka panggil saya Lulu", sambil tersenyum riang.

"Princess okay ke?".

"Saya okay cuma bila saya bangun badan saya sakit-sakit".

Aku lihat pakcik itu terus pusing menuju ke hujung meja dan mengarahkan orang menghidangkan makanan. Tiada suara yang keluar dari mulut pakcik di depan aku ketika ini. Apa yang aku nampak hanya gerakkan tangan dan orang suruhannya menghampiri pakcik serta mengangguk bila pakcik itu berbisik. Entah kenapa dari siang tadi aku perhatikan sesiapa yang berurusan dengan pakcik ini pasti berbisik di tenga pakcik ni.

Aku mengetuk sudu dan garfu di pingan tanda protes seperti di pinggirkan di hujung meja ini. Awalnya pakcik itu menjeling dan sambung berbisik, namun sebaik aku mengetuk pinggan tanpa henti seperti bermain drum menyebabkan pakcik bangun berdiri mencekak pinggang memandangku.

"What happen to you princess?".

"Takda apa, saja. Rasa seperti makan sorang-sorang. Baik saya makan dalam bilik ja".

Aku terus bangun meninggalkan meja menuju ke pintu namun di halang dua lelaki memeluk tubuh di depanku.

"Tepi, saya nak balik bilik", memarahi lelaki itu cuba menghalang laluanku.

"Lulu Armanda".

Aku menoleh ke arah pakcik Li Wei yang memanggilku dengan nada keras. Aku menuju ke pakcik dan mencekak pinggang cuba melawan.

"What?, pakcik Li Wei sibukkan. Lagipun saya budak ja mana boleh masuk urusan orang besar. Saya balik bilik ja, senang pakcik Li Wei nak bercakap. Tak perlu bisik-bisik".

Entah kenapa lantang dan tinggi nada aku kali ni. Berani sungguh aku melawan orang tua itu walaupun aku terpaksa mendongak memandangnya.Mungkin disebabkan badan aku masih terasa letih buat aku berani memarahi lelaki tua itu.

"Bawa dia ke bilik".

Aku mengukir senyuman nakal berjaya melepaskan diri apabila mendengar arahan pakcik ke makcik yang menjagaku. Aku terus mengangkat tangan kiriku dan hadiahkan tanda bagus dengan lebar tersenyum ke arah pakcik itu. Makcik tadi mengiringi aku hingga ke pintu. Entah kenapa aku seakan sengaja menunjukkan ke lelaki yang halang laluan aku tadi aku lagi berkuasa darinya. Aku menolak kaki lelaki yang menghalang laluanku sebentar tadi.

××××

*Welcome new baby from win - My beloved Bitch -. Atas nasihat kiri kanan tepi depan belakang win tukar cover My Beloved B.

*Cerita ini uc yea.

*Pesanan kasih sayang untuk semua*.

> Ingatan keras untuk readers, risiko membaca di tangan anda.
Jika ada yang rasa seperti eh, sama ..sila tegur dengan penuh kasih sayang. Cerita ini terhasil dari kisah benar seseorang dan telah diolah tempat dan suasana.
>nehi nehi plagiat.
> jangan lupa komen,rate dan follow ;)

Selamat Hari Sarawak untuk readers Sarawak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience